Blog perniagaan vs Facebook perniagaan

Dalam perniagaan, mana yang lebih penting? Guna Blog perniagaan atau Facebook perniagaan?

fbblog.gif

Jawapannya agak cliche, sebab kedua-duanya penting dan kedua-duanya lain fungsinya untuk sesuatu perniagaan. Saya pecahkan kegunaannya di bawah:

Facebook untuk perniagaan:

  • berhubung dengan pelanggan lama, baru dan prospek secara santai
  • kongsi maklumat-maklumat menarik yang berkaitan dengan industri
  • update pengikut dan penyokong tentang perniagaan yang dijalankan

Blog untuk perniagaan:

  • tunjukkan kepakaran dan bidang perniagaan anda
  • kongsikan perniagaan yang dijalankan dengan lebih terperinci
  • amat penting untuk mendapat kedudukan terbaik di enjin pencari!

Jadi, bagi yang tanya saya nak guna blog ataupun facebook dalam perniagaan, jawapannya adalah guna kedua-duanya sekali. Lagi banyak medium pendedahan kita di Internet, lebih mudah sesuatu perniagaan itu mendapat pendedahan di Internet untuk berkembang.

Tiada syarat yang tetap sama ada sesuatu post atau berita itu patut kita letak di blog ataupun facebook. Ia bergantung pada keadaan. Gunakan tip di atas sebagai panduan sahaja.

Seringkali, sebaiknya kita membawa bakal pelanggan ke blog dan juga laman web kita daripada Facebook. Facebook adalah amat baik untuk pendedahan perniagaan, tetapi agak sukar untuk dapatkan pelanggan. Gunakan blog atau laman web kita untuk close the sale. Jangan lupa juga kita boleh import blog posting kita ke dalam FB.

Bagi anda yang belum add saya di Facebook, boleh “Like” saya di http://www.facebook.com/irfankhairi.fb kerana saya memberi tip-tip pendek motivasi & kewangan setiap hari di sana 😉

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

11 thoughts on “Blog perniagaan vs Facebook perniagaan

  1. Fb dan blog mempunyai fungsi yang berlainan tapi boleh diintegrasikan secara bersama dalam perniagaan. Fb boleh dijadikan landing page bagi penjualan sesuatu produk dengan fungsi note,pages dan picture. Blog pula boleh diumpamakan sebagai newsletter jika pautan bersama diletakkan ke dalam Fb. Bakal pelanggan pasti inginkan maklumat lanjut sekiranya ia berminat dengan produk dan blog menjadi pilihan mereka untuk mengenali lebih lanjut berkenaan produk. Content blog yang bermanfaat pastinya mencerahkan peluang untuk berlakunya sales.Pendek kata,kedu-duanya sudah menjadi tools penting dalam perniagaan..

  2. Saya rasa lebih sesuai guna blog atau website untuk display produk.

    Gunakan facebook untuk tarik trafik ke blog atau website itu adalah lebih baik daripada tag2 gambar produk di friend list facebook.

    Kadang-kadang agak merimaskan bila orang selalu tag produk kat facebook.

    Tapi depends lah cara marketing masing-masing. =)

  3. Salam,

    1. Saya ada satu kemusykilan tentang penggunaan nama pena dan gambar pena untuk tujuan promosi produk affiliate di FB atau blog. Adakah penggunaan nama dan gambar pena ini tidak beretika atau salah di sisi agama?

    2. Kerana produk yang ingin sy promosikan adalah dari luar negara dan sy tidak mahu menggunakan nama dan gambar sendiri untuk tujuan promosi produk affiliate tersebut.

    Terima Kasih.

  4. 1. Dari segi etika, ianya tidak salah oleh kerana nama pena diterima ramai. Dari segi agama, mungkin ada baiknya bertanyakan pada yang lebih arif. Pada pendapat saya, sekiranya penggunaan nama pena dan gambar pena tidak menyelewengkan, ia dibolehkan. For example, kalau guna gambar orang lain tetapi, mengaku itu anda, ianya tak boleh. Tetapi kalau guna watak kartun/karikatur anda, dia dibolehkan.

    2. Dulu masa saya menjalankan perniagaan Internet pasaran antara bangsa juga saya tidak menggunakan nama penuh saya, tetapi nama pena. Gambar pula saya tetap gunakan gambar saya sebenar, tetapi guna versi hitam putih (so tak nampak sangat saya dari mana) 😉

  5. Mmg facebook tak boleh dilupakan dlm pemasaran internet.. FB dah jadi satu medium sgt penting utk menarik trafik dan membina kredibiliti kita

  6. Memiliki akaun Facebook dan juga blog adalah satu keputusan terbaik untuk peniaga/usahawan.

    p/s. Penulis buku-buku Agama, termasuk ahli-ahli ilmu Agama, ramai yang menggunakan nama pena. Dari situ kita mendapat sedikit ‘pencerahan’ bahawa ia tidak salah di sisi Agama. Ini hanyalah pendapat saya sahaja dari konteks mencontohi orang-orang yang mendalam ilmu Agamanya.

  7. facebook perniagaan kerana social media ini luas tetapi jika kita ada blok, kita perlu cari trafik melalui seo yg betul.

    apapun, kita perlu buat perniagaan dan marketingnya, semua perlu dijalankan serentak..

    kita perlu buat perniagaan tetapi kita perlu tahu 3 perkara yg sangat2 penting: 1-syarikat 2-produk 3-pelan.

    1-syarikat wajib berumur lebih 5 tahun dgn asset, sekurang2nya hq sendiri.

    2-produk wajib unik, punya pasaran berulang dan luas, cara dipasarkan, mudah dilatih

    3-pelan mestilah dimana rakan niaga dpt byk, mudah & cepat dan syarikat ambil sedikit : cari yg payoutnya lebih 50% kpd rakan niaga

  8. salam. encik irfan saya berumur 20 tahun. saya baru2 menjinakan diri untuk bc blog encik irfan dan tertanya2…adakah jutawan yg diperolehi en irfan daripada membuat blog dan iklan kan perniagan seperti jualan barang2 ke..? sy tak faham mcm mana yg dikatakan buat blog dapat duit masuk???kalau caranya tak bercanggah dengan konsep islam saya jugak ingin menceburinya….=)

Leave a Reply

Your email address will not be published.