Otak kita mengandungi lebih dari 100 billion sel. Ianya lebih hebat daripada komputer yang paling hebat yang pernah diciptakan. Hargai otak kita dan gunakan dengan sempurna. Saintis mengatakan, kebanyakan manusia hanya menggunakan 2% sahaja daripada kehebatan otak kita. Dan masih banyak lagi ruang yang belum lagi diterokai.
Ramai antara kita yang mengalami masalah low self esteem, di mana mengatakan kita ni tak sehebat orang lain, orang lain lagi hebat dari kita dan kita tak mampu melakukan sesuatu yang hebat.
Selagi kita memiliki masalah self esteem ini, dan sabotaj diri kita sendiri dengan kata-kata negatif ini, selagi itu, kita tidak dapat mencungkil keupayaan sebenar otak kita.
Jadi, langkah pertama adalah, ubah suara-suara yang terdapat DALAM DIRI KITA SENDIRI. Bukan suara orang lain pun. Sering kali, ianya adalah suara kita sendiri yang meng-sabotaj dan mengatakan kita tidak boleh.
Hargai otak kita. Apa yang kita fikirkan dalam otak kita adalah apa yang kita akan hasilkan luaran kita.
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Salam sejahtera.
Kebetulan, saya sdg membaca buku ‘Master your mind, design your destiny’ yg byk membincangkan berkenaan minda kita.
Sungguh hebat. T/kasih kerana perkongsian ini. ;-). Saya akan sentiasa positif. 😀
Salam lebaran buat IK.
Otak merupakan anugerah Allah yang tak ternilai buat hambaNya dan kita sebagai makhluk harus gunakannya dengan sebaik mungkin untuk kebaikan semua.
Bak kata Einstein “Imagination is more impotant than knowledge”
kalau dilihat dari sudut tepi seakan tertulis kalimah ALLAH, kalau di sudut keseluruhan mcm keadaan orang bersujud…
Selamat Hari Raya IK 🙂
Memang benar suara-suara negatif sering kedengaran dalam diri saya sendiri.
Setiap kali hal ini berlaku saya akan membaca buku motivasi dan cuba berfikir perkara yang positif saja.
Terima kasih IK yang sentiasa dengan tips-tips yang up to date 😉
betul betul betul…kalo banyak berfikir boleh mengelakkan kita cpt nyanyuk…
saya banyak gak pk idea bisness ni..utk jual benda yg saya suka…contohnya..tudung, kain pasang,baju jubah..tp smua tu bila bukak je intenet belambak2 org jual..tu belum lagi yg jual kat jalan2 tar..agak2 kalo jual jugak..laku tak..ader x sesapa yang jual baju,kaiin kat intenet ni bagi komen sket..
Salam sejahtera.
Memang x diragui lagi mengenai kehebatan otak kita. Sy masih ingat lagi IK pernah kata “what the mind can conceive, the body can achieve”. Segala kejayaan yg kita capai bermula dari dlm kepala kita.
best ni..
k sy jg nak kongsi ilmu dgn kawan2..
3 cara melatih minda
1. Menyelesaikan masalah matematik dengan kadar pantas – latih diri Anda menyelesaikan masalah-masalah matematik yang mudah tapi dilakukan dengan sangat kerap, sangat pantas.Lebih banyak Anda berlatih, Anda menjadi semakin cekap, lantas menjadikan minda Anda semakin bertenaga, aktif, semakin tajam.
2.Bersuara dengan kuat – menyanyi, bersyarah, berucap, membaca dengan kuat, lakukannya dengan kerap. Latih diri bersuara dengan kuat kerana bunyi suara Anda akan meransang tahap getaran getaran saraf neuron di dalam otak, lantas membuat ribuan neuron menjadi aktif akibat pergerakan arus elektrik yang pantas di antara hujung neuron dengan hujung neuron yang dekat dengannya.Pergerakan darah Anda juga semakin lancar lantas menjadikan tubuh Anda ringan bertenaga, bebas dari sikap malas, bertangguh, berat nak buat kerja.
3. Pernafasan terarah – Tarik nafas perlahan-lahan dalam kiraan 7 saat, tahan selama 7 tahan, lepas perlahan-lahan dalam kiraan 10 saat.Lakukan berulang-ulang dengan kerap, minda Anda akan lebih aktif. Latihan ini amat baik untuk pelajar dan orang yang bekerja dalam bidang kreatif seperti penulis, pelukis, arkitek, pereka grafik, pencipta lagu, pencipta produk, jurnalis.
BAGAIMANA YANG DI KATAKAN MINDA YANG KUAT?
Anda menjadi semakin matang, semakin bijak, dapat membuat keputusan dengan betul dalam masa yang singkat, memperoleh gerak hati yang tajam.
Anda juga dapat mencetus idea-idea unik dan memperoleh ilham berterusan disamping mempunyai daya imaginasi yang tinggi. Anda akan terfikir penyelesaian yang orang lain tak terfikir langsung, kemudian boleh menganalisa masalah menggunakan logik lalu menyelesaikannya menggunakan daya kreatif Anda.
Lagi satu, Anda dapat menggunakan otak kiri dan otak kanan dengan lebih seimbang tanpa Anda sedari, sesuatu yang tak ramai dari kita berjaya mencapainya
TEAMHYPROBULKSMS.COM
sentiasa berfikir baik untuk otak kerana boleh menambah baik fungsi otak yang semakin hari semakin lemah akibat penambahan usia.
otak bila difungsikan, menjadi akal fikiran. di mana letaknya akal? apakah perbezaan otak manusia dan otak lembu yang berfikir?
Orang yang lemah estim diri tidak akan mencapai kejayaan melainkan mereka sendiri mengubah diri mereka sendiri.. 🙂
sy setuju dgn apa yg diperkatakan disini. sememangnya,apa yg kita fikir ttg diri kite,dan kata kan pd diri kite seribu kali lebih penting dari apa yg org lain kata pd kita,selalu nya inner voice penting dlm menentukan sedalam mana self esteem kita.
namun sedemikian,dr pendapat sy,dlm kita membicarakan tips motivasi diri,seharus nya kita guna kan lah bahasa yg betul dan tatabahasa yg betul.
meng-sabotaj adalah ayat yg kurang professional dlm business field. sekian, terima kasih