Sambungan daripada posting semalam mengenai goal setting…
Hari ini kita nak buat ulangkaji sediki (jadi, bukan Tip Satu Minit hari ini – posting panjang hari ini). Matlamat yang anda tetapkan semalam untuk dicapai sebelum tamat 2006 adalah amat baik. Sekarang, saya akan letakkan langkah-langkah yang anda perlu lakukan… sesetengah langkah sepatutnya dilakukan sebelum menetapkan matlamat lagi. Tapi, anda boleh check kembali.
Sekiranya anda mengikuti langkah-langkah ini, itulah formula untuk mencapai apa sahaja matlamat anda yang saya sendiri gunakan setiap hari!
Ulangkaji ok… semua ni pernah keluar di Tip Satu Minit, cuma kali ini saya susunkan mengikut turutan untuk topik “Formula untuk mencapai apa sahaja matlamat anda!”.
Enjoy! Klik pada (more…) di bawah untuk sambungan.
1: Keinginan
Pertama sekali di dalam formula kejayaan adalah keinginan. Untuk mencapai apa jua matlamat yang anda impikan, anda perlu mempunyai keinginan untuk mencapai matlamat tersebut. Lagi mendalam keinginan anda, lagi mudah untuk anda mencapai matlamat tersebut.
Keinginan seumpama api yang membakar. Lagi besar api tersebut, lagi hangat ia akan membakar keinginan jiwa anda dalam mencapai apa jua cita-cita yang anda letakkan untuk diri anda sendiri.
Punca utama seseorang itu tidak dapat mencapai matlamatnya adalah takut kepada kegagalan. Sekiranya anda takut kepada kegagalan, maka, anda tidak akan mengambil langkah pertama untuk mencapai apa jua matlamat. Keinginan akan membawa anda untuk mengambil langkah pertama tersebut.
Tanpa keinginan, matlamat tidak akan tercapai.
2: Keyakinan
Lagu yang sering bermain di kepala saya sejak dulu sehingga kini “Jika kau fikirkan kau boleh, kau boleh melakukan. Jika kau fikirkan ragu-ragu, usaha mu tidak menentu”
Lagu yang popular pada 80-an. Ya, bunyi nya amat cliché, tetapi lagu yang simple ini mengandungi mesej yang amat besar!
Dalam usaha untuk mencapai apa jua cita-cita anda, anda perlu mempunyai keyakinan di dalam hati bahawa cita-cita tersebut akan dicapai! Dengan keyakinan yang tinggi, ia akan menjadi penggerak kepada anda untuk tidak menoleh kebelakang lagi.
Keyakinan bukan bermaksud untuk menjadi bongkak dan taksub! anda tidak perlu meyakinkan orang ramai. Anda hanya perlu meyakinkan diri anda sendiri sahaja. Usah risau dalam meyakinkan orang ramai! anda perlu tunjuk bahawa cita-cita anda tercapai- itu sahaja yang akan meyakinkan orang ramai.
Dalam menetapkan matlamat anda, anda perlu realistik. Matlamat yang realistik akan membantu dan motivasikan anda untuk memberi keyakinan. Sebagai contoh, matlamat untuk mendapat kenaikan gaji 2 kali ganda dalam masa setahun mungkin tidak realistik. Tetapi, matlamat untuk menaikkan gaji anda sebanyak 20% dalam masa setahun adalah lebih realistik!
Matlamat yang tidak realistik hanya akan melemahkan motivasi diri anda apabila ianya tidak tercapai.
3: Tulis matlamat anda
Ini AMAT penting. Sejak saya menulis di ruang motivasi MASKULIN, entah berapa kali saya mengulangi petua ini. Di dunia, hanya 2% daripada golongan dewasa yang menulis matlamat mereka tersendiri. Baki 98% yang lain mungkin tidak mempunyai matlamat hidup, ataupun, sekiranya ada, tidak menulisnya.
Menulis matlamat anda adalah seperti anda membuat perjanjian dengan diri anda sendiri. Matlamat tersebut akan tersemat di fikiran anda dan sentiasa mengingati anda secara sedar, ataupun separa-sedar untuk anda mencapaikannya
Matlamat yang tidak tertulis adalah seumpama angan-angan sahaja. Apabila anda menulis matlamat anda, ia menjadi sesuatu yang nyata- boleh di sentuh. Anda telah membawa matlamat di imaginasi kepada bentuk yang anda dapat mengenggamkannya!
4: Senaraikan kebaikan yang anda akan kecapi
Apa yang anda akan dapat sekiranya matlamat anda tercapai? Senaraikan segala-galanya. Lagi panjang senarai anda, lagi bagus. Ini adalah kerana anda menyenaraikan motivasi-motivasi yang akan mebakar semangat anda untuk terus berusaha dan mencapai kebaikan tersebut.
Manusia adalah insan yang beremosi. Dengan memikirkan kebaikan yang anda akan kecapi, ia akan memandukan anda ke arah mencapai matlamat tersebut. Berikan sebab-sebab mengapa anda mahukan matlamat anda tercapai, apakah pulangan yang anda akan terima, serta bagaimanakah tahap kepuasan anda sekiranya matlamat itu tercapai- ini akan menyemarakkan lagi semangat anda untuk mencapaikannya.
5: Cermin kan diri sendiri
Di mana anda berada ketika ini? (bukan di bangku atau di sofa!). Pada ketika ini, apakah keadaan anda. Anda perlu ketahui di mana anda berada kini untuk mencapai matlamat yang anda telah tetapkan.
Pastikan anda ketahui di mana anda berada kini oleh kerana itu adalah titik permulaan perjalanan anda. Lebih jelas anda dapat fahami keadaan anda kini, lebih jelas anda dapat melihat jalan ke arah pencapaian matlamat.
Sebagai contoh, sekiranya anda inginkan bebas kewangan, duduk dan ambil masa untuk melihat keadaan kewangan anda kini secara jujur. Sekiranya matlamat anda adalah untuk menurunkan berat badan, anda perlu ketahui berat badan anda kini sebagai titik permulaan.
6: Tetapkan deadline
Matlamat tanpa deadline adalah tidak lengkap. Apa jua matlamat yang ditetapkan, tetapkan sama deadline untuk mencapainya. Bila kah deadline yang terbaik? 6 bulan? 1 tahun? 3 tahun? 5 tahun? Atau 10 tahun?
Kebanyakan orang tidak deadline untuk menetapkan matlamat oleh kerana takut, matlamat tersebut tidak dapat tercapai sebelum deadline! Sekiranya tidak tercapai, ia akan mengurangkan motivasi sendiri! oleh itu, mereka biarkan tarikh untuk mencapai matlamat tersebut terbuka- bila-bila masa sahaja!
Itu adalah pemikiran yang salah. Dengan menetapkan deadline untuk matlamat anda, anda memberi satu sasaran yang jitu. Apa akan terjadi sekiranya anda tidak berjaya mencapai matlamat sebelum tarikh deadline? Senang sahaja! berikan satu tarikh deadline yang baru! Ia hanya akan mengajar anda untuk lebih berusaha dan lebih realistik dalam mencapai matlamat.
7: Ketahui rintangan
Dalam mencapai apa jua yang berbaloi, sudah pasti akan terdapat rintangan di hadapan anda. Lagi besar matlamat anda, lagi besar rintangan yang anda perlu lalui. Ketahui rintangan-rintangan tersebut dan pelajari cara untuk menempuhinya terlebih dahulu.
Anggap usaha anda dalam mencapai matlamat adalah satu perjalanan mencari ilmu. Setiap rintangan yang anda temui walaupun sekecil manapun akan memperbaiki diri anda untuk rintangan-rintangan yang lebih besar di masa hadapan. Ini menjelaskan bahawa, mereka yang berjaya didunia adalah tergolong daripada mereka yang berpengalaman menghadapi rintangan-rintangan tersebut.
Kejayaan yang cemerlang akan hadir apabila anda berjaya menguasai segala rintangan. Oleh itu, lakukan perancangan terlebih dahulu. Senaraikan apakah rintangan-rintangan yang akan muncul.
8: Ilmu tambahan
Ketahui Ilmu tambahan yang perlu anda lengkapkan pada diri anda untuk mencapai cita-cita tersebut. Manusia diberi anugerah akal fikiran yang merupakan anugerah yang paling istemewa sekali.
Bina satu senarai- apakah ilmu tambahan yang anda perlu ketahui untuk mencapai matlamat anda? Apakah kebolehan tambahan yang anda perlukan? Apakah pengalaman yang anda perlukan? Bolehkah anda mendapat bantuan orang lain sekiranya anda tidak mempunyai sesuatu kebolehan itu? Apakah maklumat yang paling penting atau kebolehan yang paling penting untuk andapunyai dalam mencapai matlamat anda?
Tanggungjawab anda adalah untuk mempelajari apa jua yang anda perlu tahu dalam mencapai matlamat anda.
9: Perancangan
Kata pakar motivasi “Gagal untuk merancang adalah merancang untuk gagal”
Jangan biarkan nasib menentukan arah tuju anda. Buat perancangan yang rapi- seperti kontraktor memerlukan plan untuk membina bangunan yang gagah berdiri. Anda juga perlu plan untuk mencapai menara gading.
Rancang langkah-langkah anda dengan terperinci- dalam masa 1 bulan, apa yang anda perlu buat? Sekiranya ia tidak menjadi, apakah alternatif yang lain?
Hukum alam mengatakan, apa yang anda beri dan taburkan, ianya akan menjadi hasil. Sekiranya anda merancang untuk taburkan sedikit usaha, maka, sedikitlah pulangan anda. Sekiranya anda merancang untuk menaburkan bergunung-gunung usaha, maka, hebatlah pulangan yang anda akan terima.
Anda tidak boleh melanggar hukum ini. Mereka yang melanggar hukum ini adalah mereka yang sering ditpu dengan skim-skim piramid, skim cepat kaya, SCAM dan pelaburan yang hanya akan meleburkan wang sendiri.
10: Bina gambaran
“A picture paints a thousand words”. Beri gambaran yang jelas di fikiran anda bahawa matlamat anda telah tercapai. Gambarkan diri anda 1 tahun dari sekarang. Atau, 10 tahun dari sekarang.
Dengan berimiginasi gambaran anda berjaya di masa hadapan, ia juga akan membakar semangat anda untuk mencapai gambaran tersebut. Fikiran manusia dipenuhi dengan gambaran-gambaran dan bukannya perkataan. Penuhi fikiran anda dengan gambaran kejayaan anda di masa hadapan.
Berhati-hati, terlalu banyak mimpi di siang hari tanpa usaha dan perancangan, anda tidak jauh berbeza dengan angan-angan Mat Jenin!
11: Janji pada diri sendiri!
Janji pada diri anda sendiri, tidak kira apa rintangan yang akan datang. Tidak kira apa jua kegagalan yang anda hadapi, jangan- JANGAN- JANGAN sekali-kali putus asa! Sekrianya anda terjumpa dengan sahabat karib kejayaan, iaitu kegagalan- usah risau. Kejayaan adalah perintis untuk mencapai apa jua kejayaan- oleh sebab itulah saya gelarkannya sahabat karib.
Amat jarang sekali sesuatu kejayaan di capai tanpa kegagalan. Lagi banyak kegagalan anda temui, ianya bermaksud lagi hampir kejayaan kepada anda. Jangan putus asa oleh kerana kejayaan mungkin sedang menunggu disebalik kegagalan itu.
Berita baiknya adalah, menempuhi kegagalan adalah menambahkan pengalaman sendiri. Lebih banyak kegagalan yang anda jumpai, maka, lebih banyak anda dapat pelajari. Anda akan mempelajari lebih banyak dari sesuatu kegagalan. Sekiranya anda menjumpai kegagalan, ubah cara anda- jangan pula ikut cara yang sama oleh kerana cara yang sama akan membawa kegagalan seterusnya!
Kesemua formula kejayaan ini perlu di implementasikan setiap satu. Ini adalah “blue print” orang-orang yang berjaya di dunia. Ia menjadi formula kejayaan saya sendiri sehingga hari ini. Tiap-tiap kali saya mempunyai matlamat baru, saya akan rujuk kembali formula ini untuk memastikan matlamat saya tercapai.
Tidak sampai setahun lalu saya menetapkan matlamat saya, dan kini, dengan mengikuti formula yang diberikan, alhamdulillah saya mencapainya.
Kini, anda juga mempunyai formula kejayaan. Implimentasikannya kepada matlamat anda, dan saya yakin anda juga akan mencapai kejayaan dalam apa jua bidang!
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Terima kasih untuk 11 formula yang senaraikan. Saya yang tengah bersemangat untuk ‘bangun’ nie amat-amat menghargai tips pada hari ini.
Dalam waktu terdekat nie saya dah tetapkan deadline untuk saya siapkan tutorial untuk kelas komputer yang bakal saya jalankan. Saya tetapkan 3 hari ini untuk menyiapkan kesemua tutorial tersebut.
Dan sejak semalam, saya dah tetapkan pada diri saya sendiri untuk berfikiran positif selama 7 hari ini. Saya juga mengikut saranan ‘TULIS MATLAMAT ANDA’. Saya telah pun melakukannya dan setiap hari saya akan membaca matlamat saya itu. Ajaib! setiap kali membacanya, semangat saya semakin membakar!
Dan sejak semalam juga, saya dah buat jadual untuk saya ikuti setiap hari. Alhamdulillah hari ini semuanya berjalan dengan lancar. Malah lebih membahagiakan rasanya.
Terima kasih adalah sumber inspirasi saya!
Wow ….panjang betoi motivasi ari ni…Insya-Allah 100% semua tip diatas akan terus saya implementasikan.
Mudah-mudahan matlamat saya juga akan tercapai. I’m more confident 2day.
Sungguh pun lambat sikit tulisan blog posting kali ini naik tapi saya puas hati sebab info yang padat.
Terima kasih .
Saya teruja dengan bukan kerana jutawan internetnya tetapi kerana jutawan ilmunya yang sudi berkongsi..
asmk ,
sebenarnya….saya baru aje start by today,tapi bila baca artikel & komen2 yg disiarkan, ianya memang memberikan suatu kekuatan jatidiri.apatah lg,saya sememangnya yg telah dan sedang merasai kegagalan dari perniagaan yg diusahakan.saya berharap agar terus dpt memotivatekan meereka yg memerlukan pandangan,nasihat yg betul2 berguna utk dijadiakan panduan.wasalam.
Terima Kasih Kerana Sudi
Berkongsi Ilmu Dengan Kami..
Terima Kasih Daun Keladi…
terima kasih ,
saya dah tulis matlamat saya dan kini saya rasa dah kurang takut,saya masukkan dlm handpon dan saya baca dan baca.
Thanks .input yang bermakna hari ini…saya sentiasa tulis matlamat saya tiap2 hari..Insya-Allah..subcm saya akan terus teransang untuk mencari peluang untuk berjaya
alhamdulillah, mudah-mudahan segala matlamat anda tercapai dengan mengikuti langkah-langkah ini.
jangan lupa “walaupun hidup seribu tahun kalau tak sembahyang, apa gunanya….” 😉
betul2… jgn lupa sembahyang… kita berusaha jadi jutawan.. juga berusaha jadi abid yang setia pada tuhan… insyaallah berjaya dunia dan berjaya di akhirat…
selalu jugak tulis dan tampal kat dinding.. kalu nak tulis selalu tu memang patut kena tulis laa sebagai peringatan.
kalu dah selalu tulis pulak rasa macam bersemangat nak teruskan usaha yang terbantut setiap kali terlupa akan matlamat yang ingin kita capai itu…
paling tidak pun nak disiplin diri kita untuk menabung…
saya nak menabung rm1.00 setiap hari.
saya nak menabung rm10 setiap hari.
saya nak menabung rm100 sehari…
apahalpun kena usaha la untuk dissiplinkan diri kita untuk menulis matlamat dan jugak selalu nak manabung dalam tabung simpanan yang tak sudah2 asyik kosong dan zero aje…
mulakan hari ini dengan menabung dalam jumlah yang kecik… rm1.00 sehari? setahun???
mari kita menulis matlamat…
Hari2 kena tulis matlamat? Jika ia sememangnya berbaloi dengan apa yang kita nak capai. Ayuh! Teruskan menulis matlamat anda. Jangan gundah gulana untuk menulis matlamat hiudp anda. Orang takleh nak nolong kita. Kita yang kena nolong diri kita untuk capai matlamat hidup kita.
Selalu terjadi …sekejap sekejap tulis, lepas tu lupa. Tulis lagi… lupa semula. Tak lama kemudian lupa terus matlamt kita.
( Saya? )seringkali la tampal kat dinding. Asyik baca je, tak buat apa2. pastu dah rasa boring menengok menda yang sama. Tulis balik dan tampal semula. Lastly tak buat apa2 dengan matlamat tersebut bila dah tamat tempoh sebab tak berjaya dicapai. Fedup jugak ler.
Kalu asyik duk tulis hari2, rasa berbeza jugak. Tulis matlamat punya la banyak. Hari-hari pergi ke kebun ( Eh… iklan pulak? ). Bila nak capai matlamatnya? Bila kesudahan matlamat yang telah ditetapkan itu?
MATLAMAT UTAMA : Membayar hutang lapuk.bebas dari hutang… wuhuuuuuuuu…
tq…dr mmg jutawan yg betul2 jutawan…duit n ilmu bertambah sb sudi berkongsi ilmu yang ada..semoga hidup terus diberkati…sy sangat bersemangat hari ini..
semangat yang hilang muncul kembali..watchaaaaaaaaa
Tolong saya bagaimana untuk menjadi jutawan yang tuan warwarkan didalam media elektronik ini dan saya ingin mengetahuinya lebih terperinci
success for life!!!
askum,sy teringin nk jd cam IK,tapi sy laptop pon sy tidak ada.helllppppp!!!!
tuan IK… mcmane nk istiqomah ketaatan pd Allah ye? saye yakin IK ada FORMULA…
insyaAllah
tolong bagi TIPS ye IK…
harap 2 dpt capai cita-cita
insyallah tips ni berkesan tuk diri sendiri
Terima kasih atas motivasi, wlaupun sya baru umur 15,tpi sya ttap mau cpai kejayaan dri skrang, mgkin mreka kta cita2 sya trlalu bsar, bagi sya, pmikiran mreka trlalu sempit..smoga sya mnjadi pmain bola sepak profesional stu ari nnti :”)