Siang tadi sambil jalan2 di Ikano Power Center di Damansara, ternampak poster “Toys R Us” (baru di buka) seperti di bawah…
Apa yang menarik perhatian saya adalah dua button/imej yang terdapat pada poster tersebut: YouTube & Facebook.
Tak kira betapa besarnya perniagaan anda, (atau betapa kecilnya perniagaan anda), anda tidak harus mengabaikan kekuatan pemasaran social networking.
Jenama gergasi seperti Toys R Us, Coca Cola, Air Asia dan banyak lagi menggunakan social networking sebagai salah satu kaedah promosi perniagaan Internet. Kita-kita yang perniagaan kecil-kecilan juga patut mengambil contoh ini dan menggunakan kemudahan social networking dalam perniagaan kita.
Mungkin kita sudah menggunakan Facebook dalam perniagaan Internet kita… tetapi sudahkah kita menggunakan YouTube? Bagaimana pula dengan Twitter? Bagaimana pula dengan social media yang lain?
Tip hari ini, fikirkan bagaimana social networking boleh membantu perniagaan anda! (Bukan sekadar FB sahaja ok!)
Sambil-sambil tu, sekiranya anda belum join FB saya, boleh sertai sekarang di sini 😉 Klik pada “LIKE”!
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
salam. yups. kite lagi suke pomot di FB sebab lagik mantappp dr pomot di belog. sbb belog x popular sgt.. eh lagi 1 sbb belog br buat. 🙂 klo FB tu dah 3 tahun da bertapak disitu..huhuhu
Assalamualaikum Tuan Rumah,
Artikel di atas menarik, khususnya pada petikan ini
“Tip hari ini, fikirkan bagaimana social networking boleh membantu perniagaan anda! (Bukan sekadar FB sahaja ok!)”
… dan bukan sekadar berbalas komen sahaja….ehem!
Salam ceria & inspirasi
“Pray Hard, Work Smart & Creative”
Assalamualaikum
Saya pun ada juga hehe. Thanks
melalui pemasaran social networking kita bukan saja dapat info terkini malah dapat mencambah fikiran dengan pandangan dari semua utk apa jua perniagaan yg kita ceburi, kecil atau BESAR! malah keyakinan pelanggan pun bertambah…;)
saya dah add dr irfan khairi punya FB
bisnesku.com
Tips yang hebat…
Ada berapa banyak social networking kat Malaysia ni ya…?
benar IK, pengiklanan di social networking seperti di Facebook memang power.
kita juga boleh share tips & mendapat feedback secara terus dari pengguna.
terima kasih 😉
Betul tu…Tapi jangan sesuka hati tag gambar produk pada kawan2..sebab ada di antara mereka memang tak suka..
Salam, salam…
Agaknya apa rahsia besar FB ni sampai dapat menarik minat kompeni2 besar utk promote produk kat situ yer?
Sbb dulu masa myspace, friendster dll tgh top, takde pulak nampak diorg nih iklan giler2 mcm kat FB…
Hmmmm…
mmg betul cakap abang irfan.Datuk Seri Tony pun selalu ckp psl promotion dan aktiviti syarikat melalui laman twitter dan blog.
yg baru2 ni mrk nak buat survey ttg penyanyi Slash pun melalui facebook.
bila permintaan banyak dan respond di facebook ok maka air asia buat konsert rock yg
dipersembahkan oleh Slash!
saya pun buat duit di internet hanya melalui promosi percuma di youtube.
sebabnya ialah FREE tapi dapat duit 🙂 🙂 🙂
Susa tak nak buat video dan post ke youtube? =)
google Adsense,
Slash tu dibawakan oleh FireFly, bukannya AirAsia
banyak sykt yg buat iklan di fb sebab apabila seseorang klik pada suka pada sesuatu sykt, kawan2 dalam rangakaian kwn2nya boleh nampak..
Utk lebih jelas, lihat contoh berikut:
Abdul Wahab adalah pelanggan setia Celcom. Beliau pun pergilah ke laman fb Celcom dan klik suka. APabila beliau klik suka, kawan2 fb beliau akan dapat pemberitahuan “Abdul Wahab menyukai Celcom”
Bayangkan sekiranya Abdul Wahab mempunyai seramai 1000 kenalan dalam fb. Iklan percuma bagi pihak Celcom
Salam sejahtera IK.
FB bukan sekadar b’FB. Twitter bukan sekadar B’twitter. & macam2 lagi.
Menyelam sambil minum air. 😉
Nizam>>Tak susah pun buat video marketing di youtube.Kalau sehari video kita ada views dalam 10,sebulan kita ada views dalam 300.
ada kemungkinan untuk kita terima trafik dari satu video ialah 100.kalau upload video banyak2 lagi banyak trafik blog kita terima.:)
HaTiFi AZIm>>OH sorry2…salah info..ah-ah FireFly anak sedara AirAsia.salah info plak..sorry ya:)Tapi big boss still sama kan.Dato Seri Tony yang comel tu.hehe 😉
Alhamdulillah
Saya pun gunakan FB untuk memasarkan pin dan keronsang saya. Memang sambutannya menggalakkan.
Kalau ada cara lain lagi nak promote bolehlah beritahu jugak.
Thanks bro IK..
Amat perlu dinikmati.. Huehuehue.. Sesuatu yg ramai sudah praktikkan..
Baguih.. Semakin ramai menggunakan iternet,.. Peluang semkin bercambah… 😀
setakat ni FB alhamdulillah dan ada trafik datang dari situ..kalau youtube belum cuba lagi….kena cuba buat video lepas ni
terima kasih atas tips menarik.
saya sedang mencuba yang terbaik untuk buat promosi di fb.. twitter belum cuba lagi.. insyaAllah, satu hati nanti.
Youtube – sedang belajar2.. 🙂
Irfan, ni blog saya..mmmm…mudah-mudahan berjaya … http://www.eilanur6.blogspot.com
all the best to you ! dan pengkomen2 di sini juga..
FB bukan sahaja sebagai medium mencari kawan, ianya juga sebagai lubuk emas jika kita gunakan dengan cara yang betul.
Jangan blaster je.
Bagaimana meningkatkan pendapatan melalui facebook dan youtube? Nak kena bayar ke?
Blog saya masih lagi kurang sambutan.
Ini blog saya bajetwang.blogspot.com
minta tolong bagaimana tip meningkatkan trafik.
iklan dengan youtube mcm klik adsense ke?
Biasanya iklan dengan youtube anda boleh letakkan watermark (url anda) atau letak url dekat description tetapi jangan lah letak ayat berbunyi spam pula.. semoga sukses!