Dalam perniagaan, semestinya penampilan pertama adalah amat penting untuk bakal pelanggan kita, terutamanya perniagaan yang berbentuk perkhidmatan dan kita mempunyai direct contact dengan pelanggan.
Ada yang tanya pada saya, penting ke mempunyai kereta besar dalam perniagaan? Selalunnya bila sebut kereta besar merujuk kepada Mercedes & BMW la…
Lihat 3 contoh kawan saya di bawah. Kisah benar ni…
- Kawan saya Chia merupakan seorang agent insurans. Membawa kereta Mercedes. Saya tanya pada dia… hebat la Chia ni, bawak kereta Merc. Mesti bisnes hebat. Jawab Chia, Kereta Merc ni adalah pejabatnya. Bila dia berjumpa client nak menjual insurance & pelaburan, dia perlu tunjuk yang dia pun mempunyai gaya hidup yang tinggi, dan kepentingannya mempunyai perlindungan dan pelaburan dari segi kewangan. Kereta Mercedes Chia memberi penampilan kepadanya bahawa beliau adalah seorang yang berjaya dalam bidang insurance dan dapat menarik pelanggan-pelanggan yang mempunyai pendapatan yang tinggi.
- Kawan saya Roy pula memiliki perniagaan perabot. Perniagaan biasa-biasa sahaja tetapi Roy membawa kereta Mercedes juga. Katanya, target clientnya adalah hotel-hotel. Untuk target market upscale sebegini, tak boleh la dirinya bawa kereta biasa-biasa. Bila bawa Mercedes, menunjukkan beliau merupakan usahawan perabut yang berjaya, terus dapat membina keyakinan dan kredibiliti kepada pelanggan-pelanggan yang upscale seperti hotel & syarikat2 besar.
- Kawan saya pula merupakan photographer. Bawa kereta pun boleh tahan 😉 Mengapa as a photographer bawa kereta hebat-hebat? Katanya, untuk menarik pelanggan yang hebat-hebat juga. Pelanggannya terdiri dari golongan-golongan VIP, artis dan sebagainya. Baginya, kereta besar adalah satu pelaburan untuk menarik target market yang lebih tinggi. Agak-agaknya kalau bawa kereta kancil atau proton… mudah tak nak tarik golongan2 high class ni? Pastinya susah!
Membawa kereta hebat, selain daripada sememangnya minat, keselesaan dan menambah keyakinan diri kita, sekiranya digunakan dengan strategi yang betul, boleh menjadi satu strategi perniagaan yang hebat. Cara sebenarnya adalah, kereta besar bukanlah untuk menunjuk-nunjuk, tetapi, ia juga membantu dalam menjayakan perniagaan dan meningkatkan keyakinan & kredibiliti kita di mata pelanggan!
Janji, jangan sebab nak bawa kereta besar sebab nak menunjuk-nunjuk tetapi terpaksa mengikat perut nak membayar pinjaman dan maintenance kereta yang mahal setiap bulan, dah la… 😉
Â
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
salah seorang kawan yang menjalankan perniagaan networking juga berkata perkara yang sama.Katanya kereta besar itu bukan untuk menunjuk tapi sebagi bukti apa yang dilakukan adalah benar dan berhasil.Itu juga dikatakan sebagi politik bisnes..setuju dgn dr,hidup ini biarlah ikut kemampuan..ada kejayaan dalam kesederhanaan itu..
Ikut upline saya dalam MLM, bawa kereta besar pon adalah sbg strategi. tp ada org salah anggap nak menunjuk2.
harap2 sy pon dapat pakai 🙂
Sebab tu orang MLM selalu tayang rumah besar dan kereta besar hu hu sebab selain hadiah kepada diri sendiri juga sebagai “aura” atau tarikan untuk menarik prospek…
Kalo tak caya cuba..ramai yang SNYOB dan Kerengga yang mula pandang balik….
Tapi bak kata Dr tu ukur baju di badan sendiri dulu lah yer…
saya sendiri pernah menyaksikan seorang lelaki dapat pelabur walaupun dia selalu bawa kereta proton neo. apalah sangat kereta proton neo jika dibandingkan dengan bmw atau merc?
IK, Kereta apa tu..hehehe
Ikut kemampuan la..jgn la sampai diri merana dan keluarga terabai disebabkan nak pakai kereta besar tu…:(
Hai Geng..
Bagi saya strategi sebegitu memang bagus untuk dipraktiskan dlm dunia perniagaan. Tetapi bagaimana meraka yg kurang kemampuan utk melakukannya??
Tq
Salam ceria sihat kaya bahagia,
Apa pun kereta yg kita beli sebaiknya difikirkan masak2, dari berbagai sudut.
– Kos maintainant
– Keperluan/kesesuaian
– Kemampuan menambah nilai aset atau pendapatan.
Janganlah “bior pape ase begaye”…..
mungkin perlu kalo btl2 mampu..tp kalo sampai bergolok bergadai, baik tak payah
Kereta mewah juga meningkatkan lagi komitmen kepada perniagaan. Oleh kerana maintainance dan bayaran bulan2 kereta mewah agak tinggi, jadi mahu tak mahu kena buat bisnes sungguh-sungguh
saya setuju 100% dengan hidrogen.
mmg la itu pandangan pertama org bila tgk kita.wahh kereta besar mesti dia berjaya …
sebab kalau tak silap saya ada seorang lelaki ni dia jadi jutawan sebelum umur 23 atau 24…mcm tu la lebih kurang..
dia perlu cari org untuk buat pelaburan..masa dia cari dia guna motor kapcai je…
tapi yg buat ramai org masuk melabur bawah dia kerana dia ada karisma…komunikasi bagus.dia dapat terang tiap2 part investment dengan baik skali.
bila dapat untung dia pun beli kereta idaman dia..jaguar …
mmg dia beli kereta mewah lepas itu tetapi pd awalnya dia bermula dengan motor kapca sahaja.
apa2 pun apa yang Dr tulis ada benarnya juga.
kereta mewah sahaja tak menjadi penentu utama.yg penting kerja kena jujur,ikhlas dan bertanggungjawab!
Saya sampai sekarang bawak kereta kancil jer hehe…
“Tepuk Dada Tanya Selera.”
“Biar Papa Asal Bergaya”
Renungkan.
Boleh saudara IK memberi pandangan bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan bisnes.Kebiasaannya kepercayaan orang ramai terhadap golongan ini tidak memberangsangkan dan kurang dipercayai.Apa tips terbaik yang boleh saudara IK berikan.Kalau hendak berkerata besar pun belum mampu apatah lagi kereta yang biasa-biasa.
Strategi untuk Biz yang sangat bagus! Menggunakan kereta besar dalam perniagaan MLM apa kurangnya.
Ia adalah hasil dari usaha sendiri dalam biz yang dijalankan. Dengan ada kereta besar akan lebih mudah untuk closing berbanding jika bawa kereta kecil.
Applicable untuk MLM yang lebih kepada Offline. Kalau MLM online pun ada y guna cara ini sebabnya nak bergambar letak kat landing page dan dapat tunjukkan bukti bila prospek betul2x mau jumpa (boleh terus close sale.)
Kereta besar boleh dijadikan Modal untuk mengembangkan biz sedia ada. 🙂
Kereta adalah satu keperluan. Belilah kereta yang selesa dan dapat membantu meningkatkan pendapatan. Kalau mampu memiliki kereta mewah, apa salahnya.
wahhhh…. kereta besar ni memang cantik, tak tau la bila saya boleh pakai?.. huhuhu
setuju. bos kt tempat saya kerja dulu siap tumpang kereta merz member utk jumpa client.. dah turun dr keta, bgtau client yg keta tu driver dia bawak pergi servis kt workshop.
tp strategi dia berjaya! haha..kisah siap masuk paper
memang kereta besar boleh mempengaruhi orang lain untuk join bisnes tapi ada cara lain juga untuk bina kredibiliti bagi yang kurang kemampuan…yang penting kena ramai network…
kalau jenis bisnes yang banyak berurusan face2face memang perlu kereta besar2
Kepada 5 strategi Adsense, terima kasih kerana setuju dengan pendapat saya. apa yang penting, kita tau pelaburan/perniagaan apa yang kita nak terangkan kepada orang. itu pasal bawa motor kapcai atau kereta neo pun boleh cari pelabur.
Terima kasih sifu. Baru saya tahu pasal ni. Wah! bagus jugak tu.
ada benarnya Dr. I.K. pernah juga saya dengar dan ada juga dikalangan rakan-rakan saya yang menggunakan strategi tersebut. Alhamdulillah ada yang berjaya dan ada yang tak.
Bagi yang baru nak mula berniaga,belum mampu nak gunakan strategi hebat macam tu pada pendapat saya. Kenalah fikirkan cara lain nampaknya… 🙂
Salam kejayaan.
pengaruh tu penting tapi lagi penting kalau ada harta banyak2 tapi low profile..
Teringat pada kata-kata Dato’ Chef Li..
Jika ada duit Sejuta dan hutang pun sejuta juga, itu tidak dinamakan JUTAWAN..
Itu namanya KOSONGWAN…..
Kata-kata itu membekas sehingga hari ini…
Imej luaran kadang kala penting untuk menilai dalaman. Kadang orang ‘judge the book by its cover’…tidak boleh dielakkan. Yang penting luar elok dalam pun lebih elok.
Salam IK
saya pun ada pendapat yg sama, in certain business yg kita buat, image is very important! hope next yr i will own my dream car 🙂
Memang kereta itu penting bagi menaikkan motivasi dan kredibiliti sesorang dalam perniagaan sebab manusia suka melihat kepada kemewahan yang ada pada seseorang barulah dia nak percaya apa yang diperkatakan.
Salam IK,
Saya rasa kereta ni memainkan peranan yang penting jgk dalam sesuatu perniagaan tu…
Saya ni x sempat lg nk beli kereta. Ssh jgk rasa bila terpaksa bawa motosikal ke sana ke mari bila nk jumpa client…
Nk convince org pun susah…
jika kita ushakan bersungguh2 pasti dapat hasilnya,alhamdullilah 2008 saya dapat pakai honda stream n 2009 beli motor idaman harley davidson n 2010 dapat miliki bmw m sport 5 siri hasil perniagaan saya usahakan selama 8 tahun syukur kpd Allah.tq bro,bila nak keluar lagu baru pulak?
Memang penampilan imej yang mantob itu penting untuk menanam kepercayaan prospek dan pelanggan yang busines kita sukses.
Tapi biarlah betul-betul mampu kalau tidak akan menyusahkan diri sendiri.
Saya tertarik dengan kata-kata Sdr Azizi Ali dalam bukunya The Million Air In Me… “It should not be tapped to finance that new Merceds SLK…bla..bla…bla..”
Kereta bukan keutamaan tetapi menjadi keperluan untuk pengangkutan atau mobilasi.
Kereta besar dan mewah bukan keutaman, di beli selepas selesai keutamaan dahulu, seperti keluarga, anak, isteri, sedekah, zakat, hutang dan modal perniagaan.
Mewah bukan bererti bahagia
wah bro phone. Hebat. Impian ku masih lagi tidak tercapai:(
bagi bisnes MLM yang Offline mmg kena bawak kete besar untuk tunjuk kepada prospek dan Downline, kita berjaya dengan Bisnes tersebut. Tapi salah bila kita menunjuk2 dengan kereta tersebut.
kalau bisnes MLM yang Online pula tak perlu nak bawak kete besar. Sekadar ikut kemampuan kita. Sebab kita tak perlu nak jumpa prospek atau Downline. Kita cuma bina kreadibiliti kita melalui Internet.
Yang penting keikhlasan dan kejujuran kita dalam bisnes yang membawa kepada kejayaan
Setelah setahun lebih aku berhenti kerja (makan gaji) dan aku berbisnes sendiri.Setelah aku amati selok belok bidang ini,berkereta mewah adalah satu kemestian.Kerana kebanyakan pelanggan menilai anda dengan mata.Kalau anda bawak kabcai lepas tu cerita pum pam pum pam sampai berbuih mulut pun cakap barang yg anda jual adalah yg terbaik di dunia, dia orang susah nak percaya.Itulah realiti dalam perniagaan kita akan seringkali di nilai dari luaran.Dia orang tak akan tanya statement akaun anda atau sebanyak mana duit dalam poket anda.
De sorang artis ni dlu pakai kapcai, skrg dah pkai bently sal jual gelang. Hahahaha!!!
ade sorang membe ni..pakai kancil turbo aje
tapi ade 4 kedai,baju pon sume beli kt psr malam,kasut 1 taon skali tukar baru
rambut pon kusut2,
smpai byk org xtau die tu tokey,mana tak nye,pakai suar pendek,selipar,pastu wat kerja tolong pekerja2 die,umo 26
tanya die nape x beli kete besar?tukar hp?
die jwb biar la aku pakai kete ni je,bia org xtau aku sape n mcmne..
pernah ikot die skali gi bank..nahh ko rm30k skali bankin..
1 je aku respek kt die,die xpernah menunjuk2,klau lepak same2 xpernah die citer psl bisnes die..xpernah merendah2kan org lain..dlm kete penuh mkanan kucing,anjing,,klau gi mne2 die terserempak anjing/kucing jlnan mesti die stop bgi mkn..