Dalam MLM secara offline, sering kali teknik Hard Sell digunakan. Hard Sell merupakan teknik yang lebih agresif untuk mendapatkan jualan. Sering teknik ini dilihat seperti “memaksa-maksa” prospek untuk sertai sesuatu program MLM.
Masalahnya, teknik Hard Selling ni la juga yang sering kali mencemarkan industri MLM oleh kerana agen-agen MLM yang memaksa kenalan, saudara masa, rakan pejabat untuk join.
Mungkin kita sendiri pun ada pengalaman dengan usahawan MLM yang terlalu direct dan aggresif untuk kita join program mereka. Adakah kita join, ataupun kita ambil langkah ke belakang kerana rasa tak selesa?
Soft selling pula bermaksud membina kredibiliti dan kepercayaan pelanggan terlebih dahulu dengan berkongsi maklumat dan informasi. Apabila dapat membina kepercayaan dan kredibiliti, usahawan MLM juga dapat membina perniagaan yang lebih baik.
Research ada menunjukkan bahawa teknik Soft Selling adalah lebih efektif dari Hard Selling. Bukan dari segi menambahkan jualan sahaja, tetapi juga dengan cara Soft Selling, prospek lebih terbuka menyampaikan mesej anda kepada kenalan mereka melalui word of mouth. Dan ini amatlah penting terutamanya dalam Industri seperti MLM.
Di Internet, Hard Selling dan Soft Selling juga digunakan. Dan seperti offline, Hard Selling kurang mendapat sambutan dari prospek. Minda mereka akan tertutup, dan mereka juga akan menutup laman web perniagaan MLM kita.
Ramai usahawan MLM tidak sedar mereka menggunakan teknik “Hard Selling” di Internet, dan akibatnya, tidak mendapat prospek dan downline- melakukan promosi yang banyak, tetapi, keputusan mendapat downline tidak memuaskan.
Sertai Seminar Lipat Ganda MLM untuk pelajari kaedah dan strategi soft selling di Internet yang paling efektif untuk perniagaan MLM anda, tak kira perniagaan MLM apa sekali pun.
Atas permintaan ramai, untuk Seminar Lipat Ganda MLM, bagi mereka yang hendak sertai secara berkumpulan akan mendapat diskaun berkumpulan. So, boleh sertai dengan kawan-kawan kalau nak save.
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Semuga seminar yang sama dapat dijalankan di sekitar JB juga..Thanks
saya amat bersetuju dan berbesar hati sekiranya IK dapt jalankan seminar nie di area johor bahru…amat2 sangat berharrap
Ramai yang memberi penerangan mlm secara salah. menyebabkan pendengar rasa muak, jemu dan panas hati, perbaiki cara penyampaian maklumat dan kaedah yang anda gunakan. cari kelemahan strategi yang anda gunakan. selamat berjaya
IK..macam mane kalau IK buat seminar di area seremban…tq,,,
warm regard..aqmal
Salam…salam…
Paling tak best, kalo bos kita sendiri yg guna teknik ‘hard sell’ ni. 😉
Walau pun dah bagitau yg kita dah join MLM lain, nakkk gak promote dia nyer MLM.
Nak buat tak layan, dia yg bayar gaji kita.
Nak buat layan, rasa malas…heheh..
Susah2 sangat, saya berenti keje la, bos.
(Tu yg sekarang ni bukak kedai bundle online tuuu…) 🙂
Saya ada pengalaman bergaul dengan rakan yang terbabit dengan MLM secara HARD sell.
Mereka ni terlalu ghairah sampai macam terlalu memaksa kita join.
Apa bila kita bersikap tak acuh je.. mereka macam memulaukan kita.
Hinggakan hubungan rakan sekerja pejabat agak tegang dek kerana kita tak join MLM dia.. memang tak profesional…
Diharapkan MLM internet ini dapat memupuk persahabatan dengan lebih akrab.
TQ IK for the tips.
kalau g bandung, confirm kena hardsell 😀
Salam hormat,
saya setuju dengan IK yang keghairahan pengamal MLM menggunakan pendekatan hard sell boleh menyebabkan orang salah anggap kepada industri MLM. dan kebanyakan mereka mengamalkan teknik front loading.
kredibiliti amat penting terutamanya dalam perniagaan MLM. kerana dalam MLM, 30% bisnes, manakala 70% perhubungan manusia. MLM melibatkan konsep downline dan upline. orang hanya akan jadi downline kita sekiranya mereka percaya kepada kita. dan downline akan setia kepada kita sekiranya kita menguasai ilmu perhubungan sesama manusia.
jika MLM konvensional, kredibiliti dapat ditingkatkan dengan kerap melakukan servis seperti homeparty dan sebagainya. tetapi jika di internet, kita perlu banyakkan berkongsi ilmu seperti yang dilakukan oleh IK sekarang.
syabas IK.
Ada sesiapa bole bantu saya macam mana nak buat Soft Sale? Macam mana nak bermula? Bole bagi example?
Assalamualaikum wbk..
Tumpang berkongsi, kalau silap harap perbetulkan..
Hardsell ni ‘Sales Oriented’ contohnya Ekspo Jualan Murah.. atau Penjual Kereta terpakai.. memang kalau tengok salesmannya agak agresif dan ‘pushy’..
Softsell pula ‘Marketing Oriented’.. contohnya trainer MLM, agen insurans, broker, dll.. Lebih kepada bina PR dulu… supaya lebih banyak long term repeat sales..
[Quote]Ada sesiapa bole bantu saya macam mana nak buat Soft Sale? Macam mana nak bermula? Bole bagi example?[/Quote]
Hmm, cari leader MLM.. tengok approachya macam mana.. downlinenya.. pengalamannya..dll.. (paling saya suka personal communication)..
p/s: saya suka approach IK guna platform MLM dan kuasa internet.. Macam pertama kali jer dengar ‘storm/ribut informasi’.. mlm internet.. Hehehe..3x..
Semoga berjaya dunia akhirat, Ameen Insya-ALLAH!