Sempena Seminar Lipat Ganda MLM ,saya akan menulis tip-tip yang berkaitan dengan menjalankan perniagaan MLM melalui Internet. Kita namakan Minggu MLM ok π
Ramai yang menjalan perniagaan MLM sering terlepas pandang untuk mempromosikan perniagaan MLM mereka di Internet. Sekiranya secara offline, mungkin kita boleh bertemu 2-3 prospek sehari. Tetapi dengan menggunakan strategi perniagaan di Internet, sesuatu perniagaan MLM tersebut boleh bertemu bukan setakat 2-3 prospek, malah 200-300 prospek sehari pun boleh.
Namun, ramai usahawan MLM pula melakukan kesilapan dan menggunakan strategi dan kaedah yang tidak berkesan dalam mempromosikan perniagaan MLM mereka di Internet. Bukan itu sahaja, malah, antara kaedah yang dijalankan sebenarnya hanya menjauhkan lagi prospek dan menjatuhkan kredibiliti usahawan tersebut.
Berikut adalah antara kaedah yang SALAH dan tidak seharusnya dilakukan oleh usahawan MLM mempromosikan perniagaan mereka di Internet:
- Menghantar email SPAM. Maksudnya, kita secara membuta main email sahaja sesiapapun tentang perniagaan yang kita jalankan. Mungkin email-email dicari secara online, melalui forum, blog dan sebagainya. Kesilapan yang dilakukan adalah mengumpul email-email ini tanpa kebenaran pemilik dan menghantar email promosi perniagaan MLM kita.
- Promosi perniagaan MLM di ruang blog, forum dan facebook orang lain. Sering kali usahawan MLM sebegini tak lepaskan peluang mempromosikan perniagaan MLM mreka di ruang komen blog, ruang balasan forum, dan juga ruang “wall” FB seseorang. Ini juga antara salah satu cabang daripada SPAM.
- Menggunakan perkataan-perkataan “hype” atau melebih-lebih dalam mempromosikan perniagaan MLM mereka. Zaman ini, pengguna Internet adalah bijak. Sebarang “hype” hanya akan disambut dengan tidak kepercayaan prospek.
Cara promosi di atas bukan sahaja tidak efektif, malah akan menjatihkan kredibiliti seseorang usahawan MLM. Di internet, ianya sukar untuk meningkatkan kembali kredibiliti sekiranya ia jatuh. Oleh itu, jangan-jangan-jangan lakukan promosi berbentuk SPAM di atas. Hanya merugikan anda π
Klik video YouTube di bawah untuk pesanan saya kepada usahawan2 MLM…
Tak lama lagi, saya akan kendalikan sebuah Seminar khusus bagi usahawan-usahawan MLM (tak kira perniagaan MLM apa pun) bagaimana cara sebenar dan paling efektif untuk mendapatkan lebih ramai prospek, pembeli dan juga downline anda.
Sekiranya anda menjalankan perniagaan berbentuk MLM, sertai Seminar Lipat Ganda MLM untuk mendapat maklumat mempromosikan perniagaan MLM terkini dan paling efektif melalui Internet.
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Betul tu IK.. cara promosi membuta tuli akan merugikan diri sendiri.
Salam Mari teman berteman bersama saya..
Memang kebanyakan usahawan online ini mempromosikan segara tidak etika internet dan menyebabkan pelanggan ataupun pelawat hilang.. Tidak MLM ataupun perniagaan apa pun haruslah menggunakan secara yang betul dalam promosikan produk dan perkhidmatan mereka..
Tq.
wah.. banyak lg nak kena belajar ni..
Yes, memang betul IK!
Salam.
Irfan, saya nak tambah lagi satu fakta : salah satu lagi kelemahan MLM yang dijalankan secara online ialah website yang diberikan kepada setiap ahli mereka adalah SAMA. Jika saya adalah ahli tersebut, apakah ciri-ciri unik yang ada untuk saya menarik perhatian pelanggan saya ? Ini disebabkan website antara saya dengan ahli yang lain tiada bezanya. Melainkan SEBELUM ini saya adalah orang yang popular dan ternama serta dikenali, hanya melalui “NAMA” sahaja saya akan dapat pelanggan yang ramai. Sila beri komen sikit…
pembetulan…
Melainkan JIKA SEBELUM ini saya adalah orang yang popular dan ternama serta dikenali, hanya melalui Γ’β¬NAMAΓ’β¬Β sahaja saya akan dapat pelanggan yang ramai. Sila beri komen sikit!
Saya memang setuju. SPAM adalah perbuatan tidak elok untuk tujuan promosi. Buat promosi dengan cara betul dan hasilnya amat menguntungkan. Promosi adalah nadi perniagaan internet. Kalau anda hendak jual kereta Mercedes dengan harga 50% kurang pun tak kan ada orang beli kalau anda tak promosikan sebab tak de sapa tahu anda hendak jual kereta tersebut.
Apa yg penting kejujuran. Kite kena bersifat terbuka dan berani mengatakan kita menjalankan pernigaan MLM. Betul tak IK!
Salam Tuan Irfan,
Kadang-kala saya pun meluat tengok ahli-ahli MLM ini membuat promosi membuta tuli sama ada melalui email spam dan yang terbaru melalui Facebook.
Terima kasih atas artikel yang menarik ini π
Jersi Bola
cari saja kenalan yang ramai. berbual dan berborak apa saja. walaupun tak kenal, mereka sebenarnya akan yakin pada kita dan produk kita.
Sangat setuju dengan entri kali nie dah bosan dengan sikap sesetengah ahli MLM yang membuat posting pada wall facebook bosan sangat bile sampai 2 ke 3 kali terus delete friend yang macam tue… so siapa yang rugi pengiklanan yang membuta tuli merugikan prospek sendiri.. so nasihat saya gunalah cara yang disukai ramai…sekadar berkongsi!!!
Satu peringatan yang amat berguna…work smart instead of work hard!
salam,semua betul tu kekadang banyak selalu main redah ajer… cth dlm FB.tak minat dia promosi pula kat member kita pula.ni dah kira menggangu.belajar dari guru yang betul k
Salam…salam…
Saya MUSTI setuju dgn posting kali nih π
Antar emel SPAM kat org, org akan meluat. Silap2 dimakinya dlm diam (mana kita tahu kan?)
Camana bisnes nak menjadi kalo org dah doa yg bukan2?
Dan apa yg pasti, org akan buat tak kisah…terus je delete ke tong sampah.
Yg suka SPAM wall FB org plak, yg ni ‘idola’ saya.
Yelah…diorg ni tak kecik ati ke bila org lain antar komen marah2, kena kutuk lg…
So, takyah la SPAM. Bukannya buleh RM pun… π
..dengan kata lain, jangan main ‘terjah’ je, belajar cara promosi yang berkesan dengan IK dahulu.baru POWER bisnes…
SPAM memang dah berleluasa sekarang ni…kadang-kadang saya saja meletakkan vacation responder untuk membalas balik email spammer ini
nak buat mcm maner..mula2 joint MLM jer diorg dah ajar kita buat promotion mcm tu..suruh email, promote banner kat blog, sms & dan lain2 lg yg korg anggap spam.. cubalah bg cara yg betul dan jgnler asik nak menyalahkan jer…kongsiler sikit ilmu tu klu dah pandai sgt..
kenapa orang melayu sentiasa berfikiran negatif..kenapa mesti mengata kat blkg..cuba fikir positif..cuba anda letakan diri anda ditempat mereka..kiorang cuma mencari rezeki..bukan mengganggu..kalau tak suka takpe..delete jer..tak payah dok mengata, menyumpah kat blkg itukan satu dosa..kami nak belajar siapa yang nak buat salah..berilah doa atau tunjuk ajar kpd kami yang buta it..yang celik ittak salah ilmu di kongsi..harap maaf..
ya… yang salah kita perbetulkan bersama. sering kali juga yang melakukan promosi berbentuk SPAM fikirkan caranya adalalah betul. So, sebaiknya tegur elok2… baru lah molek tak gitu?
-ik
kalau kite promosi di shoutbox blog2 orang lain? adakah dikira SPAM ke?
Salam..rasa bengong dah otak saya nie pasal biznes..banyak idea di depan mata, tapi x tau nak mula mcm mana..
Saya mmg sdg mencari ilmu ttg MLM secara online. Cuma blh tak saudara IK adakan seminar tu sabtu @ cuti sekolah. CZ saya ni kat pantai timur hari kerja.bkn sayang nak cuti kerja, tp saya guru, & pelajar sdg menuju masa kritikal utk exam, tak sampai hati nak tinggalkan mrk.saya sgt2 mahu hadiri sseminar Lipat GandaMLM Ik.
TQ.
Assalammualaikum saudara IK,
Seminar mcm ni slain diadakan di Kuala Lumpur, di tmpat lain slain K.L mmg x diadakan ke.. cntohnya P.Pinang tuk zon utara, jb tuk zon slatan, tganu tuk zon timur.. ramai yg b’mnat sbnarnya tuk program mcm ni.. cuma jarak yg slalu m’bataskn keadaan.. sya faham tuk b’jya xsptutnya ada alasan… harap d pertimbangkan…
setuju dengan semua.. ape yang penting ilmu,xpa buat silap yang penting jangan ulangi(peringatan utk diri sendiri);p
spam tu melalaui email kan..tatapi letak link ke comment blog org contohnya mcm ni peluang perniagaan lawat sini http://rmniaga.blogspot.com
tu pon kira spam jugak ke…
Rosmah: kdg2 buat jg link kat website @ Blog..selepas memberi komen yang bernas..rasanya tak salah asalkan jgn berlebihan..kalau tuan punye website@blog approve komen kira dapat bonus backlink..contohnya mcm nih..
Coklat | Kedai Coklat
yke,tp mcmna pulak klu kite promte perniagaan kita di facebook melalui group,contohnya group perniagaan? adakah di kira spam juga? ataupun kite promte barangan kesihatan kt wall facebook umum,tp kite just promte produk kesihtn bkn promte cara2 berniaga MLM di internet,xkn xboleh kot? sekurg2nya kite dptle bantu org2 yg sakit or mgkin ada di kalangan ahli facebook tu menghidapi apa2 penyakit,adakah itu di kira SPAM jugak? klu xboleh,boleh ke bg 2,3 cra lain yang lebih mudah untuk kami,sekadar pengetahuan je…
saya baru menyetai bisnes MLM ni tp modal murah tp xtau nk cr prospek…kwn2 sume dh pk negative sal bisnes MLM…bila en.IK nk wt seminar di JB?
Ada banyak cara untuk mempromosikan perniagaan mlm.Anda harus menggunakan teknik “funded proposal” dan menjadi penyelesai masalah.Banyak cara mempromosikan perniagaan dan cara masa kini ialah dengan facebook