Rezeki berlimpah-limpah “abundant”

Konsep “abundant” seringkali di paparkan dalam buku-buku motivasi barat. Ertinya, banyak, berlebihan, berlimpah-limpah dan sewaktu dengannya.

Ianya amat penting untuk melihat bahawa semua rezeki yang ada di dunia ini adalah banyak dan unlimited.

Ramai yang mempunyai konsep yang SALAH iaitu memikirkan rezeki adalah terhad. Di ibaratkan seperti anda mempunyai kek. Dan bila anda makan satu slice kek tu, maka, kurang satu pecahan. Kalau anda bagi kawan anda makan satu lagi slice, makin kurang pecahan. Lagi ramai yang makan kek kita tu, makin kurang sehingga kek tu habis. Maka, tiada siapa, termasuk anda boleh merasa dah kek yang habis…

Sebenarnya rezeki adalah berlimpah-limpah di dunia ni dan tak habis (unlimited). Rezeki pula bukan sahaja wang atau harta, tetapi, rezeki termasuk ilmu, pengetahuan, kenalan, kasih sayang, dan macam-macam lagi.

Ertinya, kalau ada ilmu, kongsi ilmu dengan orang lain. Kalau ada wang, sedekah dan berikan zakat. Kalau ada pelanggan, kongsikan dengan usahawan-usahawan lain. Rezeki kita tidak akan habis, malah akan bertambah-tambah berpuluh dan beratus kali ganda lagi.

Lihat rezeki dunia ini melimpah-limpah, dan rezeki juga akan melimpah-limpah datang kepada kita ๐Ÿ˜‰

p1000136.jpg
IK setiap Ahad 7.30am TV1, Hujung Minggu Malaysia

Mulai semalam (Ahad) insyaallah saya akan bertemu anda setiap minggu di TV1 jam 7.30 pagi untuk segmen bersama saya topik kewangan, motivasi & perniagaan di Hujung Minggu Malaysia. Tip di atas adalah sedikit ekstrak dari segmen semalam ๐Ÿ˜‰

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

28 thoughts on “Rezeki berlimpah-limpah “abundant”

  1. Tahniah! Buat Dr IK, semoga segala usaha dan pengorbanan IK itu akan dibalas dengan rezeki yg berlipat kali ganda daripada Allah s.w.t… Insyaallah!!

  2. Salam IK… salam keceriaan dan salam 1 Malaysia…

    Untuk mendapatkan sesuatu kita perlu memberi sesuatu dahulu..

    Apa yang kita sumbangkan hari ini… insyaallah orang lain akan sumbang untuk kita pula…

    Tq IK kerana sentiasa berkongsi dengan tips2 yang berguna untuk semua pembaca blog ini.

    Salam Persahabatan untuk semua….

  3. Betul tu IK,

    Rezeki ni kurniaanNya. Dan kita harus bersyukur dengan nikmat rezeki ni dengan cara bersedekah, berzakat dan macam2 lagi.. InsyaAllah, segala kebaikan yang kita ‘tabur’ tu akan dibalas dengan rezeki yang lebih besar..

    Teruskan berkongsi tips IK!

  4. Salam / Mari teman berteman bersama saya..

    Saya setuju dgn kenyataan Tuan IK.. mmg tidak dinafikan rezeki didunia ini tidak akan ada penghujungnya tetapi perlulah disusuli dgn usaha dan sentiasa berdoa/bertawakal kpd-Nya..

    Tq..

  5. Saudara IK. Saya ingin berkongsi maklumat yang diperolehi dari laman web JAKIM iaitu Galakan Mencari Rezeki Yang Halal.

    Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
    รขโ‚ฌ Sesungguhnya roh al-Qudus telah datang kepada aku memberitahu bahawa seseorang itu tidak akan mati selagi tidak sempurna rezeki Allah S.W.T. kepadanya. Maka takutlah kepada Allah S.W.T. dan berusahalah dengan baik; dan lambatnya datang sesuatu rezeki itu janganlah menjadi pendorong kepada kamu untuk melakukan usaha mencari rezeki berbentuk maksiat kerana sesungguhnya rezeki Allah S.W.T. tidak akan dapat diperolehi melainkan dengan cara ketaatan.รขโ‚ฌย

    Riwayat Ibn Majah dan al- Tabrani.

  6. saya teringat dulu2 IK pernah bagi nasihat.
    kalau kita nak masuk business kena kenal ramai org dan cuba utk ingat nama org lain.

    jgn fikir mcm mana kita nak dapat untung bila kita berbaik dgn org lain.tapi kita kena fikir dulu apa yang kita boleh tolong org yg kita kenal tu.

    kalau kita kenal si A yg ada bisnes kereta,dan kalau ada org nak beli kereta kita boleh cadangkan beli dengan si A..

    jadi same2 membantu ๐Ÿ™‚

  7. Alam IK,
    Tahniah atas kejayaan baru anda itu, tapi sayang saya tidak dapat tenngok sebab tak update.

    saya cadangkan pada Ik supaya CDkan segala video mana-mana program yang telah dijayakan untuk kami beli.

  8. Assalamualaikum IK,

    Boleh tak kalau upload video segmen kat Hujung Minggu Malaysia tu kat sini? Boleh tengok ulang2 kali…atau mungkin terlepas nk tgk kat tv ๐Ÿ™‚

  9. yup abundant sering di dengar dan saya ada terbaca buku iaitu the secret yang betul membongkar mengapa kita perlu bersedekah(mat salleh pun suka bersedekah) kerana ianya akan menambah lagi rezeki kita berlipat-lipat ganda dan dalam Islam sendiri sedekah menambah rezeki..sedekah dalam context biz mungkin boleh kita tolong bantu rakan kita cari pelanggan(JV),bertukar promosi dengan list email….

  10. Terima kasih atas perkongsian yang bermanfaat, nampaknya ahad lepas2 ni kenalah bangun pagi sikit tuk layan IK kat tv1.. huhu~

  11. yup..tq bos,atas2 idea2 anda aku akan buka kiosk jual pakaian di eastern mall Tawau Sabah pada 15May ni.(mulitple streams of income)

  12. salam.

    saya pernah subscribe 1 mailing list. 1 quote drpd penulis “website anda akan dikunjungi ramai orang jika ada 2 benda – percuma dan berguna”
    walhal zaman skrg kalau nak difikir kan, mana ada lagi org sanggup bagi percuma kalau takde kredit utk mereka. tapi itu la realiti, rezeki akan melimpah ruah, sekiranya kita tak lokek ilmu, tolong sesiapa yg memerlukan w/pun tiada kredit utk kita sbg habuan.
    start drpd situ, sy jadikan amalan…setiap sms, email minta bantuan dlm bisnes online, sy cuba bantu mana yg saya mampu. InsyaAllah, 1 saya kongsi, Allah bagi 10 rezeki lain sebagai ganjaran. InsyaAllah.

  13. TQ IK.info yg menarik. betul tu, terlalu byk peluang perniagaan.terpulang kepada kita nak menjayakannye.
    Tapi, ramai yg berhenti di tengah jalan kan? tak sanggup menghadapi badai…

  14. Terima kasih atas perkongsian tersebut. Saya sangat beruntung kerana IK sudi berkongsi ilmu melalui bengkel-bengkel yang diadakan. Dan saya dapat gunakan untuk mengembangkan perniagaan saya. InsyaAllah ilmu yang dapat tu akan dikongsikan juga dengan rakan-rakan lain yang cuba mendalami perniagaan internet. Tq very much ๐Ÿ™‚

  15. TEPAT SEKALI! IK saya sendiri dapat merasai hasil… rezeki yang tidak disangka-sangka… saya jadikan doa satu senjata dalam hidup saya..

  16. Salam tuan IK,
    pendapat yang sangat bernas memang Allah sediakan rezeki kat dunia ni melimpah ruah…so terpulang kepada yang rajin untuk mengambil peluang..

    Ilmu juga untuk dikongsi2 kepada sesiapa yang memerlukan…thanks tuan IK….

  17. Ramai orang yang masih mempunyai minda seperti memang tidak dinafikan tapi bagi saya rezeki masing-masing lagipun Allah sudah tetapkan rezeki bagi setiap orang jadi apa yang perlu dirisaukan usaha saja baru dapat hasil.

  18. AsSalam Tuan IK,

    Terima kasih kerana tidak lokek ilmu dan sudi berkongsi dgn kami. Amat bertuah kerana mempunyai insan seperti IK dan kerana IK juga lah kami menceburi perniagaan internet yg canggih ini. InsyaAllah kami juga akan berkongsi ilmu yg kami pelajari ini dgn sesiapa yg memerlukannya.

    SYABAS IK…All the best!

  19. Sangat bertuah kerana dapat limu dari lK…
    Banyak idea yang dapat mengembangkan perniagaan online internet saya.

    Appreciate it and thank you very much!!!

  20. Betul kata IK…rezeki memang akan melimpah ruah tapi sekiranya ada kemahuan bak kata pepatah
    “di mana ada kemahuan di situ ada jalan”

    Terima kasih atas segala info hebat Irfan Khairi….

  21. Masa al kuliyyah tu mmg IK laju bcakap.hehehe…tapi msg tu sampai..saya sempat mnonton ptg tu..

Leave a Reply

Your email address will not be published.