Akaun “TIPU” Irfan Khairi di Facebook

Sejak 2005 lagi, ada pihak-pihak yang tak bertanggungjawab suka menggunakan nama saya untuk kepentingan sendiri. Dan sejak 2005 juga beberapa kali saya mengambil tindakan undang-undang untuk membersihkan nama saya.

Kini, sekali lagi terjadi, melalui Facebook pula… seperti akaun tipu Irfan Khairi di bawah dengan lebih 3500+ fans..

fbtipu.jpg

Tahun lepas saya sememangnya ada akaun facebook, tapi oleh kerana dah sampai limit 5000 friends, saya hentikan akaun facebook saya kerana ramai yang tak dapat jadi friends & tertunggu-tunggu kerana saya tak aktifkan mereka. So, sejak itu saya pun tidak ada di Facebook untuk adil kepada semua pihak.

Sedar-sedar, ada pula yang membuka akaun facebook menggunakan nama saya & gambar saya. Perkara ini sememangnya satu penyalahgunaan dan boleh diambil tindakan undang-undang. Lebih-lebih lagi sekiranya akaun tersebut mempromosikan skim-skim yang saya sendiri TIDAK endorsekan.

Seperti yang saya lakukan sebelum ini, penyalahgunaan nama dan gambar saya akan disusuli dengan tindakan undang-undang.

Akibat kes ni, saya pun ambil keputusan untuk buka Fan page di Facebook supaya perkara ini tidak berlaku. Klik di sini untuk Facebook Page saya.

 

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

35 thoughts on “Akaun “TIPU” Irfan Khairi di Facebook

  1. Senang nya ambil kesempatan atas nama orang lain tanpa memikirkan kesannya.. Kepada pemilik akaun palsu IK di FB, cepat2 la delete akaun, sebelum Ik ambil tindakan.

  2. Salam / Mari teman berteman bersama saya..

    Kenapa manusia seperti suka mengambil kesempatan ke atas kejayaan orang.. Macam mane ekonomi Negara kita hendak maju dan dapat bersaing dengan Negara-negara maju..

    Fikir-fikirkan.
    Tq..

  3. Saya harap IK cepat ambil tindakan sebelum perkara ni merebak sebab dua tahun lepas saya pernah dapat email drp seseorang ajak untuk join menggunakan email irfan2000 tetapi nasib baik saya sedar dan abaikan.

    Ramai betul penyangak di alam siber ni, ya?

  4. Ahah…. nie yang nak marah ni,
    suka2 diworang main2 sama itu taukey ye….
    patutlah i punya facebook tak ada tindak balas,
    rupa2 diorang menyamarye, ingatkan tauke IKSB.
    Ambil je tindakan tak payah tungu2 nanti nama IK juga yang busuk.kami sokong dr blkng n ada bukti lagi…

  5. Maafkan saya kalau sedap je mengutuk…

    1 – Sbg individu memang la facebook limit kpd 5000 friends. Sebagai alternatif, En. Irfan boleh buat page macam artis-artis Malaysia lain sbg contoh: Afdlin Shauki.

    2 – Tak adil untuk Irfan Khairi ambil tindakan kerana kelemahan / kecuaian syarikat beliau mempertahankan / lambat untuk mengadakan halaman facebook sedangkan beliau sedar populariti facebook hinggakan PM pun ada page facebook.

    3 – Jika ambil tindakan, do it because ‘they’ using your name to do crime

    4 – BILA NAK BUAT EVENT KAT PULAU PINANG @ NCER? kalau susah saya cadangkan buat satu koridor setahun sekali, selebih tu pulun la kat KL.

  6. Tak sangka ada orang sanggup buat macam tu. Memang la strategi tu bagus tapi caranya salah. Melanggar etika. Kan tak baik. Kan bagus cipta nama sendiri. Fikir-fikirkan.

  7. Betul…saya pun tertipu dalam masa 5saat…tengok wall post mcm tak kena..terus je remove from friends..hehe
    tapi, kalau IK buat fanpage apasalahnye kan…

  8. IK,

    Ada baiknya buat laporan awal …buat report je…ini bagi menjaga kepentingan IK ..

    p/s: Hmm..ada baiknya saya cadangkan IK paten kan sahaja nama Irfan Khairi 🙂

  9. nanti kasitau ye link utk fan page FB IK.
    bukan apa, takut tertipu lagi…
    kalau dapat info direct dari IK, baru leh percaya.

  10. Salam Bro IK,

    Akibat kecanggihan teknologi, ada pihak yang menyamar menggunakan nama anda…

    Harap tidak patah semangat dan teruskan usaha anda membimbing masyarakat malaysia dengan ilmu perniagaan anda yang popular.

  11. Salam IK,

    Ni bukan kali pertama rasanya orang guna nama iK utk kepentingan peribadi. Samala juga email2 scam yang guna nama maybank2u la dan macam-macam lagi utk tipu orang. Orang macam ni memang suka ambik kesempatan. Kesian kat orang2 yang dah teraniaya..

  12. Tahniah dan Syabas Saudara IK.
    Tindakan yang saudara lakukan itu memang dah betul. Biar menjadi pengajaran kepada semua.

  13. wajib saman..sebab nama IK ni ada pengaruh terlalu besar yang melibatkan “wang”….so, untuk elakkan terkena penipuan, perlu diambil tindakan…nama IK tak leh nak disamakan ngan artis…coz nama IK ada value lebih dari mereka…so, saman tetap saman =)

  14. Salam Saudara IK,
    Bersabarlah atas ujian Allah ini kerana dunia penuh hasad dengki dan irihati..atasi dengan cara yang terbaik.Mungkin ada hikmah disebaliknya.Teruskan usaha IK untuk menyebarkan ilmu yang bermanfaat ini untuk semua.

  15. Hmm….
    berani jugak individu tu ya?
    dalam email saya kebanyakan individu
    guna nama org2 besar supaya kita buka
    email yang dia hantar.

    ada juga email tu daripada
    penghantar Datuk K dan Datuk Siti.
    bila buka dia ajak join program internet
    atau jual produk online.

    Datuk K dan Datuk Siti ada buat ke
    program internet mcm tu?hmm..kelakar lah..

    Takpe abang biasalah bila dah popular org nak guna kredibiliti abang tu..ambil tindakan mcm tu mmg tepat.

    Fara Fauzana pun kena jugak.ada org guna nama dia dekat frster dan myspace.yang tak bagus nya org tak b`tanggungjawab tu dah main2kan anak dara orang kononnya nak jumpa.budak tu mati2 ingat yang hantar tu Fara tapi org lain rupa2nya…

    Fara pun buat statement dekat paper dia takde akaun fster atau myspace.jadi tindakan IK untuk buat pengumuman mamc tu
    kat sini adalah wajar… 🙂

  16. Saya rase tk salah kalau seseorg tu nk wat fan page untuk IK..since Ik mmg ramai peminat pun…cuma yg salah maybe fan page tu digunakan untuk kepentingan peribadi sesetengah pihak….dan menggunakan nama IK untuk meraih keuntungan dengan cara yg tidak betul…..

    yg benar,
    Peminat setia IK…(”,)

  17. Saya terjumpa akaun facebook yang di tunjukkan di atas tetapi saya rasa curiga sbb Ik tidak pernah join mana2 program SCK atau mana2 skim yang melibatkan kerugian kepada orang ramai.

    Manusia spt itu sptnya malu kerana ingin dikenali di FB dengan cara menipu.

    Cara promote di Fb ada caranya bukan ambil gambar IK.

  18. Nilah yg di namakan lanun @ fotostat,kerja dia ni suka copy and paste je.menggunakan nama org lain adalh salah satu jenayah,merosakkan nama tuan yg empunya badan.ambil tindakan secepat yg mkn sbb mereka mggunakan nama AWAK.org mcm ni x boleh simpan lama2……

  19. memang org suka ambil kesempatan terhadap orang yang terkenal terutama IK,sbb apa?sbb konon 2 nak untung mudah

Leave a Reply

Your email address will not be published.