3 Cara mengelak melengah-lengahkan masa!

 

 

Orang kata masa itu emas. Tetapi, sebenarnya masa adlaah lebih berharga dari emas kerana masa yang terlepas, kita tidak akan dapat kembali.

Adakalanya kita mendapat idea untuk memulakan perniagaan, tetapi, “melengah-lengahkan masa” pula. Mungkin kita mahu melakukan sesuatu strategi perniagaan, tetapi fikir untuk “tunggu dulu”. Memang niat hendak melakukan sesuatu dan tahu sesuatu tersebut dapat membantu diri dan keluarga, tetapi terasa “malas” lah….

Memang biasa kita terjumpa keadaan sebegini. Mat salleh sebutkannya sebagai procrastination. Secara perlahan-lahan, keadaan melengah-lengahkan masa ini sebenarnya membunuh motivasi kita tanpa disedari. Setiap kali ingin melakukan sesuatu, ada sahaja alasan untuk melengah-lengahkan masa

Masa adalah komoditi yang amat berharga pada zaman ini. Sering kali dilihat, mereka yang berjaya adalah mereka yang agak berumur. Ini kerana, masa telah memainkan peranan dalam mengumpulkan kejayan.

Bagaimanapula rahsia mencapai kejayaan cemerlang di usia yang muda? Jawapannya adalah pengurusan masa yang bijak!

elak masa

Berikut adalah ringkasan 3 tip yang saya sampaikan:

  1. Menetapkan matlamat jangka pendek adalah sebahagian daripada mengurus masa dengan cekap. Tulis apa yang anda hendak lakukan hari ini… esok… minggu ini. Kiranya, matlamat jangka pendek. Aksi menulis tersebut akan membuat kan matlamat jangka pendek kita masuk ke minda separuh sedar kita, dan menjadikan kita lebih cekap dalam menyiapkan apa sahaja kerja yang ditulis.
  2. Tulis matlamat di atas pada malam sebelumnya. Kerana, ketika tidur pun, apa yang kita rancangkan untuk esok akan bermain di kepala kita dan membuatkan kerja tersebut lebih mudah untuk dilaksanakan dengan cepat.
  3. Fikirkan kesengsaraan atau berita buruk yang akan terjadi sekiranya kerja yang kita ingin lakukan tidak siap. Manusia adalah insan yang beremosi. Kita melakukan sesuatu kerana inginkan kebahagiaan, dan mengelakkan kesengsaraan. namun, keadaan emosi “mengelakkan kesengsaraan” adalah lebih kuat untuk memotivasikan kita melakukan kerja dengan lebih cekap.

Menjimat masa adalah amat penting kerana masa yang terlepas… kita tidak akan jumpa kembali! Sekiraya selama ini anda terasa seperti melengah-lengahkan masa dalam melakukan sesuatu yang penting, fikirkan “It’s NOW or NEVER”. Takut melengahkan sehari menjadi seminggu, seminggu menjadi sebulan, sebulan menjadi setahun dan akhirnya…. langsung tidak lakukan!

*Sekiranya anda ingin memulakan dan menjalankan perniagaan Internet, tetapi masih melengah-lengahkan masa untuk mempelajari teknik dan strategi yang betul, sertai saya di Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial, sebuah program 6 bulan yang akan membantu dan membimbing anda memulakan dan menjalankan perniagaan Internet anda. Klik di sini untuk maklumat lanjut atau hubungi Cik Aie/ Cik Jay di 03-77292277 dan jangan berlengah lagi. Pengambilan terbaru kini bermula. 

 

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

13 thoughts on “3 Cara mengelak melengah-lengahkan masa!

  1. Salam…

    Semua perangcangan telah dibuat dan diatur,

    tapi tak jalan-jalan lagi apa yang dirancang,

    tu satu lagi buang masa…nasihat pada diri sendirilah yang suka buang masa he he.. betul tak en.IK?

  2. Thanks IK atas tip penting ni. Yang paling best saya rasa tip no.2 sebab kebanyakan aktiviti yang saya rancang pada malam sebelumnya dapat dilaksanakan dengan baik. Jika tidak di rancang, masa berlalu begitu sahaja. Saya pun ada cerita pasal tip tu dalam buku saya, “Urus Masa Terus Jaya”. Apalah salahnya kita habiskan masa 15 minit setiap malam tetapi kesannya terhadap keseluruhan hari kita.
    15 minit sehari merancang mempengaruhi hari, hari demi hari jadi minggu, minggu demi minggu jadi bulan, bulan demi bulan jadi tahun, tahun demi tahun jadi usia, usia demi usia jadilah kehidupan.

  3. Terima kasih diatas tips yang diberikan IK…

    Harap saya dapat laksanakan tip yang berguna tu setiap hari maklumlah kadang kala kita terlupa dan terleka dengan aktivit seharian sampai lupa nak merancang aktiviti yang perlu dilakukan hari esok.

  4. Salam IK 😉

    Kali ke 2 saya mendengar menulis matlamat jangka pendek ni dari seoarang Jutawan kali pertama semasa saya berjumpa dengan Jutawan Score A 2 minggu lepas.

    Saya percaya jika 2 orang jutawan ini sudah becakap dalam nada yang sama maknanya ia amat praktikal dan mampu dibuat oleh semua orang yang memasang impian untuk jadi Jutawan (yg tak der impian pun boleh ikut ya)

    So tulislah apa yang anda rancangkan hari ini..supaya anda berjaya hari esok…

    p/s : your dream our vision

  5. Pengurusan masa memang penting terutamanya dalam perniagaan. Sekali kita telewat, peluang yang lalu di depan mata akan lesap begitu sahaja.

    Benarlah kata Harvey Mackay iaitu ‘business motivational speaker’.

    â€Time is free, but it’s priceless. You can’t own it, but you can use it. You can’t keep it, but you can spend it. Once you’ve lost it you can never get it back.”

    Pelajari teknik pengurusan masa yang betul. Insyaallah, diri/perniagaan anda akan lebih maju ke hadapan berbanding orang/pesaing anda yang lain.

  6. salam.

    memang menarik idea yang irfan berikan. sekurangnya membuka minda dan sentiasa mengingatkan kita sentiasa.

    sama macam mentor idola saya, Brian Tracy. Tapi Version Melayu 😉

  7. masa adalah wang. ia mesti diarancang dengan serious.

    demi masa sesungguhnya manusia dia dalam kerugian, kecuali orang yang membuat benda yang ada impak positif. (berpesan dengan kebenaran dan kesabaran)

  8. masa adalah emas.. jgn biarkan sifat “menagguh keja” menguasai diri kita.. walaupun segala perangcangan telah diatur rapi, tapi bila sampai masa kita tidak laksanakan apa yg dirancang.. segalanya akan hancur…

Leave a Reply

Your email address will not be published.