Siang tadi di Bernama Radio24, segmen Irfan on Air, topik yang dibincangkan adalah gagal dalam perniagaan. Di mana saya membuat phone interview dengan Mentor Jutawan, Billi Lim kita… it was a fun interview!
Satu soalan yang diajukan kepada saya tadi berbunyi…
IK pernah gagal ke?
Sebab terima soalan cepu emas tu on air, saya pun sebutkan on air, 3 kegagalan saya sebelum ini. Habis semua orang tau… 😉
- Baru-baru ni adik-adik kita ambil keputusan SPM kan? Teringat saya tentang kegagalan saya dalam mata pelajaran Prinsip Akaun ketika SPM- saya mendapat F9! Yup… saya kantoi accounts 😉 That was a major downer sebab masa cuti tunggu result SPM saya dah berangan nak jadi jutawan dah… bila tengok result accounts… aduh- F9!
- Lepas SPM saya melanjutkan pelajaran ke ITM Shah Alam (PPP) mengambil jurusan perniagaan. Majoring in Economics. Biasalah… nak jadi ahli perniagaan, kena la handal Econs. Final A-Level exam… dapat result, saya FAIL my Economics. Sampai terpaksa re-sit exam 2 bulan kemudian. Strike 2! Alhamdulillah, ketika re-sit, keputusan saya cukup-cukup makan (pass… kurang 1 point untuk kantoi balik) untuk fly ke UK.
- Yang ni ramai tahu… tahun pertama saya menjalankan perniagaan Internet, saya GAGAL mendapatkan pelanggan. Dalam masa 1 tahun, saya cuma dapat 3 pelanggan sahaja. Saya ingat lagi ketika itu, satu pelanggan dari UK, satu pelanggan dari US dan sorang lagi dari Hong Kong. Keuntungan perniagaan Internet saya yang pertama adalah dalam RM600 sahaja setahun (setahun tu… bukan sebulan!)… strike 3!
Bila ingat kembali, it was a great journey. Semua kegagalan itu mengajar cara kejayaan. Syukur Alhamdulillah, dari dulu lagi saya bukan seorang yang cepat putus asa, dan harapan kita semua tak akan putus asa.
The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Assalamualaikum Tuan Rumah,
Entri di atas menarik untuk diberi komentar, khususnya pada petikan ini,
“Keuntungan perniagaan Internet saya yang pertama adalah dalam RM600 sahaja setahun (setahun tu! bukan sebulan!)! strike 3!”
Benar, keberanian mencuba penting, malah lebih penting lagi adalah keberanian bangkit setelah rebah/gagal.
Salam ceria & inspirasi
“Pray Hard, Work Smart & Creative”
Assalamualaikum
Yelah..dalam perniagaan.. pelaburan.. kita gagal berkali kali.. tapi dari situ la kita belajar..
Take care..
Wida
EmasdanTanah.com
waahh..RM600 tu dah banyak tu bang compare to rm10..hehe
saya gagal matematik tambahan mase spm…gagal beberapa subjek dari acca-profesional akaun…
hahaha….tapi tetap berusaha nak berjaya..
tapi kan saya suka apa yg Jimie Oliver ckp….kalau kita ada 3 benda ni kita boleh berjaya.
1-minat
2-usaha dan semangat
3-boleh bekerja dengan org
sebab kalau ikut mase kecik2 dulu Jimie tak pandai menulis dan membaca tapi dia ade minat memasak…skg buku memasak dia dah terjual lebih 20ribu naskah…
so dia adalah anatar jutawan kat dunia ni yg asalnya tak membaca dan menulis mase zaman2 sekolah dolu2… 🙂
IK is rock!
pppps buka 20 ribu….20 juta lah bang Irfan..saya ada terbaca dlaam paper sal Jimie ni..he is my icon..love his way when he`s cooking on TV..
Jimie is awesome!
Salam IK 🙂
Dalam perniagaan kita mesti berani mencuba dan berani gagal…
Cuma kekadang yang tak boleh tahan ialah percuban itu mengakibatkan hutang atau pun jatuh bankrap (blacklist)
Kalau kegagalan yang tidak melibatkan hutang mungkin boleh tahan sikit…
Apa pun dalam kehidupan kita tidak boleh cepat putus asa… 🙂
hmm nice entry,memberi semangat untuk berjaya..kata kunci…jangan putus asa!
Salam IK..
Memang benar, TAKUT GAGAL PERNIAGAAN selalu bermain di dalam pemikiran usahawan seperti saya…Apa-apa pun, untuk mencapai KEJAYAAN apa jua kita perlu tempuhi..cepat atau lambat bergantung USAHA masing-masing..
*Saya langgan majalah Jutawan, banyak info motivasi perniagaan untuk diambil bagi memperbaiki diri…
Selagi ada keinginan yang kuat untuk berjaya insyallah kita akan sentiasa cari jalan untuk berjaya bukan mencari pintu EXIT dan cuba create bermacam2 alasan.
Salam IK.
Gagal sekali bukan bermakna gagal segalanya.
Saya bercita-cita bergelar seorang doktor perubatan. Tapi tidak kesampaian.
Disebabkan result SPM tak bagus, semua terbantut. Tapi saya bangkit dengan semangat baru.
Belajar masa kerja dan sekarang sedang menunggu tawaran belajar peringkat PHD.
Mungkin lepas ni akan bergelar seorang Doktor juga. Harap semuanya berjaya…….insyaAllah
Gagal yang sebenarnya ialah gagal untuk bangkit semula setelah gagal.
Sekarang ini dalam proses nak bangun semula..sedang timbang tara di antara dua cabang produk yang berlainan.
Seronok baca entry ni.memberi semangat untuk saya teruskan dalam bidang perniagaan.walaupun fail akaun tp jutawan jugak akhirnya.hehe
Untuk bangkit semula dari kegagalan tu perlukan motivasi yang berganda dari percubaan pertama! kalau tidak, pasti akan gagal kali ke-2.
saya pun amik akaun. even akaun ok tapi sains saya aduhaii.. hehe
setahun gagal tapi still tk berputus asa…semangat camni la yg harus dimiliki oleh semua usahawan kita….
kegagalan adelah kite yg tentukan…
kite perlu bangkit dari kegagalan…
~ SUCCESS BY DESIGN ~
Regards,
MUZRI, i-Rich696
0126656874/0192268762
saya gagal dalam bisnes pertama.. Drpd pndptan ± 25k sebulan skrg x smpai 1k.. kereta, tanah, rumah sumer dah xder.. saya tarik seluruh keluarga hidup susah.. Bila nak bangun utk kali ke-2, smpai skrg x berjaya..
rafiz2000 blh sy tau..apakah 2 cabang perniagaan tu?