Saya pasti anda pernah menggunakan YouTube. Sebabnya, YouTube adalah antara laman web yang paling ramai pengunjung setiap hari. Infact, laporan mengatakan video-video di YouTube di tonton lebih 1 billion kali sehari. 1 billion tu… bukan 1 million!
Tip kali ini pula adalah untuk anda menggunakan YouTube sebagai kaedah promosi perniagaan anda. Zaman sekarang, bukan lagi seperti zaman dulu, di mana laman web adalah statik sahaja. Zaman ini, zaman di gelar web 2.0 adalah zaman web yang lebih interaktif. Pengguna Internet inginkan sesuatu yang interaktif dan bukan statik.
Jadi, di sinilah kita harus menggunakan peluang-peluang yang ada di Internet seperti YouTube untuk menjadikan kewujudan online kita lebih interaktif.
Berikut adalah contoh klip YouTube saya buat untuk promosikan talk saya pada 27hb Februari depan…
Sekiranya anda ingin menyertai talk saya di atas secara PERCUMA, klik di sini untuk keterangan lanjut
Sambil itu, fikirkan bagaimana YouTube boleh digunakan untuk mempromosikan perniagaan anda!
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
betul3…youtube bukan saje tmpt utk menonton klip video yg menarik malahan sbg tmpt utk membuat bisnes…mmg sgt ramai drp seluruh dunia yg membuka laman web youtube nie….semoga dpt memanfaat kelebihan ini…
Salam IK,
Pemasaran melalui YouTube memang pernah Boom satu masa dulu. Sekarng pun masih lagi hangat, cuma dibayangi oleh populariti Facebook.
Mungkin tak lama lg keluar ebook panduan YouTube dan Facebook dr IK kot : )
p/s : Baru habis baca buku Nota Jutawan Nota Perniagaan, memang best!
Selain perniagaan kita boleh di tonton oleh ramai orang di youtube, ia juga boleh memainkan peranan backlink website serta SEO website kita.
Youtube memiliki PageRank (PR) 9, ia sememangnya sebuah website yang begitu kukuh dalam pembinaan backlink website kita.
Salam…salam…
Yess! Yess! Ya! Ya! Ya! 🙂
Alhamdulillah…akhirnya “khatam” jugak baca semua posting IK kat irfankhairi.com ni.
Masa mula-mula nak “mesra” dgn blog ni dulu (Ogos 2009), rasa lemah semangat pun ada.
Yalah, banyaknya nak kena bacaaa.
Macam mana nak habiskan? Nak baca yg mana dulu?
Semua posting nampak macam penting dan mesti dibaca…
Selang tak lama, baru datang ilham.
Baca je dari awal. Selesai masalah.
Jadi, mulai hari tu, saya cuba untuk baca sekurang-kurangnya satu bulan punya posting untuk sehari.
Antara byk2 tu, rasanya yg paling best, posting yang IK mahukan setiap pengunjung blog ni senaraikan 20 idea bisnes.
Hanya dalam tempoh sehari, lebih 200 idea bisnes disumbangkan di ruangan komen.
Jelas, ungkapan “tak tahu nak bisnes apa” memang dah tak boleh pakai lagi 🙂
Hmmm…ilmu untuk dibaca, dah buat.
Ilmu untuk diamalkan? Ni yg berat skit nih… 😉
Salam IK,
Teknik pemasaran dan promosi dengan menggunakan youtube ni memang berkesan untuk jangka masa yang panjang.
Itu salah satu pemasaran yang bagus. Dahlah bagus percuma ..
Tapi hidup ni memang perlu rebut peluang yang ada…
Pelbagai pemasaran ..
Saya pernah gunakan youtube untuk pasarkan produk affiliate dan ianya berkesan..yang penting kena pandai guna teknik SEO untuk video youtube…sbb web 2.0 mudah di index digoogle….
kaedah pemasaran yang masih relevan dan akan mengambil alih perubahan daripada hanya bentuk tulisan kepada video. sebab orang lebih suka melihat video dari membaca. itu faktanya. kekuatan video adalah dari segi kepercayaan dan kredibiliti berbanding tulisan yang sangat diragui kebenarannya. akan saya implimentasikan nanti.. 🙂
Yup saya dah penah cuba cara ni memang menjadi. Kengkadang bakal pelanggan atau prospek malas nak membaca dengan membuat pronmosi melalui video so prospek maybe lebih rasa teruja…dan kita boleh bermain dengan kreativiti dan gambar..lebih menarik dan live 🙂
Kelebihan pemasaran melalui video ialah prospek boleh melihat secara live diri kita sendiri dan juga produk yang ditawarkan.
Saya akan gunakan teknik pemasaran melalui youtube di dalam mengembangkan lagi bisnes. Terima kasih IK!
Hmm rasanya tak dapat nak joins talk IK kat KL wekend ni la…Bila IK nak buat talk kat utara pasal StormReaders pulak? Tak sabar nak pi..
Youtube sememangnya salah satu tools yang menarik dan mantap untuk diaplikasikan
Wah, hensem banget bro 😀 .
Rakaman CGI tu kat studio sendiri ker??
Saya guna youtube utk hostkan video jer, so far sy x mahir lg video marketing.
Cgi aka computer generated image .
a ah… rakaman di lakukan kat home studio sahaja 😉
-ik
pergh hebat youtube dalam rank tertinggi alexa
dapat berjumpa bro ik di vistana hotel..dapat jugak bergambar dengan bro..thanks bro..pertama kali dapat berjumpa..
Macam mana saya nak dapatkan teknik pemasaran dalam youtibe dan facebook?
mantap bro, 😀