Satu konsep yang ingin saya perkenalkan kepada anda, iaitu kuasa “Tambah Kosong”
Apa maksudnya?
Dalam perniagaan (ataupun hidupan harian), sudah tentunya kita mempunyai matlamat. Contohnya, berapa ramai kita hendak berjumpa prospek hari ini? Berapa ramai kita hendak pelanggan minggu ini? Berapa banyak keuntungan kita inginkan bulan ini?
Sebagai contoh:
- Dalam perniagaan MLM, hari ni kita nak jumpa 3 orang prospek
- Dalam perniagaan spa, minggu ini kita inginkan 20 pelanggan
- Dalam perniagaan Internet, bulan ini kita inginkan keuntungan RM4,000
Ok… itu matlamat kita. Sememangnya ianya amat penting untuk kita mempunyai matlamat. Tetapi, apa kata kita aplikasikan kuasa “Tambah Kosong” pada apa sahaja matlamat kita. Ertinya, tambah satu (atau dua) kosong pada hujung angka matlamat kita. Jadi…
- Fikirkan dalam perniagaan MLM, hari ini bukan 3 prospek menjadi matlamat kita, tetapi 30!
- Fikirkan dalam perniagaan spa, minggu ini bukan kita inginkan 20 pelanggan, tetapi 200!
- Fikirkan dalam perniagaan Internet, bulan ini bukan kita inginkan RM4,000, tetapi keuntungan RM40,000!
Dengan menambahkan kosong pada angka matlamat anda, anda menggandakan lagi matlamat anda supaya ianya menjadi besar. Minda anda juga akan menjadi lebih kreatif untuk mencapai matlamat yang lebih tinggi.
Bila besar matlamat kita, maka besarlah pencapaian kita. Shoot for the stars, if you miss, you will still get the moon!
Hebatkan kuasa “Tambah Kosong”? π
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Assalamualaikum Tuan Rumah,
Entry di atas menarik untuk diberi komentar, khususnya petikan ini,
“Ok! itu matlamat kita. Sememangnya ianya amat penting untuk kita mempunyai matlamat. Tetapi, apa kata kita aplikasikan kuasa Γ’β¬Tambah KosongΓ’β¬Β pada apa sahaja matlamat kita”
Idea yang menarik dan praktikal dan akan saya mulakan hari ini.
Terima kasih tuan,
Salam ceria & inspirasi
“Pray hard,work smart & crative”
Assalamualaikum
idea menarik dan praktikal!
π
Salam Saudara IK,
Saya ingat entry ni cerita mengenai ‘angan-angan kosong’… π gurau jer saudara IK π … Tetapi jika impian masih kosong, jangan ditambah lagi dan lagi dengan kuasa kosong, maknanya langsung kosong terus..walau berjuta kosong sekalipun… betul tak Saudara IK .. π
Antara petikan yang menarik dalam entry ini adalah:
“Shoot for the stars, if you miss, you will still get the moon!”…
Ini adalah salah satu petikan yang saya selalu buat/amal… dan saya sgt bersetuju dengan entry ini.
Thanx Saudara IK π
Salam, tuan.
Teknik yang kreatif..
Saya dah bookmarked page ini dan akan kembali untuk idea yang lebih mantap.
“Hidup Segar TANPA Toksin”
Menarik betul teknik ni.
Akan dipraktikkan dengan kadar segera π
Betul, betul, betul..
IK mmg pandai. Post kali ni amat membuka minda saya. =)
Tip yang menarik untuk digunapakai, akan tetapi ianya haruslah realistik…bukan main hentam jer ikut suka nak letak berapa banyak kosong π
Terima kasih IK…
Tips yang simple tetapi berkesan. InsyaAllah akan saya gunakan untuk mencapai target di dalam perniagaan saya kelak.
terima kasih
Ini adalah teknik permainan minda.
Saya lebih suka letak nombor 7,8 atau 9 dihujung berbanding “0”
PS : Sekadar pandangan sepintas lalu π
Betul,
Tq IK kerana mengingatkan saya teknik ni.. π
teringat petikan buku dr. tuah. dari satu kosong kepada lima kosong π
tips ini memberikan inspirasi kepada saya utk menetapkan matlamat yang berganda drp sblmnya…sentiasa fokus & teruskan usaha…
setuju ngan tip ni..insyallah akan dipratikkan.tq
Kosong ialah satu angka yang sering diketepikan, sebab ianya tak ada nilai. Tapi seperti kata IK, dengan hanya menambah ‘0’ di bahagian paling belakang angka matlamat kita, InsyaAllah kita akan semakin bersemangat menggandakan usaha.
Thanks IK
“Tambah Kosong” tetapi ilmu dan tips yg diberi oleh saudara IK bukanlah kosong….T.Kasih IK…
Dapat tambah 1 orang follower blog pun terkial-kial tuan guru IK… Tambah 0 apatahlagi kan?
Abu Bakar al-Maraghi pernah berkata, “Orang yang bijaksana itu mengurus urusan dunianya dengan qana’ah, urusan akhiratnya dengan bersegera, ilmu dan bersungguh-sungguh.”
“Ya Allah berikan aku sikap qana’ah terhadap apa yang Engkau rezekikan kepadaku, berkatilah pemberian itu dan gantilah segala yang luput (hilang) dariku dengan yang lebih baik.”