Semalam berlangsungnya Konvensyen Dari Kosong Sampai Jutawan yang diadakan di Berjaya Time Square Convention Center. Insyaallah nanti-nanti saya postkan gambar2 di sini… belum sempat dapatkannya lagi.
Antara speaker yang terlibat adalah saya, Azman Ching, Billi Lim, Chef Li dan Abang Abu. It was a great event dan banyak maklumat dan tips di kongsikan di konvensyen jutawan pertama ini.
Satu tip yang saya dapat dari Billi Lim, Failure Guru ingin saya kongsikan bersama. Ketika sesi soal jawab, beliau ditanya…
Bila nak tahu sama ada kita patut berhenti dari melakukan sesuatu akibat kegagalan demi kegagalan dilalui…
Jawapan Billi adalah (lebih kurang sebab saya x pandai ikut cara cakap Billi)
Lu aaa… kalau sudah gagal lor… salah siapa? salah lu lor…. kalau sudah cuba… benda yang sama… 5 kali, gagal gagal gagal… maksudnya, lu yang salah… lu tak belajar dari itu kesilapan lor. kalau lima kali sudah gagal… maksudnya, satu, lu tak belajar dari kesilapan. dua, mungkin keadaan buat lu gagal, dan ketiga, industri itu, bukan untuk lu…
so, cari industri lain lor… betul tak betul??? (trademark billi)
Dari fahaman saya, maksudnya, kalau anda dah cuba 5 kali dalam sesuatu industri, tetapi, tetap gagal… anda perlu salahkan diri sendiri dulu kerana, kegagalan ertinya tidak belajar dari kesilapan. Tetapi, sekiranya sudah habis ikhtiar, tetapi tetap gagal juga… ertinya, perniagaan yang anda lakukan, bukanlah yang sesuai untuk anda.
Jadi, 5 kali boleh dikatakan sebagai tanda untuk anda usaha sedaya upaya, belajar dari kesilapan, tambahkan ilmu seberapa banyak yang mungkin… TETAPI, sekiranya GAGAL juga…
Maka, industri/perniagaan yang anda lakukan itu bukanlah untuk anda. So, apa kata anda cuba perniagaan/industri lain…
* Harapnya betul la terjemahan saya apa yang Billi cakap 😉
Anyway, Konvensyen Dari Kosong Sampai Jutawan was great. Dapat saya berjumpa dengan dua mentor saya yang dah lama tak jumpa, Billi Lim & Chef Li!
ps: saya nak tekan kan… kalau gagal, dan kita tak belajar dari kegagalan dan tak cari ilmu untuk menjayakan kegagalan tersebut, ianya adalah 100% salah kita!
pps: bergurau je ya Billi. Saya & Billi memang suka bergurau… kalau anda pernah dengar ceramahnya, pasti tau Billi ni memang kelakar…
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Assalamualaikum IK
Membaca posting di atas, ada rasa gelihati dan termotivasi sekaligus.
Memang benar kata IK,
“Jadi, 5 kali boleh dikatakan sebagai tanda untuk anda usaha sedaya upaya, belajar dari kesilapan, tambahkan ilmu seberapa banyak yang mungkin! TETAPI, sekiranya GAGAL juga!”
(minta izin) sedikit tambahan..
“Kecuali kita benar-benar yakin bahawa bidang itu memang bidang yang diminati dan sesuai dengan bakat…gagal 10 kali sekalipun tidak terasa…malah lebih geram untuk bangkit dengan lebih perkasa”
“Ibarat daun inai…makin dilanyak makin merah…”
Komen IK…?
Salam ceria dan inspirasi
“Pray Hard & Work Smart”
Assalamulaikum
Kalau jadi usahawan, kita akan tahu betapa rapatnya usahawan dengan kegagalan.Rapat seperti teman sejati.
Sebabnya kerana kegagalan, kita paksa diri untuk belajar sesuatu supaya tidak gagal lagi di masa depan.
Lagi satu, kegagalan tidak pernah melupakan kita.Jika kita buat silap/salah tertentu.Lambat laun kita akan gagal.
Moral : sekiranya takut gagal.lupakan sahaja untuk menjadi usahawan.
Peluang dapat berjumpa jutawan memang sangat mengujakan. Ia satu inspirasi dan motivasi bagi kita yang masih baru berjinak-jinak dapat perniagaan.
Begitulah yang saya rasa masa pertama kali berjumpa Abang Abu. Beliau benar-benar berjaya membawa satu medium motivasi untuk semua yang hadir. Sangat berbeza dengan orang lain bila berucap.
Alhamdulillah Malaysia mempunyai barisan individu yang cemerlang dalam bidang seperti ini.
http://nizammalek.blogspot.com/2010/01/berjumpa-jutawan.html
Bila kita asyik gagal saja…mungkin cara survivalnya ialah to just keep on going anyway..
Kegagalan tu hanya bersifat sementara..yg penting ialah kita bangun balik utk mengejar kejayaan…
saya teringin berjumpa jutawan spt IK. Mesti ada penyebab utk hebat. Ada aura yang membuatkan saya rasa terpanggil untuk mencipta kelainan
Setiap kejayaan juga bermula dari kegagalan.Jadi tidak perlu risau jika pernah gagal,yang penting tidak pernah berhenti.Kata-kata rakan dan juga pensyarah “quiter never win,winner never quit..
Bukan semua bidang sesuai dengan kita. Tapi kalau seseorang itu masih minat dengan apa yang dia lakukan walaupun gagal, mungkin dia tidak takut untuk mencuba banyak kali..
oo itu macam aa.. usaha usaha usaha.. kalo tak bole jugak.. itu bisnes.. bukan lu punya.. he he he
saya telah beberapa kali menemui kegagalan..bukan dlm bercinta ;), tapi untuk menjadi usahawan yang berjaya, banyak juga modal yang dilaburkan dan iktihar yang dijalankan, maybe cara yang kurang berkesan, kenalpasti kelemahan sebelum ini mungkin dapat memberi idea baru untuk terus berusaha….
Silap dan gagal memang pahit, apatah lagi kalau kesannya berpanjangan. Tapi, berjaya selepas gagal memang manis.
Saya cuba untuk amalkan prinsip, “Belum cuba belum tahu”
Salam…salam…
Lebih kurang sama la masa kita layan game. PS ke, game PC ke (selain bisnes internet, game juga antara minat saya).
Kalah je, tekan butang ‘play again’. Asal kalah je, start game balik.
Janji dapat abiskan semua stage.
Jadi, nak putus asa bisnes internet?
Sama la jugak kalo saya putus asa main game… 😉
Beruntung kepada seua yang pegi konvensyen ni.
saya tak berkesempatan. mungkin lain kali.
baru 1 post dari Billi Lim dah naikkan semangat 🙂
Salam,
Kegagalan memang sudah menjadi asam garam kehidupan semua orang.
Teringat pulak bait-bait dari poem “If” karya Rudyard Kipling:
“If you can meet with Triumph and Disaster
And treat those two imposters just the same;”
“If you can make one heap of all your winnings
And risk it on one turn of pitch-and-toss,
And lose, and start again at your beginnings
And never breath a word about your loss;
“
terkenang 8-9 tahun lalu masa yang amat perit serta kesukaran yang dialami tapi alhamdullilah kini masa untuk mengecapi apa yang telah diusahakan .Saya berpegang pada usaha dan kesabaran.Yakin dan percaya suatu hari pasti berjaya.tq ik
gagal 5 kali?emm tak cukup kot..thomas edison cuba 10,000 kali baru cipta mentol…kena cuba dan belajar dari kegagaln
Salam semua.
Saya pernah baca buku karya Billy Lim iaitu berani gagal yang memang boleh dijadikan panduan buat usahawan yang memang berminat menceburi perniagaan.
Banyak tip dan pengalaman beliau boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Cayalah!
Owh saya masih mencuba mencari rezeki dalam dunia internet..rasanya takleh kata gagal lagi..setakat ni ada la dapat sikit hasil dari internet.. yang penting kena belajar dari yang berpengalaman baru boleh berjaya. rendah diri itu penting! thanks for the info 🙂
Assalamualaikum,
Tahniah buat semua mentor (IK, Dr Azman Ching, Abg Abu, Billi Lim & Chef Li) yang yang memberi idea bernas semasa di berlangsungnya Konvensyen Dari Kosong Sampai Jutawan. Jasamu tak dapat dibalas dengan wang ringgit … Banyak idea untuk biz akan datang dan semangat kita pun bertambah untuk maju kehadapan.
Bagi yang tak menghadiri, disini saya sertakan nasihat & kata2 semangat dari 5 mentor untuk dikongsi bersama;
Dalam Konvensyen tu, antara kata2 nasihat dr Billi Lim:
1. Jangan jadi kulit nipis, jadilah kulit tebal.
2. Jangan malu untuk ditertawakan
3. Dalam hidup kami boleh gagal, tapi jangan putus asa.
Dalam Konvensyen tu, antara kata2 nasihat dr Dr. Azman Ching untuk renungan bersama:
1. Orang Miskin bukanlah orong yang tidak mempunyai wang, tetapi mereka tidak mempunyai impian.
2. Tak ada biz yang gagal, yang gagal hanyalah manusia.
3. Untuk mendapat kejayaan kita perlukan pengetahuan. Untuk mendapat pengetahuan kita perlukan sikap yang baik.
4. Kata2 Mohammad Ali (Juara Tinju Dunia), ONE MORE ROUND !!!
5. CHANGE YOUR ATTITUTE AND YOU CHANGE YOUR LIFE !!!
Dalam Konvensyen tu, antara kata2 nasihat dr Abg Abu untuk renungan bersama:
1. Jangan percaya sesiapapun. Selagi tak paham, jangan percaya.
2. Setiap kali duit kita pergi, catitkan kemana ia pergi
3. Jika ada impian, pastikan kita buat …
Dalam Konvensyen tu, antara kata2 nasihat dr IK untuk renungan bersama:
1. Nak jual apa di internet, menjual produk informasi kerana 100% keuntungan milik kita.
2. Antara manfaat ebook; memaksimumkan pendapatan, MSOI, Residual Income dan yang paling penting ia produk paling laris di pasaran …
Dalam Konvensyen tu, antara kata2 nasihat dr Chef Li untuk renungan bersama:
1. Pilih produk paling selamat untuk apa jua jenis perniagaan yang diceburi.
2. Konsep pemasaran mesti betul
3. Masa depan perniagan yang kita pilih.
Apa2 seronok bersama mentor2 semua especially IK …
Shamsul
http://www.kilauankerongsang.com
http://www.mentorjutawanebook.com
Salam Motivasi..
Yerk saya sokong dengan kenyataan Tuan Billi tue.. Kalo sampai 5 kali menemui kegagalan bermakna ia adalah kesilpan kita juga. Kita tidak berusaha untuk memperbaiki keadaan tersebut. Sering kali buat perkara yang syama..
Betul tak IK??
bestnyer konvensyen tu.. cuma saya tak berkesempatan lagi buat masa ini.. apapun posting kali ini memberi banyak inspirasi dan motivasi buat saya.. 🙂
Akum kpd abg ik….sy berumur 21 tahun..dan dicampakkn dalam bidang perniagaan sejak umur saya 9 tahun….banyak pengalamn yg sy pelajari walaupun perniagaan itu bermula dari menjual burger dan jambu dalam bakul…erm:)bermacam jenis perniagaan saya lakukan..kerana keluarga saya adalah peniaga.ketika saya berumur 15 tahun..kakak saya telah membuka satu perniagaan sendiri iaitu andaman,bermula daripada rumah..memandangkan ketika itu saya sibuk dngn pelajaran,jadi saya tak ambil port langsung…3 tahun kemudian kakak saya menyewa sebuah kdai bangunan untuk membuka butik pengantin..dan saya di ajar untk lebih serius dalam menguruskn perniagaan itu
hurm….banyak benda yg saya tempuh..pahit maung untuk menaikkan perniagaan,berhadapan dengan pelnggn yg lebih tua umur nya dari saya…maklum la…bidang perkahwinan selalu nya org dewasa yg uruskan…alhamdulillah saya berjaya menawan hati pelnggn..dan dpt meyakinkn pelnngan dengan servis yg kami tawarkan…kadang2 saya rasa..umur seperti saya tidak sepatut nya melalui benda ni suma..tapi bila saya pikir balik ini untuk masa depan saya…saya paksa diri saya utk melalui dugaan2 itu..sampai skrg sy masih lagi uruskan perniagaan ini..pesaing tlalu banyak…saya ada terbaca blog ik dimana ada mcd..di situ ada kfc(untuk menaikkn semangat)saya cuba untuk maintainkan perniagaan saya tapi semakin lama…semakin teruk..benda nih betul2 membuat kan saya rasa tertekan dan saya mula tercari2 ape yg patut saya lakukkn..sampai satu tahap saya rasa saya hampir gagal…..ape yg membuat kan saya risau skung nih…bila kakak saya menyerahkan butik ini sepenuhnya kepada saya,kerana beliau ada komitmen dgan perniagaan yg baru…adakah saya dalam proses KEGAGALAN???harap abg ik boleh bantu sy…tq.
Terima kasih atas perkongsian tersebut. Saya sangat beruntung kerana IK sudi berkongsi ilmu melalui bengkel-bengkel yang diadakan. Dan saya dapat gunakan untuk mengembangkan perniagaan saya. Insyaallah ilmu yang saya dapat itu akan dikongsikan juga dengan rakan-rakan yang cuba mendalami perniagaan internet
TQVM!!!