Macam2 yang dilalui 2009 and looking forward kepada 2010! So many goals 2009 telah dicapai harapnya anda pun sama, segala azam tahun 2009 tercapai dengan cemerlangnya. Kali ini saya ingin kongsi semula beberapa highlight untuk saya sepanjang 2009…
Januari 2009
Bulan pertama 2009 dibuka tirai dengan pelancaran album single Razzi.muz.ik iaitu Reaching Higher Selamanya. Bagi yang masih tak tahu, saya sebenarnya minat music dan bermain guitar electric. Tahun 2008 tertubuhnya kumpulan “suka-suka” Razzi.muz.ik yang dianggotai oleh my buddies Razzi Rahman (vocal), Muzamil (guitarist… but sadly later Muzam terpaksa menarik diri dari kumpulan) dan juga saya sendiri (guitarist)
Seringkali saya ingatkan pembaca dan juga dalam talk saya, untuk melakukan perkara yang kita suka… kalau business & kerja 24 jam pun tak bagus juga… perlu cari masa merehatkan minda dengan melakukan apa yang kita suka. Bagi saya- MUZIK!
Nak dengar lagu dari single pertama kami? Klik di sini untuk Reaching Higher (lagu motivasi) & Selamanya (lagu persahabatan)
March 2009
Bulan ini saya memulakan program radio saya di BFM 89.9fm – Toolkit Internet Marketing. Terima kasih kepada BFM kerana memberi saya kepercayaan mengendalikan program tersebut. Seronok juga mengendalikan rancangan berbahasa Inggeris mengenai perniagaan Internet. Untuk mendengar beberapa podcast saya di BFM Internet Marketing Toolkit, klik di sini.
Mulai March, saya mengendalikan 2 rancangan radio, iaitu di BFM 89.9fm dan Radio24 93.9fm (Irfan on Air).
March juga saya diberi kepercayaan oleh Telaga Biru Sdn Bhd sebagai penulis majalah SOLUSI bersama nama-nama tak asing lagi seperti Dato Dr Fadzilah Kamsah, Ustazah Nor Bahyah, Prof Izzy, Uzar dan ramai lagi.
Kini saya menulis untuk 2 buah majalah iaitu SOLUSI dan MASKULIN (Motivasi, Perniagaan & Kewangan).
OK… back to fun! Bulan ini saya bersama Razzi Rahman sibuk di studio mencipta lagu dan melakukan rakaman lagu untuk album penuh pula. Album penuh bertajuk “Suara” yang memuatkan lebih kurang 12 buah lagu. Tunggu 2010 untuk pelancarannya 😉
Antara lagu yang dimuatkan juga adalah lagu ciptaan saya sendiri (first time cipta lagu), iaitu Voices of Gaza. Sebuah lagu dedikasi pada kekejaman yang berlaku di Gaza. Great response daripada mereka yang telah mendengar lagu tersebut dan beberapa ribu juga hits di YouTube. Kalau anda belum dengar lagi… klik di sini dan layan lagu ciptaan IK 😉
May 2009
Dah enjoy, jangan lupa kerja balik 😉 May 2009 adalah bulan pelancaran buku “RahsiaInternet.com: Soal Jawab Perniagaan Internet”. Ini merupakan buku tulisan saya yang ke 5! Buku-buku saya di pasaran (dan masih hangat di pasaran) termasuk (ikut turutan):
- Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar
- Secrets of Internet Millionaire’s Revealed
- Siri Nota Jutawan: Nota Motivasi
- Siri Nota Jutawan: Nota Perniagaan
- RahsiaInternet.com: Soal Jawab Perniagaan Internet
June 2009
Bulan ini saya memperkenalkan seminar sehari saya yang terbaru, iaitu IK2 (IK Kuasa Dua). IK Kuasa Dua adalah seminar satu hari berkenaan dnegan strategi membina jenama perniagaan kita. Apa yang bestnya mengenai seminar ini, adalah topik pembinaan jenama adalah topik “favourite” saya dalam perniagaan! Jadi, memang seronok mengendalikan seminar ini.
Cuma… seminar IK Kuasa Dua adalah seminar tertutup untuk peserta-peserta Peoplepreneur Business School sahaja- iaitu komuniti keusahawanan yang saya juga terlibat.
Sehingga kini, saya mengendalikan beberapa seminar termasuk:
- Workshop Jutawan Internet (bestseller sejak 2005 dan pernah dikendalikan di KL, JB, Kelantan, Singapore & Brunei!)
- Internet Millionaires Workshop (versi English)
- Workshop Terhangat di Pasaran (Workshop separuh hari mengenai menciptakan ebook yang hangat di pasaran)
- Workshop Pelanggan Tanpa Had (Workshop separuh hari untuk industri perkhidmatan mendapatkan pelanggan tanpa had)
- IK Kuasa 2 (Seminar satu hari mengenai membina jenama perniagaan)
July 2009
Bulan July saya telah memulakan satu siri penulisan saya berbentuk ebook yang diberi nama LAPORAN X. Laporan X merupakan ebook pendek (nama pun laporan) yang memuatkan strategi khas dan spesifik berkenaan dengan tajuk yang diberikan.
Laporan X pertama bertajuk “Cara Memusnahkan Pesaing Anda”. Tajuk memang agak “brutal” 😉 bunyinya, tetapi, sambutannya adalah amat hebat!
Laporan X ini bukan memuatkan cara2 anda boleh “menjatuhkan” pesaing anda. Tetapi bagaimana anda boleh membina jenama perniagaan anda sehingga pelanggan akan ingat perniagaan anda… dan bukan perniagaan pesaing. Lebih kurang “memusnahkan” nama pesaing di minda pelanggan anda. So.. jangan salah anggap 😉 Tak baik…
Ogos 2009
Oleh kerana Laporan X mendapat sambutan yang amat hebat, saya menulis satu lagi laporan X, iaitu “Affiliate Hebat: Cara Memulakan Perniagaan Internet Tanpa Modal”. Alhamdulillah, tak kurang hebat juga sambutannya.
November 2009
November is a busy month, sebab saya berpindah rumah. Schedule saya sememangnnya sibuk, jadi, bulan November kiranya double sibuk dengan proses pindah rumah!
Tapi, tak kira, dalam kesibukan macam mana pun, jangan jadikan “sibuk” sebagai alasan. Semua orang pun sibuk 😉
So, bulan ini, sempat saya mengeluarkan Laporan X ke-3, yang bertajuk “Demi Masa”. Memang kena dengan tajuknya kerana “Demi Masa” memberi tip dan strategi bagaimana kita boleh menjimat 80% daripada masa kita. Ini membolehkan lebih banyak kerja dilakukan dalam waktu yang singkat. Teruja saya dapat kongsikan strategi-strategi menguruskan masa ini kerana saya sendiri mengimplementasikannya sepanjang tahun 2009!
Bulan ini juga saya membuka lesen jualan semula untuk ebook Mentor Jutawan. Sejak 2008, ebook Mentor Jutawan adalah ebook yang paling laris di bawah RahsiaInternet.com.
Disember 2009!
Penutup tirai 2009! Lagu “I Love KL” nyanyian Razzi Rahman & saya menulis lirik mendapat tempat di pertandingan Blog4FT dan memenangi hadiah. Kira saya buka 2009 dengan muzik… penutup juga dengan muzik! Nak dengar lagu I Love KL? Klik di sini…
Wow, such a fullfilling year! Sebab terlalu sibuk dengan pelbagai aktiviti, terasa 2009 sekejap je…
Tapi, apa yang paling penting adalah 2009 dah lepas… it’s gone for good 😉 Tak kira apa pencapaian atau kegagalan kita tak bermakna pun kerana kita perlu set new goals, matlamat baru dan berusaha sekeras-kerasnya untuk mencapainya. And for sure… saya sendiri mempunyai berbagai-bagai rancangan untuk 2010… tunggu!
Selamat menyambut tahun baru 2010 kepada semua pembaca blog ini. Terima kasih atas sokongan anda sepanjang 2009 dan saya harap dapat diteruskan sepanjang 2010! 🙂
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Salam,
Semoga terus berjaya dalam tahun 2010
Usaha dan tips dari IK banyak beri inspirasi dan guide untuk terus berjaya dalam bisnes internet.
Tip satu minit really rock !
kenapa sumer lagu tk di publish di MHI sbb saya sendiri pon tk penah dengar. Pasal “Demi Masa”, adakah inspirasi tu dari 103?
Tahun 2010 sudah pun menjelma…Saya berharap perancangan yang akan dilaksanakan mencapai keputusan yang terbaik…Di mana ada kemahuan, Di situlah ada jalan…
Selamat tahun Baru utk IK dan kawan2 lain terutamanya pengunjung setia blog IK!!
Saya juga minat muzik dan memang tak sangka IK boleh main gitar… 🙂
So… kenapa Muzam tarik diri..?
Harap tahun 2010 ni…. harga seminar yang IK kendalikan dapat diturunkan memandangkan semakin mendapat sambutan 🙂
Apa azam dan perancangan IK tahun 2010… ramai yang nak tahu ni
saya suka follow blog ni…setiap entry adalah fresh dan ada tip2 umph….tahniah kpd IK and the geng..
selamat tahun baru…moga ceria selalu..dan dikurniakan badan yang sihat dan cergas…
Selamat Tahun Baru kepada IK
fuh..sibuk2 bro pun leh kuarkan byk report
huhu
success untuk 2010 😉
salam alaik..
seronok apabila apa yang kita target menjadi kenyataan,membaca kejayaan target orang lain pun seronok,semoga dtahun baru 2010 nikita sama2berusaha mencapai target kita..rabbuna yusahhilna..
Tahniah IK dapat capai banyak perkara yang menarik pada 2009. Harapnya 2010 ni kita akan dapat capai lebih banyak lagi matlamat yang lebih bermakna!
Salam…salam…
Bila tengok senarai kejayaan IK ni, rasa macam tak caya lak yang IK pun cuma ada 24 jam dalam sehari, macam orang lain.
Dari awal sampai hujung tahun, sibuk tak berenti-renti… 🙂
Kejayaan pulak bukan kecik-kecik, tapi high-profile punya kejayaan.
Camana la rasanya ya, bila kita sibuk melakukan sesuatu yang kita suka?
Mesti syok… 😉
salam dari saya,
selamat tahun baru 2010 dan semoga sukses.Semoga tahun baru ni lebih cemerlang dan dapat mencapai apa yang kita impikan selama ni.Insyallah…….
alhamdulillah ada juga azam yang tercapai tahun 2009 dan untuk azam yang belum tercapai dibawa semula ke tahun ini.Jika tidak azam yang lepas itu terus dilupakan.kenapa tidak teruskan usaha untuk mencapai azam yang lepas di tahun baru ini.Selamat menempuh tahun 2010.
Say hai to 2010!!! semoga kita semua akan berusaha menjadikan tahun 2010 tahun kecemerlangan kita..dan seterusnya
Salam IK dan pengunjung sekalian.
Selamat tahun baru 2010 dan semoga sejahtera selalu.
Azam saya tahun baru ni ialah untuk menjadi seorang yang profesional dalam bidan kewangan di mana saya ingin buktikan kepada diri sendiri, keluarga dan rakan-rakan bahawa bisnes dan bekerja sendiri adalah kerjaya terbaik untuk semua.
Sebab itu saya memberi kawalan kewangan kepada para pelanggan saya.
selamat tahun baru 2010 kepada IK dan para pembaca. moga tahun 2010 ini menjadikan hidup ini lbh bermakna. ayuh, kita semua maju!
hebat IK…tahniah atas kejayaan IK..sy harap dpt ikut jejak IK
Tahniah atas kejayaan yang dilakukan oleh IK moga tahun 2010 akan memberi kejayaan demi kejayaan.. amin
yuupp..
btul tu…
xkira per yg brlaku sblm nie..kita xhrus trus mngalah…
kegagaln sblm nie..xmnndakn kita akn gagal buat selama2nya…
ermm..mjalah SOSULI mmng best~~
bnyk input yg akn kita perolhi..
Bro Irfan, saya baca banyak kali post kali ni, bersemangat gila dibuatnya.
Thank you.
Bro saya pun peminat muzik.Lagu saya pertama dh hantar kat satu web utk dinilai x diterima lagi.Apa-apa pun terima kasih bro irfan banyak membantu dalam memberi infomasi IT yang semakin berkembang di Malaysia sekarang ni
assalam..
komuniti Peoplepreneur Business School??
apa dan bagaimana mau sertainya..
ble nak buat di johor bahru lg..
Selamat Tahun baru bro..semoga bertambah2 la rezeki di tahun baru ni…:)
Insyaallah..Nantikan lagu Cry of Palestine original dari saya… Sekarang sibuk x dak masa nak record..huhuhu…
kepada abang Irfan..saya doakan murah rezki dan sehat slalu 🙂