Irfan Khairi & Perniagaan Internet

Tip berbentuk cerita kali ini…

Ramai yang tanya saya… Irfan Khairi ni pakar perniagaan Internet ke, pakar perniagaan offline ke, atau motivator kejayaan?

Begini ceritanya… sejak berumur 18 tahun, saya amat berminat dengan topik kejayaan, motivasi dan pembangunan diri. Semua wang saya laburkan untuk membangunkan diri sendiri (bukan bangun dari duduk). Self-development kata mat salleh.

Kejayaan saya dalam perniagaan Internet dan perniagaan bukan Internet adalah hasil “eksperimen” keatas diri sendiri apa yang saya belajar sejak berumur 18 tahun dalam bidang kejayaan dan pembangunan diri (diri saya sendiri sebagai bahan ujian).

Untuk berjaya, tidak kira dalam bidang perniagaan, perniagaan Internet, MLM, insurans, dalam bidang hartanah, hiburan, atau apa sahaja bidang anda… yang perlu didahulukan adalah ilmu kejayaan.

Mungkin anda juga mengetahui pakar-pakar dalam industri tertentu seperti perniagaan, hiburan, komunikasi dll tetapi, mereka tidak berjaya memperolehi pendapatan yang lumayan (mungkin berpendapatan sederhana sahaja). Di sinilah contoh kelemahan ilmu kejayaan diimplementasikan pada bidang sendiri.

Sebagai contoh, saya mempunyai seorang rakan pereka grafik yang amat handal dalam designing. Kalau diikutkan, designnya mungkin 10 kali ganda lagi power dari design saya (Contoh design saya adalah blog ini dan www.rahsiainternet.com). Namun, pendapatannya sederhana sahaja. Beliau tidak mempunyai ilmu kejayaan untuk membawa bakatnya ke paras yang lebih tinggi. (Walaupun ingin berjaya)

Satu lagi contoh, saya juga ada seorang kawan rapat pakar perniagaan Internet. Kepakarannya amat advance dalam mengoptimasikan search engine (SEO), mencari niche menggunakan tools online yang canggih, menggunakan pelbagai kaedah advance Internet marketing yang saya sendiri tidak gunakan… namun, pendapatannya sederhana sahaja. (Walaupun ingin berjaya).

Utamakan ilmu kejayaan terlebih dahulu, kemudian, aplikasikannya ke dalam bidang anda. Di situ anda akan mendapat pulangan yang lumayan.

ps: Sebab itu juga apabila membuat tip satu minit ini, saya perlu menulis tip kejayaan dan tip perniagaan untuk mengimbangkannya. Tip perniagaan 100% tanpa tip kejayaan untuk membantu dalam implementasi, tidak akan menjadi. Jangan lupa juga ilmu Agama- lagi penting dari segala ilmu πŸ™‚

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

31 thoughts on “Irfan Khairi & Perniagaan Internet

  1. Perkara inilah yang sedang berlegar-legar di fikiran saya. Hendak berjaya dengan cemerlang, mesti ada ilmu kecemerlangan.

    Cara yang membezakannya.

  2. Walau pun sebahagian kita mahu mencapai kejayaan semaximumnya, ramai juga yg sudah puashati dgn apa yg mereka capai sekarang. Mereka rasa apa yg mereka ada sekarang sudah memadai, lantas tidak mahu berusaha dgn lebih keras utk mencapai sesuatu yg lebih lagi. Mungkin 2 rakan Irfan itu termasuk dalam golongan yg sama. Mereka sudah berada di “zon selesa”. Lain padang lain belalang. Tepuk dada tanya selera… πŸ˜‰

  3. Saya tertarik dengan ayat yang berbunyi

    “Untuk berjaya, tidak kira dalam bidang perniagaan, perniagaan Internet, MLM, insurans, dalam bidang hartanah, hiburan, atau apa sahaja bidang anda! yang perlu didahulukan adalah ilmu kejayaan.”

    Saya akan berusaha dan berharap akan berjaya dalam setiap bidang saya ceburi. Hehehe.:-)

  4. Ya saya rasa kuasa imbangan perlu cth yg beri memang menarik….pendek kata sederhana tapi berbaloi dgn usaha

  5. apa pun ilmu..jgn malas cari dari guru anda..(buku, pengalaman sendiri dan pengalaman orang lain),kay

  6. Ilmu kejayaanlah yang membezakan tahap pencapaian seseorang individu.Ilmu adalah kuasa pada era ini,tetapi harus diingat ilmu sahaja tanpa tindakan tidak memberi sebarang makna !

  7. Kita perlu berjaya dahulu dlm bidang kita, barulah kita implementasikan kepada umum… kejayaan akan lebih berganda… pendek kata dengan kejayaan yang kita ada… ia akan lebih mudah dijadikan contoh kepada orang ramai untuk mengikutinya… oleh itu… tunjukkanlah kejayaan anda dan tunjukkanlah contoh yang baik…

  8. Motivasi diri sendiri secara berterusan. Bukan mudah untuk menjadi jutawan. Tetapi tidak mustahil untuk mendekati impian itu dengan azam yang penuh dedikasi. πŸ™‚

  9. Zoomer: Mungkin 2 rakan Irfan itu termasuk dalam golongan yg sama. Mereka sudah berada di Ò€zon selesaÒ€.

    Memang betul tu. Tapi jangan lupa, isu “zon selesa” termasuk dalam “ilmu kejayaan” iaitu point kepada tip saya hari ini. πŸ˜‰

    ps: dua rakan saya tu keduanya ingin kejayaan dan ingin mencapai lebih dari apa yang mereka ada.

  10. Memang benar, ilmu kejayaan ini sebenarnya lebih menuntut kepada usaha, cekal dan tabah. Motivasi yang berterusan memang dapat memberikan satu semangat yang kuat untuk terus berjaya.

    Kita perlu mendorong diri kita untuk berjaya. Jika kita tidak mampu, boleh juga dapatkan dorongan daripada orang lain. Contohnya seperti blog Irfan yang penuh dengan kata-kata motivasi & dorongan. πŸ™‚

  11. Thanks .ilmu banyak memandu kepada kejayaan…teringat balik kepada tpoik .”Matlamat Seorang JUtawan”..yang bukan sahaja bermatlamat untuk mencapai kebebasan kewangan tapi juga menduplikasikan ilmu yang dimiliki…Lebih tertarik….pesan .ilmu agama juga perlu dituntut….

  12. Assalamualaikum kawan-kawan, Saya baca komen Irfan & you all tiap-tiap hari.Semuanya mat menari & berharga buat saya.Ini bermakna saya sukakan kamu semua & maka automatically Saya telah consider you all are my new best friend, boleh ke gitu ? Kepada Kawan2 yang muslim, Bulan ni Bulan Rejab, Bulan Allah, Bulan yang mulia & banyak manfaat kepada yang mampu & berkesempatan marilah kita sama-sama berpuasa seikhlas hati.mudah-mudahan diterima Tuhan amalan kita. amin.

  13. Pernah dengar kata kata ini ” the biggest room is the room for improvement”?. Olih itu apa jua kejayaan yg kita capai pada masakini sentiasa masih ada ruang untuk kita pertingkangkatkan, terus berusaha lebih lagi! Tapi selalulah beringat , dalam mencari ilmu kejayaan (investment untuk dunia), ilmu ugama jgn sekali kali dilupakan (investment untuk akhirat). Selamat maju jaya kepada semua.

  14. Ilmu kejayaan… dah gabungkan kedua2 kejayaan, kejayaan di dunia dan kejayaan di akhirat πŸ™‚

    Untuk menjadikan ilmu kejayaan itu berfungsi, kita perlu ikut jejak orang yang dah berjaya.. betul ke?

  15. kisah benar!
    ade seorang lelaki(anak kepada imam) yang terkenal kebijaksaan dalam public relationship. sesiapa sahaja yg mengenalinya mesti menyukainya, tua,muda,perempuan, laki . dia anak sulong dlam keluarga,tetapi dia terlibat dengan kongsi gelap pengedaran dadah…. dia memaksa adik-adiknya menuntut ilmu,….. sampai suatu hari,dia terlibat dalam satu kemalangan jalan raya menbawa kepada #####(kurang upaya fizikal). seminggu selepas dia insiden, kawan2 nya tertangkap di singapore dan dipenjara selama belasan tahun. selepas lima 15 tahun terjadi peristiwa itu, dia dapat menghela nafas lega, katanya, Alhamdullilah adik2 ku tidak seperti ku, katanya :selagi aku hidup, aku tak
    mahu saudaraku jadi macam aku.

    PENGAJARAN : dia mempunyai ilmu agama secara mouth to mouth(dari ayah kepada anak dalam komunikasi), walaupun dia tidak minat belajar agama. ilmu itulah dia implimentasikan keatas adik-adiknya, tetapi tidak keatas dirinya sendiri.

  16. Saya tertanya2…Ilmu secara praktikal atau teori yang patut diberi keutamaan. Kata orang teori saja tak kan sama dengan praktikal. Tapi ada jugak orang ckp jika terus dengan praktikal macam buat kerja tanpa ilmu..So, apa komen ?

  17. Irfan Khairi: …dua rakan saya tu keduanya ingin kejayaan dan ingin mencapai lebih dari apa yang mereka ada.

    Mungkin “keinginan” mereka jauh melebihi “usaha”. Usaha utk memanfaatkan ilmu yg mereka telah perolehi dgn jayanya.

  18. Peluang pendapatan terdapat dimana mana. Anda cuma perlu belajar segala galanya yang perlu untuk mencapai kejayaan.Menuntutlah ilmu sampai ke negeri China.Wassalam.

  19. Helo semua … Irfan TERIMA KASIH JUTAAN KALINYA kerana memberitahu akan rahsia tersebut iaitu ilmu kejayaan. Terima Kasih banyak … kan saya dah kata u boleh jadi pakar motivasi…

  20. Kejayaan takkan datang dalam jangka masa yang singkat.Banyak pengorbanan untuk mencapainya.Ada banyak pahit maung yang perlu ditempuhi.Barula kejayaan yang dicapai penuh bermakna..

  21. asalammualaikum… and heloo.. esam adalah nick saya… nama sebenar saya Samudin Abi…. saya memang sangat berminat dalam perniagaan melalui Internet dan ingin berjaya seperti Irfan Khairi insyallah…

    walaupun berpengahtahuan dan berilmu tinggi, jika tidak diikutkan dengan usaha dan kesabaran maka kejayaan tidak akan dikecapi oleh sesiapa… oleh itu sy akan berusaha mengikuti jejak Irfan Khairi insyallah..

  22. saye student mrsm..saye memang minat bende nie.. tapi saye still blurr..jadi cenneh yer..?? boleh tolong saye..

Leave a Reply

Your email address will not be published.