Bahasa dan gaya yang sama dalam perniagaan

Dalam perniagaan, ianya banyak membantu sekiranya kita lakukan gaya dan bahasa sama seperti pelanggan kita. Ertinya, cara kita berkomunikasi dengan pelanggan, biar sama atau hampir menyerupai pelanggan. Ini akan merapatkan ikatan dan kenalan antara usahawan dan pelanggan.

talkin.jpg

Saya pernah terbaca seorang jurujual yang pandai mendapatkan pelanggan, mengikut gaya dan style pelanggan apabila berunding- gaya pemakaian sehingga sekiranya pelanggan merokok, dia pun merokok sama (walaupun bukan seorang perokok)!

Beberapa hari lepas, saya ke Sungai Buloh (nak beli pokok bunga, maklumlah, pindah rumah), dan saya bawa bersama seorang pekerja warga Bangladesh saya, namanya Jahangir.

Di kedai-kedai pokok Sungai Buloh, saya biarkan si Jahangir sahaja yang menawar dan membeli pokok bunga kerana yang menjaga lot kedai kebanyakannya warga Bangladesh. Apa yang terjadi, kami mendapat sehingga 50% diskaun… sememangnya tidak akan saya dapat berunding sebegitu, tetapi, apabila Jahangir melakukan untuk saya, maka banyak diskaun yang kita dapat.

Dalam perniagaan, cuba ikut gaya dan bahasa pelanggan kita supaya menjadi lebih mesra dan mendapat jualan yang rundingan yang terbaik!

ps: Bila saya hantar kereta ke workshop untuk diperbaiki juga, saya cakap ala-ala cina dengan tauke workshop. Lebih mesra! 😉

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

24 thoughts on “Bahasa dan gaya yang sama dalam perniagaan

  1. logik2…saya sbg bekas marketer…slalu terikut2 dialek client sy utk “in” dgn mereka..
    soft touch org ckp…

    sbb kadang2 mereka bkn nk sgt bli produk kte,,,tp akhirnya terbeli sbbkn servis kte.. 🙂

  2. iye jugak kan…dulu masa kecik2 kalo sy nak beli brg then peniaga tu speaking LONDON siap ada slang confirm sy tak beli…sebab takut hahaha!

  3. hmm.. tak pernah terpikir plak … maybe dalam seharian ada guna gaya bahasa rundingan cam tu .. tak perasan kot… 🙂

  4. ini saya selalu guna..alhamdulillah, blaja sket2 dielek2 kt m’sia ni. cakap ganu, utara, nogori..once da tau latar belakang customer, trus ubah slang..klu yg dari klantan mmg kacang jela..ore klate..hehe..thanks IK.

  5. Yup!betol ape yg IK ckp…mcm kita ni xde la sombong sgt..kalo kita ni org bandar tapi berurusan dgn pak cik-pak cik yg ckp kampung tak salah pon kalo kita ckp loghat kampung skali..

    mesti dorg suke…lebih mesra..cm IK ikot loghat cina supaya lebih mesar..kalo lebih mesra urusan dilakukan dengan baik…rase mcm ikhlas je..betol tak IK..kan ?kan?

    ape2 pon komunikasi la dia punya King of key.

  6. Betulla IK, saya selalu dapat harga murah kalau tawar-menawar dalam bahasa tauke tu. Kalau tauke india, saya lenggok2 sikit kepala, mesti dia senyum dan beri diskaun! Power kan bahasa dan gaya dalam perniagaan.

  7. Assalamualaikum Tuan Rumah

    Saya memilih untuk selalu berterus terang dengan cara meminta dengan sopan.

    “Berapa harga paling best yang boleh saya dapat?”

    Jika saya masih belum dapat harga yang saya kehendaki saya akan mengulangi ayat ini

    “Boleh saya dapatkan harga $$$$…? sebutkan dengan tepat yang dihajati.

    Salam ceria & inspirasi

    Assalamualaikum

  8. Memang betul apa yang IK kata… pengalaman saya sendiri apabila menjual produk telekomunikasi…. ada costumer yang terlalu cerewet( sebenarnya tak nak beli )… kita cerita macam mana pun dia tetap bangkang…tapi ada pula costumer yang memang nak beli ( cakap sikit dah jadi beli dan tak cerewet langsung…

    Saya perlu ikut rentak mereka supata lebih mesra !

  9. selalu jugak guna bila berjumpa pelanggan..pengguna ialah raja..jadi kena ikut rentak raja..yang penting raja puas hati..IK sampai ke sg buloh cari pokok bunga..boleh datang rumah saya dah tu..akan memantapkan lagi bahasa dan gaya pelanggan.tq

  10. aslm….
    saya baru jer register smlm…..
    IsyaAllah…..dapat ilmu baru, dapat buat simpanan…

    TQ,

    semoga saudara IK & family…sihat dan bahagia….

  11. aslm….
    saya baru jer register smlm…..
    IsyaAllah…..dapat ilmu baru, dapat buat simpanan…

    TQ,

    semoga saudara IK & family…sihat dan bahagia……

  12. Jika kita pergi ke rantau panjang atau padang besar kita akan lebih untung jika yang ada bersama kita yang tawar-menawar tu orang “local” kelantan atau Perlis..Tapi sampai bila. Setuju dengan IK tu

  13. Sememangnya adalah benar jika kita mengikut gaya dan bahasa yang sama, kita akan mendapat pengurangan harga semasa membeli 🙂

    Jika kita datang secara tidak sopan atau tidak mengikut rentak, kemungkinan tiada diskaun dan juga harga lagi mahal dari asal 🙂

  14. ya,pengalaman saya semasa duduk di kelantan. kawan saya yang berasal dari perak, buat2 cakap kelantan semasa nak bayar mkn malam.

    nak tau ape tokei tu ckp?

    “oh orang kelantan yer. cincai kira lah” 🙂

  15. agak-agaknya, cemana kita leh aplikasikan tips ni di internet ya? Sedangkan kita cuma ada sedikit peluang berkomunikasi dengan pelanggan, kecuali melalui YahooMessnger, Skype atau email.

  16. ya, bukan aje style cakap aje.Tapi hobi juga.Dulu saya jumpa seorg wanita mengelarkan dirinya auntie.
    Auntie ni mmg lumayan lah….jadi saya yang tidak berminat dgn landscap dan berkebun nipun buat2 minat mendengar celotehnya. Lagi dia bawa saya keliling rumahnya, saya dah lah kepanasan terpaksa senyum dan bertanya itu dan ini ttg pokok bunga dia.

    Setiap kali dtg rumahnya cmtu lah! Tapi tak apa…berbaloi beribu2….

  17. Bila kita menurut gaya pelanggan, hubungan antara kita dan pelanggan jadi lebih mesra.. Seperti kata pepatah bisnes ‘ People Join The Bisnes Because Of U’

  18. Kita kan satu negara cuma berbilang kaum. So,kadang-kadang kita lebih mesra untuk sesuatu urusan. Itu di namakan 1 Malaysia.”Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”

  19. yup..gaya bahasa memang penting disamping dibantu oleh bahan-bahan promosi…chek my hyperbulk…anda akan tertarik dengan cara-cara promosi, peace

Leave a Reply

Your email address will not be published.