Yang mana SCAM? Adakah ini SCAM?

Semakin banyak scam (penipuan) tidak kira di perniagaan Internet ataupun perniagaan bukan Internet kini. Bagaimana hendak tahu sama ada ianya SCAM ataupun bukan?

SCAM dan penipuan sering terjadi terutama dalam peluang-peluang menjana pendapatan atau sistem-sistem untuk menjadi kaya. Oleh itu, sekiranya anda terbaca sahaja peluang-peluang menjana pendapatan, satu ALARM patut berbunyi dalam kepala anda sebagai WARNING untuk be ALERT 🙂

Untuk mengelakkan diri anda dari tertipu dengan SCAM, banyakkan bertanya- be curious!

  1. Adakah individu atau syarikat tersebut mempunyai kredibilit dan reputasi? Ataupun dirinya menyorok disebalik laman web tanpa sesiapa ketahui sama ada dirinya wujud ataupun tidak.
  2. Adakah bunyinya terlalu senang untuk membuat wang? Percayalah kata saya… hendak menjadi jutawan amat susah. Tetapi, sering kali bila terdapat peluang-peluang mengatakan seseorang boleh menjadi kaya dengan pantas dan kerja senang- mudah sahaja terjerat.
  3. Adakah bukti-bukti ditunjukkan? Di sini dengan kehadiran teknologi, ianya menjadi amat sukar. Income statement, gambar penyata bank, cek yang di scan, screenshot pendapatan online, kesemuanya boleh direka.

    Dengan kebolehan grafik yang minima, seseorang itu boleh memanipulasikan photo atau screenshot untuk menunjukkan pendapatan yang tinggi. Saya tahu oleh kerana saya juga pereka grafik dan sedia maklum teknik-teknik manipulasi gambar ini.

    Dalam topik yang sama juga, testimonial juga boleh direka sendiri. Oleh itu, anda perlu lebih berhati-hati.

Sekiranya timbul rasa ragu-ragu ketika anda menyelidik mencari jawapan- berhati-hati, ianya mungkin scam. 

Di atas adalah 3 soalan favourite saya untuk mengingatkan kita tentang scam. Masalahnya SCAM ini, adalah ianya menjatuhkan kepercayaan orang ramai tentang peluang-peluang perniagaan Internet dan juga bukan Internet.

Namun, para pengguna di zaman ini secara rata-ratanya adalah lebih bijak, peka dan lebih sophisticated. Semakin bijak anda sebagai pembeli, maka, lebih mudah anda menghidu SCAM.

Ada berbagai-bagai lagi sudut perlu dilihat. Apa kata anda kongsikan pendapat anda atau pengalaman anda supaya sama-sama dapat manfaat dan tidak terjerat dengan SCAM.

editor: nama syarikat atau individu yang boleh diimplikasikan ianya scam tidak boleh disebut.

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

42 thoughts on “Yang mana SCAM? Adakah ini SCAM?

  1. mungkin realitinya sekarang ini, masing-masing berfikiran ingin cepat kaya..tau buat web sedikit, ada software/script; mulalah memulakan program2 yang boleh kita kategorikan sebagai scam ini. Yang penting, kita mestilah bertindak bijak dengan apa yang kita lakukan di dunia cyber.

  2. Memang susah nak tau sesuatu tu scam ke bukan. Kena selidik dulu latar belakang individu/syarikat, kalau setakat RM10-20 mungkin boleh terus ambil risiko(tu pun dah kira banyak!)
    Kadang2 ada kes yang peniaga tu memang jujur, tapi ayat promosi berapi-api dan nampak over sangat, dah nampak macam scam pulak.
    Jadi berhati-hatilah sebelum bertindak.

  3. Betul, saya geram dgn scam-scam ni, online ataupun offline. Nanti kredibiliti prniagaan internet akan terjejas..ciss! Bagi saya bila ada unsur-unsur scam je, lari sejauh mana yang anda boleh..!

  4. Baru baru ini saya ada membeli sebuah e-book di internet yang berharga rm99.90. Apa yang menarik disini adalah.. buku ini bertajuk “Rahsia Jadi Jutawan Selepas 7 Hari”. Apa yang membuatkan saya tertarik untuk membeli adalah, website ini memaparkan gambar penulis dengan kereta-kereta mewah dan gambar seorang kerabat diraja Malaysia (tidak menyebut nama).

    Dalam laman web tersebut juga memberitahu membongkar teknik menjana pendapatan di internet dan bukan internet. Dengan baris-baris ayat yang “mencairkan” pembaca, saya berfikir banyak kali sebelum membelinya..

    Apabila saya membuat pembayaran dan memperolehi e-book ini, ianya amatlah mengecewakan.. saya menyelak setiap muka surat (selepas saya print out) tetapi tiada langsung teknik yang disebut iaitu teknik menjana pendapatan di internet dan bukan internet.

    Sebaliknya sebuah muka surat yang menyuruh kita menyertai program affiliatenya dan menjana pendapat melaluinya. (affiliate ini boleh disertai secara percuma)

    Lagi mengharukan kebanyakkan muka surat ini hanya memaparkan motivasi yang di copy paste dari laman-laman web. Banyak kesalahan teks dan tidak tersusun.

    Banyak lagi yang saya tidak berapa puas hati dengan kualiti dan harga e-book ini.

    Kesimpulannya: Sebagai penulis e-book, beliau seharusnya bertanggungjawab dan lebih beretika dalam penulisan, tidak dinafikan menjual e-book boleh mendatangkan keuntungan yang hebat, tetapi biarlah ianya setanding dengan kualiti penerbitannya. Adakah ini adalah scam?

  5. Kini semakin ramai yang cerdik dan pintar menjadikan platform di internet untuk memperdayakan (scam) pengguna internet.

    Apabila mereka melihat statistik pengguna melebihi 88 juta orang .. mereka menganggap ini adalah peluang yang cukup besar kepada mereka.

    Memang tidak dinafikan ada individu yang menjalankan scam ini mengaut keuntungan hingga berjuta ringgit. Lebih menyedihkan mereka yang sebangsa dan agama mengambil kesempatan kepada mereka yang lemah dan cetek ilmu.

    Sudah tiba masanya, kita (layari blog saya) mengambil jalan bersama-sama membenteras gejala scam ini dan memberi kesedaran kepada umum betapa buruknya gejala ini kepada kita.

    Sebagai rakyat Malaysia, diharapkan lebih ramai diantara kita lebih jujur dan beretika menjalankan perniagaan internet dan memberi kesan positif kepada kita semua.

    Jadikan win-win-win situasition.

    Memang bertepatan sekali topik kali ini . Saya berpendapatan dengan penulisan mengenai topik ini, akan lebih menyedarkan mereka yang masih samar serta membuka mata individu yang menjalankan perniagaan berbentuk scam ini.

    “Jika kita mempunyai ilmu dan dihormati, kata-kata kita akan lebih didengari daripada kita lebih banyak berkata-kata tetapi hasilnya entah entah apa-apa”

    Noorizam Azran

  6. Hasrul >> itu akaun siapa? Kalau mcm tu, jawabnya kena buka akaun baru la 🙁

    Zamree >> tak ada ‘money back guarantee’ ke? kalau ada boleh minta tu sebab anda tak puas hati kan.

    Yang pasti >> tak ada jalan mudah untuk jadi kaya/jutawan. Contoh paling dekat dan mudah ialah sifu kita ni, Irfan. Beliau mengambil masa 3 tahun untuk menjadi jutawan! Itu pun saya kira dah cepat 😉

    Betul tak sifu? 😉

  7. Saya tiada pengalaman dalam SCAM ni, kerana setiap apa jua perniagaan internet yang saya perolehi, akan saya baca betul2 dan fahamkan apa yang ingin di sampaikan.

    Namun, memang saya sedari wujud aktiviti SCAM yang berleluasa di internet. Program2 seperti inilah yang boleh menghancurkan masa depan perniagaan internet di Malaysia walaupun baru nak berkembang.

    Saya memang cukup terkilan. Apa pun, bagi mereka yang menjalankan perniagaan internet dengan jujur, teruskanlah usaha anda. InsyaAllah, jika kita jujur, orang akan percaya pada kita.

    Pada saya, SCAM adalah musuh no.1 dan SPAM adalah musuh no.2. 🙂

  8. Sekarang nie banyak website2 yang mengajak kita menyertai skim seperti skim piramid dan juga internet investment,berdasarkan pengalaman seorang rakan,dia pernah melabur melalui website dari luar negara,pelaburan awalnya cumalah USD50 sahaja dan dijanjikan keuntungan beribu2 dolar dalam tempoh tertentu,pada mulanya memang dia mendapat balik modalnya,dia yakin dan menambah lagi jumlah pelaburanya dan apa yang terjadi selepas tu,segala wangnya telah hangus dan website tersebut tidak lagi wujud.

  9. SCAM…..banyak menghilangkan kredibiliti seseorang terhadap perniagaan Internet..so, perlulah jujur biler berniaga..jgn pikir keuntungan saja…kekayaan tak boleh dicapai dalam mase yang singkat…jujur cam Irfan kite..Thanks

  10. Saya juga pernah menerima email mengenai buku â€Rahsia Jadi Jutawan Selepas 7 Hari”.Setelah membaca segala kata kata beliau , serta merta saya merasakan ada sesuatu yang tak kena kerana pada pendapat saya dia terlalu BERLAGAK.Ini kerana dengan bangganya dia menunjukkan dia seorang yang boros apabila kerap bertukar kereta dan kata kata iklannya saya dapati diterjemah dari salah satu laman web inggeris yang saya jumpa.Jika ada antara anda yang nak tau siapa beliau,saya boleh tolong forward kan email tersebut.Email saya morak10001@yahoo.com.Tapi AWAS,jangan sampai terbeli pula buku tersebut setelah membaca mengenainya kerana saya pun hampir terpengaruh.

  11. jalan pintas kepada kekayaan, itulah scan!, sebenarnya tak wujud jalan pintas kepada kekayaan, melainkan dengan bekalan ilmu.
    walaupun seorang itu pergi berjihat, kalau tak bayar hutang(hak milik orang yg tak dihalal) orang , susah nak masuk syurga. (sindir kepada si scam)

    Scan yang paling takut adalah orang boleh menukar pentadbir domain name kita, contohnya:
    kita daftar atas nama NIK NOOR AZMI, tiba-tiba kita check, pentadbir domain name milik AH HOCK…… macam -macam boleh berlaku,!

  12. saya tahu siapa yang dimasudkan oleh ZAMREE.
    ebook bertajuk ” ######## ###### selepas 7 hari”(saya tak sebut habis nama buku tu, tajuk orang tersilap baca dan tertukar dengan nama buku lain, kesian kat orang yg baik-baik) saya pernah terbaca iklan buku tu. itu boleh dikategorikan spam! saya setuju!

  13. hmm..sebut pasal scam atau penipuan di internet saya juga pernah terkena pada bulan februari lalu..saya menerima satu email untuk join kerja part time sebagai jurutaip pemproses data di rumah yang dibayar RM20 bagi setiap data yang telah disiapkan..oleh kerana saya masih baru, apalagi saya pun join la..rupanya saya ‘tertips'( singkatan dari tertipu)..nasib baik cuma RM20 ja..dengan itu, saya banyak belajar supaya berhati-hati dengan apa-apa program penjanaan wang, pelaburan, HYIP atau apa-apa skim di internet..sau lagi, semua scam ini memburukkan imej perniagaan internet..walau apapun, saya amat berterima kasih atas tip Irfan hari ini..sungguh canggih!

  14. Em… saya dah 3-4 kali tertipu dengan scam. walaupun saya kehilangan sekitar RM80-RM100, namun, dari aspek lain saya memperolehi ilmu mengenai ciri-ciri scam.

    p/s: Be positive!

  15. Helo Irfan dan penghantar komen d blog ini. Scam merupakan satu benda yg paling saya benci d internet. Saya tak kisah langsung tentang janji2 palsu mereka tetapi apa yg paling menyedihkan merosakkan internet sebagai platform utk berniaga. Mereka ini lah penyebar cerita – cerita dongeng tentang lombong emas d internet mengaburi mata masyarakat dunia tentang kekayaan yg dicapai dengan short cut. Tanyalah mana2 jutawan internet dunia adakah mereka ini mampu menjana “$” pertama dengan mudah? Mereka juga bermula dengan ZERO! Marilah kita bersama-sama memerangi SCAM. Yang dah kena jangan khuatir kita mampu mengubahnya.

    Thank You.
    P/S dah lama tak hantar komen. Hehhe Irfan u aper khabar ? sehat? 😀

  16. SCAM begitu bahaya. Sebab merekalah ramai generasi yang terpaksa membantutkan niat menceburi bidang perniagaan internet.

  17. apa-apapun kita kena banyak berfikir untuk buat keputusan…
    gunakan kelebihan akal untuk elak dari ditupu..

  18. antara scam yang saya pernah ditipu ada
    1. HYIP saya hilang USD250
    2. Data entry pro hilang USD50
    3. Kerja dari rumah(surat khabar) hilang USD100
    4. Buku-buku yang menjanjikan banyak tetapi sampah, saya ditipu lebih > RM1000
    5. Skim cepat kaya ditipu > RM1000

    Scam yang berjaya dielak saya
    1. Kena lotteri USD10 million scam
    2. Nigerian USD10 million money transfer scam
    3. Nigerian ebay scam
    4. buku “rahsia ###### selepas 7 hari”

    haha, sekarang ni saya lebih berhati-hati, duit yang hilang memang sakit hati

  19. Yang dah terkena tu baguslah, baru kita tahu apa itu scam. hehe.. Mana yg belum terkena, hmm, jadikanlah pengalaman orang lain sebagai sandaran. 😉

  20. Assalamualaikum.
    ya tip ni tepat pada masanya.
    Isu nombor satu dlm internet biz.Maka berhati-hatilah dan timbang-timbangkanlah dengan akal yg bijak.
    “BUKAN SENANG NAK KAYA TAPI TIDAK SUSAH KALAU MAHU BERJAYA”
    Pokok pangkalnya berusahalah menggunakan jalan yg lurus dan diredhai oleh tuhan bukan dengan memanipulasikan hak orang lain atau menggunakan akal yang singkat.

  21. Salam

    bukan senang nak jadi usahawan

    jadi kita kena berhati hati sebelum termakan janji janji manis

    SCAM yang palik teruk adalah jenis yang 5-10% keuntungan sehari tanpa buat apa apa
    satu bulan sudah melebihi seratus peratus keuntungan – IMPOSSIBLE

    best of luck

  22. aku pun penah jua kena tipu. hehe gara2 mau kaya. cess! aku pernah cuba skim cepat kaya le tuh, ala derma 30 pada penama, pastu ganti nama kite, ala lebih kurang gituh ler. hampehh! betul2 kena tipu.

    pastu dengar plak pasal e-book nie, kalau ikutkan nak beli dah. tapi yg pelik tu kan, bole plak tunjuk gambar e-book tu dalam title bahasa melayu, then isi dia, omputih…punye hampeh la diorang nie. Tak ada maknenyer!

    pernah pegi sabah dah ke? teringin nak ikut seminar. 🙂

  23. tentang SCAM tu,saya pun rasa saya dah terkena,buku……dalam masa 7hari.Memang ia merosakkan perniagaan internet dan pengguna internet.Tapi ia membuatkan saya lebih faham tentang dunia Internet dan SCAM

  24. Saya dah dapatkan ebook Rahsia Jadi Jutawan Selepas 7 hari. Saya rasa ianya amat sesuai bagi saya yang tidak tahu apa2 tentang perniagaan dan juga internet. Dengan penampilan iklannya juga menyuntik motivasi untuk saya berusaha bersungguh-sungguh menjadi seorang usahawan. Sara rasa ianya tidak begitu sesuai untuk mereka yang dah teror bisnes dan dah teror dalam bab internet ni. Tapi, kalau tahu bab internet pun, kalau tak ada MOTIVASI DIRI tak guna juga. Ada juga yang tahu tentang bisnes internet, tapi tak ada motivasi diri dan tak berjaya sampai sekarang. So, untuk penerbit laman web klpictures.com serta penulisnya, ikutilah kata-kata Azizi Ali… jangan pedulikan apa orang lain kata. Mungkin itu satu kelainan dari anda. Teruskan perjuangan anda dan dengan pertanyaan, bila pula akan muncul Rahsia jadi Jutawan Selepas 7 hari Versi ke-2? Syabas Irfan kerana mengajukan tajuk hebat ini.
    p/s. Saya nampak yang komen di sini berkaitan Rahsia… 7 Hari tu adalah individu yang sama di blog2 lain. Adakah ini satu komplot atau cemburu atas kejayaan si penulis tu yang hanya berkelulusan SRP? Jangan Mareee!!

  25. saya tertarik dengan tajuk : Menjadi Jutawan Selepas 7 Hari. Tetapi malang saya telah membeli ebook ini, dan barulah saya membaca artikel ini. Mula2 dulu memang saya rasa tak puas hati kpd penulisnya. dan dia mengatakan saya kurang sopan sbb bertanyakan soalan yang tidak sepatutnya. tetapi bila dia suruh jadi affilite, dan hanya mencari 10 org sahaja downline saya, tiba2 saya rasa macam nak berusaha mendapatkan apa yang di janjikan kpd saya. tetapi malang bagi saya, sampai sekarang saya masih tak dapat pembeli, dan tak dapat nak tau sama ada yang di janjikan oleh penulis betul atau tidak.

  26. saya telah masuk member prowealthsulation yang di alamatkan di luar negara (Amerika)tapi saya tak dapat lagi pembayaran yang di janjikan..cuma saya tak pasti betulkah di sisi undang-undang kerana membayar duit melalui kad kerdit atau wisa.

  27. Assalamualaikum wbk.

    Pertamanya saya hampir ditipu dalam Gustonetw**k yang kononnya menjanjikan laptop acer percuma jika berjaya mencari 18 referral. Memanglah seronok dengar.. bayangkan la kalau dapat laptop percuma senang, tak payah habiskan byk duit hujung minggu kat cc gara2 nak buat web dan belajar pasai adsense..

    Apapun Alhamdulillah, lepas saya advertise iklan gustonetw**k dalam satu forum ada sahabat tegur web ni scam.. syukur saya dah buat research di internet terkejut juga tengok byk rupanya scam. Terasa diri ni jahil sebab terlalu mudah ditipu dan rasa diperbodohkan. Syukurlah dalam web ni tak perlu face to face.. Kalau tak mana nak sorok muka pada berpuluh-puluh sahabat email yang dah saya iklankan ni.

    Lagi satu lepas saya change account dalam Gustonetw**k, dalam seminggu lepas tu dapat email spam.

    Aii, teruk betul la orang macam ni..

    Cuba check forum di sini..

    Sekadar berkongsi maklumat. Cuba check sendiri jika ada mahukan kepastian, terima kasih.

    http://freebie101.com/forum/legitscam-sites/t-list-of-confirmed-scams-579.html

  28. salam IK.
    saya nak tanya pendapat IK.
    IK pernah dengar SEEMORE?yang digembar-gemburkan sebagai satu bentuk perniagaan di mana sumber pendapatannya dijana oleh sewaan “word” yang dicaj RM50 sebulan.menurut syarikat yang mengeluarkannya,MOBILE INCOME PRINTIS,ia satu bentuk perniagaan di mana penyewa “word” boleh mengiklankan business card mereka.dalam taklimat semasa mahu menarik org ramai untuk melabur,mereka kata ia boleh memuatkan seratus gambar.padahal hanya sekeping yg boleh dimasukkan dan ianya hanyalah sekeping gambar yg sgt kecil.selain itu produk mereka seperti Bossmailer,sistem email blasting dikatakan satu alat utk promosi perniagaan.saya lihat sistem ini sama seperti menghantar email spam.apa pendapat IK tentangnya dan patutkah saya laburkan RM10ribu untuk sertai perniagaan ini

  29. saya baru berniat utk join kerja sambilan sebagai jurutaip pemprosesan data dari rumah.bila tgk comment ada yang telah tertipu dengannya terus saya ubah fikiran.terima kasih kerana berkongsi pengalaman anda disini.setidak tidaknya saya telah elakkan diri saya ditipu.walaupun rm20 shaja..tetap duitkan?

  30. saya dah pernah tertipu.. mereka nie bijak.. kadang2 ada nama syarikat dan siap tunjuk suran pendaftaran dari SSM lagi.. tp biler diperhatikan rupanya ianya satu penipuan.. geramnyer…

  31. Salam all..bagaimana pula di facebook??ada yang menawarkan ‘promot facebook kepada kawan2 than dapat RM100’ stiap kawan2 tu? rasa2nya, sapa yang kuar duit tu, yang tu la untungnyer..klu x, xda la untungnyer..bagaimana pula uptrend2u?? vemma?hurrmmm…… peninglaa..memang btol apa yg IK gtau..memang susah nak jadi jutawan melainkan hasil2 tu, dari generasi ke generasi…

  32. Petua mudah yang ingin saya kongsikan, sekiranya ingin menyertai apa-apa program di internet dan agar tidak tertipu kaji dahulu. Cuba perhatikan di dalam website promsi tu ada tak sara untuk kita berhubung dgn mereka atau untuk bertanya soalan seperti melalui no telefon atau email. Hantarkan SMS atau email untuk dapatkan kepastian dan sekiranya mereka tidak respon kemingkinan itu adalah SCAM.

  33. saya rasa sayu baru lepas tertipu.
    ini adalah kali pertama saya menyertai bisnes online dan disebabkan terlampau excited sy telah mengeluarkan rm50 dan dijanjikan sebuah website.tp setelah 48 jam masih tiada apa2 emel diterima.
    di sini sy hanya ingin berkongsi dgn anda semua supaya berhati2 lah dgn website svr2u.com.my
    jgn jadik cam sy.nasik da jadik bubur

  34. Sy tertariklah dengan subjek yang di bincangkan. Begitu hangat sekali..
    Bila sebut bisnes MLM ni, sy terfikir jugak, sbb sy suka join bisnes MLM ni. Baru-baru ni, sy ada join VeMMA. So far, sy tgk VeMMA ni bukanlah bisnes tipu org. Sbb sy dah bc rahsia 8 mentor jutawan, antaranya, daripada Jutawan MLM sendiri, drpd CNI, dia beritahu, kalau nak MLM tu tipu atau tidak, kt kena tgk, samada Syarikat tu ada AJL (Akta Jualan Langsung) atau tak. Ada produk atau tidak. Jadi, VeMMA ada kedua-dua ini.
    Apa pandangan sifu IK?
    Maner tahu saya dah buat kesilapan lagi.

  35. Saya seorang student yang sememangnya berminat dalam kerja-kerja sambilan. Tujuan saya cuma mudah sahaja untuk menambah duit setiap bulan untuk menampung kehidupan di kampus ini. Saya hendak cari kerja di luar memang susah kerana saya belajar sepenuh masa. So sukar untuk saya mencari pendapatan. Mula-mula saya merancang hendak cari kerja yang cuma memerlukan kemahiran asas dalam komputer dan gaji yang ditawarkan agak berpatutan.Saya juga banyak melakukan research sebab saya tak nak nanti saya ditipu pula. Setelah saya baca komen-komen orang yang lebih berpengalaman dari saya, niat saya untuk mencari kerja di internet ini terus terbantut. Apalah nasib kita di dunia ini. Saya cuma hendak mencari rezeki yag halal sahaja. Walau macam mana sekalipun,kepada di luar sana berhati-hatilah ketika ingin mencari kerja sambilan. Jangan mudah tertipu dengan janji manis yang mereka berikan. Terima kasih kepada senior yang memberi pandangan.Sekurang-kurangnya sekarang saya juga belajar daripada pengalaman kalian semua. Tahnk you so much.

Leave a Reply

Your email address will not be published.