2% sahaja yang Hebat Affiliate

Kebanyakan kita sedia tahu apa itu program affiliate. Sekiranya tak tahu, ringkasannya adalah…

Perniagaan Internet berbentuk affiliate adalah di mana anda mengesyorkan atau “recommend” produk dan perkhidmatan orang lain, dan sekiranya seseorang membeli produk/perkhidmatan tersebut, anda akan menerima komisyen.

Tetapi, tahukah anda, penyelidikan online telah menunjukkan bahawa, hanya 2% sahaja daripada mereka yang menyertai program affiliate benar-benar tahu kaedah sebenar dalam menjana pendapatan melalui program affiliate.

Bilangan besar yang menyertai program affiliate LANGSUNG tidak pernah berjaya membuat jualan, ataupun, sekiranya dapat, jumlahnya adalah terlalu kecil.

Dari pengalaman kami juga mengendalikan program affiliate Mentor Jutawan, keadaan ini terjadi. Ketika ini, ahli affiliate Mentor Jutawan adalah lebih daripada 3,000 ahli. Tetapi, yang sering membuat jualan dan menerima komisyen yang tinngi adalah kurang dari 100 ahli!

Mengapa ini terjadi?

Sebabnya hanya satu – kurangnya ilmu perniagaan affiliate!

Untuk menjadi 2% teratas dalam memperolehi pendapatan melalui program affiliate, anda perlu lengkapkan diri anda dengan ilmu perniagaan affiliate secukupnya.

Kebanyakan yang menyertai melakukan kaedah ini:

  • Promosi program affiliate secara rambang melalui email
  • Promosi program affiliate di blog menggunakan bahan promosi laman web jualan produk tersebut
  • Promosi produk affiliate TANPA memiliki produk tersebut πŸ˜‰

Pastinya, 3 cara ini (dan banyak lagi!) adalah cara yang salah kerana…

  1. Promosi secara rambang melalui email akan menjadikan promosi anda berbentuk SPAM. Dan apabila spam, pastinya kredibiliti anda sebagai affiliate akan jatuh
  2. Promosi menggunakan bahan yang terkandung dalam web jualan tidak semestinya membantu dalam menambahkan jualan kerana bahan yang sama digunakan oleh beratus atau beribu blog yang lain- tiada kelainan!
  3. Promosi terbaik adalah dengan menjadi umpama “jurucakap” kepada produk affiliate yang disertai seperti memberi testomonial atau review yang ikhlas. Tanpa memiliki produk tersebut, usahawan affiliate pasti tidak dapat memberi testimonial dan review yang lengkap & bernas.

cover-affiliate.jpgSekiranya anda ingin mendalami program affiliate, RahsiaInternet.com telah melancarkan Laporan: X terbaru yang bertajuk…

“Cara Memulakan Perniagaan Internet Tanpa Modal dan Produk SendiriΒ  dan 25 Tip Affiliate Hebat”

Laporan ini menjelaskan lebih terperinci mengenai program affiliate serta tip-tip bagaimana anda boleh memaksimakan pendapatan program affiliate yang anda sertai. Bukan itu sahaja, ia juga memuatkan kesilapan-kesilapan yang RAMAI penggusaha affiliate di Malaysia sering lakukan yang mengakibatkan tiada langsung jualan dilakukan dan amat kurang komisyen yang diterima.

Untuk mendapatkan Laporan X: Affiliate Hebat (harga RM20 sahaja), layari…

http://www.irfankhairi.com/laporanX/

Semoga anda juga akan menjadi ahli affiliate hebat!

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

27 thoughts on “2% sahaja yang Hebat Affiliate

  1. Testimonial atau review terhadap produk yang kita promosikan memang cara yang berkesan untuk mempromosikan produk affiliate, tapi kena le beli produk tu dulu, baru le boleh buat penilaian dan komen yang jujur.

  2. Assalamualaikum
    Posting di atas benar-benar menarik perhatian saya..

    “tahukah anda, penyelidikan online telah menunjukkan bahawa, hanya 2% sahaja daripada mereka yang menyertai program affiliate benar-benar tahu kaedah sebenar dalam menjana pendapatan melalui program affiliate.

    Bilangan besar yang menyertai program affiliate LANGSUNG tidak pernah berjaya membuat jualan, ataupun, sekiranya dapat, jumlahnya adalah terlalu kecil.”

    Saya berpendapat bilangan mereka yang benar2 menjana pendapatan memuaskan dari adsense,ebay,menjual ebook,blogging serta lain2 juga hanya sebilangan kecil sahaja. Mengapa? Kerana kelompok yang kecil inilah yang benar-benar mahir dalam bidangnya.

    Selain dari itu, adalah mereka yang melakukan bisnes ala2 “touch & go” melompat dari satu perniagaan ke perniagaan lain. Terus terliur dengan program-program baru. Akhirnya masa terus berlalu, namun masih tiada sebarang kemahiran khusus.

    ********

    Saya juga mengucapkan selamat menyambut hari raya dan mohon maaf kepada semua pembaca di blog ini andai terdapat sebarang komen saya selama ini yang menyinggung hati.

    Moga pulang ke Kg dengan selamat dan insyaAllah kembali semula dengan selamat juga

    Assalamualaikum

    Fathuri
    “diari seorang pemburu impian”

    http://www.fathuri.com
    http://www.fathuri.ws

  3. Hmm…pada pandangan saya, Program Affiliate bukanlah satu perniagaan…

    Ini kerana kita hanya menjadi ahli atau agen yang mempromosikan sesuatu produk atau perkhidmatan…dan mendapatkan komisyen darinya…

    Ianya mungkin termasuk dalam bidang kejurujualan seperti Direct Selling, MLM, Insurans, Unit Trust, Wasiat, dll..

    Apa pendapat rakan-rakan yang lain?

  4. Yang pasti walaupun ramai yang berdaftar menjadi affiliate tapi yang menghasilkan jualan adalah rendah.. Kerana tidak tahu cara yang terbaik untuk menghasilkan jualan

  5. Betul juga kata IK,

    Kurang ilmu mengenai program affiliate… so tak banyak dapat komisyen…

    Kesempatan ini saya nak ucapkan Selamat Hari Raya. Maaf zahir batin kepada IK dan semua pengunjung blog ini. TQ

  6. salam.saya rasa tugas agen afffiliate ini lebih mencabar dan tidak cukup sekadar membaca panduan dan menyertai seminar sahaja..tetapi kena buat researh sendiri utk mendapat teknik baru dan berkesan dalam memasarkan barang..

  7. hoh..kok cenggitu plak rupanya bila jadi agen affiliate..kena beli then review produk..ingatkan tempel je iklan kat website heh…

    Papun..Selamat hari raya aidilfitri..maaf zahir batin..jangan lupa makan buras ek!

  8. Terima kasih Irfan.

    Sebenarnya saya dah lama tunnggu ebook macam ni dalam bahasa melayu.

    Banyak ebook “mat salleh” berkaitan biz affiliate saya dah beli.

    Alhamdulillah komisyen dari biz affliate pun dah boleh bayar duit ansuran kereta saya dengan duit petrol.

    Tahniah kepadaΒ  Irfan.

  9. Satu post yang menarik!

    Terima kasih Saudara IK.. Saya dah mula melibatkan diri dalam affiliate dah lama la jugak…dan yang pasti, saya masih membeli laporan x penulisan saudara IK ni..kerana saya ingin menambah lagi pengetahuan saya..
    (Semalam petang baru dapat.. πŸ˜‰ )

    Dan saya pasti,saya akan cuba praktikkan 25 tips tersebut…dan secara umumnya, jika nak pandai dalam perniagaan internet, ceburkan dahulu dalam bidang affiliate…sebab bila kita berpengalaman pasarkan produk orang lain, insyallah kita tiada masalah pasarkan barang kita kelak..

    Ok Saudara IK, laporan di atas saya beri 5 bintang dari 5 bintang. Pendedahan yang terbaik… πŸ˜‰

    Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk Saudara IK dan Sekeluarga dan semua pembaca blog ini … πŸ˜‰

  10. Salams,

    Ok saya dah beli! Nak tahu juga tip tip IK

    Benar cakap IK Kalau kita tak beli product/ebook tu macam mana kita nak recommend betul-betul.

    Own it, Believe it and Recommend it. πŸ™‚

    Fadzuli
    Dari Singapore.

  11. actually tu pun salah satu kesilapan bila kita jalankan program affiliate- iaitu menganggap kita sekadar agent yang menerima komisyan.

    program affiliate kalau betul2 nak berjaya, kita perlu menganggapnya sebagai satu PERNIAGAAN. kerana di situ, kita akan membina database, mengembangkan prospek dan memperbesarkan lagi perniagaan affiliate kita dengan bermacam2 offer/promosi πŸ˜‰

    kalau anggap peranan kita dalam prog affiliate sebagai agen atau ahli… maka kat situ la income kita pun ala kadar agent atau ahli sahaja πŸ˜‰

    anyway, ni pun ada tertulis dalam laporan X: Affiliate Hebat…

    Selamat berpuasa & jangan lupa bayar Zakat Fitrah. Esok last day πŸ˜‰

    -ik

  12. Selamat berpuasa dan Selamat Hari Raya juga buat Irfan. T

    ajuk entri blog kali ni amat menarik sekali. Dalam bidang affiliate, saya banyak mengkaji cara Rosalind Gardner.

    Pada pendapat saya, teknik Rosalind mengenali pelanggan kita hari hati ke hati, berkawan dengan mereka merupakan teknik pemasaran yang simple, tapi memberikan impak maksima terutama kepada penjualan produk-produk yang dia mendaftar jadi affiliate.

    -ShueQry-
    iMotivasi.com

  13. itula……
    yang sebaiknya kita gunakan produk itu
    baru kita mula promosikannya
    neway…nice tips daripada IK

  14. Salam Aidilfitri buat semua.

    Saya tertarik dan bersetuju dengan IK tentang tip affiliate ni. Sekarang juga saya akan beli ebook tersebut dan praktiskan apa yang diajar

  15. saye selalu nampak orang buat review pasal produk di laman blog.. mereka mempromosikan produk affiliate.. tapi saye lihat review hanye ulasan semule ape yg produk tu boleh bantu.. jelas tidak pernah menggunakan produk tersebut.. Market Malaysia pada pendapat saye kene test dulu produk tuh.. Klo market luar kite leh buat recommendation berdasarkan kajian di google .. hanye pendapt berdasarkan sedikit pengalaman

    p/s: Selamat hari raye IK πŸ™‚ 0-0

  16. Saya tertarik dengan komen saudara tentang affliete program dan memang betul apa yang diperkatakan. sekarang dah ada satu program klik dan dapat bonus melalui klik contoh di http://www.myekioskz.my . Dapat 50 sen setiap satu klik tetapi yurannya RM1000 . Pada pandangan saudara ok ke program ni atau hanya sekadar omongan. Harap saudara irfan dapat komen tentang web tersebut. terima kasih

    raman – kpilah myekioskz/raman

  17. emm…..saya sudah mula mebaca dan mengikuti setiap penulisan dan idea2 yg dicurahkan untuk kejayaan business di internet ini selama 3 thn ..mengkaji dan membaca setiap ulasan yg diberikan dan kini saya baru sahaja membeli e-book ini..dan masih menunggu affiliate book ini sampai ke tgn saya ..mungkin lewat kot sbb hari raya puasa.(psss..last week 24 hb order)

    slps selesai pembacaan saya ..barulah saya akan memberikan ulasan….hopefully e-book ini boleh membantu kejayaan dan peningkatan ekonomi saya dan rakan2 sekelian.

  18. slm kepada semua pembaca…

    Bercakap tentang affiliate ni sebenarnya mempunyai kesinambungan dengan apa-apa bentuk, sistem perniagaan, pelan pemasaran, dan sebagainya yang boleh membawa kepada seseorang untuk berjaya. Sebenarnya promosi adalah sahabat kepada affiliate ni, tak ada promosi maka tak muncul istilah affiliate so bagi saya kena belajar cara promosi yang betul di samping ilmu yang berkaitan. Macam berminat pula saya nak beli ebook ni… hehehe

  19. Saya sebenarnya sudah lama terlibat dalam dunia perniagaan affiliate. Tapi, setakat hari ini saya belum mendapat apa yang dihajati. Dari itu, saya mengharapkan ilmu dari rakan-rakan blogger yang berpengalaman.

  20. Menjadi seorang affiliate bukanlah semudah ABC.
    Perlu menguasai teknik pemasaran yg berkesan.

    1. pemasaran email (mailing list/autoresponder)
    2. pemasaran website/blog (review/article)
    3. pemasaran facebook/twitter (soft selling)
    4. pemasaran forum (siggy/ads banner)
    6. pemberian bonus (free product/gift)

Leave a Reply

Your email address will not be published.