Elevator pitch… adakah anda memilikinya?

Dalam pemasaran era baru, terdapat teknik menjual yang dikenali sebagai elevator pitch. Elevator = lif.. pitch = kata-kata menjual.

lift.jpg

Maksud elevator pitch, bukannya anda menjual dan lakukan promosi ketika di dalam lif 🙂

Tetapi, maksudnya adalah untuk anda ciptakan satu “selling pitch” atau “kata-kata jualan” yang khas yang panjangnya dalam lingkungan 15-20 saat. Elevator pitch adalah terbaik oleh kerana ia akan membezakan anda dnegan pesaing-pesaing anda. Namanya dikenali sebagai “elevator pitch” kerana kononnya seumpama anda perlu promosi dalam jangka masa pendedk seperti di dalam lif.

Contoh:

Sekiranya anda seorang penasihat kewangan, apabila di tanya “apa anda buat?”, sering kali jawapannya adalah “Penasihat Kewangan”

Tetapi, sekiranya anda mempunyai elevator pitch, jawapan anda adalah:

“Saya membantu mereka yang dalam kesusahan kewangan untuk mengurus kewangan mereka dengan lebih sempurna dan menambahkan lagi pendapatan tanpa usaha dengan cara melaburkan simpanan yang sedia ada”

Sekiranya anda seorang konsultan Internet:

“Saya membantu perniagaan menambahkan keuntungan perniagaan mereka sebanyak 200% dengan memperkenalkan kaedah dan strategi perniagaan Internet yang mudah dan murah”

Elevator pitch adalah apabila anda menjelaskan apa yang anda lakukan (perniagaan anda) dengan lebih sempurna dan lengkap. Tidak lagi menjawab pertanyaan orang dengan “saya seorang arkitek” atau “saya seorang ejen hartanah” atau “saya seorang akauntan”.

Elevator pitch pastinya membezakan anda dengan pesaing-pesaing anda yang lain 🙂

Jadi, kongsikan elevator pitch anda di sini… siapa berani? (cabaran ni… siapa nak sahut?)

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

31 thoughts on “Elevator pitch… adakah anda memilikinya?

  1. saya membantu membangkitkan aura pesona diri kelihatan menarik dan menambahkan lagi hidup anda dengan kemakmuran, kebahagian dan kesejahteraan yang melimpah ruah.
    “make you happu life, spirit of confidence”

  2. my elevator pitch ialah “saya membantu kanak-kanak autistik tentang self-help skill agar mereka dapat belajar untuk hidup berdikari apabila mereka besar nanti”

  3. “Saya membantu pemilik laman web bisnes kecil membina jenama dan visibiliti mereka di enjin carian dengan berkongsi tips dan strategi tanpa perlu mengeluarkan belanja perngiklanan yang besar.”

    To IK – Elevator pitch ni hampir sama dengan ‘mission statement’ tak?

  4. Assalamualaikum wbt,

    Dear Sir Dr Irfan Khairi,
    Assalamualaikum wbt,

    Dear Sir Dr Irfan Khairi,

    Salam Ramadhan >_< May God bless your wonderful family 😉 Gosh, this is my favorite part ^-^ Thanks a lot for sharing Sir! Alhamdulillah, I always introduce myself to individual/potential clients like this: ------------ "Hi, nice to meet you dear. I'm MamaFiza, proud mom of 4 active kids. I'm a designer & homeschooler. Yes, I'm work at home mom. As web designer, I aim to cater our services in affordable price with lovely layout for work at home family to start their very own web biz. So, please tell me about yourself. I love to know more." ------------ Alright then, hope you'll teach us more Sir Dr Irfan 🙂 Please send my best wishes to your gorgeous wife & cute kids. Take care~

  5. Alrite, biar saya orang pertama sahut cabaran Irfan.

    “Saya membantu dan memberi sokongan kepada anda mendalami ilmu Visualization dalam memanifestasikan impian anda menjadi nyata, menggunakan kaedah ‘Hypnotic Visualization Technique’

    Macam mana Irfan, ok tak? Kalau Irfan ada tip untuk membuatnya lebih oomph, saya amat mnghargai.

    Salam,
    Mona

  6. yup! good elevator pitch semua tu… lepas ni boleh gunakan bila promosikan diri…

    elevator pitch yang terbaik, perlu mengandungi “manfaat yang diterima oleh target market”

    semua cool!

    -ik

  7. ” my elevator pitch ialah saya membantu merekabentuk dan memberi khidmat nasihat dari segi teknikal pemasangan elektrik kpd pelanggan bagi memastikan pemasangan tersebut selamat, berkualiti serta mencapai kehendak pelanggan ”

    sy rasa jawapan melalui elevator pitch adalah jawapan seorang yg berkeyakinan dan memperlihatkan visi, misi seseorang kpd org yang bertanya.

    thank you..IK
    semoga ik berbahagia bersama family dan di murahkan rezeki..

  8. Saya pernah try buat dulu tapi dah jadi macam CHOO CHOO TRAIN PITCH pulak..hahaha

    Anyway, ni latest punya try:

    “Saya membantu pemilik syarikat kecil atau sederhana untuk menterampilkan laman web syarikat mereka secara custom made dan professional design sebagai boosting kepada misi syarikat, jenama dan kredibiliti mereka dengan kadar harga yang amat berpatutan dan murah”

  9. “Saya membantu pelanggan untuk memilih domain dan hosting yang sesuai dan terbaik. Dalam pada itu, saya pasti domain yang saya tawarkan untuk pelanggan, pastinya friendly user. Anda boleh dapat 10 email peribadi percuma..Dengan tawaran yang mereka tawarkan untuk anda test drive secara percuma, anda boleh nilaikan kualiti mereka..Anda bukan sahaja dapat menyewa domain dan hosting dengan mereka, yang penting anda dapat menjana pendapatan tambahan dengan syarikat ini!!” 😉
    – Gaya Promoter 😉 –

    Mcmmana IK, Saya cuba sahut Cabaran Saudara 😉

    Saudara IK, Selamat berpuasa! 😉

  10. Salam ceria sihat kaya bahagia,

    “Kami gembira menjadikan ‘tanggungan perbelanjaan’ sebagai suatu cara hidup dengan menjadikannya sumber hidup sihat, kaya, dan bahagia”.

  11. “saya membantu setiap kenalan untuk mendapatkan kesihatan yang optimum dan pendapatan yang berganda.”

    To IK: so how IK ada keyakinan kan?

  12. Saya membantu orang ramai menjadikan wang bekerja untuk mereka dan membolehkan mereka mencapai kebebasan kewangan dalam masa yang ditetapkan.

  13. Saya adalah orang yang membantu mereka yang tercari-cari cara bagaimana untuk menambahkan duit saku mereka dengan memperkenalkan idea-idea bisnes dengan merealisasikannya! 🙂

  14. ilmu baru..tapi saya xda elevator pitch sendiri sebab masih student..
    so, saya try buat elevator pitch seorang student la..
    ‘saya adalah orang yang menuntut ilmu, mencari pengalaman hidup dalam dunia penuh mencabar untuk membentuk identiti sendiri dan membantu masyarakat ke arah lebih baik’..
    ok ke x?..

  15. salam
    tips ni saya pernah belajar dgn seorang kenalan didlm bidang MLM. Memang berkesan sbb teknik ni mcm teknik cinta pandang pertama. Kalau awal2 dah kantoi mcmana nak tarik customer kan.

    “Saya membantu pelajar menjadi seorang yang pakar didalam subjek matematik dengan mudah,pantas dan tepat”.
    We share what We learn!.

  16. “Saya cuma ingin berkongsi ikhlas bagaimana anak anda boleh cemerlang didalam pelajaran diwaktu yang sama anda juga boleh menjana pendapatan”

  17. “Saya menawarkan peluang kepada orang ramai untuk menjadi pelanggan kepada produk kegunaan harian yang disertakan dengan jaminan insuran setinggi RM 1 Juta!!!”

    Nak kena gi prektis dalam lif nih. Sempat tak abis ayat sebelum pintu lif terbukak…:-)

  18. ” Kerja saya adalah membantu orang ramai ‘ Bagaimana mahu memastikan suami dapat mewariskan gaji beliau kepada anak dan isteri walaupun satu hari nanti si suami sudah tidak mampu bekerja lagi!!! “

  19. saya membantu mereka yang memerlukan pakaian dengan cara menjual pakaian dengan harga yang sangat murah, antara pakaian yang saya jual adalah seperti Round neck t-shirt, Polo Shirt Dan pelbagai lagi (^_^)

  20. Saya di dalam bisnes yang membantu orang lain agar dapat memulakan bisnes mereka sendiri dan menjana pendapatan yang menjurus kepada kebebasan kewangan

  21. saya memberikan perkhidmatan mengajar dan membina laman web dengan cara yang mudah dan murah walaupun pelanggan kami mempunyai 0% pengetahuan mengenai IT

Leave a Reply

Your email address will not be published.