Mengapa perlu fokus

Fokus adalah amat penting kerana kita boleh beri tumpuan 100% tenaga, usaha & kemampuan kita kepada sesuatu keadaan sahaja.

Bayangkan matahari yang terik… tentu la panas kan, kadangkala sampai kita tak tahan dengan kepanasannya…

magnify.jpg

Bayangkan pula kita mempunyai magnifying glass (kanta pembesar) dan gunakannya untuk menumpukan cahaya matahari kepada satu titik fokus.

Apa yang terjadi?

Fokus tersebut akan membuatkan kepanasan cahaya tersebut berganda sehingga boleh menyebabkan haba & api…

Dengan memberi tumpuan tenaga, usaha dan kemampuan kita pada satu titik fokus, tak kira kerja, perniagaan, atau hidup kita akan berjaya mencapai apa yang dimatlamatkan dengan lebih cepat dan mudah.

Ramai antara kita hilang fokus dalam hidup, itu yang menyebabkan matlamat kita tersasar.

Lepas ni, harapnya kita fikirkan magnifying glass & kesannya apabila fokus… harapan takde lagi kita hilang fokus πŸ˜‰

Selamat bercuti & menyambut hari kemerdekaan!

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

36 thoughts on “Mengapa perlu fokus

  1. With highly focus everything we can achieve!~

    But sometimes there will be alwys disturbance..so how can we ignore it..

    hurmmm susah jugak kn nk fokus ni..
    πŸ™‚

  2. On the other perspective, Focus means doing it almost everyday.. never let anything be in your way that will distract you from your focus.. think and do something about it until you get the results that you want..

  3. Saya telah mengalami kerugian masa sejak dari 2006 dan mengalami kerugian kewangan sehingga beribu-ribu ringgit kerana tidak fokus dan mengatur perancangan yang bagus.

    Setelah tersedar dari mimpi, kini saya mengatur perancangan satu demi satu untuk lebih fokus kepada apa yang saya nak πŸ™‚

  4. Macam kita ambil gambar dengan kamera. Mula-mula kena fokus subjek dulu. Kalau tak fokus pada subjek…nanti jadi blur…

    Samalah dengan matlamat, mesti fokus…barulah jelas dan tajam…

  5. Umpama anda sedang memandu laju, 200 kmj. Jika tidak fokus, pasti anda kemalangan teruk.

  6. Salam IK dan rakan2

    Lama betul saya tak ke alam cyber, maklumlah fokus kepada biz offline.

    Fokus adalah penting dan titik fokus adalah lebih penting. So, fokuskan untuk fokus! πŸ™‚

    IK, hubungi saya jika ke Johor.. πŸ™‚
    Adios.

    http://www.h2jbiz.com

  7. mmg betul,everything yang kita buat kenalah fokus, dan yang paling penting berapa banyak usaha yang di letakkan dalam mencapai satu2 target..for me, x cukup dengan 100% but 200%..barulah boleh berjaya ngan cemerlang

  8. saya rasa saya adalah manusia yang paling gagal dalam hidup..dunia dan akhirat terlalu kosong dalam diri saya..apa yang mampu saya fikir tanpa dunia, akhirat tak menjelma..harap jangan ambil pandangan negatif dengan apa yang saya katakan..bagi saya kemiskinan hidup menyebabkan kita lupa untuk akhirat kerena terlalu mengejar dunia sehingga terlupa akhirat..ini berlaku kerena kita tidak mahu terlepas peluang mengejar sedikit kesenangan melalui usaha kita..saya harap ada insan memberi petunjuk jalan bukan sekadar nashiat dan alasan..

  9. AssalamualaikumΒ  Entry di atas memang tepat dengan masanya. Kalau tidak ramai rasanya kawan-kawan blogger kita yang terlupa “magnifying glass” masing-masing.

    Apakah agaknya fokus kawan2 pada bulan Ramadhan ini?

    Apakah agaknya fokus perniagaan online kawan-kawan?

    Sebagaimana speed adsense. Saya juga pernah mengalaminya. Alhamdulillah cepat kembali kelandasan “fokus”.

    Maka, mulai bulan ini, dan setahun akan datang, saya akan fokus pada perniagaan ini..
    http://fathuri.com/?page_id=1040

    Terima kasih Dr. kerana singgah di blog saya tempohari. IK juga ada mencadangkan dua buah buku untuk saya baca. Alhamdulillah kedua-dua buku, sudah saya miliki.

    Permohonan saya, bilamana IK ada kelapangan jemputlah singgah lagi di blog saya ye. Saya percaya komen2 dari IK secara tidak langsung memberi manfaat kepada pembaca yang lain.

    Produk IK ‘101 cara promosi’ yang saya terima pada 5/2/2008 sudah saya baca kembali. Dan akan saya baca berulangkali untuk menjadikan impian perniagaan ini..http://fathuri.com/?page_id=1040
    satu realiti.

    Salam Kemerdekaan untuk semua peminat blog ini.

    Salam ceria dari saya.

    Semoga kawan2 pembaca sudah membuat keputusan untuk fokus pada bidang tertentu. InsyaAllah kita sama-sama lihat hasilnya setahun dari sekaran..

    Assalamualaikum.

  10. assalamualikum semua.
    herm..terima kasih IK,saya selalu hilang fokus,ada tak lagi tip macam mana nak wat sesuatu kerja tu secara istiqamah?saya selalu buat banyk kerja dalam satu masa,huhu.bila terbaca artikel di atas baru saya tersedar semuala.anyway,thanks.

  11. Salam..

    Tq IK.Rasanya dah byk kali saya hilang fokus ni,biasalah bila ada waktu2 kita down,rasa mcm nak buat bisnes lain,mulalah hilang fokus.

    Mungkin IK boleh turunkan tips2 mcm mana or apa yg kita perlu buat supaya kita sentiasa fokus?

  12. Sometimes it is a real challenge to Focus, especially when you have little toddlers climbing all over you while you work at home.

    I’ve hired a nanny recently. It’s a small price to pay for getting some real work done and you’re child is safely entertained in the living room.

    In a nutshell, yes, FOCUS is indeed important.

    Selamat Berpuasa Irfan and friends!

  13. Fokus memang perlu cuma jangan terlebih fokus sebab nanti boleh hilang fokus…

    Bila dah terlalu penat fokus mudah hilang

    So.. berilah fokus dengan tenang dan bahagia…

    Selamat berpuasa semua πŸ˜‰

  14. Salam ceria sihat kaya bahagia,

    Tq Irfan, saya amat setuju topik ini.
    Kebetulan saya sedang memberi tumpuan utk membina satu sistem(program mentor) bagaimana membantu kita supaya mudah dan kekal ‘fokus’ hingga mencapai ‘matlamat’.

  15. simple but tough πŸ™‚
    benda2 distractive tu rasenye senang je tepis .. insyallah ..everybody can do it πŸ™‚

  16. Salam,

    Semasa zaman kanak-kanak,saya suka melakukan eksperimen dan antaranya ialah menggunakan kanta pembesar dan fokuskan cahaya matahari kepada kertas hingga terbakar.Pernah juga saya halakan kanta pembesar tersebut ke tangan saya dan hasilnya memang sakit.Malah, saya juga pernah halakan kanta pembesar tersebut pada kucing saya.Tapi,kucing itu tidak terbakar.Kenapa?Sebab ia lari.

    Kesimpulannya di sini ialah,kalau kita fakus untuk mencapai sesuatu matlamat.Biarkanlah kita tetapkan matlamat dahulu dan kemudian baru kita fokus.Jika matlamat kita sering berubah-ubah ini akan menyukarkan kita untuk mengfokus.Jadi,ia akan sama seperti cerita saya dengan kucing tadi.

  17. Salam IK,

    Jebat, pada saya, untuk dapat fokus dan ia sentiasa istiqamah adalah dengan membuat matlamat yang ditulis dan disusun dan pastikan kita selalu melihat matlamat itu. (meletakkan ia pada tempat yang selalu kita lalu)

    Yang bagusnya apa yang kita buat tu kita minat dan suka untuk buat itu lagi cantik… πŸ™‚
    http://www.h2jbiz.com

  18. Fokus sesuatu yang amat bernilai sekiranya ia di laksanakan. Ia menjadi satu senjata yang mampu menawan musuhnya.Ia akan membantu dalam mengejar matlamat supaya ia lebih mudah terlaksana.

  19. Salam IK dan semua pembaca,

    Bagus tips kali ni. FOKUS memang penting, tanpanya memang susah untuk kita berjaya. Dulu saya pernah baca artikel yang bagus mengenai kuasa Fokus melalui blog usahawan internent terkenal iaitu en Zul Smartusaha..

    Fokus, fokus dan fokus..

  20. Bukan senang untuk fokus kerana banyak perkara yang mengganggu kosentrasi dalam perniagaan… pulak tu banyak la pulak program2 perniagaan online @ offline kat pasaran dari hari ke sehari.. fokus sampai dah berjaya.. kalau tidak berjaya barulah tukar pada strategi yang lain pula..

  21. Fokus penting dalam apa jua usaha yang dilakukan kerana segala tumpuan dan skil individu ditumpukan ke arah itu.

    Lawan kepada fokus ialah pempelbagaian. Untuk berjaya perlu fokus dan apabila berjaya barulah beralih kepada perkara lain.

  22. terlintas utk berhenti keje n fokus niaga.. prospek n marketing da ada.. cuma perlu kembangkan lagi perniagaan tu(famili biz)..ok ke?.. da pnat keje selesaikan mslh org..n kenaikan gaji stahun skali.. tp tgk niaga ni masyuk lak..pendapatan mak sy niaga lg up dr mkn gaji sy.. emmmm cane tuh….

  23. yea fokus amatlah penting. Bila hilang fokus bermakna kita akan buat kerja yang sia-sia sbb kita tak tahu lepas ni nak ke mana.

    Ramai org tahu fokus penting tapi adakah mereka benar-benar mengaplikasikannya?

  24. saya nk mintak petua dan tips dari en. irfan..bagaimanakah caranya untuk kite sentiasa terhadap bidang yang kite ceburi..macam perniagaan misalnya?

  25. Saya ada 1 soalan yg saya ingin bertanya..apakah tips-tips untuk kita sentiasa fokus? bagaimanakah caranya?

Leave a Reply

Your email address will not be published.