Kali ini kita klik-klik laman web seorang lagi peserta Workshop Jutawan Internet yang berjaya, Che Mohd Raif @ Bro Phone yang menjual informasi di Internet. Bukan lagi rahsia bahawa informasi adalah produk yang amat lumayan pendapatannya sekiranya dilakukan dengan betul. Seperti mana keuntungan yang diraih oleh Bro Phone kita, mengajar kaedah memperbaiki handphone, melebihi RM20,000 sebulan! Tahniah diucapkan…
Tujuan ruangan klik-klik adalah untuk…
- Untuk mendedahkan lagi kewujudan laman-laman web tempatan yang berjaya menarik pelanggan
- Untuk memberi kefahaman dengan lebih mendalam maksud PERNIAGAAN INTERNET yang sebenar supaya orang ramai tidak keliru dengan skim buat duit di Internet
- Untuk memberi inspirasi dan idea kepada anda dalam memulakan perniagaan Internet diri anda sendiri
Berikut adalah temubual klik-klik bersama Che Mohd Arif… mudahan dapat memberi inspirasi dan juga ilmu bagi anda yang berminat untuk menjalankan perniagaan Internet.
Boleh anda kongsikan serba sedikit mengenai laman web anda?
phonesolution2u adalah laman web yang menawarkan maklumat tentang teknik-teknik membaikpulih telefon bimbit melalui Video CD yang memudahkan sesiapa sahaja mempelajarinya.Pada masa sekarang kami mengeluarkan VCD asas membaiki telefon bimbit yang mana 70% kerosakan lazimnya dibaiki dengan cara yang kami kongsikan ini.
Tahukan anda semua kos untuk membaiki telefon bimbit yang kerosakan berpunca dari ‘ribbon (kabel)’ boleh mencecah ratusan ringgit padahal kos alat gantinya sekitar RM15 sahaja dan perkara ini bukan sukar untuk dilakukan sendiri.
Bila dan bagaimanakah anda mulakan perniagaan Internet anda?
Saya melakukannya pada pertengahan tahun 2008. Tetapi saya rasa perlu mempealajarinya dari pakar yang tepat. Setelah mengetahui workshop IK diadakan di KB pada bulan mac 2009 saya terus mendaftar. Dari workshop tersebut banyak perkara baru yang saya pelajari dari perkongsian IK dan saya meneruskan bisnes on line ini dengan lebih serius lagi.
Apakah kebaikan perniagaan Internet yang paling anda suka?
Kalau bisnes off line pelanggan saya cuma dari kawasan sekitar sahaja tapi bisnes online tanpa had sempadan dan beroperasi 24jam.
Boleh anda kongsikan satu cara yang paling efektif anda promosikan laman web anda?
Saya mengiklankan bisnes ini dalam akhabar-akhbar tempatan serta meletakan banner di web-web yang popular serta melantik agen pemasaran diseluruh negara bagi memudahkan sesiapa sahaja mendapatkan produk Vcd ini.
Boleh anda kongsikan tip kepada pembaca yang ingin memulakan perniagaan internet?
Yang paling penting kita menguasai ilmu dalam bisnes yang kita ceburi kemudian lakukan dengan bersungguh-sungguh dan perlu ada kesabaran kerana pelbagai rintangan dan dugaan akan kita tempuhi untuk mencapai sesuatu kejayaan. Semua insan yang berjaya akan melalui perkara ini. Just do it!!
Apakah rancangan jangka masa panjang anda dalam perniagaan Internet?
Saya akan menerbitkan Vcd membaiki telefon bimbit secara berperingkat dari pengatahuan asas hingga ke tahap kemahiran yang tinggi. Kerana dari pengalaman saya selama 7 tahun dalam bisnes ini pontesinya begitu besar. Insyallah saya akan menyediakan segala perkara yang berkaitan bisnes telekomukasi dalam laman web saya di masa kan datang.
ps: Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan Internet, jangan melengahkan masa lagi, lawati http://www.rahsiainternet.com/workshop untuk maklumat lanjut 🙂 Hanya beberapa tempat sahaja kosong.
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
contoh yang akan menyemarakkan lagi semangat untuk terus menjadi usahawan online…
semoga lebih ramai rakyat malaysia mempunyai perniagaan sendiri.. dan 1 laman web untuk setiap individu..
Kalau tak keberatan boleh ke Bro Phone beritahu antara semua promosi yg dah dilakukan yg mana yang paling efektif. Newspaper ker web yang popular?
TQ
IK yang ni brother phone yang kita jumpa kat KB hari tu ke?
Salam ceria sihat kaya bahagia,
Semoga ramai akan sedar perbezaan BERNIAGA DENGAN INTERNAET dan BUAT DUIT DENGAN INTERNET.
Jangan hanya fikir asal senang dpt duit sajaeee…
tahniah, ini adalah hasil usaha tuan irfan khairi yg membuka minda rakyat malaysia juga, semoga usaha tuan irfan khairi diberkati dan dirahmati, insyaallah.
Memang mantap idea bisnes ni.Semoga anda menjadi contoh untuk usahawan internet yang lain 🙂
Salam kepada semua. Kalau ada kemahiran…dokumentasikannya menjadi bentuk fizikal macam vcd ke hapa ke..sebagai contoh bro handpone kat atas. pembeli mungkin lebih suka benda yang nampak fizikalnya berbanding yang didownload daripada internet. Yang penting produk anda dilindungi undang2
assalamualaikum.
boleh tak saya nak minta e-mail doc? saya perlu buat assignment ‘my idol’. doc adalah pilihan saya. saya harap tak keberatan untuk memberi email doc.
Tahniah,
Bagus idea ini, nampak tidak ada limit kepada kreativiti.
Syabas
Liyas
Tahniah..
All the BEST!!
Salam..
Idea yang bagus. Boleh dikembangkan untuk diaplikasi kepada produk2 lain di Internet.
Syabas, kerna memberi ilham kepada bakal peniaga online
tahniah….hmm saya rasa web banner dan blog paling efective he..he
Asyik pk idea yg ssh2, rupa nya idea yg mudah lebih menarik… Tahniah pd bro Phone.
janganlah luki bagi cara baiki hp dlm internet……………
lepas ni kena cari blog2 popular letak banner kasi lagi famous bro phone ni…
Untuk pengatahuan semua website saya telah bertukar ke http://handphonesolution.com/.
nanti sila la masuk k..tq