Setiap masa, juara mendapat pulangan berkali ganda berbanding tempat ke-dua.
Contohnya, dalam perlumbaan lumba lari, juara mendapat RM10,000, mana kala tempat ke-dua mendapat RM5,000.
Adakah ia bermaksud juara perlumbaan tersebut adalah 2 kali ganda lebih laju dari yang mendapat tempat ke dua? Semestinya tidak. Mungkin, hanya lebih laju pada masa satu saat sahaja! Tetapi, pulangan berganda 2 kali ganda.
Begitu juga dalam hidup harian dan perniagaan. Sekiranya kita menjadi juara bidang kita, pulangannya adalah berganda berbanding dengan pesaing kita yang ditempat kedua… ketiga… dan lain-lain.
Misi anda dalam hidup sekiranya untuk mendapat pulangan berganda adalah untuk menjadi juara dalam bidang anda. Tidak semestinya anda hebat berkali-kali ganda berbanding dengan pesaing anda. Pada hanya kehebatan melebihi pesaing anda sedikit sahaja, pulangan pun boleh berganda 🙂
Jadilah juara dalam bidang anda sendiri!
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
juara pasti ada kelebihannya.. mungkin kita perlu menimba ilmu dalam bidang masing2 dan aplikasikannya serta pandai mengambil peluang untuk menonjolkan diri dalam bidang yang diceburi.. best tips ni.thanks IK.
Btol 2 mmg juara byk kelebihannya ttp bkn snang nk kekal jd juara 🙂
Jadi juara!!!Kuncinya…untuk jadi juara kita mesti rajin dan rajin usaha.
Betul tu IK utk menjadi juara kita hanya perlu berusaha lebih sedikit jer dari org biasa
Untuk menjadi juara mungkin tidak terlalu sukar tetapi untuk mengekalkan kejuaraan itu adalah terlalu sukar kerana persaing kita juga pasti ingin nmenjadi juara.
Berfikir lebih kreatif dari pesaing sekalipun kita mengakui pesaing berkali ganda lebih hebat dari kita. 🙂
saya bersetuju dengan pandangan Irfan.
saya ingin menambah,menjadi juara adalah kita tahu kelebihan ttg diri kita, dan kita hargai apa yang lebih pada kita. Dalam pada tu, kekadang sebenarnya kelemahan kita jugak merupakan satu kekuatan untuk kita jadi juara…
Susah dicapai, payah dikekalkan…
Salam.
Setuju.Kita kena target jadi juara.
Sebab kalau tak tercapai sekalipon, mungkin menjadi naib juara..
cuba bayangkan kalau kita target just number 3, tup2 tak dapat, akan dapat number berapa tu? hehe
hakikatnya memang kita semua ada potensi untuk menjadi juara, cuma mungkin perlu tambahkan ilmu dan latihan berganda2…
yang pentingnya
takmo tangguh2
jalan mesti ke depan, bknnya ke belakang
Tetapi dalam persaingan untuk menjadi juara akan berlaku persaingan yang akan merugikan semua pihak.bagi saya dalam bisnes bukan bertapa gahnya nama & perniagaan kita tetapi berapa keuntungan bersih yang mampu kita perolehi!Di zaman perniagaan online ramai yang buat duit senyap-senyap je kan.
Salam IK dan rakan2..
tip untuk juara… Fokus-Aku mesti menang, sedetik aku terlambat pasti pesaingku akan memintas…
Jadilah juara!
http://www.h2jbiz.com
ah-ah la betol ckp phonesolution..jadi juara memang senag nak kekal tu perggh susa..
hmm…tengok bidang dan rezeki jugak kan?tengok cam juara american idol alah mamat yang cute tu..tak apar juara tapi pas kuar dia lebih glamor dan lebuh ummhh dari juara.
that`s meant wpun dalam satu2 masa kita tak jadi juara..bila kita usaha lebih pasti turn kita lak boleh jadi juara.
nak jadi juara minum lah MILO!:)
hehe xdelah melawak jerk..DR approvekan komen saya ni tau..saya pon da jadi sebahagian dari keluarga DR kat sini..DR memang best and ensem!
mulai sekarang kena usaha jadi juara selain jadi businessman…
😀
thanks IK…!!
____________
Idea Newbie
Jadi kena usaha kuat sikit laa ekk.. ok ok.. akan aku usahakan..
idea yang menarik..
Apa yang penting pada seorang Juara adalah kepuasan hati. Setiap Juara sentiasa Fokus dengan Matlamatnya (matlamat menjadi Juara). Adanya matlamat, kita ada sesuatu untuk diusahakan (usaha mencapai matlamat). Tapi jika ada matlamat tapi tiada usaha..rasanya ianya lebih kepada angan2..angan2 untuk menjadi Juara. hehe!
Salam.Tapi susah juga mau jadi juara ni. Kalau memang kita selalu dapat nombor dua, tiga dan kebawah. Rasanya berbaloi dulu menjadi nombor 2,3,4 dan seterusnya daripada nombor 1 dari belakang!
Betul. Zaman penuh persaingan ini, kita selalu mahu mencari yang terbaik.
Mahu jadi juara dalam bidang yang sedang diusahakan ini.
salam perkenalan buat semua pembaca.
betul tu menjadi juara dalam bidang sendiri banyak manfaatnya…
Memang betul banyak kelebihan jadi juara berbanding dengan tempat ke-2, ke-3 dan seterusnya..
Cuma nak jadi seorang juara ni yang banyak betul cabaran yang perlu ditempuhi.. IK, doakan kejayaan kami untuk jadi juara dalam bidang masing2..
TQ
yang terbaik.. kita mesti usaha untuk jadi juara.. tapi penat bro..
kalo ikut mcm dalam gambar tuu.. nak jadi no 1.. mau aku lari terkentut kentut.. ha ha ha
INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR
Semua orang ingin menjadi juara.. tapi bukan mudah.. langkah pertama menentukan langkah untuk menjadi juara..
Pendapat saya kalo nak jadi juara dalam bidang kita tak semestinya kena berpenat lelah. Contohnya orang yang dah buat bisnes. Semestinya dia dah ada ilmu dan pengalaman dan lain-lain lagi. Dia mungkin cuma perlu berFIKIR KREATIF untuk jadi lebih dari pesaing-pesaingnya. Pointnya di sini cuma guna FIKIRAN KREATIF cam yang selalu IK cakap.