Perniagaan bukan Internet vs. Perniagaan Internet

Sekiranya anda belum lagi mengambil peluang Internet untuk mempromosi perniagaan anda, lakukannya sekarang!

Ini adalah kerana, memulakan perniagaan Internet adalah amat murah berbanding dengan perniagaan bukan Internet. Untuk menjalankan perniagaan bukan Internet, mungkin anda perlu membayar sewa bulanan RM1,000. Sekiranya anda menjalankan perniagaan Internet, “sewa” bulanan adalah cuma RM30- dan anda dapat mencapai pelanggan seluruh Malaysia, dan serata Dunia! Jumlah pengguna Internet seluruh Malaysia: 10 juta pengguna. Jumlah pengguna Internet sedunia: 1 billion pengguna!

Saya sering menekankan bahawa terdapat terlalu banyak peluang perniagaan Internet yang terbuka di Malaysia (gaps in the market) yang boleh di ambil oleh usahawan tempatan. Jangan tunggu lama-lama oleh kerana sesiapa sahaja mendapat pasaran pertama dan menjadi pioneer dalam industri mereka akan pasti mendapat pasaran dan keuntungan yang paling besar!

Sekiranya anda ingin mengetahui bagaimana untuk mendapat pasaran dan keuntungan yang paling besar di Malaysia, anda tahu siapa anda patut jumpa- the real expert! 🙂

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

21 thoughts on “Perniagaan bukan Internet vs. Perniagaan Internet

  1. kesemuanya ada dlm kursus IK .. dan saya sedang melaksanakannya step by step … tq again IK

  2. Memang benar. Tapi bagi ramai orang di Malaysia, biarpun setelah dijelaskan, kebanyakan mereka masih belum ada keyakinan berurusan di internet. Terlalu banyak kes penipuan dalam perniagaan di negara kita. Akibatnya e-dagang juga mendapat kesannya. Pertama, kita harus mendapatkan keyakinan umum dulu. Kedua, kita harus membudayakan masyarakat kita dengan perniagaan siber ini. Tapi sebelum itu, kita tumpukan pada pasaran luar sajalah dulu.

    Bukan begitu Irfan?

  3. Saya sedar akan potensi perniagaan siber ini selepas menyertai kursus anjuran Irfan. Tapi masih lagi dlm peringkat muhassabah diri apakah produk/servis yg boleh diniagakan. Pada pndpt zoomer & Ahmad Riezal apakah kita perlu wujudkan 2 website berbeza, dlm bahasa Inggeris & bahasa melayu bagi produk yg sama utk capture psrn tempatan & luar negeri?

  4. a’kum….
    internet biz no 1… itu apa dari saya baca dan buat kajian. rakan saya sama sekolah pun dah jadi jutawan dari e-dagang nie…
    hope irfan dpt bg idea @ apa jenis peluang perniagaan…
    thanz…

  5. perniagaan internet nampak profesional,unik,dan global.

    outlast2hero.sistempenomboran.matematik.kelantan.

  6. erm…sy berminat…tp masih tak tau dimana harus mulakannye…ape pun sy sdg usahakan step by step skang nie.thanks IK;)

  7. Bagi saya perniagaan internet sememangnya mempunyai pulangan keuntungan yang tinggi.Apa yang penting ialah memberi kepercayaan kepada setiap pelangan kita terhadap mutu dan kualiti barangan atau perkhidmatan yang kita berikan.Sekali pelangan kecewa dgn perkhidmatan kita nescaya mereka tak kan kembali kpd kita.Jikalau mereka berpuas hati saya jamin mereka akan mempromosikan baranganb kita.

    Saya ada satu cerita mengenai perniagaan internet.Company tempat saya bekerja telah mendapat pertanyaan dari sebuah company membuat kereta renault dari perancis.Setelah memberi segala penerangan tentang syarikat kami, mereka telah datang dan meninjau keadaan syarikat kami.Untuk permulaan mereka memberi satu project utk melihat kebolehan syarikat kami.Oleh kerana kami berjaya membuat barangan tersebut dengan baik, maka mereka telah datang kembali dan membuat urusniaga melibatkan jutaan ringgit untuk membuat pintu untuk kereta renault.

    Ada beberapa pengajaran dari cerita ini.

    1) Web site(Perniagaan internet) boleh mempromosikan syarikat kita keseluruh dunia.

    2) Qualiti barangan yg kita hasilkan mempengaruhi pelangan untuk datang kembali.

    3) Jangan tak caya pintu kereta renault sedikit sebanyak adalah sentuhan tangan anak melayu MALAYSIA.

  8. Saya sedang cube utk berjinak dlm bidang internet, membaca ttg kejayaan pengusaha internet membuat saya berkobar2 utk turut serta dan insyallah satu hari nanti saya pasti akan sampai ke seminar Irfan juga.
    saya telah baca sipnosis ttg buku chapter-M. adakah ianya benar?

  9. Assalamu’alaikum wbt.
    Apa2pun diucapkan syabas dan tahniah kpd irfan di atas penganugerahan hebat itu, sebenarnya saya selalu mengikuti perkembangan ws saudara irfan dan sentiasa menghuruharakan emosi / keinginan dan hasrat untuk berniaga secara internet. Kehebatan saudara amat men’teruja’ jiwa saya untuk sama2 berjaya dalam bidang edagang ini.Satu hari nanti isyaAllah saya pasti akan ada bersama dalam kursus anjuran saudara itu, tq.

  10. Zafri
    Pendapat saya memang perlu kita mencipta 2 website berbeza untuk sasaran pasaran luar dan dalam negeri. Sebab pertama, sebahagian rakyat Malaysia masih kurang selesa berurusan dlm bahasa Inggeris. Yang penting ialah mesej yg ingin diuar-uarkan sampai pada bakal pelanggan. Kedua, stail bahasa dan pendekatan kita utk 2 pasaran itu juga berbeza demi menarik perhatian masing-masing. Eg. RahsiaInternet.com

  11. kepada saudara zoomer…mungkin saya keberatan untuk memberi sebarang pendapat kerana saya belum berada di tahap pencapaian yang boleh dibanggakan..saya masih lagi belajar..semestinya IK lebih arif 🙂

  12. saudara zoomer,
    sekadar ingin berkongsi sahaja lah ye,
    em.. perbincangan tentang 2 website yg sama tp berlainan bahasa ya.

    kenapa tak guna je 2 bahasa dalam 1 website?
    umpamanya seperti ade translation.

  13. En Ahmad Riezal, saya rasa tujuan sebenar Irfan menyediakan ruangan ini, disamping utk memberi tips harian utk kita jadikan panduan, ialah utk menggalakkan kita berinteraksi sesama kita, memberi pendapat dan pandangan, supaya pengetahuan kita tentang sesuatu itu lebih mendalam dan menyeluruh. Juga utk menggalakkan kita berfikir secara kreatif, seterusnya mengupas sesuatu tips itu dengan lebih terperinci. Sebetulnya kebanyakan kita masih di peringkat awal pembelajaran, dan ini tak seharusnya menjadi penghalang utk kita membincangkan tentang sesuatu isu dengan aktif. Kita menyasarkan untuk menjadi leaders dalam e-dagang, bukan followers. So, mari bekerja bersama Irfan, bukan bekerja untuk dia.

  14. saya setuju 100% dgn pdpt zoomer. bertukar2 pandangan dan bertolong tolongan demi kejayaan bersama spt kata bestari, “biarlah kamu ditertawakan kerana bertanya dari kamu ditertawakan kerana kejahilan”

  15. Zafri… sungguh bestari kata bestari anda. Btw, alangkah indahnya jika Irfan dapat mencelah dalam perbincangan2 kita. Tentu ruangan ini akan lebih menarik…

    Azranza… 2 bahasa dalam 1 website spt yg anda cadangkan itu saya rasa boleh juga digunapakai. Tapi saya rasa ia mungkin lebih sesuai untuk sasaran pasaran tempatan, especially kerana kepelbagaian bahasa di negara kita dan konsep masyarakat majmuk yg kita amalkan. Contohnya iklan di TV yg menggunakan pelakun pan-asia, text berbahasa malaysia, dan suara latar berbahasa cina. Konsep itu boleh diterima di sini. Tapi di pasaran luar, rasanya mereka lebih selesa melihat presentation itu dalam acuan mereka. Yg penting ialah kita mahukan trust dan confidence mereka. Memahami cara pemikiran mereka, saya berpendapat itulah cara terbaik. Cuba rujuk website IdeaBubble.Com hasil produk Irfan sebagai contoh. Apa pendapat rakan2 yg lain?

  16. Perniagaan pad wanita pun agak2 buleh tak kalu dibuat secara perniagaan internet ni?

    Mengharap keajaiban..

  17. saya berminat dlm perniagaan internet ni.. cuma kurang keyakinan untuk melaksanakannye..

  18. assalamualaikum.. sekadar ingin bertanya sekiranya perniagaan insurans atau unit trust boleh di promosikan melalui internet…
    TQ

  19. semenjak membaca tips2 , saya semakin teruja membina perniagaan di internet.alhamdulillah sekarang saya mempunyai website sendiri walaupun sangat ringkas rekaannya.terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu dengan kami.Semoga ceria-ceria selalu.amiin.

  20. SKRG ni pemasaran internet amat penting sbb pasarannya amat luas.

    dgn internet kita mampu menjual produk kita ke luar negara tanpa melibatkan kos yg tinggi..

    dulu saya tak minat internet tp bila dah tau kelebihan2 nya..saya tertarik untuk mendalaminya…

Leave a Reply

Your email address will not be published.