Mungkin movie yang ramai sedang tertunggu-tunggu tak lama lagi adalah Transformers, Revenge of The Fallen. kalau anda tak tunggu pun, saya tunggu 🙂
Baru saja saya melawat Toys R Us, dan bermacam-macam robot transformers kini berada di pasaran… berpuluh-puluh.
Anak saya juga sukakan Ben-10, di Toys R Us, semua siri alien Ben 10 ada… berpuluh-puluh gak alien dia.
Tak lama dulu, ‘craze’ Pokemon juga melanda satu dunia dengan beratus-ratus siri ‘Pocket Monsters’ berada di pasaran…
Transformers, Ben-10 & Pokemon mempunyai persamaan dalam strategi perniagaan mereka. Iaitu, menciptakan satu “siri” untuk produk-produk mereka…
Dengan menciptakan sebaris siri seperti robot transformers, alien ben 10 & monsters pokemon. Mencipta siri untuk perniagaan anda akan menggalakkan “collectors” yang pasti akan membeli seluruh siri produk anda.
Boleh kah anda mencipta satu “siri” untuk produk atau perkhidmatan anda?
Contoh mudah adalah buku saya Siri RahsiaInternet.com yang kini mempunyai 2 siri (Rahsia Jutawan Internet Terbongkar & Soal Jawab Perniagaan Internet) manakala Siri Nota Jutawan pun mempunyai 2 siri (Nota Motivasi & Nota Perniagaan). Kini saya sedang menghabiskan siri ke-3 iaitu Nota Jutawan: Nota Kewangan (coming soon!).
So, bagaimana pula dengan anda? Ciptakan siri produk anda tersendiri & galakkan “collectors” untuk siri-siri anda…
Boleh kah anda lihat strategi ini digunakan di sekeliling anda?
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
ya,menerusi teknik ini dapat kita membina nama dan jenama kita sebagai usahawan internet. lebih2 lagi jika produk yang dihasilkan berkualiti dan unik 🙂
Saya juga setuju.Satu strategi perniagaan yang amat menguntungkan.
Peniaga menciptakan sendiri ”trend” supaya pembeli akan mengikuti atau membeli produk yang seterusnya :). Di sini, pendapatan akan menjadi berganda-ganda.
Ini adalah salah satu contoh strategi perniagaan dan pemasaran yang menggunakan Ibu bapa Penjaga sebagai umpan untuk memancing anak-anak…
Hmmm…masalahnya bukan bebudak sahaja yang minat jadi collectors sekarang ni..?
Orang dewasa pun ramai jugak…!
Ya, strategi mengumpan minat untuk memancing wang peminat..he..he..he..
Opps..! Saya pun sedang menyediakan koleksi ebook dan Buku tulisan saya sama ada PERCUMA mahu pun BERBAYAR untuk semua…
Kalau nak yang PERCUMA tu..bolehlah jenguk dan intai-intai di blog saya..
Salam kekayaan,
THINKERICH
Salam ceria sihat, kaya, bahagia,
Tq Irfan, apa kata kalau usahawan yg TERNAMA mencipta ‘trend’ BERKONGSI KEUNTUNGAN dgn pelanggan (win-win)?….
Sangat setuju…Tapi susah pun sangat2 jugak! Susahnya adalah dari segi siri itu sendiri, promosi, promosi, promosi. Dlm kes saya sendiri brand & website saya pun belum dikenali ramai, ni sedang giat nak promo tapi once brand saya dikenali of coz mesti ikut step Ik …. SIRI kan produk perniagaan.
Betul tu IK. Satu cara yg sgt praktikal dlm perniagaan. Company2 dr US sgt bijak dlm kaedah mcm ni..Pendapatan diorang pun mmg lumayan sebab satu dunia menggilai produk2 mcm tu
Menyediakan siri untuk produk adalah satu strategi bisnes. jangan tangguh untuk melipatgandakan jualan anda! 🙂
http://h2jbiz.com
Akak menantikan buku Nota Jutawan : Nota Kewangan tu.. Agaknya bila akan ada dalam pasaran?
Web Design Kos Murah!
Hmm.. SUSAH memang susah, tetapi ada baiknya jika kita tak jadikannya sebagai penghalang dan alasan untuk menjejaki kejayaan…
Sekiranya kita fikir SUSAH ianya mempengaruhi EMOSI dan Tindakan kita..Fikirkan BOLEH!
Semoga berjaya mengikuti jejak IK :)!
Salam semua,
kadangkala,tanpa produk sendiri pun masih boleh buat untung.Contoh macam McDonalds.Company nie akan selalu jual produk sampingan seperti toys yang digilai ramai.Masa dulu yg saya ingat toys “hello kitty”.Sampai sanggup orang ramai beratur panjang utk.beli dan ada yg sanggup menjelajah ke seluruh rangkaian restoran semata-mata nak cukupkan collection.Di samping jual toys McD pun dapat jugak jual produk sendiri.So,ini lagi untung.
Hanya pendapat saja.
Ya.Strategi ini saya sedang lakukan.Vcd membaiki h/p versi 1 telah terjual ribuan unit.Sekarang Vcd versi 2 akan dilancarkan insyallah pada 28/6 ni akan diiklankan di akhbar kosmo(full page).Isyallah lebih padat dan boom.tq ik
Saya juga setuju dengan idea siri IK tuh. Lebih2 lagi sekiranya produk kita tuh berkualiti dan memberi manfaat kepada semua. Ini menjadikan penggemar produk kita ternanti-nantikan akan produk kita yang akan datang, dan segera mendapatkannya bila ianya dilancarkan. Idea-idea & Cara promosi jenama terkenal & bersiri seperti Transformer, Harry Porter, dll tuh memang leh dipraktikkan untuk memasarkan bisnes kita pula. Tak gitu IK?
Yap. Isu ini ada disentuh dalam buku Azizi Ali.
Sebab itu, seperti yang Irfan ada cakap pada gathering WC yang lalu, pembinaan siri ini adalah penting dan berkesan untuk terus dan terus mendapat sale.
Thanks, Irfan. 😀
– Usahawanita Internet, IM Zainun.
mmg kepala otak diorang ni kreatif…blh jana duit hasil kekereatifan diorang…
dl sy pnh beli ebooks…tapi die menipu..
ade satu cerita yang tgh tayang kat tv3 sekarang, mungkin sekarang dah season 8 kot..saye ade kesemua 7 season cerita ni but sy juz download dari internet..boleh ke saye jadikan cerita ni product saye?tak kene saman dengan marvel ker nnt?