Cuba kita jujur dengan diri kita. Di mana keadaan kita ketika ini? Ianya adalah salah kita.
Sekiranya kita tidak berpuas hati dengan kerja kita, ianya salah kita. Sekiranya kita tidak berpuas hati dengan kewangan kita, ianya salah kita. Sekiranya kita tidak berpuas hati dengan hidup kita, ianya salah kita. Sekiranya kita tidak berpuas hati dengan perniagaan kita, tentunya ianya salah kita.
Dalam apa sahaja yang terjadi, jawapannya tetap satu- di mana sahaja kita berada ketika ini, ianya salah kita.
Sekiranya keadaan kewangan kita teruk, ertinya kita yang teruk dalam mengurus kewangan. Sekiranya pendapatan kita teruk, ertinya ilmu, skill dan kebolehan kita adalah teruk. Sekiranya perniagaan kita kini teruk, ertinya kita seorang usahawan yang teruk.
Pahit, tetapi benar. Lain kali kita menghadapi apa sahaja masalah, siapa yang kita harus persalahkan? Orangnya ada di depan kita apabila melihat cermin.
*extract daripada artikel saya akan datang majalah MASKULIN 🙂 Dapatkan majalah MASKULIN & SOLUSI di pasaran setiap bulan untuk kolum tulisan saya…
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
emmm…first time leave comment kat sini. slalunye cuma bace je. and first time sy kurang bersetuju ngan post kali ni. bg sy, hidup ni macam try and error. Ada ketikanye kegagalan kite disebabkan oleh salah kite, ade jugak disebabkan oleh fakor lain. so, kalau kita gagal, kadang-kadang ia bukanlah salah kite 100%. pernahkah anda mendengar cerita seseorang berusaha sekuat mungkin sepanjang hidupnye tapi masih gagal mencapai impiannya. tu nak salahkan sape tuh? realiti hidup – tak sume orang yang bekerja keras sepanjang hidupnye akan mencapai kejayaan yang luar biasa….seperti IK misalnye! renung dan fikirkan!
Assalamualaikum.. walaupun pahit. tpi harus di telan. Mmg payah nak jumpe org ngaku diri bersalah krne ianya pahit..tpi kdg2 klo setiap perkara klo kite salahkan diri sendiri pada pendapat saya org disekeliling akan semakin menyayangi dan menghargai kite. Sbb kite tdk bongkak dan kita berani untuk menelan kepahitan..
Any wrong is from us!! And that all.. kita adalah manusia dan Allah mencipta manusia semolek-moleknye..Tpi manusia akan tetap wat salah..
Woaa!! Saya sgt setuju dgn tip kali ni.. Maknanya kita ada full responsibility pada halatuju hidup kita, then kita tak tuding jari pada orang lain,pada persekitaran,pada masalah dunia,pada cuaca dll.. Maknanya kita mesti mampu menguasai persekitaran, bukan persekitaran menguasai diri kita..
Saya setuju dgn IK.Memang betul sgt.Kita perlu ubah diri kite dulu then baru cari kat mana silap selain diri kita.Kita yg set up ape matlamat kite.Cth dlm bisness;kite kerja kuat pasti dapat hasil yg lg lebat.Kite kerja malas pasti hasilnya ciput.Sy sendiri terasa apa yg IK cuba sampaikan.Sedetik terpikir sebenarnya semua bergantung dan berbalik pada sikap kita.Apa matlamat kite??Susah atau senang.Sendiri usaha sendiri rasa.Kalau org mkn gaji xyah cite sbb ujung bulan dpt gaji.Kalau malas pun mungkin kene sound ngan bos lah.hehe.
Tetapkan matlamat anda,buat jalan sepatutnya dan usaha kearah itu.Insyaallah pasti satu hari anda akan temuinya!
Salah siapa?
Jika di sekolah cikgu akan tanya siapa punya keje ni?
Murid jawab bukan salah saya cikgu..
Cikgu kata jika siapa tak mengaku, cikgu denda kamu kat luar tu, biar kena panas terik..
Tu cerita dulu..
Salah siapa?
Zaman sekarang ni, ada juga yg ibu bapanya control suruh anak kerja mengikut kehendak mereka..Si anak mempunyai cita-cita sendiri..nak salahkan siapa?
Ada bagusnya juga ibu bapa begitu, tapi kena berunding secara bersama..jangan pula si anak menderita sepanjang hayat semata-mata untuk mengembirakan keluarga 🙂
salam IK,
kalau kita salahkan diri kita,bukankah kita berasa makin tak terdaya?
Salam IK,
Setuju salah diri sendiri 😉
Blame myself???
Salah aku ke ni???
Memang aku bersalah, sbb blm buat keputusan nak wat bisne online ape selepas attend workshop Ik 2nd May ari tu….
Tgh blurrrrrrr ni, tak abis wat research lg…..
Aku yang bersalah…….:(
Salam,
Tip ni boleh dikategorikan sebagai tip yang “hangat” dan pedas untuk diperbincangkan. Secara logiknya setiap kegagalan tidak semestinya 100% kesilapan diri sendiri (seperti komen Nenek) tapi kalau diperhatikan dari perspektif yang lain, pada pandangan saya melalui pengalaman, cuma 10% sahaja disebabkan takdir tapi baki 90% masih ditentukan oleh diri sendiri. Sebagai contoh, keadaan ekonomi yang tenat skg ni, memanglan bukan salah diri sendiri tapi kalau tiada tindakan diambil untuk mengurangkan ataupun mengatasi kesan kemelesetan ekonomi ini, siapa yang sepatutnya disalahkan?
Setuju dengan IK.
Kesedaran bahawa diri kita mempunyai
100% tanggungjawab terhadap keadaan
kita sekarang adalah point IK.
5% orang berjaya di dunia ini sentiasa
mencari salah diri dan memperbaiki kelemahan
mereka untuk mencapai matlamat mereka.
Orang dah berusaha tetapi gagal sebenarnya
tidak gagal selagi dia masih terbuka
untuk mencapai matlamatnya dengan mencuba
strategi lain. (bukan menyalahkan nasib).
Hazwan
Put the blame on me.
Kalau kita nak mulakan bisnes, kita yang menentukan YA atau TIDAK.
Jangan salahkan orang lain kalau kita tidak pernah membuat perubahan.
Just Do It!
Memang betul ape jua yang berlaku dalam hidup kita adalah pilihan kita dan usaha kita. So kalo ada yang tak puas hati dengan kualiti hidup kita sendiri mmg salah kita, bukan salah orang sekeliling kita. Kalau kita dh berusaha bersungguh2 dan berdoa, insyaAllah Allah akan tolong kita mencapai impian kita. Jika Allah tak makbulkan juga, mungkin ada salah kita di mana2. Cari dan muhasabahlah diri.
Kdg2 manusia agak melenting untuk mengaku salah.. biase la tu.. normal.. setiap org lain pndapatnye dan setiap pndapat pemahaman berbeza2.. ape2 pun, post kali ni agak hangat.. 😉
satu ulasan yg memberi satu impact yg mendalam bg saya.thanks sifu irfan.saya akan praktik kan apa yg sifu irfan beri….:-)
Orang berjaya menujukkan hasil.Orang gagal memberikan alasan.Tuhan maha adil,Insan OKU pun boleh jadi jutawan kerna kegigihan,kesabaran serta ketahan + kreativiti.Bagi insan normal apa alasan anda?.My prinsip tujunkan@hasilkan apa yang saya boleh buat bukan cakap papa yang saya mampu buat.Ok tahnk.
Kali ni lambat la beri respon line celcom teruk la.
Salam.
Kita just boleh tarik kuda sampai ke sungai. Tapi kuda tu jek yg boleh decide..nak minum air sungai tu ke or tak nak minum.
Semuanya depend on kuda, diri kuda tu sendiri.
sama lah jugak mcm kita.org lain boleh bantu sampai yg terdaya, tapi last sekali, semua terpulang kat kita. diri sendiri yg putuskan.
ps : tapi kalau kita biarkan kuda tu 4,5 hari kat tengah panas terik tanpa kasi makan or minum. agak2 kuda tu minum ke tak kalau kita bawak dia ke tepi sungai?
regards.
Salam,
Saya suka salahkan diri sendiri terlebih dulu. Cari kesalahan dan kelemahan saya, dan apa tindakan seterusnya.
Cuma kadang-kadang punca kesalahan datang daripada orang lain. Tetapi sebagai seorang pemimpin sebuah perniagaan, salahkan diri sendiri dahulu sebelum salahkan orang lain.
saya setuju dengan IK yang mostly memang salah kita….tapi IK…kita ni manusia kan takdir kita sebenarnya ada yang telah di tentukan oleh Allah..dan pernahkah IK tahu yang ada satu penyakit yang dinamakan depression?..adakah pesakit depression ni harus dipersasalahkan kerana sakit??..penyakit ini menyebabkan seseorang itu kurang bermotivasi dalam hidup dan penyebabnya masih belum diketahui…salahkan kerana dia ada penyakit ni?…kalau IK nak tau ape penyakit depression ni,IK boleh tanya saya sbb saya ni medical student..dan dah pass matapelajaran tu…:)
Salam….
Setuju! apa yg berlaku ke atas kita …mmgnya dtg dari diri kita sendiri.
Klu kita sentiasa Positif…
Kita x kan nmpk benda2 yg negatif
Sbab itu kita kena ambik ilmu… mengenal siapa diri kita sebenar. Benar2 Kenali diri kita dulu…
apa kehebatan kita…
apa kekurangan kita…..
apa kelebihan kita…..
apa warna kita…. barulah kita boleh pergi jauh.
IK…U adalah modal insan kelas pertama.
IKHLAS…..
Satu2 nya Allah turunkan didunia ini.
Sebarkanlah ilmu selagi hayat masih ada.
Gunakanlah Kelebihan ciptaan Allah…
Teruskan tips2 power utk kami ikut jejak IK.
Betul tu.. Jangan menyalahkan orang lain..
ilmu pengurusan kewangan amat penting sekali
kalau bicara dalam konteks yang lebih kecil, saya setuju juga kalau dikatakan salah kita. Tapi kalau dibawa ke konteks yang lebih besar, saya tidak setuju.
selepas dibaca betul-betul artikel ni, saya setuju dengan IK, especially part kalau kita tak puas hati dengan kerja kita, nak salahkan sapa lagi?
ah, 5 titis peluh mengalir memikirkan hal ni.
Doa
Usaha
Ikhtiar
Tawakal
Yakin je dgn Qada & Qadar Ilahi, klau apa yg kta usahakn 2 blum m’jdi.. jgn slahkn org lain.. blajar knal klemahan dr sndri, tmbah ilmu & usaha lg…
Salam semoa..,
Tull tu IK kata..tapi maksud IK bukan semua tuu salah kita…cuma jgn memening dan membuang masa menyalahkan org lain ..walaupun org tu salahsatu dari faktor kegagalan kita..kan..kan.. IK