Logo perniagaan anda… ada ke takde?

Saya sudah menulis blog ini sejak 2006, tapi entah kenapa, for the past 3 years, saya pernah menulis kepentingan mempunyai logo perniagaan hanya sekali sahaja- tu pun tahun 2006! Macam mana lah boleh terlepas pandang…

logos1.gifMungkin juga, kerana memiliki logo untuk sesebuah perniagaan adalah asas membina jenama perniagaan, disebabkan topik yang terlalu asas, saya pun terlepas pandang. Yang bahayanya, disebabkan ianya asas perniagaan juga, banyak perniagaan, terutamanya perniagaan kecil-kecilan mengabaikannya dan tidak mempunyai logo!

Sekiranya anda mempunyai perniagaan kecil-kecilan… adakah anda mempunyai logo? Sekiranya tidak maka, jenama anda tidak akan berkembang.

Logo adalah penting kerana ianya adalah antara “first contact” prospek dengan perniagaan anda. Logo seringkali berbentuk “imej” atau “gambaran”, membolehkan perniagaan anda mudah diingati pelanggan- berbanding dengan perniagaan yang tidak mempunyai logo.

Cuba fikirkan… ada tak perniagaan yang berkembang maju, tanpa mempunyai logo? … tiada bukan?

So, soalan utama…

ADAKAH PERNIAGAAN ANDA MEMPUNYAI LOGO?

ps: pasti anda perasan RahsiaInternet.com & Tip Satu Minit ni pun mempunyai logo!

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

26 thoughts on “Logo perniagaan anda… ada ke takde?

  1. logo?ini memerlukan kreativiti.susah juga nak cipta logo ni.nak bagi simple tapi penuh ngan mesej yang memberi identiti kpd perniaggaan kita.Kalau ada logo mesti kene ada motto pulak betul tak ik.baru ada trade mark.

  2. Akak jawab; takde..

    Benarkah begini bagi perniagaan internet; kenalpasti jenis perniagaan+produk, dapatkan nama perniagaan, kemudian diikuti dgn logo+warna+slogan perniagaan, website+blog+menjual dan promosi,promosi,promosi….

    Melalui logo, orangramai boleh kenal dan tahu apakah perniagaan kita dan siapa disebalik perniagaan itu.

    Pengalaman dari rakan; bila kanak-kanak lihat logo taska dia, kanak-kanak tu minta ibu/bapanya bawa dia ke taska kawan akak tu(mcm logo KFC/McD)… So, betul kan Irfan ada bagitau ni. Kalau letak gambar, dengan senyuman. 🙂

  3. IK,

    Nak tanya sikit…ada tak perisian yang paling mudah untuk buat logo bagi orang biasa yang tak pandai melukis atau mereka

    Kalau ada jenis yang pasang, edit sikit2 je… terus siap.

    Harap dapat bantu. TQ

  4. Formula Luar Biasa – Biasa orang guna Photoshop je.. lagi pun dengan PS anda dapat buat banyak perkara…

    Ada juga perisian percuma.. tapi selalunya perisian percuma ini tiada lagi kedah tutorial untuk menggunakannya…

    Cuba taipkan ‘perisian grafik percuma’ kat search engine.. mungkin ia dapat membantu… 🙂

  5. Logo tu ada, simple je.. Tapi bila orang tanya apa maksud kaler, bentuk dan macam2 lagi, saya hanya tersenyum sebab waktu buat logo tu memang tak pikir sangat bab2 tu. Asal ada cukupla..

    Lepas baca post ni, nampaknya kena review balik logo kitorang, biar lebih bermakna dan mudah di ingat.

    Thanks IK

  6. Logo dah ada, guna Microsoft Excel jerrr…hehehe!
    Irfan, bleh bagitau tak cmaner nak daftar LOGO kita? Bukannya apa, nak jaga hakcipta je…kan? 🙂

  7. logo..bagus gak ada logo ni..at least orang dpt kenal anda..salah satu cara promosi kalau yg takde idea utk buat logo cuba buat pertandingan cipta logo kat blog masing-masing mana..sambil promosi blog..sambil cari idea buat logo….

  8. salam ik,
    saya suka suka post ik kali ni,
    tp
    maaf izinkan saya lari sikit dari topik…
    saya nak komen sikit mngenai gambar dalam post kali ini..
    salah satunya logo syarikat yang amat sensitif bagi umat islam.. (sponsor liverpool fc)
    bukankah secara tidak langsung ik telah promosikan syarikat tersebut.
    dan perkara tersebut amat dilarang dalam ajaran kita sendiri. harap ditukar gambar tu boleh..
    terima kasih ik!!!!!!!!!!

  9. nature, tq atas teguran. ada gak yang perasan 🙂

    actually ada lagi logo kat atas nun yang sensitif bagi umat Islam (bukan setakat Carlsberg shj)… cuba tengok betul2.

    Ada pengajarannya bagi sesiapa yang boleh nampak…

    insyaallah esok lusa saya ceritakan…

    -ik

  10. playboy, coca-cola(pembalikan dekat cermin jadi bahasa arab, saya lupa maknanya) itu pun sensitif untuk umat islam juga macam logo f&n dulu yg ada lambang allah.

  11. Salam Semua…
    Bagi saya logo nie amat penting bila kita ade bisnes sendiri sebab itu adelah identiti bisnes kita. ” Think Simple” So design logo nie kena simple but nice…sekali pandang pun orang dah ingat betull tak? Skim Color pulak dlm 2 ataupun 3 jenis color pun dah cukup. Software lak yg terbaik utk create logo Adobe AI & Corel Draw….So fikir2 kan & selamat mencuba!

  12. assalam….
    saya cuma nak cari orang pandai buat logo…logo balo sepak…bantuk bulat dan tgh dia w lepas tu …buatlah yang cantik…saya nak cari satu orang pun tak ade..ok kalau dah siap hantar kat email

  13. Assalamualaikum…
    Saya adalah seorang perekabentuk grafik yang banyak menghasilkan design2 untuk logo syarikat dan komuniti, biasanya penghasilan logo ini amat halus pembuatannya, ia melambangkan tentang apa sumber yang kita selitkan padanya, selalunya penghasilan logo ini gunakan warna asas yang diambil dari warna korporat yang digunakan, tiap2 warna, vector, ada maksudnya yang tersendiri. Ia tidak sama seperti sebuah gambar, selalunya penghasilan untuk logo2 ini menggunakan perisian Adobe Illustrator atau Coral Draw, ia mungkin memerlukan kemahiran melukis dan menggunakan teknik teknik khas dalam perisian tersebut bagi menghasilkan sebuah ventor atau imej yang ingin digunapakai.Keaslian juga perlu, ini adalah kerana apabila kita mengambil sesuatu imej atau vector yang sedia ada (contohnya didalam Internet), mungkin juga akan bermasaalah jika ianya telah dilindungi copyright.

Leave a Reply

Your email address will not be published.