Semua comment semalam amat tepat sekali! Faktor ilmu, pengalaman, contacts, memang memainkan peranan penting dalam kejayaan perniagaan. Tetapi, jangan lupa, dalam masa 2-3 tahun pun anda boleh melipatkali gandakan ilmu, pengalaman dan contacts. Tidak perlu tunggu 20-30 tahun.
Sebenarnya cepat atau lambat mencapai kejayaan itu memang tiada kena mengena dengan umur. Tetapi, bergantung kepada bila anda mulakan matlamat anda untuk mencapai kejayaan dan berusaha kearahnya. Mengapa yang berjaya kebanyakan 40-an, 50-an dan 60-an?
Ia adalah kerana golongan ini lambat dalam menetapkan matlamat mereka. Sekiranya lewat menetapkan matlamat, maka, lewatlah jadinya mencapai matlamat.
Bagi saya, mungkin anda pernah terbaca, saya menetapkan matlamat untuk berjaya (capai jutawan) pada umur 18 tahun, dan berusaha keras untuk mencapai matlamat itu. Capai matlamat – 25 tahun.
Arnold Susahnakeja (Terminator), menjadi Mr Olympia pada umur 22 tahun. Cita-citanya tercapai. Agaknya bila beliau menetapkan matlamat? pada umur 16 tahun!
Colenel Saunders (KFC) mencapai cita-citanya pada umur 72 tahun! Agaknya bila beliau menetapkan matlamat? pada umur 65 tahun!
Kesimpulannya, sekiranya awal anda menetapkan matlamat anda dan berusaha, maka awal anda akan mencapai matlamat tersebut. Sekiranya lewat anda menetapkan matlamat, dan lewat berusaha, maka, lewat lah kejayaan akan berpihak kepada anda.
Secara purata, ia mengambil masa 7 tahun untuk mencapai sesuatu matlamat yang dikatakan berbaloi. Rujuk kepada comment2 semalam untuk banyak point-point yang menarik serta pesanan2 motivasi. Dala mmasa 7 tahun itu, gandakan ilmu anda, gandakan pengalaman anda dan gandakan contacts anda.
Paksa diri anda untuk tetapkan matlamat hari ini dan mula mengejar matlamat tersebut. Sekiranya anda tunggu lagi, maka, makin lewatlah anda akan mencapai kejayaan.
Matlamat + Usaha yang keras + Doa = Kecemerlangan
ps: Saya dalam perancangan menjalankan program motivasi 2 hari untuk remaja-remaja (program cuti sekolah) untuk membuka mata remaja bahawa kejayaan boleh dicapai tidak kira peringkat umur dan strategi untuk mencapai apa sahaja matlamat yang ditetapkan. Abang-abang dan kakak-kakak yang ada anak remaja, cuti sekolah bulan hadapan, boleh sertai program tersebut! (program untuk anak-anak… bukan ibubapa!) 🙂
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Kita perlu tetapkan matlamat dari sekarang, jangan bertangguh lagi, yang dah tetapkan matlmat, teruskan usaha mencapai matlamat itu, yang dah capai matlamat, gandakan matlamat fasa ke 2 anda dan fasa-fasa seterusnya, oleh sebab itu, jangan tangguhkan pekerjaan hari ini(menetapkan matlamat) kepada hari esok, kerana sesungguhnya hari esok itu tiada bagimu…
Saya tertarik dengan kenyataan “7 tahun untuk mencapai sesuatu matlamat yang dikatakan berbaloi”.
Saya dari dunia penerbitan dan percetakan. Berdasarkan pengamatan saya, sesebuah syarikat percetakan akan berjaya dan stabil dalam tempoh 5-10 tahun. Jadi saya tetapkan matlamat dan fokus.
Benar! Saya memulakan perniagaan sendiri bermodalkan RM2000.00 di rumah selepas 4 tahun bekerja dgn sykt penerbitan. Dari tahun ke tahun saya mencapai kejayaan berperingkat. Dan setiap masa kita tingkatkan ilmu, komitmen, contact dan terus fokus.
Alhamdulillah, pada tahun kelima, saya kini memiliki premis pejabat dan mesin cetak sendiri. Walaupun belum cukup besar, tapi saya sudah mencapai kejayaan berperingkat. Saya ada 3 tahun lagi untuk mencapai impian dan yakinlah tentang kuasa menetapkan matlamat.
Matlamat + Usaha yang keras + Doa = Kecemerlangan
Kejayaan bukanlah mudah dan singkat tetapi BOLEH dicapai.
Salam Kejayaan
Matlamat + Usaha yang keras + Doa = Kecemerlangan
Pegangan seperti ini sudah banyak diajar kepada remaja yang bersekolah.
Untuk lulus peperiksaan dengan cemerlang, seseorang mestilah bermatlamat kemudian usaha dengan gigih seterusnya berdoa.
Cuba kita buang satu perkara dari 3 tadi, semestinya nampak seperti tidak lengkap bukan?
Tanpa matlamat kita hanya bekerja keras dan berdoa, semestinya kita tidak tahu hasilnya. Lain yang diusaha lain pula yang terjadi. Kerana kita tidak meletakkan matlamat.
Cuba kita tinggalkan pula usaha keras. Anda bermatlamat dan berdoa tetapi tidak berusaha gigih. Anda hendak jadik kaya pada umur 30tahun (itu adalah matlamat anda) tetapi anda tidak berusaha gigih. Apa yang anda buat hanyalah berdoa..
Dan cuba kita buang pula sikap memohon doa. Anda bermatlamat dan berusaha gigih dan ingin mengecapi kekayaan dalam usia 30 tahun. Tanpa doa mungkin anda boleh berjaya juga… tetapi jika anda sentiasa berdoa, mungkin dengan izinNya anda tidak perlu menunggu lama untuk mengecapi kejayaan, malah mungkin lebih awal dari itu.
Itu pendapat saya tentang matlamat + usaha keras + doa = cemerlang 😉
Panduan ini banyak membantu saya yang masih baru dalam dunia bisnes ini.
Matlamat+Usaha Kuat+Doa=Jutawan muda 😛
Saya teruja memebaca tip hari ni. Sebabnya saya target nak jadi jutawan pada umur 36 tahun. Tapi sekarang dah masuk 40. Suku juta tu ada la..Bila target tak dicapai, komitmenn nak ke arah obejktif tu semakin kurang. Kadang – kadang kata diri sendiri (konon nak pujuk diri ), mungkin kita spesis yang kurang mandat atau kurang ilmu serta kurang contacts. Mungkin boleh elaborate contacts yang berkualiti dan di aman kita boleh bertemu.
Penetapan matlamat penting.Selain itu cara untuk mencapai juga penting.
Ya, matlamat yang ditarget 10 tahun adalah matlamat jangka panjang. Namun percayalah jika kita berusaha keras ianya akan dapat dicapai dalam masa 7 tahun atau lebih singkat lagi..
Melaksanakan sesuatu matlamat adalah tidak semudah penetapan matlamat. Saya rasa kebanyakan orang telah menetapkan matlamat masing2 baik matlamat jangka pendek atau panjang. Saya percaya Malin Kundang pun telah menetapkan matlamat pada usia 36 tahun..
Cuma sepanjang kita meneruskan matlamat kita, banyak masalah atau halangan yang sentiasa berlaku. Kalau siapa dah berfamili mungkin lebih faham apa yang saya cuba maksudkan. Dengan keperluan lain yang wujud dan tanggungjawab, agak sukar untuk kita mengikut laluan menuju matlamat kita. Seringkali tersasar dari jalan yang kita rancangkan.
Bagi saya kebijaksanaan lah yang menentukan matlamat tersebut bole dicapai atau tidak. Memang tiada siapa yang cakp nak capai matlamat tu tidak berliku atau straight-forward. Dalam perniagaan sendiri adanya bengkang-bengkoknya. Pandai2 lah membawa diri. Tersasar sedikit tidak apa. Cuma remedial action tu mesti ada..
Jangan lupa tawakal.
Disini fomula kejayaan irfan adalah Matlamat + Usaha yang keras + Doa = Kecemerlangan, irfan telah high-lightkan pada ‘usaha yang keras’.Inilah sebenarnya perkataan hikmat dalam fomula kejayaan.Saya percaya dalam setiap orang disini ada matlamat dan selalu berdoa kearahnya tetapi yang membezakan kita disini adalah usaha yang keras.betul tak? saya sendiri pun ada matlamat sendiri dan selalu berdoa agar matlamat saya berjaya tetapi dari segi berusaha saya kurang sebab itu la kecemerlangan belum lagi saya capai.saya sedar perkara tersebut dan akan melipatgandakan lagi usaha saya.
Helo semua.., I pun setuju jugak ngan komen kat atas tu. Matlamat yg kita sasarkan untuk berjaya dalam usia muda mendorong kita untuk bekerja lebih keras. Mudah – mudahan I dapat mencapai matlamat seperti ngkorang semua yang dah berjaya. Terima Kasih.
Terima Kasih!
Sebuah FORMULA yang hebat. Ramai yang sudah tahu, tetapi proses mengigatkan kembali itulah yang paling memberi kesan yang baik.
Manusia mudah lupa. Terima Kasih Irfan kerana mengingatkan kembali kami tentang penetapan matlamat.
Malah, penetapan matlamat itu perlu sentiasa dikemaskini dan sentiasa diterapkan atau sentiasa disebut-sebut selalu pada diri sendiri 😉 Semoga Semua Berjaya!
Assalamualaikum.wbt.
Saya menetapkan matlamat sekurang-kurangnya 6 atau 7 tahun dari sekarang saya boleh resign jawatan tetap saya sekarang iaitu setelah saya mampu berdiri sebagai seorang usahawan.
Saya berpendapat jawatan saya sekarang tidak mampu menjadikan saya seorang jutawan tetapi saya ambil idea darinya untuk saya mereka bentuk perniagaan saya.Insyaallah doakan saya ya..
sebagai seorang wanita yang punyai anak-anak kecil tentunya kita terfikir sampai bila kita mahu membiarkan anak-anak kita di bawah jagaan pengasuh atau pembantu rumah?
kalau kita bekerja dari rumah senang kita tengok sendiri perkembangan anak-anak kita kan.Mahu jugak kita menyusukan anak-anak kita secara ekslusif tanpa perlu beli susu lembu betul tak!
Mahu jugak kita sendiri yang beri pendidikan agama ngan anak-anak.Jangan anak-anak kita nak sebut syahadah pun tah tahu, mahu dirikan solat pun tak tahu dan lebih parah lagi pengaruh tak baik yg terlebih dahulu masuk dalam diri mereka.Nauzubillah
So, dengan zaman yang begitu laju berubah sekarang ni tambah pula dengan macam-macam pengaruh yang terduga oleh kita yg akan mengganggu anak-anak kita sesamalah puan-puan dan tuan-tuan renungkan.Relakah anak-anak kita menjadi mangsa.
Syukran tips yang bermakna hari ni.
Wassalamualaikum.
â€Kejayaan orang adalah
juga kejayaan kita, jika
kita mahu berfikir..â€.
“Adakah kita akan hanya
duduk menunggu keadaan
berubah atau kita mesti
bangun untuk mengubah
keadaan?
— Colonel Sander(KFC)
Menarik artikel Irfan hari ni. Lambar bermula lambat la sampai.
A’kum dan rakan2 🙂
Tentu selalu dengar nasyid Raihan, ingat 5 perkara sebelum 5 perkara..lirik tu adaptasi daripada hadis Rasulullah s.a.w
So, saya rasa mencari kejayaan di usia muda sangatlah secocok benor dengan intisari hadis.
Janganlah masa muda utk enjoy je, melepak, beli motor besar, tukar aksesori yg tak berfaedah dll…sedangkan bangsa asing yg rajin berniaga tu lepas SPM ada yang dah buka kyros sendiri di Supermarket..anak muda Islam yang 30 tahun masih melepak di supermarket
moga2 generasi pemuda Islam masa kini pantas ambil peluang sementara negara masih aman…Takziah buat mangsa Tsunami Jawa dan doa keselamatan daripada ancaman buat umat Islam di timur Tengah
penetapan matlamat:
masukkan adik2 ke u dah,
berkahwin dah [nak anak 4 dah, hehe],
beli rumah dah.
sambung belajar BELUM
bisnes sendiri SEDANG BERJALAN
pegi haji BELUM
saya ada senarai matlamat yg saya tulis dlm satu buku khas yg saya tulis dari saya berumur 24 tahun. saya bahagikan matlamat mengikut jangkaan yg saya tetapkan. ini saya belajar dari program motivasi semasa di mrsm dulu. berjaya untuk mengingatkan matlamat saya ketika saya belajar dulu. cubalah…
setakat ini jika saya rasa sukar untuk meneruskan matlamat saya, saya akan buka buku tersebut dan membaca kejayaan dan kegagalan matlamat sebelumnya. tetapi biasanya saya suka baca buku motivasi untuk menaikkan semangat saya semula. ruangan tip satu minit inipun banyak membuatkan saya menilai semula matlamat saya. terima kasih everybody.
impian saya??????? saudara irfan berjaya menambahbaikan matlamat saya iaitu menjadi jutawan. bila difikirkan betul juga. dgn berusaha keras dan berdoa untuk menjadi jutawan, saya boleh maju dlm perniagaan dan dpt membeli seberapa byk produk buatan ibu2 tunggal yg lain dan saudara2 saya yg susah untuk dipasarkan. secara tak langsung dapat membantu mereka.
dah lama idea ini disimpan. ini krn pengalaman saya membesarkan anak2 sendirian berjauhan dari suami dan pada masa yg sama menyekolahkan adik2 menyedarkan saya. hidup kita mesti punya matlamat dan hidup kita bukan hanya memikirkan diri sendiri shj. [falsafah la plak.]
**oitt karisma, see you at the top. semoga usaha kita berjaya agar anak2 kita boleh membesar dihadapan kita dan bukan di tangan pengasuh.
Saya setuju. Tapi nak tambah sedikit redha segala yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Tidak semestinya gagal sekali, gagal selamanya. Insyaallah, boleh berjaya.
Artikel yang bagus, kalao start sekarang, kebarangkalian untuk berjaya adalah lebih besar jika dibandingkan kalao start pada usia 30. Terima kasih banyak banyak
“..mungkin kita spesis yang kurang mandat atau kurang ilmu serta kurang contacts.” – Malin Kundang.
Ingin tips dari Irfan. Bagaimana nak dapat atau cari çontacts’. Pasti ada yang kata, mesti yakin dengan diri sediri…harap ada lagi petua-petua yang lain. Memandangkan saya agak pemalu, pendiam dan segan dengan lawan sejenis, mungkin sukar nak dapatkan contacts. Mungkin ada tips yang dapat membantu?
Assamualaikum…
Betul apa yang diperkatakan..semuanya berpangkalkan pada keyakinan diri..selain itu, keberkatan dari Allah juga penting….kalau berjaya tetapi tak ada keberkatan..tak guna jaga..anggap semua yang kita lakukan adalah kerana Allah…
Salam sekali lagi…
Karisma, Dena, bestla. Menjadi ibu yang berbisnis internet sambil menjaga anak sendiri.
Saya pun baru bermula bisnis internet, dan sekarang ni baru anak seorang. Kalau boleh, nak target macam Irfan. Bukan sahaja ibu, bapa pun ada masa untuk luangkan bersama-sama anak, mendidik anak. Ini matlamat saya 😉
Semoga Yang Lain Juga Berjaya! 😉
MATLAMAT!Tanya diri sendiri , contohnya apa yg ingin dicapai 5 tahun dari sekarang. Fikirkan dan tulislah mungkin sebanyak 20 perkara yg anda ingin capai dalam hidup ini.
Orang yg berjaya tahu apa yg mereka mahukan dan mereka berkerja keras secara consistent menuju kearah matlamat mereka. Mereka begitu specific dan committed dengan matlamat mereka dan mengambil tindakan segera apabila opportunity berada didepan mata.
Disamping berusaha mencari kejayaan dan kebahagian di dunia , jgn sekali kali lupa berdoa supaya mendapat rezeki yg luas, halal dan berkat dari Allah.
Saya ada 1 kisah.. seorang pakcik nie berniaga laksa agak lama di gerai tepi jalan..
Tiba2 dia mendapat idea utk cari side income, di samping menjual laksa, dia turut menjadi dealer 2nd hand car..
Siangnya kereta2 akan ditinggalkan berdekatan kedainya, malamnya tuan asal akan membawa balik kereta itu sehinggalah bertemu pembeli baru..
Yang ditulis cuma ‘UNTUK DIJUAL RMX,XXX-XX’
tanpa contact no., jadi bakal pembeli akan bertanya pd tuan kedai itu..
Maka disitulah terciptanya komisyen untuknya
shg simpanan hasil ‘side income’ mencecah ratus ribuan ringgit..
Dia tak perlu tutup kedai laksanya kerana itulah modal sebenarnya.. lokasi dan teknik..
Rakan-rakan, baik kiranya anda tambah sedikit matlamat anda untuk jadi jutawan dalam usia muda kepada YAALLAH JADIKAN KAMI USAHAWAN YANG BENAR-BENAR BERIMAN, YANG BENAR-BENAR JUTAWAN, YANG BENAR-BENAR DERMAWAN SEBELUM TAHUN —–… renungkan
Tiada “short-cut” nak berjaya…semua tu amik masa untuk gandakan ilmu dan kemahiran-kemahiran…Thanks
saya juga punyai impian untuk menjadi jutawan.saya ingin berjaya dalam dunia perniagaan makanan. Terima kasih Irfan di atas segala kata-kata nasihat. Sekarang saya berazam untuk menetapkan matlamat dan berusaha keras ke arah itu.Semoga saya berjaya.Doakan saya wahai kawan-kawan semua
Bravo to Karisma, Dena!
Satu saja pesan saya, bila diberi rezeki oleh Allah, maka salurkanlah semula ke jalan Allah juga.
saya antara yang hidup tak ada matlamat, kerja dan kerja tiap bulan dapat gaji. tapi bila terbaca artikel hati terus terbuka untuk berusaha dengan menjejaki apa yang telah dilaluinya dulu. harap akan memberi panduan kepada kami semua dari masa ke semasa dan dari mereka yang telah berjaya melalui teknik irfan ni, harap dapat kongsi tips hendaknya dari halalgel dan one touch – my-name-card com.
matlamat tu penting untuk membuka minda dan pemikiran kita untuk lebih berjaya dalam hidup. matlamat yang tinggi bukan lah tidak boleh di capai.jika kita mempunyai usaha dan kesungguhan,TIDAK MUSTAHIL UNTUK MENJADI SEORANG YANG SANGAT BERJAYA!!think about it..
boleh tuan kasih saya makliumat lanjutan tentang faktor yang mendorong kerjaya usahawan dan kejayaan Tony Fernandes ( Air Asia) ?
thank u!!!
Apa yang kita peroleh adalah apa yang kita usahakan
kita adalah apa yang kita fikirkan
jdlah org yg membuatkan parents dia nagis kegembiraan x nagis kesedihan
akum….
nie ada sikit tips:biarlah org mengata tentang usaha kita sebenarnya diaorang tu jeles x dapat belajar macam kita.sepandai -pandai org kat dunia nie pun mesti pernah melalui keadaan ini.
jgn suka memendam perasaan nanti hati tu akan bertukar menjadi awan yang hitam dan suatu hari nanti awan itu tetap akan menurukan hujan yang ada dlm badannya.Jadi manusia pun suatu hari nanti akan meluahkan perasaannya
banyakin istigfar ka
http://berkahindahtaman.com