Krisis adalah waktu perniagaan perlukan perubahan

Adakalanya dalam menjalankan perniagaan, anda menghadapi sesuatu krisis. Apa yang anda perlu lakukan?

Berhenti sejenak dan fikirkan mengenai mesej yang tersirat dalam krisis tersebut.

Dalam perniagaan (atau kehidupan harian), krisis merupakan satu petanda bahawa sesuatu yang dilakukan adalah salah/tidak betul. Sekiranya anda lakukan perkara yang sama sahaja, maka ia akan menjadi semakin teruk. Oleh itu, berfikir sejenak, apakah perubahan yang perlu anda lakukan dalam perniagaan anda?

Boleh dilihat dalam sejarah perniagaan, banyak perniagaan mengambil kesempatan sesuatu krisis untuk melakukan perubahan. Donald Trump pernah berhutang USD1billion satu masa dahulu, dan menganggapnya sebagai satu “turning point” untuk mengubahkan perniagaannya. Malaysian Airlines juga, pernah menggunakan krisis untuk mengubahkan strateginya dan mengubahkan kerugian kepada keuntungan. Bagi perniagaan-perniagaan kecil juga, perlu mencontohi keadaan ini.

Sekiranya perniagaan anda mengalami sesuati krisis, ia adalah petanda sesuatu perubahan perlu dilakukan! 🙂

ps: Sekiranya anda ingin pelajari cara memulakan perniagaan Internet dari rumah, klik di sini untuk keterangan lanjut.

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

20 thoughts on “Krisis adalah waktu perniagaan perlukan perubahan

  1. Salam IK dan semua rakan2!

    Sepatutnya sebelum atau semasa kita sedang berada dalam bisnes, walau belum berada lagi dalam krisis, kita telah merekodkan strategi untuk mengelakkan atau mengatasi kemungkinan2 yg bakal berlaku atau tidak terduga.
    🙂
    http://glowglokal.com/blog

  2. Salam Sejahtera semua,

    Semalam first time jumpa n tegur Bro Razzi baru je lps makan dari satu kedai,very friendly.

    Kita jumpa lagi Bro!

  3. Saya bersetuju dengan pendapat anda. Disini peri pentingnya EI (emotional Intelligence). Berhenti sekejap, lepas itu fikirkan strategi baru untuk meningkatkan perniagaan. Yang paling penting jangan putus asa. Terus berusaha.

  4. time mcmni kita perlu perah otak untuk jadi lebih kreatif. lebih kreatif dalam perniagaan untuk menandingi pesaing…

    Buat sesuatu yang baru, lebih baik dan usaha lebih dari biasa…

  5. Ehmmm dlm perniagaan perlu ‘dynamic’ kan tak boleh ‘static’ perlu ada strategi2 yg berbeza utk keadaan dan masa yang berlainan.

  6. betul ape yang di katakan oleh IK..setiap kesukaran dan kesusahan yang di alami oleh seseorang itu harus di jadikan pembakar semangat untuk merubah keadaan tersebut kepada keadaan yang lebih baik..tapi ia memerlukan motivasi diri yang tinggi..macam mana kalau seseorang itu tidak berupaya untuk melakukannya?

  7. Memang kita sentiasa berubah terutama dalam suasa krisis begini dan inilah yang paling susah kita nak buat…kita selalu nak sukses tapi tak sanggup berkorban untuk berubah…saya kongsikan 10 cara menghadapi krisis ekonomi di blog saya Denaihati

  8. Kadang-kadang bila perniagaan mengalami krisis memang kita kena berhenti sejenak dan ambil masa untuk menukar strategi. Kalau teruskan dengan strategi asal, ‘conform’ lingkup.

  9. Di waktu kurang pelanggan di kala krisis ekonomi melanda ni.saya banyak tumpukan pada rebranding dan menaik tarafkan kualiti blog dan website.Memang betul….masa ni lah untuk kita berubah 🙂

  10. Apabila krisis tiba, ianya umpama satu petanda bahawa anda perlukan suatu pembetulan!

    Pembetulan itu terletak di tangan anda, samada anda ingin menjadikannya betul atau tidak!

    Semuanya bergantung kepada anda!

    Salam kekayaan,

    THINKERICH

  11. Errr satu lagi tertinggal…. 🙂

    Kita sepatutnya tidak menumpukan satu je jenis bisnes. Perlu ada beberapa lagi bisnes yang kita perlu ada untuk menjamin kehidupan walau ada krisis.

    Seeloknya, kukuhkan bisnes pertama, pastu buat yang lain pula… 🙂

    http://www.glowglokal.com/blog

  12. yaa,betull!! perniagaan perlu dinamik..fleksibel utk di ubah mengikut acuan semasa agar dapat maksimakan keuntungan..hehe

  13. jgn terlalu pandang jauh kedepan sampai tlupe tntg sjrh…berhati-hati dgn setiap lgkh..kite mau jd usahawan yg bkn sekadar berjaya…malah PROFESSIONAL!!

Leave a Reply

Your email address will not be published.