Idea yang hebat seringkali datang pada individu yang bebas dari tugas harian dan mempunyai masa untuk berfikir– tiada mesyuarat, panggilan telefon, berjumpa dengan pelanggan dan aktiviti-aktiviti perniagaan yang lain.
Dari masa ke semasa, bebaskan waktu anda dari perniagaan untuk berfikir dan mencari idea-idea bagaimana anda boleh melipatkali gandakan keuntungan perniagaan anda.
Ada seorang rakan saya tukang jahit pakaian batik setiap hari sibuk dengan menjahit dan tiada masa untuk memikirkan bagaimana beliau boleh mengembangkan perniagaannya. Sehingga satu hari beliau mengambil keputusan untuk bercuti dari kerja harian untuk berfikir tentang menjana idea baru sahaja.
Keesokan harinya, beliau mendapat idea- daripada kain-kain batik yang berlebihan selepas di potong dari gulungan kain, beliau mendapat idea menggunakan kain berlebihan tersebut menjadi tali leher batik dan menjualnya!
Jikalau anda mendapati diri anda terlalu sibuk dengan kerja harian dan kurang menjanakan idea perniagaan- take a break! Berhenti cuti untuk berfikir sahaja- ia akan mengubahkan hidup anda!
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Untuk mencari idea dan berfikir memang kena bertenang. Biasanya saya tidak mahu diganggu ketika sedang berfikir, merancang dan mencari idea.
Waktu yang paling baik bagi saya ialah pukul 3.00 pagi ke atas, selepas bangun tidur…..
yerp.. paling baik bila tiada gangguan..
bagi saya.. 12am keatas
dan bila2 masa pada siang hari.. asalkan saya berada di perpustakaan..itu yg saya lakukan
Nampaknya kene tunggu cuti sekolah bulan hadapan mesti banyak idea yang datang ni. Ketika hari bekerja tiada masa untuk memikirkan idea baru. Bagi saya idea baru seraing datang secara tiba2 apa bila melakukan sesuatu… dan saya sering lupa apabila tidak mencatatnya dan saya akan ingatkan kembali idea apa yg saya jumpa tadi?
mencari ketenangan memang perlu…bercuti/beriadah/.berkelah dan bersendirian dapat membantu kita mencari idea.
Beri lah ruang kepada diri sendiri supaya dapat muhasabah diri.
Saya sendiri telah mendapat beberapa idea salepas balik dari menghadiri wokshop …sedang implement sikit sikit
Doa kan saya berjaya menjadi 1/2 jutawan pun jadi lah..saperti kekawan yang telah berjaya
Saya amat bersetuju dengan pendapat Irfan, kadangkala kerana terlalu sibuk bekerja, kita tidak berkesempatan untuk melihat dan menilai kembali keadaan perniagaan kita, perancangan strategi dan sebagainya. Amatlah baik jika sekiranya kita dapat keluar sebentar dari kepompong perniagaan, dan meluangkan masa untuk berfikir dan mencari idea kreatif yang lain untuk menambahbaik mutu dan kualiti perniagaan kita..So, it’s ok untuk kita berehat dan bercuti untuk merancang strategi baru business kita…tp jgn lama..kang banyak duit keluar daripada duit masuk…ehhehe
Umpamanya macam kata2: jauh berjalan banyak pandangan..atau perumpamaan edisi baru : jauh meronda, banyak idea.. π
Antara faktor penyumbang ke arah terbinanya website http://www.pengetahuanislam.com saya ialah apabila saya sedang berehat2 di sebuah hotel di santubong, sarawak.. apabila terdengar masalah2 mengenai pendidikan islam di Sarawak… mentol atas kepala pun menyala… dapat idea.
emm..betullah kata2 di atas tadi π
saya mencari idea sepanjang masa terluang
(patutlah idea tak berapa power)
kebiasaannya saya cari idea waktu tengah memandu. dan juga kebiasaannya dapat idea selepas letih mencari idea selepas bangun dari tidur semalaman π
Dan juga kebiasaannya, merialisasikan ideaΒ² saya waktu selepas balik kerja dan sabtu/ahad.
Tambah lagi .. lebih baik.. kalau tengah idea datang mencurah.. kita tulis lah diatas kertas dengan segera.. bila ada peluang.. buka balik kertas dan kaji idea kita tadi.. π
Helo all.. Ya cari ruang untuk mencari idea. Thank You.
Kita perlu sentiasa berfikir utk untuk mendapatkan idea-idea yang bernas, setelah itu, perlulah kita mempraktikkannya dgn bersungguh-sungguh, tanpa bertangguh. Untuk berfikir, kita perlukan keadaan yang tenang dan kesihatan badan yang bagus, seperti kata pepatah arab “Akal yang sihat, terletak pada badan yang sihat” ..
ΓΒ§ΓβΓΒΉΓβΓβ ΓΒ§ΓβΓΒ³ΓβΓΕ Γβ¦ ΓΒΓΕ ΓΒ§ΓβΓΒ¬ΓΒ³Γβ¦ ΓΒ§ΓβΓΒ³ΓβΓΕ Γβ¦
Saya lak biasa idea datang masa kayuh basikal nak balik ker umah ataupun dari rumah, terutama pada awal pagi ataupun lewat malam..
Salah satu faktor untuk menjadi jutawan ialah “Beri Masa Kepada Diri Anda Sendiri”…Thanks ..dengan adanya masa terluang..banyak idea yang kita boleh perkembangkan….bermuhasabah juga memberi idea kepada untuk lebih kuat dari segi pemikiran dan rohani..Thanks
Saya pula banyak mendapat idea semasa memandu di lebuhraya. Masa perjalanan yg panjang dan suasana yg tenang mengizinkan saya untuk berfikir dan menjana idea yang menarik. Tapi bila mula tersangkut dikesesakan jalanraya, fikiran jadi buntu. Timbul pula kemarahan apabila melihat gelagat kurang sopan pemandu lain….
Memang betul apa yang Irfan cakapkan. Pemikiran Irfan memang power…emmm…segenap segi telah dikaji dengan begitu teliti. Memang matang. Sekarang saya rasa …semua orang di sini cuma mencari peluang untuk menjana peluang. Yup…holiday memang perlu..selain daripada merelease kan stress…ia perlu untuk melahirkan ilham…saya setuju. Emm..hari Ahad ker…untuk semua rehat atau bila ade masa.
Idea yang hebat boleh datang apabila kita terlalu memikirkanya…dan bagi saya “cuti” tidak semestinya kita perlu pergi keluar melancong tetapi yang paling penting kita perlu memberi ruang “cuti” pada minda kita sekurang-kurangnya 1/2 jam setiap hari….”bercuti dan melanconglah dalam minda anda…!” dan pastikan bukan hanya mata anda yang melihat tetapi minda anda juga boleh nampak sesuatu, barulah idea yang hebat itu muncul…!
Sabar…relax kejap..
2 orang budak sedang bersembang:
A: Do you know what animal that has no eye?
B: No idea.
A: You always come up with no idea. I think u should go for a holiday and get yourself some ideas.
B: Hey, what do call a deer with no eye. It’s a no eye deer! π
A: ??? π
Alhamdulillah…
Sebenarnya, idea itu adalah ilham daripada Allah. iLham, Allah beri pada sesiapa sahaja, yang Dia kehendak. Begitu juga hidayah.
Oleh itu, mari kita mohon kepada dia agar beri kepada kita iLham yang baik2. Dan mari bersama-sama bersyukur kepadaNya kerana beri pelbagai iLham kepada kita.
Alhamdulillah, saya mendapat iLham AnggunFlora.com ni melalui pembacaan buku Irfan Khairi. Terima Kasih Irfan!
Rakan-rakan sebenarnya terlalu mudah untuk berniaga, anda boleh menjual apa saja, tetapi yang paling sukar adalah untuk bertahan dalam perniagaan. Ini disebabkan kita kurang kreatif untuk memasarkan produk kita. Akibatnya kita tidak mencapai target sales yang diharapkan. Maka jumlah keuntungan tiada seterusnya kita gulung tikar.
Untuk mengatasi masalah ini, anda digalakkan berfikiran gila-gila, mencuba teknik gila-gila untuk memasarkan produk anda. Selamat mencuba
Saya berminat tapi tidak ada masa nak mengikuti seminar, ada jalan lain selain dari itu.
6 tahun dulu saya sudah mendengar apa yang katakan… pada masa itu saya rasakan ianya sesuatu yang mustahil…(perniagaan internet). tapi sekarang ramai yang dah berjaya…pengajaran yang saya dapat, yang mustahil kita fikirkan adalah punca kejayaan kita nanti…
yup..
holiday is 2 referesment ur body n mind..
cari idea wktu lapang adalah satu cara. sbnrnya byk idea dpt bila kita sedang tertekan,susah hati,merindui,kesempitan,kepayahan dan seumpamanya…
keadaan ini tidak dicipta,ia akn berlaku bila tiba masanya…dikala ini cuma ingat satu…inilah masanya idea terbaik akn muncul selepas itu. kenapa x percaya? ya..saya percaya anda akhirnya mempercayai hakikat ini ….
salam..saya pon ade kwn yg berniaga,ms balik kpg aritu,dia g ke johor,beli pakaian2 yg kn banjir dulu,melambak2 dia bwk balik perak,bina kain rentang,ckp harga pakaian murah…mula2 dulu saya sendiri ckp dlm hati,leh laku ke?tp baru2 ni saya balik kpg, terkejut bukan main,kedai dia dah jadi kedai jual pakaian…dh xde dh kain2 yang dia bwk johor tu lg(mybe dah habis org borong), tp tula, idea yg saya sendiri perlekeh, sekarang baru saya sedar…saya jeles dgn kejayaan dia(jeles ingin maju)…
sdra , memang ada benarnya, ide hebat boleh dtg ketika cuti/rehat. ada juga ketikanya ia dtg sewaktu dlm tekanan (spt dateline hampir).tk.syamsul
Bagaimana pula kalau banyak idea, modal tiada tapi satu pun tak dibuatnya. Rasa macam mat jenin. tengok orang buat nak buat,tapi suku jalan.
Assalam..
saya ada idea,dan pernah ciptanya.
rakan2 pula mengatakan rekaan saya ini sudah dicipta..
Rasa macam dapat fikir suatu idea tu,mesti orang lain sudah fikirkannya dahulu.
Bolehkah ada produk yang sama di pasaran,takut kene saman ke nanti.
Macam mana nak buang perasaan yang tak berapa nak berani ni…
Ya Allah tolonglah hambaMu ini…
Hebat idea nie..ina tgh wat promosi kuih
Bahulu & Almond London untuk raya nie..Kalau Irfan nk boleh order π menambah pendapatan.Selepas office hour ina ‘buang masa’ dgn buat kuih raya je..ingat nk wt online tp ada prob,kalau customer penang order camne ina nk hantar? π