Khamis baru ini berlangsungnya segmen saya “Bersama Irfan Khairi” siri 01 @ WW, Astro Awani bersama Dang Suria, Linawati & Zul. Untuk siri 01 ini, 4 soalan telah dipilih dan di jawab. Semoga anda berpuas hati dengan jawapan yang diberikan!
Soalan kali ini merangkumi:
- Bagaimana menjadikan hasil tulisan sebagai pendapatan
- Menjadikan taska sebagai perniagaan
- Tip motivasi untuk usahawan sempena ekonomi down
- Jurugambar ingin menggunakan Internet menambahkan pelanggan
Semoga dapat membantu, bukan sekadar penanya soalan sahaja, tetapi semuanya yang berminat dalam perniagaan 🙂
Sekiranya anda mempunyai soalan untuk saya berikan jawapan di WW Astro Awani (Channel 501) – juga akan diletakkan di YouTube, sila tinggalkan soalan anda di bawah 🙂
Untuk memudahkan soalan anda dipilih supaya dijawab di ruangan “Bersama Irfan Khairi”, pastikan ikuti langkah dibawah…
Contoh soalan yang kurang baik:
Bagaimana hendak memulakan perniagaan dari rumah?
Contoh soalan yang baik:
Saya seorang ibu yang ingin memulakan perniagaan dari rumah untuk menampung 2 orang anak. Minat saya adalah dalam bidang masakan. Bagaimana boleh saya ubahkan minat ini menjadi perniagaan? (Soalan yang spesifik dan lengkap akan dipilih)
-Siti Salmah, Skudai (Jangan lupa taruh nama & tempat!)
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
salam my sifu,
dah berada sebaris dgn artis2 skang ek…
tahniah!
dh dapat peluang nak tanye nih, nak tnye gak la sket…
bleh x sifu ceritakan camne cara terbaik nak buat bisnes flipping? skang ni org dok bising psal hartanah online nih..ape kata sifu kupas isu ni bia sume org tauw..
hehe…
sekadar bertanya..
Salah satu hobi saya adalah memancing. Boleh tak saudara huraikan bagaimana saya boleh kembangkan hobi saya ini menjadi sebuah perniagaan melalui internet. Apakah potensi perniagaan ini melalui internet lebih2 lagi kat negara ini.
yusri,
KL.
rancangannya ni jap je tp pengacara siap 3 org lg..huhu pe2 pun, ilmu yg byk dr IK
Rancangan ini sungguh bermanfaat untuk ditonton. Dont miss it. Lebih-lebih lagi recession yang bakal berlaku. 🙂
Yup,
saya bersetuju dengan Dr. Inspirasi.
Perlu buka minda untuk mencari sumber pendapatan kedua.
betul jugak apa dr cakap tue..
soalan mesti spesifik baru senang jwab..keke
Lama betul saya tidak menulis komen kat blog irfan ni 🙂
Soalan saya yang ingin saya tanya kepada saudara Irfan
“Tolong ajar saya untuk menguasai ilmu mengenai jualan supaya saya boleh menjual lebih banyak produk atau perkhidmatan”
Sebab saya bertanya soalan tersebut ialah ramai ingin menjadi usahawan tetapi tidak menitikberatkan tentang ilmu berkaitan jualan.
Seorang bakal usahawan yang tidak mahir ilmu berkaiatan jualan seolah-olah terjun daripada kapal terbang di langit tinggi tanpa mempunyai payung terjun tetapi ingin hidup.
Norfazli
satu video yg menarik untuk dipelajari…tips yg relevan…
tahniah saudara IK… satu usaha murni.. didoakan semua akan mendapat manfaat..
Asalkan kita kreatif, apa sahaja boleh di buat bines.
Terlepas pulak rancangan ni. Tapi boleh tgk kat youtube nie..Thanks sharing the info
Ik telah banyak bagi saya tips dan perangsang melalui new letter dan laman blog ini. Saya peminat fotografi dan telah ada pengetahuan yang sederhana dalam bidang ni. Soalan saya, bagaimana internet boleh membantu saya memulakan perniagaan fotografi?
-Naising Bega, Miri Sarawak.
saya merupakan seorang pelajar lepasan SPM yang duk menganggur kat rumah..tak tau nak buat ape..so, nak tnya IK irfan mcm mne klau saya nak start mulakan perniagaan cam buat short note untuk subjek chemistry..dpt jugak hasil nk tampung blajar nanti hehe..
choikang,kuala terengganu
Bidang berkaitan pengasuhan kanak-kanak adalah minat utama saya. Sekiranya saya bercadang menyewa premis dan mengupah pekerja untuk perniagaan ini, adakah sesuai “timing”-nya dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu seperti sekarang ini?
– Sapiah Hussien, Sg.Buloh
Saya telah menjalankan perniagaan internet dlm bidang baking dr rumah selama setahun lebih secara sepenuh masa. Apakah cara dan kata2 terbaik yg perlu ada pada iklan untuk kita mempromosikan perniagaan? Adakah perlu kita post iklan dari semasa ke semasa untuk menambah pelanggan?
– Ida Maslina, Damansara
Saya ingin bertanya bagaimana mlipatkan gandakan pelanggan menghubungi dgn lebih lanjut mengenai service kita. Saya ada membuat newsletter dan hantar melalui group mail system . Buat masa kini masih kurang dapat sambutan . Berapakan jumlah prospect yg perlu digunakan utk teknik ini.
Rallyguy , petaling jaya
salam IK…
saya wanita berusia 25tahun ingin menceburi bidang internet ini sepenuh masa..
saya berminat menjual makanan tradisional di internet..kerepek pisang,bahulu&siput pedas..
ia juga boleh dijadikn snek ringan,berkat utk majlis perkahwinan/kenduri..
Azrina,
Kangkar Pulai,Johor.
salam…
saya mempunyai 3 pilihan bidang perniagaan yang saya ingin ceburi iaitu menjual produk kesihatan, kedai runcit dan penternakan ikan keli.
namun saya kurang keyakinan diri dan sudah tentu perniagaan tersebut memerlukan modal yang besar..
saya ingin tahu apakah tips untuk memulakan perniagaan tersebut dan potensi untuk memperkenalkan dan memasarkan perniagaan ini di internet.
Ayesha, Sarawak.
salam ik,
saya ingin meminta pendapat IK tentang apakah bidang perniagaan yang patut sy ceburi dengan bermodal kan hanya RM10,000..
apa yang bermain di fikiran sy adalah membuka autospa,tapi sy ingin minta pendapat ik,mudah2an pendapat ik dpt menukar fikiran dan membantu sy yg sedang buntu sekarang..
Aimie Hazwan,Perak.
da mcm artis je IK ni..haha
salam bro khairi..
soalan saya adalah mengenai bagaimana seseorang itu boleh mengenali potensi diri masing2 dalam menceburi salah satu jenis perniagaan..
soalan kedua.
bagaimana seseorang itu mengorak langkah pertama dalam menceburi perniagaan, apakah yang perlu ada dalam diri seseorang itu? bagaimana kita harus bermula? apa kekuatan (keberanian) yang perlu ada dalam diri kita?
mengenai diri saya, saya baru saja menamatkan pengajian diploma akauntasi mempunyai kemahiran dalam komputer dan saya amat berminat untuk mencerburi bidang perniagaan berasaskan pertanian, pemborong, jualan runcit, teknologi dan sebagainya.
wahir, kota samarahan