Jangan sombong dalam bertanya!

Tidak kira tahap mana kepakaran anda, anda masih perlu menuntut ilmu. Dan cara termudah dan terpantas adalah dengan bertanya!

Sehingga kini saya masih lagi menuntut ilmu dan menambahkan lagi ilmu dalam bidang perniagaan, Internet dan kejayaan dengan banyak bertanya. Bertanya memudahkan pembelajaran oleh kerana anda akan mendapat jawapan yang tepat dengan apa yang ingin anda cari.

Entah kenapa, seringkali, bila seseorang itu ingin bertanya, beliau merasakan dirinya amat rendah. Akhirnya, beliau tidak bertanya dan simpan sendiri segala persoalanan.

Apabila saya ingin memulakan Blog Tip-Satu-Minit ini, saya mempunyai masalah besar- saya tidak tahu banyak mengenai BLOG! (Pakar perniagaan Internet tak tahu blog?) Jadi, saya banyak bertanya. So, here”™s a credit to my friend Sunny Tan of Tips.com.my. Ketika saya hendak memulakan blog, saya banyak bertanya kepadanya oleh kerana beliau lebih pakar dalam blog dan teknologinya berbanding saya.

Apabila bertanya, kita akan mendapat ilmu. Dengan ilmu tersebut, kita boleh kembangkannya dan mengaplikasikannya dengan cara tersendiri. Daripada saya buta-blog, kini blog mendapat sambutan hebat. Semua daripada sikap bertanya.

Jangan malu dalam bertanya, sekiranya malu bertanya, maka anda sendiri yang akan rugi!

Ps: Sedikit mengenai blog ini- Blog ini ditubuhkan pada 3hb May 2006. Saya amat suka blog ini kerana ia adalah personal website saya dan berpeluang untuk menulis apa sahaja dan boleh berinteraksi dengan pembaca. Blog ini juga mempunyai “moderator” iaitu salah seorang krew Rahsia Internet. Tugasnya adalah untuk tapis comment-comment yang tidak berkenaan sebelum ianya keluar live!- TQ Man.

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

31 thoughts on “Jangan sombong dalam bertanya!

  1. Helo Irfan. Betul tu. Kalau boleh i nak tanya semua pakar perniagaan internet yg sudi kongsi tips mcm yg u buat. Makaseh

  2. Asmk..!
    Selalunya bila kita hedak bertanya, kita akan mulakan dengan ‘excuse me..’ dan berakhir dengan ‘thank you..’
    Sekiranya kita sorang saja yang kurang jelas..,
    mgkn kita boleh kata ‘sorry, sir but i have 1 STUPID question..’
    Dan boleh confirm jawapan yg kita perolehi dgn cara mengulang kembali perkataan dan huraiannya.. serta menambah sedikit contoh sebagai misalan..
    Kalau masih ragu2 dgn jawapan yg diterima, boleh tanya org lain pula..

  3. Bertanya adalah proses pembelajaran yang paling mudah……….
    Malu bertanya sesat jalan….

  4. Betul tu Doktor. Jangan sesekali menganggap apabila kita telah berjaya, kitalah terhebat dan tidak perlu bertanya sesiapa lagi. Contoh lain dalam kes yg sama seperti adalah Mike Filsaime yg mana beliau juga diajar oleh Michaele Fortin dan Jim Edwards bagaimana untuk ber-blog dengan berkesan dan boleh mendatangkan profits. Padahal, Mike adalah seorang pakar dalam internet marketing.

    Kalau kita tahu sangat dalam satu bidang, sudah semestinya kita tidak tahu sangat pasal bidang lain bukan? Jawapannya belajar dan bertanya walau pangkat dan populariti kita setinggi langit. 😉

  5. A’kum semua, pepath Melayu berkata malu berdayung perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan memang tepat utk topik hari ini.Ilmu tak akan bertambah kalu kita malu bertanya. semua ilmu dtg nya dari soalan, sama ada soalan bodoh atau sebaliknya. Jd kita jgn malu bertanya walu pun kita sudah berumur dan rasa dah banyk ilmu kalu nak dibanding dgn budak muda. Ilmu dtg dari Allah & diberiNya pd siapa yg Dia suka, jgn jd macam S’pore di langgar todak, Hang Nadim yg pintar dibunuh kerana ilmu nya lebih bijak dari pembesar2 negeri. Mereka takut satu hari nanti Hang Nadim di lantik Sultan jd pembesar Negeri.Tuntut lah ilmu dari siapa saja…jgn malu soal..kerana sebenarnya anda membntu org lain yg malu bertanya, amin.

  6. tak tau nak tanya soalan apa dan nak mula tanya bhgian yg mana dulu, inilah masalah saya. sebab tu lah saya selalunya diam aje bila ada majlis ilmu, org ingat saya pemalu.

    tp bila dah sampai rumah, duduk dan fikir barulah dtg byk soalan nak ditanya. pd masa tu dah terlambat. camna tu nak atasi? tolong jwb, anyone?

  7. Ilmu dalam apa bidang sekalipun adalah seluas lautan, apa yg kita miliki mungkin hanya setitis jer! Maknanya banyak yg kita tahu, lagi banyak yg kita tak tahu. Kalau handal dalam bidang A, B, C. Tak semestinya expert kat D,E,F,G….

    So kalau nak excel kenalah banyak bertanya dan belajar. Cari tok guru, buku, internet dsbnya…

  8. Guru Irfan kan ada!

    Sebelum bertanya, nak minta izin dulu. Boleh kami tanya soalan kepada Irfan (Guru)?

    Workshop aje yang saya belum pergi. Belum mampu lagi. Buku & CD123 sudah ada. Hanya berpeluang study TIP yang Irfan beri di sini.

    Macam mana Irfan?

  9. Firman Allah :

    فَاسْئَلُوْا أَهْلَ الذِّكْرَ إِنْ كُنْتُمْ لاَ تَعْلَمُوْنَ

    Maksudnya : Bertanyalah kepada ahli ilmu sekiranya kamu tidak mengetahui.

    Kita perlulah selalu bertanya utk mendapatkan ilmu, pertanyaan perlu diajukan kepada mereka yang ahli ilmu, jangan bertanya kepada mereka yang jahil, kerana bertanya kepada org yang jahil akan menyesatkan kita. Dan janganlah pula kita bertanya banyak (sentiasa berdolak dalik, memberi alasan-alasan)

  10. Saya teringat balik tips “berfikir di luar kotak”…Banyak bertanya menjadikan kita lebih yakin….Thanks

  11. Bertanyalah kepada mereka yg lebih mengetahui jika:
    a)sesat atau tak tahu jalan
    b)tak faham soalan
    c)kurang jelas mengenai sesuatu jawapan
    d)tak sure nak buat macam mana
    e)dan seribu macam persoalan dan pertanyaan yg berguna

    Banyak bertanya , luas padangan, betambah ilmu, hati senang , dapat memajukan diri dalam apa jua bidang yg diceburi , puas hati dan ilmu pengetahuan itu menjadi sebahagian dari kita dan tidak bolih dicuri atau diambil orang.

  12. Bertanyalah kepada mereka yg lebih mengetahui jika:
    a)sesat atau tak tahu jalan
    b)tak faham soalan
    c)kurang jelas mengenai sesuatu jawapan
    d)tak sure nak buat macam mana

    dan seribu macam persoalan dan pertanyaan yg berguna.

    Banyak bertanya , luas padangan, betambah ilmu, hati senang , dapat memajukan diri dalam apa jua bidang yg diceburi , puas hati dan ilmu pengetahuan itu menjadi sebahagian dari kita dan tidak bolih dicuri atau diambil orang.

  13. bagi saya kalau tak tahu saya akan tanya, tapi masalah saya, untuk tanya mereka yang saya kenal je, tapi kalau yang tak kenal berat je rasa mulut nak bercakap,

  14. Dalam kelas agama pun ustaz atau penceramah selalu bertanya adakah kita faham apa yang mereka ceritakan. Selalunya sudah menjadi tabiat kepada kita untuk “diam” daripada mengajukan soalan dan seolah-olah kita faham.

    Pernah satu kali, kami ada mengajukan satu soalan kepada ustaz kami mengenai hukum hakam dan apa yang terjadi dari soalan kami itu, ustaz kami tidak mendapat menjawab soalan tersebut.

    Soalan beginilah yang ditunggu-tunggu oleh ustaz kerana setiap persoalan tidak ada atau tidak semua yang kita tahu.

    Secara kesimpulannya, jika kita tidak tahu, jangan pandai-pandai beri jawapan kerana ia akan menjadikan keadaan bertambah celaru, oleh dengan itu, ustaz saya memohon untuk mengambil masa beberapa hari untuk mendapatkan jawapan dengan merujuk mufti negeri.

    “Satu soalan boleh mendatangkan banyak menfaat kepada kita jika kita saling belajar mencari jawapan darinya” 😉

  15. kunci bagi ilmu adalah bertanya. Org yg tdk mahu bertanya, selalunya tersalah dalam membuat pertimbangan.

    Alhamdulillah, saya berjaya membina website sendiri, berjaya membuka cyber cafe, mampu baiki pc, membina perisian mudah, database… walaupun saya berpendidikan agama sahaja dan tanpa menghadiri kursus IT secara formal. Semua itu adalah disebabkan bertanya..

    Oleh itu, marilah kita disamping berniaga, bekerja, berIT.. kita menghafaz Al-Quran, belajar agama, hafaz hadis, tdk tinggal solat..

    Jadilah seorang yang multipurpose 🙂

  16. assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
    Ya saya setuju ngan pendapat ustat tu.
    kunci ilmu adalah bertanya.
    so situasi ustat tu samalah ngan saya.doakan saya berjaya menapak dalam dunia IT ni, saya sahut cabaran bahawa yang bergelar ustaz dan ustazah juga mampu menjiwai IT.sama-sama kita promote kesejahteraan addin melalui medium IT.saya minat ngan bidang ni semenjak dua menjak ni.Insyaalah doakan saya.Syukran for kerana sumbang tips yg bermakna bagi kami.Alhamdulillah.

  17. saya skang ni bekerja sebagai trainee disigner di sebuah cosultant. slps 6 bulan baru saya akan diserapkan bergantung performance saya. yang menjadi masalah subjek design lah yang paling saya benci masa belajar dahulu. sehinggalah saya mendapat komen dari bos saya yang diceritakan pekerja lain.komennya.. ‘Dia banyak yang tak tahu tapi suka bertanya dan banyak yang dia ingin tahu.’ dan itulah yang saya rasa akan menyelamatkan saya untuk kerja ini. hehe

  18. assalamualaikum kepada dan semua pengunjung blog . kita jangan jadi manusia yang bodoh sombong tak ada apa yang kita akan dapat, bertanya, berusaha dan berusaha disamping berdoa pada allah. umpama pembuka rezeki( dengan idea2 yang diberi beliau ) dan kita patut manafaatkan dengan sebaiknya.

  19. assalamualaikum

    saya ingin membuat business tetapi tidak tahu undang2 perniajaan. dari mana boleh saya dapakan informasi tentang ini?

    Terima Kasih

  20. bagi saya..bertanya ni bukan hanya pada komunikasi sesama insan..bertanya pada buku atau internet pun bolek gak..zaman teknologi lain dengan suasana dahulu.. betul x ?ni pendapat saya jer:)

  21. hanya WH question senang saja itu…dan akhiri dengan Thank You atau Terima Kasih, orang Malaysia susah sikit nak ucap terima kasih ni.

    Nak tanya kena tanya pada Orang Betul. Kalau tanya pada orang yang tidak tahu juga, maka jawapan yang diperolehi adalah tidak tepat.

  22. salam..
    tertarik dgn tajuk ni..
    sy ada beberapa soalan kpd ..
    saya masih di tingkatan 3..
    dan perniagaan internet serta computer graphic..
    ibu dan ayah saya juga memberikan sokongan..
    sy nk tny ,perlukah saya ke sekolah teknik dan mengambil course computer graphic??atau hny tgl di sekolah harian??
    bagaimanakah caranya saya dpt mengembangkan potensi yang ada dlm diri sy??hrp membantu..TQ
    wassalam..
    ..LUV UR STUDY LIKE U LUV SOME1 SPECIAL..

  23. em…npe kadang2 tu..ble study dalam class..kta kadang2 smpai x tau nk tnye soalan ape..smpai ckgu pn tgur sbb x pernah bercakap dalam class..tp diri kte nk brubah jgak..nk tnye soalan..so..bleh spe2 ke bgtau tips2 mcm mne nk tnye soalan ngan cra nk create soaln..tq

Leave a Reply

Your email address will not be published.