Monthly Archives: December 2008

Buku… ebook… cd… dan kini ALBUM!

Ingin saya mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah 1430 dan juga Happy New Year 2009!

Hari ini, saya nak beri 3 tip sekali sebab lately ni kurang saya menulis di sini oleh kerana kes spamming yang terjadi pada saya (probably the bad thing yang terjadi la for 2008), however, other than that…

WOW, 2008 was a chelenging year for many of us dengan keadaan ekonomi yang kurang memuaskan πŸ™‚ There where ups and downs but we’ve made it right?

Setiap kali end of year, saya sedikit “nostalgik” sebab teringat penglibatan saya dalam industri ini sejak 2005 apabila buku pertama saya Rahsia Jutawan-Jutawan Internet keluar dipasaran. Dah nak masuk 4 tahun! Dari saya mula-mula saya yang amat pemalu dan tak reti nak berhadapan dengan camera TV, kepada personaliti TV. Daripada seorang yang tak dikenali, kini dikenali.

Anda dah tengok klip ini? http://www.youtube.com/watch?v=v3NXXpgLu5k

Setiap kali saya tengok klip ni, mesti tergelak punya… how fast time flies! kalau dari 2004-2008 saya boleh jadi camtu… kalau sampai 2012 kot-kot lagi hebat kut depan TV!

Tip #1: Seseorang itu tidak dilahirkan terus hebat. Sememangnya ada yang dilahirkan dengan bakat-bakat tertentu, tetapi, kebanyakannya adalah hasil dari belajar dan memperbaiki diri sendiri.

Diri saya sendiri bukanlah seorang yang “natural” di TV mahupun di khayalak ramai. Bagi yang mengenali saya masa zaman muda-muda dulu (masih muda lagi ni) πŸ™‚ tahu saya adalah amat pendiam dan nak buka mulut pun susah.

Tetapi, apa yang penting adalah keazaman untuk membuat perubahan pada diri sendiri. Perubahan adalah sesuatu yang emnakutkan… tapi, perlu buang jauh-jauh perasaan takut tu!

Sejak 2005, alhamdulillah makin ramai memulakan perniagaan Internet di Malaysia dan makin ramai pakar-pakar perniagaan Internet Malaysia yang turut mengembangkan industri ini.

Bagi saya pula, macam-macam juga saya telah lakukan. Daripada buku… ebook… cd… dan kini, ALBUM!

Dan ya… masih lagi panas and fresh, semalam siap album band saya, Razzi.muz.ik, saya selaku Penerbit Eksekutif dapat juga sedikit sebanyak belajar mengenai industri hiburan pula. Something very new for me, but as always… we learn!

Tip 2#: Experiment and do new stuff! You might fail… you might succeed. tapi janji, lakukannya. Take note… saya kata “lakukan” dan bukan “cuba”

Kata Yoda (star wars :)) “Do or do not. There is no try”. Life will be more fulfilling kalau u try to do new things and learn new things. Anda akan mendapat momentum yang sangat luar biasa!

So, seperti tahun-tahun yang lepas… sebelum masuk 2009, saya minta kita semua reflect dan cerminkan kembali apa yang kita dah capai. Apa yang lebih penting, bukan sahaja cerminkan keseluruhan 2008 sahaja… tetapi, lihat balik for the past 3-5 years. Ada tak improvement yang mendadak? Harapnya ada lah dan bukan kita at our same old place je.

So, Tip #3 dan terakhir hari ini… REFLECT! Sekiranya kita pegang pada satu hadis “Barangsiapa yang amalannya hariΒ  ini lebih baik dari semalam, dia adalah orang yang beruntung. Barangsiapa yang amalannya hari ini sama dengan yang semalam, dia adalah orang yang rugi. Dan barangsiapa yang amalannya hari ini lebih buruk dari hari semalam,
dia tergolong orang yang dilaknat Allah s.w.t.”

Dan, SEMUA buku-buku motivasi di dunia ini (termasuklah buku-buku saya :)), hanya berpegang pada konsep hadis ini sahaja. Sekiranya anda berpegang pada ini, maka, tiada sebab untuk anda tidak REACHING HIGHER!

Sebelum saya akhir tulisan saya kali ini adaΒ lagi perkara saya nak pesankan!

PERKARA 1:

Sekiranya malam ini, anda free dan takde plan… apa kata bawa keluarga dan orang tersayang ke Restoran Rebung di Bangsar. Kami akan mengadakan a “mini gathering”. Saya, Razzi.muz.ik dan juga Nizal Mohammad akan turut berada di situ dan menghiburkan anda.

Sekiranya anda FREE, we start at 9.00pm… insyaallah by 8, kita dah ada di sana!

Chef Ismail juga akan prepare a special dinner menu untuk tetamu-tetamu Rebung. So, don’t miss this small & friendly event πŸ™‚ Jumpa anda di sana… ramai yang nak minta saya buat gathering. So, ni gathering me, my friends and families (boleh bawak anak2 kalau ada :))

Chef Ismail’s Rebung Restaurant
No. 4-2, Lorong Maarof
Bangsar
59000 Kuala Lumpur

Klik di sini untuk peta Rebung: http://tinyurl.com/8k5yvv
(Berhampiran dengan UOA Bangsar & Kompleks Niaga)

SELAMAT TAHUN BARU 2009!

IK ambil tindakan undang-undang

Pernah tengok tak cerita “You Don’t Mess With The Zohan”? Well, kali ni, versi lain pula: “You Don’t Mess With The Irfan” πŸ™‚

Susulan kes mengenai SPAMMERS menggunakan nama saya dalam email mempromosikan skim buat duit di Internet…

Laporan kepada polis telah dilakukan dan siasatan sedang dijalankan. Dalam kes sebegini, pihak polis akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi.


Metro Ahad Hari ini 28hb Disember 2008. Page 2.

Berita terkini: Identiti dan maklumat peribadi seperti lokasi dan tempat pekerjaan pihak terbabit telah dikenalpasti. Tindakan akan dijalankan.

Pihak media juga mengambil berat kes ini, bagi yang membeli Metro Ahad hari ini, buka mukasurat 2.

Berikut adalah antara sebab mengapa tindakan undang-undang mesti saya lakukan:-

  1. Email sebegini yang mempergunakan nama saya telah menjatuhkan kredibiliti saya sebagai pakar perniagaan Internet kerana melibatkan saya dengan skim-skim piramid sebegitu. Sebagai seorang pakar perniagaan Internet dan perunding perniagaan Internet, salahguna nama sebegini adalah satu “fitnah” yang mencemarkan dan menjatuhkan nama, imej dan maruah saya.
  2. Sebagai seorang motivator di IPT-IPT tempatan, email sebegini juga mencemarkan kredibiliti saya sebagai pakar motivasi dan penceramah bebas. Menyamarkan nama saya di dalam email menganggu kredibiliti saya sebagai seorang motivator kepada generasi-generasi muda. Oleh yang demikian, ianya adalah perkara yang saya pandang amat serius.
  3. Dengan menyamarkan nama saya, dan bertujuan mengaburkan mata orang ramai yang kurang pengetahuan perniagaan Internet untuk turut serta skim buat duit sebegini. Ianya adalah satu tipu muslihat untuk melariskan jualan kepada skim cepat kaya yang diri saya tidak pernah terlibat dan tidak akan terlibat.
  4. Penyebaran email sebegini menjatuhkan jenama saya di mata pelanggan korporat yang melantik saya atau bakal melantik saya sebagai duta perniagaan mereka. Sekali lagi, pencemaran sebegini akan merugikan pihak saya dalam memperolehi peluang-peluang menjadi duta untuk masa yang akan datang. Oleh yang demikian, langkah yang tegas mesti dilakukan.
  5. Pihak yang menggunakan nama saya dikatakan telah mendapat keuntungan melebihi RM20,000. Wang tersebut adalah hasil daripada penipuan, maka, ia dikira sebagai kegiatan jenayah siber. Sebarang jenayah siber adalah tanggungjawab bersama untuk dibawa ke muka pengadilan.
  6. Sebagai seorang di dalam industri perniagaan Internet, dan sering dilihat sebagai “ikon” perniagaan Internet Malaysia, sekiranaya saya tidak melaporkan dan mengambil tindakan undang-undang, maka ia hanya menjatuhkan martabat perniagaan Internet di Malaysia. Makin ramai orang tidak akan percayakan industri perniagaan Internet. Dengan mengambil tindakan undang-undang yang tegas, ia akan menunjukkan kesungguhan industri ini dalam mencegah dan membenteras skim-skim buat duit sebegini.
  7. Sekiranya saya tidak mengambil tindakan undang-undang, lepas ni, semakin menjadi-jadilah dengan sewenang-wenangnya sesiapa sahaja akan mempergunakan nama saya untuk kepentingan masing-masing. Jadi, untuk melindungi diri saya sendiri dan juga rakan-rakan usahawan Internet yang lain atas segala tuduhan di masa yang akan datang, tindakan undang-undang mesti dilakukan.
  8. Dan yang penting sekali adalah, tindakan undang-undang di ambil supaya tiada lagi orang ramai tertipu dengan skim-skim sebegini di Malaysia dan rakyat Malaysia lebih mengetahui tentang kesalahan skim sebegini!

Perkara sebegini telah terjadi pada saya sejak tahun 2005 lagi dan setiap kali ia terjadi, saya akan mengambil tindakan undang-undang.

Nanti, insyaallah saya akan jelaskan di sini kepada anda bagaimana hendak melakukan tindakan undang-undang sekiranya perkara yang tidak diingini terjadi pada anda pula. Tak kiralah sama ada nama digunakan, orang ciplak ebook anda, or orang lakukan fitnah keatas anda di Internet. Semua ini adalah penting untuk melindungi kredibiliti sesiapa sahaja terutamanya dalam bidang perniagaan.


Biarlah ini menjadi amaran bukan sahaja kepada mereka yang saja ingin mengambil kesempatan atas nama saya sahaja, tetapi sesiapa sahaja yang mengendalikan tipu helah di Internet. Jangan fikirkan pihak berkuasa tidak dapat mencari anda.

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga

DON’T MESS WITH THE IRFAN πŸ™‚

ps: Apa pendapat anda mengenai tindakan undang-undang ini

pps: Sesiapa yang mendapat email spam yang menggunakan nama saya, kalau masih tersimpan dalam trash/spam/inbox masing-masing, boleh forwardkan kepada info@rahsiainternet.comΒ  πŸ™‚
ppps: Sekiranya anda mempunyai blog, tersangat dialu-alukan untuk anda link ke posting ini supaya lebih ramai akan tahu apa akan terjadi dan akibatnya sekiranya menyalahgunakan Internet! πŸ™‚

Berani lantang bersuara

“Speak your mind!”

Dalam perniagaan (dan juga hidup) adakalanya kita takut hendak bercakap dan berkongsikan idea atau pendapat kita. Sekiranya dalam meeting, atau perjumpaan, sesetngah daripada kita lebih suka berdiam sahaja dan tidak bercakap langsung.

Walaupun ada sesuatu hendak dikatakan, tetapi, biar sahaja terbuku di hati… simpan dalam πŸ™‚

Sebab apa? Sebab “malu” nanti kita tersilap kata…. atau malu nanti apa pula orang cakap tentang idea kita… atau takut apa yang kita nak cakap tidak dapat diterima ramai.

Sekiranya anda begitu, berikut adalah tips untuk lantang bersuara:

  1. Ketahui apa yang anda hendak cakap
  2. Lantang bersuara apa yang anda hendak katakan dengan jelas dan penuh yakin
  3. Ketahui bahawa setiap orang mempunyai pendapat dan pendirian masing-masing

Sekiranya terdapat pihak yang tidak setuju dengan apa yang anda katakan, tak mengapa- expect it! Kerana mereka juga mengikut langkah 1-2-3 di atas. Jangan takut sekiranya dikritik- untuk berjaya, SEMUA orang akan dikritik apabila melahirkan apa sahaja idea.

Masalahnya adalah apabila kita TIDAK berkata dan bercakap kerana TAKUT kena kritik! πŸ™‚

Kisah RAZZI.MUZ.IK Part 3: Launching!

Asyik business je tanpa hiburan pun, tak leh juga right? Kata mat salleh:

All work and no play makes jack a dull boy!

Maknanya mengikut Wikipedia- “Its meaning is that without time off from work, a person becomes bored and boring.”

So, kali ni, posting saya nak kongsikan klip Razzi.muz.ik, my band di Gala TV. Thanks to galaTV, Astro Awani. Di workshop Jutawan Internet, saya dah habis kena perli “nak jadi artis” dah πŸ™‚

Bagi mereka yang tak tahu menahu, what’s going on dengan IK with the band, berikut adalah ringkasan:

  • Saya, Razzi Rahman & rakan muzik Muzamil, has a band bernama Razzi.muz.ik (hasil gabungan nama bertiga)
  • Razzi.muz.ik memainkan lagu genre rock, tetapi semuanya mempunyai mesej dan nilai positif untuk “menghargai hidup”
  • Saya selaku penulis lirik kedua buah lagu: “Selamanya” dan “Reaching Higher”
  • Lagu kami dihasilkan oleh 2 komposer popular “Selamanya” ciptaan Johan Nawawi dan “Reaching Higher” oleh Zul Mahat
  • Razzi.muz.ik see us like the “people’s band” kiranya, kita bukan sahaja kongsi mesej kami dengan orang ramai, tetapi, mesej positif anda juga kami sampaikan juga.
  • Oleh itu, that’s why our songs will be available for FREE… yup, takyah beli pun πŸ™‚ (melainkan kalau nak cd special edition… tu belakang kira)

Baru-baru ini, thanks to the electronic, print & broadcasting media, banyak juga coverage yang kami terima. Thanks to all. Dan special thanks to semua pembaca Tip Satu Minit ni, atas sokongan, no matter what i do! πŸ˜‰ Jadi rockers pun sokong gak… lepas ni kalau saya warna rambut saya hijau u all sokong gak ke? πŸ™‚

Anyway, saya dalam Razzi.muz.ik hanyalah “part time” je, my full time is still an entrepreneur dan menjalankan perniagaan Internet πŸ™‚ Kiranya project sampingan & experiment ni…

razzi.muz.ik

ps: Bagi anda yang takde plan ketika new year eve, join us di Restoran Rebung di Bangsar… bawak suami / isteri for a new year dinner. Chef Ismail kata he will prepare a special menu. Insyallah our brother Nizal Mohammad also will be there… so, join us for dinner & kenal-kenal πŸ™‚ Bila lagi nak spend a night dengan kami semua!

Email SPAM menggunakan nama “Irfan Khairi”

*TERKINI: INDIVIDU / SYARIKAT YANG TELAH MENGGUNAKAN NAMA SAYA TELAHPUN DIKENAL PASTI DAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG SEDANG DIJALANKAN. JANGAN DISANGKA PIHAK BERKUASA TIDAK DAPAT MENCARI PESALAH SIBER YANG HANYA MENYOROK DISEBALIK EMAIL “ANONYMOUS” SAHAJA. DENGAN KEMUDAHAN CANGGIH ZAMAN INI, TIADA MASALAH UNTUK MENCARI PESALAH SIBER DI MANA SAHAJA. SEMOGA KISAH INI MENJADI AMARAN DAN PERINGATAN PADA MEREKA YANG MELAKUKAN KESALAHAN/JENAYAH SIBER*

Sejak kebelakangan ini berlaku penyebaran email SPAM di Internet menggunakan nama saya sebagai penghantar email mempromosikan skim membina jaringan networks sambil mendapat pendapatan.

Harapnya, anda TIDAK MEMPERCAYAI email sedemikian oleh kerana saya tidak pernah pun melakukan sebarang aktiviti yang memerlukan anda mencari network atau downline melalui Internet.

Untuk maklumat lanjut, lawati http://www.rahsiainternet.com/penting.htm untuk kes-kes yang sering berlaku yang menggunakan nama saya.

Sering kali juga saya mengambil tindakan undang-undang untuk menangani isu ini dan pemilik perniagaan akan dikenakan tindakan.

Contoh email spam yang menggunakan nama saya:

====================

From: irfan khairi
Sent: Tuesday, December 23, 2008 8:52:29 PM
Subject: ((BARU)) RM50 JE.SETIAP HARI DAPAT RM300 – RM1000

Salam
Terlebih dahulu saya ingin mohon maaf atas kehadiranΒ  email ini.Hanya sekadar untuk berkongsi sahaja.
Sekiranya anda tidak ingin menerima email ini lagi sila sekat email irfan121212@gmail.com

Setiap hari saya mengutip purata RM300 – RM1000 sehari terus ke Akaun Maybank saya.
sila lihat bukti bayaran terkini 22/12/08 dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa

saya baru je join pada 6/12/2008 dah dapat RM17,700.00 (lihat id mentor dalam xxxxx)

klik disini untuk lihat bukti

klik sini utk daftar

Tertekan dengan masalah kewangan yang membelengu diri, saya nekad untuk mencuba menyertai xxxxx melalui emel yang dihantar oleh seorang kenalan memandangkan risikonya amat rendah (iatu modal Cuma RM50)
Pada hari pertama saya Join saya dapat SMS dari upline yang menyatakan dia telah menyusun downline dibawah ID saya dan saya menyemak akaun maybank saya. Alhamdulillah, hari pertama sahaja saya dah balik modal!!!!
Kini saya tidak lagi teragak – agak nak berbelanja takut bajet lari, hutang JPA masa saya belajar dulu pun dah dapat saya settlekan.
Bila dah macam ni, Barulah saya Terfikir Mengapa Irfan Khairi sukakan perniagaan Internet!
Ia betul2 Menjadi dan Memang Internet Sungguh berkuasa!
So, kepada Anda yang berminat untuk menyertai kami di xxxxx untuk cari duit lebih, sila aktifkan akaun anda segera melalui laman web berikut:

Selepas anda membuat pendaftaran dan mengaktifkan ID anda, secara automatik saya akan dapat tahu anda berada dibawah group saya melalui e-mail yang dihantar oleh Admin
xxxxx.
DALAM RANGKAIAN SAYA,
(ANDA DIBERI PILIHAN)
PLAN A – JADI NETWORKER YANG AKTIF SEPERTI SAYA
ANDA AKAN MENJANA SEHINGGA RM51,900 BAGI SATU AKAUN
PLAN B – “˜SLEEPING PARTNERS”β„’
JOINT DAN DUDUK DIAM-DIAM, TAPI MASIH BOLEH DAPAT INCOME..BIAR SAYA YANG CARIKAN DOWNLINES UNTUK ANDA.
SETIAP HARI SAYA MENERIMA PURATA 6 “β€œ 10 PENYERTAAN BARU UNTUK DISUSUN DAN DIATUR. IA BERGANTUNG SECEPAT MANA ANDA BERTINDAK UNTUK MENDAFTAR DAN SAYA AKAN SUSUNKAN DIBAWAH ID ANDA UNTUK SEGERA ANDA BALIK MODAL DAN BINA NETWORK ANDA.

(Nota: Sesiapa yang menyertai group kami juga akan diberikan cara bagaimana untuk mendapatkan BERIBU – RIBU e-mail list bagi mempromosikan ID anda melalui Yahoo Groups)
PILIHAN DI TANGAN ANDA!!!!
KELEBIHAN
1. New babies. Biz ini TIDAK akan menjadi TEPU!!!! (klik FAQ web untuk detail)
2. Spilover (Limpahan keluar). Dengan formula (SLEEPING PARTNERS) ini, tanpa menaja tapi masih boleh dapat income.
SETIAP HARI, BERPULUH – PULUH orang di SELURUH NEGARA join ekoleksi.com. ( cuba lihat disebelah kiri web xxxxx bhgn ‘Latest Member’ tiap- tiap jam ada sahaja penyertaan baru yang masuk.). Jangan tunggu ramai orang dah masuk baru nak aktifkan ID, kerana bila network dah jd besar dan berkembang ID anda akan terkebawah!!!
“Dunia bisnes internet, baik yang berupa penjualan produk ataupun perkhidmatan adalah suatu yang baru dalam budaya bisnes kebanyakan bangsa didunia. Masyarakat di negara kita juga kurang faham, menjadi takut dan bimbang untuk berurusan bisnes melalui internet. Kita tidak perlu menunggu orang lain untuk merintis jalan melaksanakan bisnes internet. Anda perlu mengambil inisiatif, melangkah terus menguasai dan memahaminya dan keyakinan serta tindakan positif, anda akan berjaya kelak. Dunia adalah pasaran. Pasaran dunia memberi dimensi baru dalam bisnes internet.”
Robert Kiyosaki: “orang terkaya di dunia membina network, tapi orang lain hanya mencari kerja.”

====================

Semoga anda tidak percaya email-email sebegini dan pesan-pesanan kepada kenalan anda yang terima email sebegini.

Actually saya pun percaya, pembaca-pembaca tip Satu Minit, semuanya tahu kalau email macam tu bukan dari saya :)

Selalu yang tertipu dengan benda-benda camni adalah orang yang takde latar belakang Internet dan juga tidak kenal saya. Mereka yang mudah tertipu juga yang sering percaya buat duit ni senang! :)

Jadi golongan yang mudah tertipu sebegini pastinya bukan pembaca Tip Satu Minit kan?

Sebab-sebab saya mengambil tindakan undang-undang:

1. Email sebegini yang mempergunakan nama saya telah menjatuhkan kredibiliti saya sebagai pakar perniagaan Internet kerana melibatkan saya dengan skim-skim piramid sebegitu. Sebagai seorang pakar perniagaan Internet dan perunding perniagaan Internet, salahguna nama sebegini adalah satu “fitnah” yang mencemarkan dan menjatuhkan nama, imej dan maruah saya.

2. Sebagai seorang motivator di IPT-IPT tempatan, email sebegini juga mencemarkan kredibiliti saya sebagai pakar motivasi dan penceramah bebas. Menyamarkan nama saya di dalam email menganggu kredibiliti saya sebagai seorang motivator kepada generasi-generasi muda. Oleh yang demikian, ianya adalah perkara yang saya pandang amat serius.

3. Dengan menyamarkan nama saya, dan bertujuan mengaburkan mata orang ramai yang kurang pengetahuan perniagaan Internet untuk turut serta skim buat duit sebegini. Ianya adalah satu tipu muslihat untuk melariskan jualan kepada skim cepat kaya yang diri saya tidak pernah terlibat dan tidak akan terlibat.

4. Penyebaran email sebegini menjatuhkan jenama saya di mata pelanggan koporat yang melantik saya atau bakal melantik saya sebagai duta perniagaan mereka. Sekali lagi, pencemaran sebegini akan merugikan pihak saya dalam memperolehi peluang-peluang menjadi duta untuk masa yang akan datang. Oleh yang demikian, langkah yang tegas mesti dilakukan.

5. Pihak yang menggunakan nama saya dikatakan telah mendapat keuntungan melebihi RM20,000. Wang tersebut adalah hasil daripada penipuan, maka, ia dikira sebagai kegiatan jenayah siber. Sebarang jenayah siber adalah tanggungjawab bersama untuk dibawa ke muka pengadilan.

6: Sebagai seorang di dalam industri perniagaan Internet, dan sering dilihat sebagai “ikon” perniagaan Internet Malaysia, sekiranaya saya tidak melaporkan dan mengambil tindakan undang-undang, maka ia hanya menjatuhkan martabat perniagaan Internet di Malaysia. Makin ramai orang tidak akan percayakan industri perniagaan Internet. Dengan mengambil tindakan undang-undang yang tegas, ia akan menunjukkan kesungguhan industri ini dalam mencegah dan membenteras skim-skim buat duit sebegini.

7: Sekiranya saya tidak mengambil tindakan undang-undang, lepas ni, semakin menjadi-jadilah dengan sewenang-wenangnya sesiapa sahaja akan mempergunakan nama saya untuk kepentingan masing-masing. Jadi, untuk melindungi diri saya sendiri dan juga rakan-rakan usahawan Internet yang lain atas segala tuduhan di masa yang akan datang, tindakan undang-undang mesti dilakukan.

8: Dan yang penting sekali adalah, tindakan undang-undang di ambil supaya tiada lagi orang ramai tertipu dengan skim-skim sebegini di Malaysia dan rakyat Malaysia lebih mengetahui tentang kesalahan skim sebegini!

Passion is more important than brains & talent

Ada istilah ni yang berbunya:

Passion is more important than brains & talent

Maksudnya, passion (keghairahan/minat) adalah lagi penting daripada kebijaksanaan & bakat. Sememangnya saya setuju oleh kerana terdapat 2 jenis orang yang saya sering jumpa:

Jenis pertama, adalah mereka ada banyak idea. Idea pun hebat-hebat belaka, takde yang tak hebat πŸ™‚ Tetapi, sekadar idea sahaja dan tersimpan dalam kepala. Mungkin “idea perniagaan” atau apa sahaja, tetapi, hanya sekadar tersimpan dalam fikiran dan tidak melakukan apa pun untuk mereliasasikan apa di kepala.

Jenis kedua pula, mempunyai banyak idea. Idea pun tak kurangnya hebat. tetapi, mereka mempunyai passion/keghairahan/minat dalam diri sendiri untuk melihat idea tersebut terhasil. Dengan passion, sesuatu idea itu akan menghasil. Tetapi, tanpa passion, itulah dianya… tersimpan dalam kepala sahaja.

Alhamdulillah, saya fikir diri saya adalah yang ke-dua. Saya memang banyak idea… dan saya terus implementasikannya kerana mempunyai passion/keghairahan atas segala idea.

Nasihat saya, sekiranya anda tergolong dalam golongan yang pertama tu, sekiranya anda mempunyai idea- katalah your next big idea, apa kata anda terus kan sahaja implementasikannya. Dengan terus memulakan sesuatu idea, ia kaan memberi momentum dan passion kepada anda.

Jangan hanya simpan di kepala sahaja kerana, diberi beberapa hari… beberapa minggu, beberapa bulan… hilanglah segala idea dan passion keatas idea tersebut! πŸ™‚

Selamat bercuti!
=====

Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan Internet dari rumah, sertai Workshop Perniagaan Internet. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Ebook shortcut – Menghasilkan ebook tanpa menulis

Hari ini saya nak kasi tips untuk anda yang berminat untuk menulis ebook, tetapi tiada masa… atau… tak pandai menulis πŸ™‚

Ebook short cut!

Bagaimana caranya?

Langkah 1:

Pilih satu subject mengikut kepakaran anda… atau minat anda. Rujuk posting semalam untuk tips passion/minat

Langkah 2:

Temubual/Temuramah/Interview atau sewaktu dengannya pakar-pakar industri dalam bidang anda berdasarkan sesuatu topik yang anda ingin ketengahkan.

Langkah 3:

Bukukan hasil temubual tersebut menjadi ebook!

Contoh-contoh ebook yang boleh dihasilkan:

  1. 33 Pengalaman Pesakit Kanser yang Pulih
  2. Kaedah Mudah Hiasan dalaman Rumah dari 8 Pakar
  3. 10 Tips dari 10 Juru Gambar Malaysia

Yes, tak lupa, Mentor Jutawan bersama IK menggunakan Ebook shortcut ini. Saya tidak perlu menulis pun, cuma menemubual 7 ikon jutawan di Malaysia. Semestinya, untuk mendapatkan masa mereka, anda pun perlu mencapai sesuatu juga. Tetapi, cuba lihat topik-topik yang lain yang dalam capaian anda.

Dengan hanya menemubual pakar-pakar indusrti dan membuat kompilasi hasil temubual tersebut, anda boleh memperolehi pendapatan yang berterusan setiap bulan daripada ebook.

Satu lagi, mungkin anda tertanya-tanya… perlu bayar ke mereka yang anda interview tu? Perlu bayar royalti ke pada mereka?

Jawapan: Biasanya tidak perlu. memadai dengan kredit yang tertera selepas setiap temubual di dalam ebook anda. Walaubagaimanapun, pastikan mereka tahu, tujuan anda temubual tersebut adalah untuk dikompilasikan πŸ™‚

pps: Ebook Mentor Jutawan yang saya gunakan kaedah “Ebook Shortcut” hari ini, pada bulan pertama sahaja memperolehi jualan >RM30k. Not bad untuk sebuah ebook yang saya tak perlu tulis! πŸ™‚

Bagaiamana nak tahu passion?

Selalu saya sebut berulang kali, kita patut buat apa yang kita suka… apa yang kita minat… apa yang kita passionate in. Infact, baru-barru ni, saya menonton talk show Oprah, katanya:

84% antara kita tidak suka kerja yang kita lakukan! 84% of the people hate their jobs!

Menakutkan juga angka ni… tapi bila dilihat sekeliling, memang ada betulnya sebab ramai yang terperangkap dalam kerja yang mereka tidak suka. Masuk hari Isnin, dah mengeluh… menunggu hari Jumaat untuk cuti πŸ™‚

Satu soalan yang sering saya ditanya di blog IrfanKhairi.com ini, bagaimanakah nak tahu apakah passion kita?

So, untuk membantu, berikut beberapa soalan atau checklist… what is your true passion!

  • Sekiranya anda boleh lakukan sesuatu kerja pilihan anda, apakah kerja nya?
  • Apa yang anda seronok dan gembira lakukan sehingga anda tak sedar masa berlalu?
  • Apa yang anda akan lakukan dengan suka hati, walaupun tidak menerima bayaran?
  • Apa yang anda lakukan untuk memuaskan hati anda?
  • Apa yang anda lakukan yang boleh menghasilkan keputusan yang terbaik?
  • Sekiranya anda boleh menjadi idola anda/seseorang yang anda minat, siapakah dia nya?
  • Aktiviti apa yang anda rasa mudah/senang untuk anda lakukan dan susah untuk orang lain?

(Checklist ini daripada buku Think Big oleh Donald Trump)

So, check balik list di atas dan tanya pada diri sendiri. Adakah anda lakukan apa yang anda minat? Adakah kerja seharian anda adalah passion anda?

Mudahan kita tidak menjadi antara statistik 84% daripada mereka yang hate their jobs!

=========

Satu option untuk kita melakukan apa yang kita minat dan suka adalah memulakan perniagaan berkaitan dengan minat kita. Dan ini, saya selalu tekankan dalam all my talks.
Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan Internet dari rumah, sertai workshop perniagaan Internet yang saya jalankan. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

So, anda boleh mulakan azam baru memulakan perniagaan Internet mengikut passion dan minat anda πŸ™‚

Kurangkan janji, lebihkan keputusan

Sebenarnya nak translate “Under promise, over deliver”… jadi lah Kurangkan janji, lebihkan keputusan. Lebih kuranglah, maklumlah, kantoi BM.

Bila kita under promise dan over deliver dalam perniagaan kita, kita akan mencipta satu keadaan yang digelarkan “magic moment” oleh pakar marketing Jay Abraham. Magic Moment bermaksud apabila pelanggan tak expect mendapat sesuatu yang hebat, tetapi, menerima pulangan/keputusan yang hebat!

Apabila sesuatu perniagaan under promise dan over deliver, ia akan mengakibatkan pelanggan berpuas hati dan menyebarkan berita baik itu kepada kenalan mereka. Maka, tercipta pula “word of mouth” advertising atau promosi dari mulut ke mulut.

Disneyland adalah antara contoh yang sering menggunakan under promise & over deliver. Ketika saya bercuti ke Disneyland bersama isteri & anak-anak, sebelum menaiki rides seperti roller coaster/water rides dan sebagainya, ketika beratur, akan ada tanda menunjukkan anggaran masa perlu tunggu. Selalunya tertulis perlu tunggu 45 minit sebelum naik rides… tetapi, bila beratur, dan dah sampai giliran kita naik rides tersebut, bila tengok jam tangan… baru 30 minit menunggu! 15 minit lagi cepat dari apa yang diharapkan πŸ™‚


Ni contoh waiting times di Disney… kalau dia tulis 5 minit tu, maknanya tak perlu tunggu lah tu. Terus masuk je!

Disney buat kami gembira menunggu giliran selama 30 minit! (pada hal lama tu… tapi masih gembira kerana kami expect 45 minit!)

Itulah kekuatan under promise & over deliver dalam sesuatu perniagaan… pelanggan pasti akan menyukai perniagaan anda πŸ™‚

================
Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan Internet dari rumah (juga boleh aplikasikan Under promise & over deliver ni), sertai workshop perniagaan Internet saya.Β klik di sini untuk maklumat lanjut.

Cara memilih warna perniagaan terbaik

crayon.jpg

Pernah saya tulis sebelum ni mengenai kepentingan warna perniagaan. Hari ni, nak kongsi pula beberapa maksud warna yang digunakan dalam perniagaan. Oleh itu, bila buat logo, atau memilih corporate color, pilih lah dengan bijak. Menurut buku perniagaan Al & Laura Reis

  • Putih = Kesucian
  • Hitam = Kemewahan
  • Kuning = Amaran
  • Biru = Kepimpinan
  • Purple = Royalty
  • Hijau = Alam semulajadi
  • Merah = Menarik perhatian

Oleh kerana warna-warna tertentu memberi fokus yang berbeza pada retina mata, maka, pemilihan warna perniagaan yang bijak juga akan menjadikan jenama perniagaan anda lebih menarik dan mesej perniagaan anda juga dapat disampaikan dengan warna.Β  Di atas kiranya 7 warna sahaja, tetapi, daripada warna-warna ini, kita juga boleh mendapat ton-ton warna yang berbeza.

So, sekarang anda tahu mengapa laman web saya RahsiaInternet.com dan IrfanKhairi.com menggunakan warna merah & hitam!

Fikirkan logo-logo dan warna koprat jenama-jenama yang terkenal disekeliling anda. Kini anda tahu rahsia di sebalik warna perniagaan πŸ™‚