Kita sedia maklum, networking adalah baik untuk perniagaan oleh kerana ianya dapat meluaskan pasaran. Dalam ebook 101 Cara Promosi ada menekankan.
Apa yang penting dan ramai teranggap salah adalah, network menjadi efektif cuma apabila terdapat kualiti di dalam network tersebut. Bukan, kuantiti. Kuantiti, mungkin ramai sudah ada… seperti kenalan yang ramai (network juga).
Yang penting adalah kualiti network tersebut. Secara peribadi, network saya tidaklah besar- tetapi, kerjasama dengan network saya yang kecil ini mempunyai kualiti yang tinggi dalam menyebarkan perniagaan.
Jadi, networking, tidak semestinya baik. Tetapi, kualiti sesuatu networking adalah lebih penting 🙂
ps: berjumpa sembang-sembang kosong di kedai kopi, network juga… tetapi tak berkualiti. jadi, bersembanglah perihal-perihal yang boleh menaikkan perniagaan & motivasi diri.