Untuk hari pertama, saya jawab dua soalan yang berkaitan…
SOALAN: Selain Internet Bizness, Saya pasti Dr Irfan mempunyai Investment offline yang lain. Bolehkan Dr kongsi apakah jenis Investment yang sedang Dr lakukan sekarang, dan apa Investment yang bagus.
Gerai makan ?, Hartanah ?, Saham ?, Mutual Funds ?, Jual baju ?
SOALAN: secara ikhlas pandangan dr, yang manakah mampu memberi pulangan yang lebih hebat sekiranya betul2 dilakukan dengan teknik2 yang betul, bisnes internet ataupun bisnes konvensional?
Selain Internet business, saya pernah juga mencuba dan menjalankan berbagai perniagaan konvensional dan juga pelaburan. Pelaburan seperti yang dikatakan seperti saham, hartanah dan mutual funds memang ada lakukan.
Pada pendapat saya, pulangan yang paling hebat adalah dalam perniagaan dan bukan pelaburan. sebagai contoh, dengan ilmu pelaburan, mungkin anda akan mendapat pulangan 20%, 30% daripada pelaburan anda.
Tetapi, dalam perniagaan, sekiranya anda hebat, anda boleh mendapat 200%, 300% atau lebih dalam pulangan anda.
Sebagai contoh, saya pernah cuba real estate investement menyewa kondo. Untuk mendapatkan kondo, perlu ada down payment RM15,000 lah katakan. Kemudian, perlu install dapur, cabinet, almari dan sebagainya. Mungkin total cost pada awal adalah RM20,000 – 25,000. Perlu cari penyewa, dan dapat duit sewa, masih perlu bayar bank. Jadi, keuntungan dari sewa satu unit kondo adalah RM200-RM300 sebulan. Serta, kita assume, kenaikan nilai kondo tersebut bertambah 10% setiap tahun.Â
Sekarang, dibandingkan dengan perniagaan Internet, sebagai contoh, Ebook Cara Promosi. Modal yang digunakan adalah kurang daripada RM500. Jumlah hari yang diambil, adalah 7 hari sahaja untuk menyiapkan perniagaan Internet tersebut (klik di sini). Pulangan? Lebih dari RM5,000 sebulan secara automatik.
Business Internet dan business konvensional, kelebihan Internet adalah modal kecil, dan pasaran yang amat luas (walaupun pasaran Malaysia sahaja). Seperti contoh cara promosi di atas… kalau business konvensional, sudah pasti modal >RM20,000 hendak memikirkan kedai, overhead, pekerja dan sebagainya.
Antara pulangan perniagaan konvensional dan perniagaan Internet pula, keduanya ada kekuatan dan kehebatan masing-masing. Keduanya saya lakukan.
Bagi saya, perniagaan (Internet dan konvensional keduanya sekali oleh kerana pasaran yang berbeza) adalah pilihan utama berbanding dengan pelaburan. Tetapi, ini bergantung pada individu dan kebolehan masing-masing.
Bila kita sudah biasa menjalankan perniagaan dimana kerja sedikit, tetapi pulangan besar, ianya amat sukar untuk berpindah ke industri hartanah yang memerlukan kerja banyak tetapi pulangan sedikit. Tetapi ini kata jutawan Internet la…
Kalau anda tanya Azizi Ali, sudah pasti Azizi akan kata, pelaburan hartanah adalah lagi best daripada menjalankan perniagaan oleh kerana beliau jutawan hartanah! 🙂 Sekiranya ingin mendalami ilmu hartanah, saya cadangkan buku-buku Azizi Ali. Tepuk dada, tanya selera. Masing-masing mempunyai citarasa 🙂
Juga, tip hartanah, untuk betul-betul mendapat pulangan yang tinggi dalam hartanah, perlu ada beberapa unit rumah/kondo/apartment untuk disewa sepertimana yang dilakukan Azizi Ali. Jangan bergantung kepada satu sahaja.
Sedikit mengenai pelaburan pula, saya melabur dalam mutual funds dan tidak dalam saham. Mutual funds lebih mudah dan selamat. Kalau saham, takut nanti tak tidur malam lah saya risau saham turun naik 🙂
Tapi pelaburan yang saya hendak cadangkan kepada anda yang baru-baru ini saya terlibat adalah takaful. Sambil melindungi diri dan keluarga (insurans), ia juga sejenis pelaburan menurut syariah. Dari segi pelaburan, saya lebih suka mengambil pendekatan biar lambat, asalkan wang selamat! 🙂
Kata akhir, berbanyakkan diversification. Walaupun saya prefer perniagaan, namun, pelaburan termasuk hartanah saya tidak lupa. Don’t put all eggs in one basket. Ciptakan multiple streams of income seperti mana Robert Kiyosaki katakan dalam Cash Flow Quadrant: berpindah daripada quadrant bekerja, kepada quadrant perniagaan & pelaburan!
Terjawab juga satu lagi soalan, tentang buku yang saya recommend & mengubah hidup saya, antaranya adalah Cash Flow Quadrant oleh Robert Kiyosaki. Saya pasti, ramai sudah baca- jangan lupa untuk implementasi 🙂