Ramai yang tertarik dengan topik semalam, jadi saya lanjutkan lagi hari ini.
Ada yang bertanya, bagaimana hendak mendampingi mereka yang hebat? Perlu jadi hebat juga kemudian baru boleh dampingi mereka yang hebat?
Tidak sama sekali…
Beberapa hari lepas saya berpeluang bersama ahli perniagaan & multi-millionaire, Dato’ Ghazali. Sememangnya, Dato’ Ghazali lebih hebat dari saya sebagai seorang tycoon Melayu yang disegani dan beliau juga sering menasihat perdana menteri (Tun & Pak Lah) dalam hal ehwal ekonomi.
Bila bersamanya, dapat berbual selama hampir 2 jam one-on-one sehingga 12 tengah malam!. Dalam ketika itu, terlalu banyak yang saya pelajari- sambil bersembang saya menulis nota dalam buku nota. Macam reporter pula jadinya 🙂
Mendampingi mereka yang hebat, walaupun dalam sedikit masa, macam-macam yang boleh dipelajar- sekiranya kita membenarkan diri kita pelajari dari perbincangan. Ramai yang bersembang, tetapi tidak mendapat apa-apa yang manfaat. Saya sebaliknya, mendapat 3 muka surat nota bertulis!
Jangan malu menulis nota depan mereka yang hebat oleh kerana kalau tak tulis, anda akan lupa segala points penting.
Dalam masa hampir 2 jam itu, berbagai-bagai informasi & pengalaman saya perolehi. Mungkin bertahun-tahun saya dapat menjimat masa mencari ilmu tersebut sendiri. Sudah pastinya, selepas berbincang, berbagai-bagai idea saya mula implementasikan untuk melipatkali gandakan pendapatan!
Jadi, bagaimana saya melakukannya?
Jawapannya adalah… KOMUNIKASI EFEKTIF! Cara anda berkomunikasi akan menggambarkan personaliti anda. Pelajari cara komunikasi yang efektif untuk anda mendampingi mereka yang hebat. Komunikasi, bukan sekadar bercakap sahaja, tetapi, komunikasi termasuk juga ekspresi & persembahan (apa yang kita pakai).
Saya mendalami ilmu komunikasi untuk menambahkan lagi network saya, mendampingi mereka yang hebat supaya dapat memperluaskan perniagaan. Asal usul saya, seorang yang pendiam/pemalu… kini masih lagi! 🙂 tetapi, dengan ilmu komunikasi efektif yang betul, kita dapat mendampingi sesiapa sahaja untuk meluaskan lagi jaringan kenalan kita sehingga ke mereka yang hebat-hebat belaka!
Untuk mempelajari Komunikasi Efektif, saya menjemput anda ke Program Nizal Talk! kelolaan Nizal Mohammad (personaliti TV3). Nizal adalah mentor saya dalam bidang komunikasi dan modul yang di ajarnya kepada saya secara peribadi, telah dijadikan program 1 hari untuk manfaat anda bersama.
Komuniaksi efektif amat penting. Secara peribadi, saya melihat mengapa perniagaan bumiputera gagal serta ramai bumiputera menganggur, adalah kelemahan dalam komunikasi efektif.