Kajian Dr Stanley dalam buku best-seller “The Millionaires Mind” menunjukkan bahawa cara terbaik untuk mengumpul harta adalah dengan mengumpul ilmu. Cara terpantas mengumpul ilmu pula adalah dengan mendapatkannya daripada pakar industri masing-masing.
Semalam saya ada menyebut tentang Secret Weapon saya iaitu – “Pakar Komunikasi” yang membantu saya dalam salah satu kelemahan utama saya (tidak confident untuk bercakap, malu, segan dan sewaktu dengannya). Ramai juga dapat teka dengan tepat, pakar tersebut adalah tidak lain tak bukan, Saudara Nizal Mohammad, personaliti TV3. Selain dari saya, beliau juga turut membantu ramai personaliti TV dalam bidang komunikasi.
Ilmu komunikasi adalah kunci dalam apa sahaja perniagaan. Dengan teknik komunikasi yang efektif, ia akan membawa perniagaan anda ke peringkat yang lebih tinggi seperti mana anda sendiri tidak terduga- seperti yang terjadi kepada saya!
Bagi saya, saya mempunyai beberapa pakar yang saya ambil sebagai “personal coach” untuk memperbaiki bahagian-bahagian yang saya lemah. Salah satunya adalah Saudara Nizal (Abang Nizal to me). Namun, mendapatkan personal coach memang mahal.
Adakah ianya berbaloi? Sudah tentu!
Tetapi, disitulah asal usulnya wujudnya konsep seminar. Dimana, seorang pakar itu dapat berkongsikan kepakarannya kepada satu kumpulan pada harga yang jauh lebih rendah.
Sekiranya anda hendak tahu apakah rate/harga seorang personal coach, kebiasaannya ia adalah 7-10 kali ganda harga seminar untuk jangkamasa yang sama seperti seminar.
Contoh, sekiranya saya diambil sebagai konsultan kepada sebuah syarikat sehari, bayaran saya adalah 7-10 kali ganda harga Workshop Jutawan Internet 🙂
Adakah ianya berbaloi? Sudah tentu!
Berita baiknya, sekiranya anda ingin memperbaiki aspek komunikasi anda, Saudara Nizal, yang merupakan personal coach saya (dan ramai lagi) bersetuju untuk menjalankan satu seminar/workshop bagaimana anda boleh menjadi efektif dalam komunikasi untuk perniagaan. Bagi mereka yang mempunyai masalah seperti saya, memang digalakkan untuk turut serta. Juga, bagi mereka yang fikirkan mereka sudah efektif dalam berkomunikasi, ia juga dapat membantu anda dalam perkara-perkara yang anda tidak ketahui!
Anda kini tahu bagaimana “komunikasi efektif” dapat memberi pulangan kepada saya. Bayangkan bagaimana anda pula dapat manfaat daripadanya?
Seminar satu hari ini (9am-6pm) akan dijalankan pada bulan hadapan pada 24hb Disember di KL– belum confirm tempat. Oh ya, terdapat special discount untuk pembaca Tip Satu Minit sekiranyamenjadi 10 pendaftar awal. Harga yang dicadangkan adalah RM297. Saya juga akan ada disitu untuk memberi support kepada Abang Nizal saya!
Bagi yang berminat, sila email info@rahsiainternet.com dengan subjek line “Nizal Seminar” (tak perlu bayar apa2 dahulu, just cakap berminat untuk mengetahui lanjut)
*Sebahagian daripada keuntungan seminar akan disalurkan kepada Yayasan Ilham Budi iaitu sebuah Program Bina-Remaja dimana Saudara Nizal sendiri terlibat.