Monthly Archives: September 2006

Jutawan murah… jutawan mahal

Yang mana lebih menguntungkan?

Menjual barang mahal kepada sedikit orang

atau…

Menjual barang murah kepada ramai orang?

Sejarah telah menunjukkan dari perniagaan-perniagaan yang lepas, sememangnya menjual barang mahal kepada sedikit orang lebih menguntungkan. TETAPI…

Kebarangkalian untuk seseorang usahawan menjadi JUTAWAN adalah lebih sekiranya menjual barang murah kepada ramai orang.

Sebagai contoh, tidak ramai penjual kereta Ferrari di Malaysia. Namun, boleh dikatakan kesemuanya adalah jutawan…

Tetapi, RAMAI usahawan gula-gula, kicap, serunding, ubat gigi, sabun mandi, air kordial, baja dan barang-barang harian lain yang telah menjadi jutawan.

Peluang (kebarangkalian) menjadi jutawan dengan menjual barang murah kepada ramai orang adalah lebih berbanding dengan menjual barang mahal kepada sedikit orang.

Sebelum memulakan perniagaan, fikirkan ini. Yang mana kah pendekatan anda? Menjual barang mahal atau menjual barang murah?

Katakan tidak!

Kita sebagai orang timur yang penuh dengan budi bahasa, kadang kala rasa berat untuk kata “tidak” dan menolak permintaan seseorang.

Sekiranya seseorang meminta anda melakukan kerja yang tidak bernilai tinggi untuk masa anda, belajar untuk menolak permintaan tersebut. Katakan “tidak”. Dari segi psikologi pada diri anda juga, dengan menolak kerja-kerja yang bernilai rendah, anda akan lebih menghargai nilai diri anda sendiri.

Katakan “tidak” adalah antara kaedah pengurusan masa supaya masa anda lebih terjaga.

Katakan “tidak” pada aktiviti yang tidak selari dengan matlamat anda, kemudian, anda boleh katakan “YA” dalam aktiviti yang menuju ke arah matlamat anda.

Mulut ke mulut ke mulut…

Eh, jangan difikir yang bukan-bukan 🙂 maksud saya, “Word of Mouth” marketing… pemasaran mulut-ke-mulut.

Terdapat laporan perniagaan mengatakan 60% daripada pelanggan anda datangnya daripada pemasaran mulut-ke-mulut. Amat besar jumlah tersebut, oleh itu, jangan pandang rendah teknik pemasaran ini.

Pemasaran mulut ke mulut adalah apabila orang ramai yang mempromosikan perniagaan anda tanpa sebarang upah. Pemasaran mulut ke mulut adalah amat efektif oleh kerana pihak yang lain (bukan pihak anda) yang mempromosikan perniagaan anda. Ini memberi gambaran yang adil dan tidak bias.

Bagaimana hendak menghasilkan teknik pasaran ini? Salah satunya adalah menghasilkan produk atau perkhidmatan yang berkualiti tinggi dan memuaskan hati pelanggan-pelanggan anda. Pelanggan yang berpuas hati akan mudah mengsyorkan perniagaan anda kepada kenalan mereka secara percuma.

Ramai yang menyertai Workshop Jutawan Internet membuat keputusan menyertai oleh kerana promosi mulut-ke-mulut yang disampaikan oleh bekas peserta. Bagi Workshop Jutawan Internet, promosi mulut-ke-mulut adalah amat efektif!

Berikan produk dan perkhidmatan yang terbaik, dan ini akan menghasilkan satu chain reaction pemasaran mulut-ke-mulut yang amat hebat!

Kerja untuk diri sendiri

Salah satu prinsip bagi mereka yang berjaya adalah menganggap diri mereka kerja untuk diri sendiri. Dalam erti kata lain, menganggap diri sebagai self employed.

Walaupun sekiranya anda bekerja makan gaji, anggap diri anda sebagai self employed oleh kerana dengan melakukan ini, anda akan lebih menghargai masa dan nilai anda.

Anggap anda dibayar mengikut jam anda bekerja. Ini akan memberi anda semangat untuk menghasilkan sesuatu yang lebih produktif setiap minit.

Ia adalah satu kesilapan sekiranya anda sentiasa menganggap diri anda bekerja untuk orang lain, pada hakikantnya, anda sebenarnya bekerja untuk diri anda sendiri. Tidak kira apa pekerjaan anda kini, anggap diri anda self employed!

Selamat bercuti. 🙂

Perniagaan yang berubah

Menurut majalah perniagaan Inc., hampir kesemua perniagaan yang mencapai kejayaan yang cemerlang pada ketika ini, pada asalnya bukan seperti perniagaan yang dirancang. Pada asalanya, perancangan adalah untuk menjalankan perniagaan lain, namun, ditengah jalan, segalanya bertukar menjadi perniagaan yang berbeza.

Mengapa ini terjadi? Adakah perancangan tidak diperlukan dalam perniagaan oleh kerana perniagaan anda akan berubah jua?

Sebenarnya peracangan perniagaan adalah penting. Lebih rapi perancangan anda, lebih baik. Proses perancangan yang rapi inilah yang akan mendedahkan kelemahan-kelemahan idea perniagaan anda yang asal dan dalam jangkamasa tertentu, perancangan inilah yang akan mengubahkan hala tuju perniagaan anda

Dalam menjalankan perniagaan, anda perlu flexible oleh kerana, kejayaan sesuatu perniagaan mungkin bukan seperti yang anda rancangkan.

Lebih rapi perancangan anda, lebih baik. Walaupun, pada asalanya, hala tuju perniagaan anda adalah ke arah lain.

Selamat datang September 2006

Pejam celik, pejam celik, sudah masuk bulan September. Tip satu minit masuk bulan baru, cuti sehari untuk buat rujukan tip-tip pada bulan Ogos. Klik di sini untuk membaca kesemua tip bulan Ogos…

Ok, hari ni, apakata anda kongsikan serba sedikit mengenai diri anda untuk tatapan pembaca-pembaca lain. Kiranya kita buka komen-komen hari ini untuk “networking”. Networking adalah salah satu konsep penting dalam apa jua perniagaan untuk meluaskan pasaran.

Ramai yang telah maklum tentang diri saya, infact dalam akhbar New Straits Times semalam juga ada menceritakan pencapaian saya (Merdeka Special Edition) bertajuk “Young, Internet-Savvy and …”.
Sedikit maklumat tentang diri saya yang saya fikir ramai tidak tahu: Irfan Khairi tu adalah nama saya. Ramai yang ingat “Khairi” tu nama ayah saya- maknanya bukanlah Irfan bin Khairi!. Nama penuh saya adalah Noor Irfan Khairi. Untuk tujuan promosi, saya gunakan Irfan Khairi sahaja (Nama glamer!) Sekarang, anda tahu! 🙂

Apa kata hari ini anda ceritakan sedikit sebanyak mengenai diri anda supaya sama sama saling mengenali di Komuniti Tip Satu Minit ini. (Yang dah lama atau tak pernah tinggalkan komen juga kena join!)

Salam berkenalan!