Tip berbentuk cerita kali ini…
Ramai yang tanya saya… Irfan Khairi ni pakar perniagaan Internet ke, pakar perniagaan offline ke, atau motivator kejayaan?
Begini ceritanya… sejak berumur 18 tahun, saya amat berminat dengan topik kejayaan, motivasi dan pembangunan diri. Semua wang saya laburkan untuk membangunkan diri sendiri (bukan bangun dari duduk). Self-development kata mat salleh.
Kejayaan saya dalam perniagaan Internet dan perniagaan bukan Internet adalah hasil “eksperimen” keatas diri sendiri apa yang saya belajar sejak berumur 18 tahun dalam bidang kejayaan dan pembangunan diri (diri saya sendiri sebagai bahan ujian).
Untuk berjaya, tidak kira dalam bidang perniagaan, perniagaan Internet, MLM, insurans, dalam bidang hartanah, hiburan, atau apa sahaja bidang anda… yang perlu didahulukan adalah ilmu kejayaan.
Mungkin anda juga mengetahui pakar-pakar dalam industri tertentu seperti perniagaan, hiburan, komunikasi dll tetapi, mereka tidak berjaya memperolehi pendapatan yang lumayan (mungkin berpendapatan sederhana sahaja). Di sinilah contoh kelemahan ilmu kejayaan diimplementasikan pada bidang sendiri.
Sebagai contoh, saya mempunyai seorang rakan pereka grafik yang amat handal dalam designing. Kalau diikutkan, designnya mungkin 10 kali ganda lagi power dari design saya (Contoh design saya adalah blog ini dan www.rahsiainternet.com). Namun, pendapatannya sederhana sahaja. Beliau tidak mempunyai ilmu kejayaan untuk membawa bakatnya ke paras yang lebih tinggi. (Walaupun ingin berjaya)
Satu lagi contoh, saya juga ada seorang kawan rapat pakar perniagaan Internet. Kepakarannya amat advance dalam mengoptimasikan search engine (SEO), mencari niche menggunakan tools online yang canggih, menggunakan pelbagai kaedah advance Internet marketing yang saya sendiri tidak gunakan… namun, pendapatannya sederhana sahaja. (Walaupun ingin berjaya).
Utamakan ilmu kejayaan terlebih dahulu, kemudian, aplikasikannya ke dalam bidang anda. Di situ anda akan mendapat pulangan yang lumayan.
ps: Sebab itu juga apabila membuat tip satu minit ini, saya perlu menulis tip kejayaan dan tip perniagaan untuk mengimbangkannya. Tip perniagaan 100% tanpa tip kejayaan untuk membantu dalam implementasi, tidak akan menjadi. Jangan lupa juga ilmu Agama- lagi penting dari segala ilmu 🙂