Jawapannya adalah…
Dalam satu jungle tracking, peserta yang dibelakang sekali akan menentukan kelajuan kumpulan tersebut untuk sampai ke destinasi betul tak? Ini kerana, peserta yang paling lemah di belakang akan mengganggu kelajuan keseluruhan kumpulan, walaupun peserta yang didepan adalah kuat dan laju.
Cuba anda ingat kembali sekiranya anda pernah pergi jungle tracking dengan satu kumpulan, tidak kira betapa laju yang depan (selalunya team leader), tetapi, kalau dah kedepan sangat, team leader tersebut perlu berhenti dan tunggu anak-anak buah yang lain. Terutama yang paling lemah di belakang sekali. bukan?
Pengajaran yang anda boleh ambil dari soalan ini adalah…
Sememangnya jawapan mengenai teamwork adalah penting, di mana seseorang leader, perlu membantu team player yang paling lemah untuk maju ke hadapan. Tetapi, kali ini, saya tidak mahu menyentuh mengenai teamwork dan pengagihan kerja oleh kerana ramai sudah maklum mengenai ini… tetapi, tahukah anda bahawa senario ini dapat diaplikasikan kepada diri individu- diri anda!
Untuk memajukan diri anda sendiri untuk mencapai apa jua matlamat anda dengan lebih cepat, cerminkan pada diri anda sendiri: apakah kelemahan anda yang paling ketara dalam mencapai matlamat anda.
Faktor pembangunan diri yang paling lemah yang ada pada diri anda adalah sebenarnya apa yang menghalang anda mencapai matlamat anda dengan lebih pantas! – seperti peserta yang paling lemah dalam sesuatu jungle tracking.
Mungkin ianya, pengurusan masa? mungkin ianya melambat-lambatkan kerja? mungkin ianya malas? mungkin ianya ilmu? mungkin ianya minat? mungkin ianya rakan-rakan sekeliling? malu berniaga? atau apa sahaja faktor…
Kelemahan inilah yang akan melambatkan anda dalam mencapai matlamat anda.
Perbaiki kelemahan anda yang paling ketara, dan ini akan mencepatkan lagi anda dalam mencapai apa sahaja matlamat anda. Sebelum itu, anda perlu pastikan dan mengaku dimanakah kelemahan anda (dimanakah peserta paling lemah di dalam diri anda). Dengan mengetahui faktor yang paling lemah, baru anda tahu cara memperbaikinya.
Seperti di dalam jungle tracking- peserta yang paling lemah yang akan melambatkan kumpulannya untuk mencapai destinasi! Pada diri anda pula, faktor pembangunan diri yang paling lemah yang akan melambatkan anda mencapai destinasi matlamat anda!