Anda perasan tak di kedai-kedai kini ada bermacam-macam produk World Cup? Seperti key chain, buku, lighter, phone card dan sebagainya diletakkan sticker kecil World Cup Germany 06?
Itu adalah licensing. Di mana FIFA melesenkan penggunaan logo World CUp pada produk-produk yang di jual (merchandise). FIFA akan menerima royalti atas setiap jualan produk yang mempunyai logo tersebut.
Anda pernah nampak tak pencil box bergambar Mickey Mouse, note pad bergambar Winnie the Pooh, beg tangan bergambar Hello Kitty, dan sebagainya? Itu adalah licensing.
Namun, licensing, bukan setakat gambar/logo/ikon/character sahaja.
Pernah dengar tak slogan “Life is too short to be ordinary” ? Istilah ini di lesenkan oleh kawan baik saya Azizi Ali. Ini bermakna, sesiapa sahaja yang ingin menggunakan istilah tersebut untuk T-Shirt, bumper sticker, poster dan sebagainya, perlu membayar bayaran perlesenan dan royalti kepada Azizi Ali. Sekiranya syarikat “Nike” ingin menggunakan slogan itu, maka bertambah jutawan lah Azizi Ali!
Jutawan Robert G Allen- penulis buku hartanah popular di USA “Nothing Down” pula melesenkan seminarnya “Nothing Down”, jadi, sesiapa yang ingin menyampaikan seminar tersebut boleh membeli lesen daripadanya dan membayar royalti atas keuntungan setiap seminar.
Konsep licensing telah lama digunakan diserata dunia (kini anda tahu!). Di Malaysia, licensing amat kurang sekali, mungkin kerana terlalu banyak produk2 cetak rompak.
Sekiranya anda mendapat idea atau konsep yang boleh dilesenkan- why not? Ia boleh menjadi salah satu aliran pendapatan berganda anda- dan ianya passive/residual income!
Latihan: Namakan konsep perniagaan perlesenan yang anda ketahui! (senang sahaja soalan ini… cuma sebelum ini anda mungkin tidak perasan bahawa sesuatu itu sebenarnya dilesenkan untuk kegunaan perniagaan)