Monthly Archives: July 2006

Personaliti dalam perniagaan

Beri personaliti kepada perniagaan anda. Perniagaan yang mempunyai “personaliti” sering kali lebih mendapat sambutan berbanding dengan perniagaan yang tidak mengetengahkan seorang personaliti.

Ini adalah kerana, ‘personaliti’ memberi sentuhan ‘manusia’ kepada perniagaan anda. Manusia lebih mudah relate dengan manusia berbanding dengan sebuah entiti perniagaan.

Bila sebut RahsiaInternet, personaliti Irfan Khairi akan datang ke fikiran. Tidak ramai yang kenal True Wealth Sdn Bhd, tetapi kalau sebut Azizi Ali, semuanya kenal. Microsoft? Bill Gates. Dell Computers? Michael Dell.

Tidak kira walaupun untuk perniagaan kecil-kecilan, ketengahkan seorang personaliti- diri anda sendiri! Seperti saya kata sebelum ini, dalam perniagaan, kita tidak boleh malu-malu 🙂

Boleh anda namakan perniagaan-pernigaan popular yang menjadi popular oleh personalitinya?

Jangan takut dengan WANG!

Masyarakat kita sering mempunyai tanggapan negatif terhadap wang. Semasa kecil, kita sering dengar “Duit banyak pun, bukannya boleh bawa ke kubur”. Atau peribahasa mat salleh “Money is the root of all evil” & “Money cannot buy everything”.

Cerita-cerita di TV juga sering menonjolkan mereka yang kaya adalah orang jahat, mungkin menjalankan aktiviti jenayah (seperti Lex Luther, musuh Superman!). Mereka yang kaya juga sering di labelkan sombong dan bongkak.

Langkah pertama untuk anda mencapai kekayaan adalah untuk membuang segala tanggapan negatif terhadap wang. Kini masyarakat kita ramai seakan takut dengan wang oleh kerana takut kita di anggap seperti perkara-perkara di atas.

Sekiranya anda mempunyai tanggapan negatif terhadap wang, secara psikologi, ianya akan menghindarkan anda dari berusaha untuk mendapat pendapatan yang maksimum.

Pelajari dari masyarakat Cina- menganggap kekayaan dan kemewahan sebagai budaya mereka.

Ps: Tidak dinafikan wang memang boleh mengubahkan seseorang itu. Tetapi, ini bergantung kepada keimanan dan ketaqwaan individu tersebut ke arah mana perubahan itu- semoga ianya kearah kebaikan.  🙂

Plan B

Sentiasa alert, dan sediakan perancangan khas sekiranya sesuatu yang tidak diingini dilakukan oleh pesaing anda. Sediakan plan B. Apa yang anda akan lakukan sekiranya pesaing anda menurunkan harga dengan mendadak untuk menarik pelanggan anda? Apa yang anda akan lakukan sekiranya pesaing anda menambahkan lagi kualiti produk mereka? Apa yang anda akan lakukan sekiranya pesaing memburuk-burukkan perniagaan anda? Apa yang anda akan lakukan ekiranya pesaing baru hebat muncul?

Sentiasa fikirkan alternatif untuk perniagaan anda. Banyak bertanya kepada diri sendiri soalan-soalan seperti di atas dan banyak lagi. Dunia perniagaan adalah kompetitif. Fikirkan plan B supaya anda sering bersedia melakukan sebarang perubahan sekiranya apa sahaja terjadi!

Sebagai perniagaan kecil, melakukan perubahan adalah amat mudah! Cuma masalahnya, kebanyakan perniagaan kecil tidak mempunyai plan B.

Kongsikan ilmu dan anda akan mendapat ilmu

Ramai yang bertanyakan kepada saya, saya memberi tip-tip perniagaan dan kejayaan setiap hari, “Tidak takutkah sehingga kehabisan ilmu apabila semua didedahkan?” ada juga yang kata “Dah jadi jutawan, mesti ada rahsia-rahsia lain yang tidak diberitahu. Kalau beritahu, nanti orang akan tiru cara anda dan bersaing dengan anda!”

Jawapannya adalah, ilmu perniagaan dan kejayaan tidak akan habis! Lagi banyak kita berikan dan dedahkan, lebih banyak idea-idea baru yang kita akan dapat.

Apabila kita berkongsi ilmu dengan sesiapa sahaja, perbuatan menyampaikan ilmu tersebut akan membuka minda kita kepada lebih banyak ilmu lagi. Ia akan menjadikan kita lebih berfikiran kreatif dalam memperbaiki ilmu yang sedia ada pada kita.

Saya pasti ini juga terjadi kepada anda yang sering meninggalkan komen dan idea-idea, betul tak?

Jangan takut untuk berkongsi ilmu (mungkin sebab takut pesaing akan meniru anda). Ini adalah kerana, dengan berbuat demikian, ia akan menyempitkan lagi ilmu yang dimiliki dan mebantutkan perkembangan ilmu tersebut untuk mencapai lebih kejayaan!

Teknik menulis brochure atau pamphlet

Mengiklan melalui brochure dan pamphlet sering di lihat sebagai tidak efektif- mungkin kerana sekiranya kita sendiri menerima brochure atau pamphlet, kita akan terus buangnya ke tong sampah!

Kali ini, disini satu tip bagaimana untuk menggalakkan penerima terus membaca brochure anda.

Bentukkan brochure anda dalam format soalan dan jawapan. Berikan soalan, dan kemudian, berikan jawapan kepada soalan tersebut.

Pakar psikologi mengatakan bahawa dengan memberi soalan, secara automatik (separa sedar), pembaca akan lebih cenderung terus membaca untuk mengetahui jawapannya. Soalan-soalan seperti:

  • Anda mempunyai masalah jerawat yang teruk? Baca selanjutnya untuk mengetahui cara rawatan yang mudah!
  • Bagaimana kami dapat membantu anda?
  • Apakah manfaat rawatan ini kepada anda?
  • Di manakah lokasi kami?
  • Berapakah harga rawatan ini?

! dan seterusnya!

Dan sekiranya anda mempunyai perniagaan Internet, anda boleh gunakan tip ini untuk menggalakkan lebih ramai pelawat membaca apa yang anda ingin katakan- dan mengubah mereka menjadi pembeli! Rujuk http://www.rahsiainternet.com/workshop sebagai contoh.

The blind leading the blind

Berhati-hati dengan nasihat yang anda terima oleh kerana tidak semua nasihat yang ada diluar sana adalah baik!

Periksa realiti- 95% masyarakat disekeliling kita tidak berjaya mencapai kebebasan kewangan. “Nasihat” juga adalah amat murah oleh kerana sesiapa sahaja boleh memberi nasihat. Apa akan jadi sekiranya 95% nasihat yang ada disekeliling anda adalah nasihat yang salah?

Di situ lah terjadinya situasi “the blind leading the blind” (Yang buta, memimpin yang buta)- peribahasa mat salleh.

Berhati-hati dengan nasihat yang anda terima. Siapa yang memberi nasihat tersebut? Adakah pemberi nasihat tersebut mempunyai kredibiliti? Adakah pemberi nasihat tersebut pernah mencapai kejayaan? Adakah pemberi nasihat itu lakukan apa yang dikatakan? Adakah pemberi nasihat tersebut mempunyai pengalaman yang secukupnya dalam apa yang dikatakan?

Salah satu kesilapan yang amat besar adalah menerima nasihat dari punca yang salah. Tidak salah dalam memberi dan menerima nasihat. Tetapi, ianya adalah pilihan anda untuk menerima ataupun tidak nasihat tersebut berdasarkan pengalaman, pengetahuan dan pertimbangan anda sendiri.

Tempat terbaik mempromosi perniagaan

Soalan yang saya sering terima daripada mereka yang baru memulakan perniagaan adalah:
Di manakah tempat atau cara terbaik untuk mempromosikan perniagan?

Jawapan yang saya berikan sering menghampakan yang bertanya.

Sebenarnya, tiada satu tempat pun yang terbaik untuk mempromosi semua jenis perniagaan. Ia bergantung kepada produk anda, harga, pelanggan anda dan juga wang yang anda sanggup laburkan dalam promosi.

Sebagai contoh, medium promosi menjual suplemen kesihatan adalah berbeza dengan medium promosi menjual buku.

Tanya diri anda sendiri- apakah cara paling efektif untuk anda mempromosikan produk anda untuk mencapai pelanggan yang mempunyai kebolehan kewangan membeli dari anda?

Langkah kedua adalah- cuba pelbagai media untuk memastikan jawapan anda. Terus cuba dan cuba setiap medium promosi dan rekodkan jualan anda sehingga anda jumpa medium promosi yang memberi pulangan terbaik untuk anda. Sekiranya anda tidak cuba, anda tidak tahu!

Kebahagiaan vs Kesengsaraan

Pakar psikologi mengatakan bahawa manusia melakukan sesuatu kerana dua perkara sahaja iaitu untuk mendapatkan kebahagiaan atau megelakkan kesengsaran.

Antara dua itu pula, secara psikologi mengelakkan kesengsaraan memberi lebih motivasi untuk melakukan sesuatu.

Dengan pengetahuan ini, anda mempunyai satu teknik motivasi yang hebat. Iaitu, fikirkan kesengsaraan atau kesusahan yang di alami oleh mereka yang hidup dikelilingi hutang. Mereka yang tidak berjaya. Mereka yang gagal dalam perniagaan.

Jadikannya untuk membakar semangat anda supaya anda elakkan diri anda dari kesusahan dan kesengsaraan. Sekiranya anda sendiri pernah mengalami kesusahan dan kesengsaraan, maka, kesan motivasi ini adalah lebih hebat!

Sebab itu ramai yang berjaya kini asalnya hidup susah. Mereka secara psikologi mempunyai teknik motivasi yang hebat- tanpa disedari!

Apa itu perlesenan (licensing)? Bahagian II

Sambungan dari Bahagian I: Apa itu perlesenan…

Anda tahukan lighter (pemetik api) berjenama Zippo? Sekiranya syarikat Zippo ingin meletakkan gambar The Rock-and-Roll King, Elvis Presley pada pemetik apinya, apa yang mereka perlu buat?

Ya, Zippo perlu membayar licensing fee dan royalti atas setiap jualan Zippo bergambar Elvis kepada syarikat Elvis Presley! Walaupun Elvis sudah tiada lagi berpuluh tahun lamanya, waris Elvis masih mendapat royalty dari licensing – sebab itu anak Elvis kaya raya.

Harapnya dengan contoh di atas anda semakin jelas dengan licensing.

Sekiranya anda ingin me-license kan sesuatu produk, langkah pertama adalah untuk mendapatkan TRADEMARK. Trademark tidak menjaminkan orang tidak akan ciplak produk/perkhidmatan anda- ia cuma menjamin anda boleh melakukan tindakan undang-undang sekiranya anda di ciplak!

Kos mendapatkan trademark, berbeza mengikut apa yang anda ingin trademark. Melalui peguam saya, dalam lingkungan RM10,000 untuk slogan (ada yang lagi murah). Ya, memang mahal. Sebab itu juga licensing kurang dilakukan di Malaysia (sebab pertama, terlalu banyak cetak rompak).

Adakah licensing untuk anda? Pada pendapat saya, sekiranya anda mempunyai jenama yang sudah dikenali ramai, maka, licensing boleh menjadi pilihan (Seperti Siti Nurhaliza, Chef Wan, Azizi Ali, dan harapnya Irfan Khairi :)). Ini adalah kerana, kekuatan licensing adalah pada jenama. Usahawan yang ingin membeli license dan membayar royalty sudah tentunya mencari produk2 yang berjenama untuk memudahkan mereka menjual semula.

Namun begitu, Hello Kitty (kucing yang tidak bermulut), Mickey Mouse, Smurf dan lain-lain bermula dengan hanya lakaran sahaja- dan tiada siapa yang mengenali pelukisnya! Nothing is impossible!

Juga, jangan lupa, usahawan yang berjaya adalah mereka yang memandang jauh. 3 tahun, 5 tahun atau 10 tahun dari sekarang, bagaimana licensing dapat menambahkan pendapatan residual/passive anda?

Di mana nilai diri anda tertinggi?

Apakah tugas yang anda dapat lakukan yang memberi nilai paling tinggi pada diri anda sendiri atau syarikat anda. Anda akan mendapati terdapat 20% dari tugas anda yang akan memberi 80% kepada nilai/pulangan yang anda lakukan.

Tentukan apakah tugasan 20% teratas tersebut dan fokuskan segala usaha anda dan beri lebih masa untuk melakukan tugasan tersebut.

Kemudian, tentukan pula apakah tugasan 80% tersebut yang tidak memberi nilai yang tinggi kepada anda. Cari jalan untuk mengagihkan kerja tersebut, ataupun sekiranya boleh, hapuskannya dari rutin kerja harian anda.

Dengan melakukan ini, anda akan dapati bahawa fokus anda akan lebih kepada tugasan berproduktiviti tinggi sahaja. Teknik memberi fokus ini akan dapat menggandakan pendapatan anda dengan pantas.

ps: masih ramai yang kurang jelas mengenai licensing semalam. Insyaallah saya akan beri tip mengenai licensing esok dalam tip perniagaan! 🙂