Ada yang takut memulakan perniagaan kerana takut persaingan. Takut competitors la cakap orang putih… tidak kira perniagaan internet ataupun bukan internet.
Anda perlu tahu bahawa, dalam apa jua perniagaan yang anda ingin ceburi, sekiranya tiada pesaing… tidak lama kemudian, akan pasti ada pesaing juga. Sekiranya perniagaan anda maju, maka, sudah pasti ada yang akan memasuki pasaran anda. Sekiranya tiada pesaing, perniagaan anda juga tidak akan maju!
Apa yang anda perlu lakukan sekiranya takut pesaing? Jangan risau kerana….
#1: Pasaran untuk apa jua perniagaan adalah besar sekiranya anda betul-betul meneliti pasaran anda. There’s plenty for everybody! Bukan bermaksud bila ada pesaing, perniagaan anda akan menurun. Ia mungkin bermaksud, bila ada pesaing, industri anda akan menjadi semakin maju dan competetive. Ini akan membesarkan lagi pasaran untuk semua peniaga.
#2: Fikir realistik. Tidak kira apa pun anda lakukan, anda tidak akan dapat 100% dari semua pasaran menjadi pelanggan anda. Sudah pasti ada yang tidak akan membeli dari anda dan inginkan alternatif lain. Coca-Cola walaupun gergasi air berkabonat, tetapi mereka hanya berjaya mencapai 48% pasarannya. 52% pengguna memilih jenama-jenama air berkabonat yang lain (Pepsi, 7-up, F&N, Root Beer dll.)
Sedangkan jenama utama di dunia hanya berjaya mencapai 48% pasaran mereka, apatah lagi perniagaan-perniagaan kecil?
ps: di workshop, saya akan menunjukkan cara bagaimana sesuatu perniagaan (internet dan juga bukan internet) itu dapat menyaingi semua pesaing dengan hebat! Tak cukup satu minit untuk tulis di sini 🙂