First of all, a very good work pada yang participate soalan semalam. Tak sangka, sampai 30 join sama. Pada asalnya target 10 sahaja!
Very impressive! Memang ternyata… pembaca-pembaca Tip Satu Minit semuanya power-power. Ada “aura” la katakan 🙂
Next, salah satu tujuan saya tanyakan soalan itu adalah untuk participants dari pembaca-pembaca. Kan ramai pembaca yang boleh bagi response. Selalu senyap sahaja. Kali ini ramai nama-nama baru muncul. Diam-diam ubi berisi la orang kata :). So, selamat datang dan harap2 dapat la sama2 beri response nanti untuk membantu satu sama yang lain bagi tip2 yang akan datang.
Ok, mari kita lihat semula soalan semalam.
“Berikan 20 idea perniagaan yang anda boleh mulakan dalam jangkamasa 1 tahun ini?”
Sedar tak ini adalah soalan goal setting (menetapkan matlamat). Ia mengandungi “Apa yang anda ingin lakukan” iaitu, memulakan perniagaan. Dan ia juga mengandungi “deadline”, jangkamasa 1 tahun.
Jadi, sesiapa yang kata mereka tak pernah buat goal setting, kesemua 29 yang menulis di sini sudah pun melakukan goal setting! Tahniah!
Kenapa soalan menyebut 20 idea perniagaan?
Kerana pakar psikologi katakan bahawa sekiranya anda senaraikan 20 jawapan, ia TIDAK MUDAH. Setakat bagi 4-5 jawapan, agak mudah… sekiranya beri 10-13 soalan, susah sikit… tapi untuk menyenaraikan 20 jawapan- perlu memerah otak! betul tak?
You all should be proud of yourself sebab bukannya mudah untuk list 20 idea perniagaan yang berkaitan dengan anda. Kebanyakan nak dapat 2-3 idea perniagaan pun sukar- masih tertanya-tanya soalan “nak mulakan business apa?”. Anda mempunyai 20 idea perniagaan yang sedang menunggu usaha sedikit sahaja untuk mereliasasi.
Sekarang, ada yang tertanya-tanya… apakah ganjarannya yang saya katakan semalam bagi yang listkan 20 idea perniagaan?
Sebenarnya, ganjarannya hanya dirasai oleh 29 ahli yang turut serta menyumbangkan idea mereka. Yang membaca sahaja dan tidak participate tidak dapat merasakannya.
Apabila saya menjalankan latihan ini pada diri saya setiap tahun, apa yang saya dapat adalah:
- Idea menjadi semakin berkembang. Apabila menulis 4-5 idea… nanti, 4-5 idea yang baru datang ke fikiran. Dan makin lama, makin bertambah baik idea tersebut. Setiap idea improve the one before. Ada juga idea yang boleh digabungkan menjadi satu peluang perniagaan yang unik!
- Idea menjadi semakin jelas difikiran. Dapat mengambarkan diri menjalankan perniagaan tersebut dan mereliasasikan idea perniagaan tersebut. Gambaran adalah penting dalam usaha mencapai matlamat.
- Memberi motivasi kepada diri saya sendiri bahawa terdapat berbagai-bagai idea perniagaan yang boleh dijanakan dengan hanya berfikir.
- Selepas menulis idea-idea, ianya masuk ke dalam fikiran kita (subconcious mind). Sehari suntuk, dan beberapa hari kemudian, beberapa bulan kemudian, kita akan dapat lihat dengan lebih jelas peluang-peluang bagaimana idea perniagaan kita boleh menjadi nyata. Peluang2 perniagaan yang anda tuliskan akan datang kepada anda secara automatik- anda hanya perlu merebutnya sahaja! Tak percaya, just tunggu & lihat…
Bagi anda yang berkongsikan idea perniagaan semalam, apa kata anda kongsikan pengalaman anda… apa yang anda dapat ketika memerah otak semalam? Ganjarannya adalah berlipat-lipat kali ganda walaupun tidak dilihat dari mata kasar. Betul tak? Klik pada “Comments” dan kongsikan bersama!
Menetapkan deadline adalah amat penting. Saya amat yakin (teramat yakin!) bahawa sekurang-kurangnya salah satu dari 20 idea yang anda tulis akan menjadi nyata- walaupun anda meletakkan usaha yang minima. That’s the power of goal setting.
Finally, pengajarannya adalah (Tip Satu Minit hari ini)…
Pendapatan BERJUTA hanya memerlukan SATU idea sahaja. Anda telah berikan 20 idea. Secara berkumpulan, telah memberi lebih dari 500 idea. Nampakkah anda betapa besarnya peluang yang ada untuk menambahkan pendapatan anda?
Sejak 7 tahun yang lepas, salah SATU dari idea saya telah memberi ganjaran melebihi RM1 juta. Sekarang, tiba masa anda pula untuk mendapatkan ganjaran anda!
Bak kata worldcup… impossible is NOTHING!
ps: esok saya akan tunjukkan cara menyediakan business plan untuk mereliasasikan idea anda. 🙂