Ramai yang berjumpa dengan saya sering tanya. Idea perniagaan apa yang perlu dimulakan?
Tidak perlu mencari jauh-jauh. Cuba lihat dalam diri anda sendiri. Cuba lihat dalam industri anda. Anda mungkin mempunyai idea yang bernilai berjuta ringgit di dalam fikiran anda. Ramai antara kita sering mempunyai idea produk atau perkhidmatan bermain-main di kepala setiap hari, tetapi kita pula yang sering membunuhnya dengan tidak yakin dengan potensi diri sendiri atau idea sendiri.
Cuma, tak lama kemudian, seseorang dengan idea yang sama mengambil langkah pertama memasarkan produk atau perkhidmatan tersebut… dan dia pula yang menjana berjuta ringgit!
Yakin dengan diri sendiri. Oleh kerana sekiranya anda tidak yakin dengan kebolehan anda sendiri, siapa pula yang akan yakin dengan anda? 😉