http://www.rahsiainternet.com/pakej
Perniagaan Internet: Workshop Jutawan Internet, Kuala Lumpur
Workshop perniagaan Internet #1 yang dapat memberi daya saingan hebat kepada perniagaan Internet anda oleh Irfan Khairi! 2hb Ogos 2008, JW Marriott, KL

Pakej Belajar dari Rumah
Pakej lengkap D-I-Y
memulakan perniagaan
Internet yang berjaya

CD Rom Langkah 1-2-3
Langkah mudah diikuti
membina laman web
perniagaan anda
Rahsia Jutawan-Jutawan
Internet Terbongkar

Buku Perniagaan Internet
#1 Terlaris di pasaran

Nota Motivasi

mentorlogo-small.gifBagi yang sudah mendapatkan mentor jutawan, pasti tak terlepas dengan kisah-kisah saya. Bukan setakat temubual saya dalam “pilot” oleh Nizal Mohammad sahaja, tetapi juga kisah saya di introduction setiap jutawan di “Mesej Irfan Khairi”. Anda akan dapat tahu, bagaimana saya berjumpa dan kenal dengan ikon-ikon jutawan ini. Ada antaranya telah saya sedia kenal 2-3 tahun lepas dan menjadi kawan baik sehingga hari ini.

Ramai yang tertarik dengan kisah “pertemuan” saya dan Azizi Ali! Cerita yang saya jarang kongsikan dengan orang ramai (sebab Azizi yang selalu kongsikan di seminar-seminarnya!)

Bagi yang belum mendapatkan Mentor Jutawan, boleh dapatkannya di sini.

Begitu juga, terdapat mentor jutawan yang first time saya jumpa ketika ditemubual, seperti Dato Dr Rusly Abdullah, atau lebih dikenali sebagai, Chef Li!…

===================

Hari ini kita kongsi bersama sedikit preview dari temubual bersama Chef Li apabila saya bertanyakan mengenai idola. Bagi peminat buku2 Chef Li, pasti tahu Chef li sering tekankan kepentingan idola… atau mentor!

Chef Li: (Kita perlu) Idola dalam bidang yang kita nak kerjakan. Sebab, bisnes ini bukan suatu yang mudah buat terus menjadi, selalunya lari jauh daripada apa yang kita rancang. Jadi apabila kita jumpa dengan idola yang tepat, kita akan mendapat nasihat-nasihat yang positif. Jadi maknanya, dalam berkawan pun kena pilih juga dah jadi usahawan-usahawan ini. Tak sesuai lagi kita dah jadi usahawan ini kita berkawan dengan orang yang minat memancing, minat burung dan sebagainya.

Bila kita meluahkan susah payah kita pada beliau, dia akan kata:

‘dah kata dulu dah, bisnes memang macam tu, susah’

Tapi kalau kita jumpa satu rakan ataupun seorang idola, ataupun seorang mentor yang memang seorang usahawan yang tulen, bila kita mengadu padanya:

‘Aku berniaga ni dah dua minggu, merosotlah, tak mencapai sasaran’.

Dia akan tanya ‘Berapa jualan engkau sekarang?’.

‘Dulu-dulu selalu lima ratus, sekarang cuma empat ratus’.

Jawabnya pula ‘Empat ratus bagus lagi, aku dulu pernah lima puluh saja’.

===================

Ulasan jawapan Chef Li: Very straight to the point, kita perlu kelilingi diri kita dengan kawan-kawan yang menyokong dan memahami usaha kita. Kalau kita sendiri yang mendampingi dan memilih mereka yang tidak menyokong kita, maka, ia dengan sendirinya menjatuhkan semangat dan usaha kita.

Lebih baik kita yang lakukan pilihan untuk mendampingi mereka yang sering menyokong seperti kenalan-kenalan usahawan yang lain :)

mentorlogo-small.gifTip panas affiliate: Untuk menghangatkan lagi program affiliate Mentor Jutawan yang sudah sedia hangat…

Tak lama lagi, kami akan memulakan program affiliate Workshop Jutawan Internet pula. Kali ini bayaran komisyennya boleh dikatakan antara tertinggi di Malaysia (silap-silap paling tinggi). Berapa? Nanti akan diumumkan. Bila? Tunggu… (surprise!) :)

TETAPI, program affiliate Workshop Jutawan Internet adalah TERTUTUP! Ianya hanya untuk:

  • Bekas peserta Workshop Jutawan Internet sejak tahun 2005
  • Affiliate Mentor Jutawan yang sekurang-kurangnya telah membuat 3 jualan (buat masa ini)

So, sekiranya anda ingin menyertai affiliate Workshop Jutawan Internet yang memberi komisyen yang agak tinggi, pastikan anda sekurang-kurangnya membuat 3 jualan Mentor Jutawan. Lakukan cepat, sebelum kami tutup penyertaan program affiliate Workshop Jutawan Internet :)

Untuk menyertai program affiliate Mentor Jutawan, klik di sini.

Pendapat Anda? 1 Comment

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Pendapatan sederhana
  • Erti kejayaan?
  • Soft launch “Mentor Jutawan”
  • “Mentor Jutawan” akan datang…

  • mentorlogo-small.gifBagi pembeli-pembeli awal Mentor Jutawan, sila check di bahagian main page kat bawah, versi berapa anda punya ebook Mentor Jutawan. kalau versi 1.0, maka, anda perlu download versi baru versi 1.1.

    Versi 1.1 adalah latest setelah some spelling errors di perbetulkan, dan also penambahan gambar sikit2… so, buat masa ini, versi 1.1 adalah yang lengkap. Untuk dapatkan versi 1.1, ikut sahaja email asal yang anda terima. Download di tempat sama, dan guna username dan password sama.

    Yang belum dapatkan Mentor Jutawan, boleh dapatkan Mentor Jutawan di sini

    Hari ini, kita ambil sedutan temubual bersama Jurulatih Jutawan kita, Azizi Ali!

    ===================

    Azizi ada satu lagi rahsia jutawan yang saya ada aplikasikan sekarang iaitu ‘aliran pendapatan berganda’. Di mana dalam bahasa Englishnya adalah ‘multiple streams of income’.

    Apakah maksudnya dan bagaimanakah kita nak gabungkan ‘after burner income’ dan ‘multiple streams of income’?
     

    AA: Untuk menjadi seorang jutawan dengan cara yang lebih bijak adalah dengan adanya ‘multiple streams of income’. Ini bermakna wang kita yang masuk ke dalam kita punya akaun biar datang dari banyak aliran pendapatan.

    Sebagi contoh saya sendiri di mana saya masih seorang juruterbang saya mendapat gaji saya setiap bulan tetapi saya juga mendapat royalti daripada hasil penulisan buku saya serta saya juga mendapat hasil daripada sewaan rumah saya. Saya juga mendapat dividen daripada beberapa pelaburan saya yang lain.

    Saya juga tahu yang kebanyakan kenalan jutawan saya punyai MSI ini iaitu ‘Multiple sources of Income’. Dan untuk mendapatkan multiple inilah di mana kita perlu buat ‘after burner income’ di mana kerja itu sekali dan mendapat pulangannya datang berkali-kali.

    *Dapatkan Mentor Jutawan di sini untuk banyak lagi strategi dari 8 Mentor Jutawan!

    ===================

    Ulasan jawapan Azizi Ali: Bukan lagi rahsia, anda cuma perlu lihat mana-mana jutawan, pastinya mereka mempunyai MSI “Multiple Source of Income”. Ia adalah cara untuk menggandakan pendapatan anda dengan cepat. Seperti saya sendiri kini, memiliki perniagaan online, perniagaan offline, sewa hartanah, royalti buku, jemputan ceramah dan sebagainya.

    So, lihat pendapatan anda… adakah multiple? atau hanya satu?

    mentorlogo-small.gifTip panas untuk affiliate: Saya telah hubungi secara peribadi beberapa affiliate yang mempunyai jualan yang tinggi (Ada yang telah capai RM200 dalam masa 2-3 hari ni), dan meminta mereka kongsikan strategi mereka. Maka, ini 3 tip utama untuk menambahkan jualan affiliate anda:

    • Jangan lakukan hype!
      Contoh hype: Beli mentor jutawan, anda gerenti 110% boleh jadi jutawan!! Sambil duduk rumah goyang kaki minum kopi. Kalau tak, saya berani potong jari!!!
      Relax bro… jangan lebih-lebih :)  be natural. Beri pandangan ikhlas dari hati selepas membaca Mentor Jutawan. Pendapat ikhlas untuk membantu orang akan mendapat sambutan yang lebih hebat berbanding dengan iklan yang penuh dengan hype membuta. Orang akan kaitkan hype dengan scam. Sebab itu, hype tidak menjadi.
    • Setkan mood pembaca
      Tulis sesuatu yang membuat pembaca atau pelawat laman web/blog anda dalam keadaan minda sudah bersedia untuk beli. Iklan satu dua baris… atau iklan banner atau text link, kurang berkesan. Kalau boleh, tulis satu artikel mengenai Mentor Jutawan. Lagi banyak maklumat anda berikan, bertambah mood pembaca untuk membeli. Apabila mereka klik link affiliate anda, mereka sudah bersedia untuk beli!
    • Bantu.. bantu… dan bantu. Bukan jual!
      Cara yang amat baik, iaitu bantu pembaca anda. Bukan promosi menjual. Bantu pembaca faham pentingnya strategi-strategi jutawan. Bantu mereka untuk lihat betapa Mentor Jutawan mendapat sambutan yang amat tinggi dari beberapa testimonial yang diberi. Bantu mereka untuk mendapat inspirasi & mempelajari strategi-strategi jutawan.

    Sebenarnya, kalau lihat ketiga-tiga tip ini berkaitan. Bottom line is, untuk anda recommend secara ikhlas. Keihklasan anda membantu orang ramai akan mendapat pulangan dalam berbagai-bagai cara, bukan sahaja wang ringgit.

    So, all the best! bagi yang belum menyertai affiliate Mentor Jutawan, klik di sini.

    Pendapat Anda? [17] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • “Mentor Jutawan” akan datang…
  • Soft launch “Mentor Jutawan”
  • “JUTAWAN!” bersama ikon jutawan: Azizi Ali
  • Mentor Jutawan: Chef Li, Jutawan Senyap

  • Kali ini sedikit sedutan dari Mentor Jutawan Dato’ Dr Fadzilah Kamsah…

    ===================

    Saya lihat perniagaan Dato’ ‘Excel Training & Consultancy’ amat berjaya Alhamdulillah. Apa tips untuk jadikan perniagaan itu berjaya?

    DDFK: Untuk berjaya dalam apa perniagaan pun, kita mesti ada niche atau bidang yang kita pakar. Sebenarnya Irfan Khairi berjaya kerana pakar dalam bidang yang orang lain tidak nampak sebelum ini. Motivasi pula saya adalah antara kalangan yang tertua. Jadi kita jadi yang pioneer… (edited)

    Pada pendapat Dato’, di Malaysia ini, ada tak banyak ruang untuk memulakan perniagaan yang baru (pioneer)?

    DDFK: Masih banyak lagi. Saya baru masuk kedai Sup and Bun. Perniagaan yang simple sahaja. Sup Ekor dan roti.Tapi oleh kerana presentation yang luar biasa ramai yang berkerumun. Apa yang kita buat sebenarnya boleh menjadi pakar, tetapi dengan syarat mesti kreatif, mesti luar biasa, mungkin produknya sama, cuma pakejnya berbeza. Kita cuma inovasi, dan ia akan menjadi luar biasa. Dan untuk mendapat inovasi, kena mendapat ilham dari Allah, kena buka pintu hidayah, dan bersihkan hati kita luar dan dalam… (edited)

    ===================

    Ulasan jawapan DDFK: Saya ingin DDFK dedahkan apa yang membuat perniagaannya (motivator/trainer) berjaya sehingga beliau menjadi motivator #1 di Malaysia, dan secara telus DDFK menjawab, menjadi pioneer! Begitu juga dengan saya katanya.

    Sememangnya menjadi pioneer, atau pertama dalam industri akan memberi pulangan yang lipat kali ganda kepada anda. Namun, soalan utamanya adalah, adakah lagi ruang untuk menjadi pioneer? Sudah tentu ada! Jawapannya adalah dengan mencari niche sendiri.  

    mentorlogo-small.gifBanyak lagi tips-tips bagaimana hendak menjadi hebat dalam perniagaan daripada DDFK. Yang saya berikan di atas ini pun sikit je dan saya dah tebuk2 untuk tujuan preview. Jadi, bagi anda yang belum dapatkan Mentor Jutawan, dapatkan di sini. Memang terlalu banyak permata2 yang disampaikan oleh 8 Mentor Jutawan! 

    Tip panas untuk affiliate: Tahniah kerana ramai juga telah memperolehi pendapatan dari program affiliate Mentor Jutawan. Ada affiliate yang mendapat dalam lingkungan RM200 hanya selepas 48 jam menyertai & promosi. Buat masa ini, menurut statistik Mentor Jutawan, bagi setiap 70-80 orang pelawat, seorang akan beli. Dalam kata lain, sekiranya ada 70-80 orang klik banner anda, selalunya anda akan dapat RM10. Mudah kan? Jumlah RM akan meningkat mendadak sekiranya yang klik adalah targeted (kumpulan yang berminat dengan perniagaan & nak jadi jutawan).

    Saya akan terus tweak laman web Mentor Jutawan untuk memastikan convertion rate (nisbah pelawat kepada pembeli) semakin baik, jadi, memudahkan anda mendapat RM! Bagi yang belum daftar untuk affiliate, boleh daftar di sini.

    Pendapat Anda? [24] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • “Jutawan” bersama pakar motivasi; Dato Dr Fadzilah Kamsah!
  • Soft launch “Mentor Jutawan”
  • Irfan Khairi- artis motivator Telaga Biru
  • “Mentor Jutawan” akan datang…

  • mentorlogo-small1.gifSeperti saya sebutkan 2 hari lepas, minggu ini kita dedikasikan kepada minggu Mentor Jutawan!

    Sejak launching, tak di sangka, ramai dah mendapatkan Mentor Jutawan, baru 2-3 hari, dah lebih dari 100 pesanan! Bagi anda yang belum memiliki ebook terbaru saya, boleh dapatkannya di sini. Memang terlalu banyak testimonial2 positif yang kami terima dan insyaallah kami akan update soon (tak sempat update sebab krew sibuk sangat memproseskan pesanan!). Dapatkan Mentor Jutawan di sini.

    Berikut adalah sedikit sedutan dari “Mentor Jutawan”. Mentor: IK

    ===================

    Nizal Mohammad: Ertinya adalah kita yang perlu menentukan dan memilih samada kita mahu teruskan Uuntuk jadi jutawan) ataupun tidak, itu terpulang kepada individu masing-masinglah ya?

    IK: Ya. Ianya adalah terpulang kepada individu masing-masing. Kita perlu menetapkan keputusan dalam hal ini. Seseorang itu akan berjaya sekiranya dia membuat keputusan untuk berjaya dan baru dia akan nampak dan fokus kepada satu matlamat yang ditetapkan itu.

    Saya berada di studio bersama Nizal ketika ini juga adalah pilihan saya hari ini, mungkin daripada hasil perjalanan yang telah saya pilih 10 tahun lepas.

    Apa yang kita capai tahun depan, atau lima tahun akan datang atau sepuluh tahun akan datang adalah berdasarkan pilihan dan keputusan yang kita lakukan hari ini. Begitu juga, keadaan kita hari ini. Ianya adalah hasil daripada pilihan dan keputusan yang mungkin kita lakukan satu tahun lepas, lima tahun lepas atau sepuluh tahun yang lepas.

    *Dapatkan Mentor Juatwan di sini!

    ===================

    Ulasan jawapan saya: Sememangnya, apa yang kita pilih hari ini akan tentukan keadaan kita bulan depan, tahun depan, 10 tahun lagi dan seterusnya.

    Saya sendiri dalam keadaan sekarang ni, menulis blog pada pukul 11.04 pagi ini juga adalah keputusan yang saya lakukan pada tahun 2006 untuk memulakan blog. Saya mencapai keadaan financially free pada umur awal 20 tahun juga oleh kerana keputusan saya lakukan ketika umur 18 tahun. Saya memperolehi RM1juta pada umur 25 tahun juga adalah keputusan untuk memulakan perniagaan Internet pada umur 22 tahun. (Sekiranya anda ingin pelajari strategi saya memulakan perniagaan Internet dari rumah, klik di sini untuk Workshop Jutawan Internet 2/8/08- mungkin workshop terakhir sebelum cuti puasa & raya. So, jangan lepaskan!.)

    Jadi, cerminkan pada diri sendiri. Apakah keputusan anda sebelum ini yang membawa anda kepada hari ini? Bayangkan tahun-tahun akan datang pula. Segalanya akan ditentukan oleh keputusan yang anda lakukan hari ini :)

    So, dalam apa sahaja, lakukan keputusan yang betul, yang tepat dan yang bermanfaat kepada anda.

    mentorlogo-small1.gif

    Esok, saya akan postkan sedikit sedutan dari Mentor lain pula, dan memberi sedikit ulasan!

    Sebelum itu, saya nak akhiri dengan sedikit tip untuk affiliate-affiliate Mentor Jutawan. Sekiranya anda belum sertai lagi, sertai percuma di sini.

    Tip panas untuk affiliate: Minggu ini kami di IKSB tidak akan menghantar email promosi Mentor Jutawan ke mailing list kami yang mengandungi berpuluh ribu nama/email. Ini kerana untuk memberi ruang kepada anda mendapat ramai sub affilates terlebih dahulu (2-tier). Kami fikir, kalau kami lakukan promosi di email, nanti ramai pula yang join affiliate program secara terus di bawah kami dan tidak di bawah anda. 

    So, saya beri peluang anda promosikan dulu kepada pembaca-pembaca setia blog saya ni dan dapatkan sebanyak mungkin sub-affiliates. Setiap kali sub affiliates buat jualan, anda akan dapat RM free! Boleh buat belanja IK makan kat gerai :)  

    Pendapat Anda? [18] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • “Mentor Jutawan” akan datang…
  • Mentor Jutawan: Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah
  • Bersama Jutawan yang GAGAL! Billi Lim
  • Mentor Jutawan: Chef Li, Jutawan Senyap

  • Yang ditunggu telah tiba! Mentor Jutawan kini dilancarkan :)

     

     

    Sejak soft-launch 2 hari lepas, ramai telah pun membeli Mentor Jutawan. Ucapan terima kasih kepada semua yang telah membeli, walaupun soft launch tanpa baca website/testimonial. Kiranya off the bat, anda sudah mempercayai Mentor Jutawan!

    Alhamdulillah juga, berpuluh-puluh email positif yang diterima dari pembaca. nanti saya akan compilekan untuk dimuatkan di ruang testmonial Insyaallah.

    Jadi, bagi mereka yang belum lagi mendapatkan Mentor Jutawan, kerana nak tahu lebih lanjut sebelum beli, apa kata lawati http://www.irfankhairi.com/mentor

    Semua info mengenai Mentor Jutawan ada di sana… :)

    Nota:

    • Mentor Jutawan masih lagi baru dan kini versi 1.0. Biasanya dalam sebulan dua produk di lancarkan, berbagai-bagai pembaharuan, penambahan dan pembetulan di lakukan pada ebook tersebut (maklumlah, tiada produk yang perfect). Jangan risau, sekiranya berlaku sebarang perubahan, penambahan dan pembetulan, anda yang sudah membeli akan mendapat free upgrade bila tiba masanya.
    • Penting: bagi yang dah beli, saya cadangkan download versi terbaru. Gunakan link yang sama, username & password sama seperti dalam email yang anda terima oleh kerana versi terbaru mengandungi beberapa free gift yang tidak terdapat masa soft launch

    mentorlogo-small2.gifOkay… sekarang mengenai program affiliate mentor Jutawan pula, yang ramai tertunggu tunggu sejak awal minggu ni. Sukacita dimaklumkan, program affiliate Mentor Jutawan Beta telah pun dibuka untuk pendaftaran!

    Mengapa Beta? Seperti ebook, pada fasa awal, semestinya ada perubahan untuk jadikan program ini lebih sempurna. Jadi dalam sebulan dua ini, beberapa perubahan akan dilakukan bergantung kepada komen & permintaan affiliate. Secara ringkasnya, buat masa ini (sempena launching):

    • Komisyen bagi setiap jualan adalah RM10. Ertinya, komisyen 25% dan bukan 20% seperti saya sebutkan sebelum ini.
    • Komisyen bagi 2-tier adalah RM2 (sub affiliate)
    • Pembayaran dilakukan terus ke bank account anda. Jangan lupa isikan maklumat bank anda di bahagian profile.
    • Pembayaran kami nak cuba cara special sikit… akan di bayar 2 kali sebulan. Macam cadangan gaji pegawai kerajaan :) Pada 1hb dan 15hb setiap bulan. So, anda dapat komisyen dengan lebih cepat & kerap!
    • Pembayaran minimum dari pihak kami, kami cadang pada RM20

    Ok. Buat masa ni, itu beberapa maklumat. Seperti saya sebutkan, ini fasa Beta, jadi diberi masa, kami akan tweak kan lagi program affiliate Mentor Jutawan untuk bagi lagi cantik dan memberi pulangan terbaik untuk semua.

    Juga, saya cadangkan anda baca terms & conditions ketika signup. 2 perkara yang penting adalah, dalam mempromosi, Spamming, tak boleh. nanti kena ban. Also, bagi yang cuba nak buat klik/sale fraud, sistem kami install memang canggih. Kalau didapati melakukan, kena ban. Jadi, dalam menjana pendapatan melalui Mentor Jutawan, biarlah cara beretika. Oleh kerana IKSB mempromosikan perniagaan Internet yang sebenar, we will not compromise tindakan-tindakan yang tidak beretika. Terus kena ban.

    So, jangan berlengah lagi… boleh daftar sekarang di http://www.irfankhairi.com/mentor/affiliate

    Tip:

    • Sebaiknya anda memiliki ebook Mentor Jutawan oleh kerana baru anda tahu apa sebenarnya anda jualkan. Lagipun, takkan rugi punya sebab terlalu banyak info berharga di dalamnya.
    • Cara terbaik untuk mendapat jualan adalah melalui review. Lakukan review ikhlas mengenai Mentor Jutawan dan sertakan link affiliate anda.
    • Minggu ini, saya akan buat “Minggu Mentor Jutawan” dengan meletakkan sedikit extract temubual di Tip Satu Minit. Tujuannya adalah untuk memperkenalkan lagi Mentor Jutawan kepada orang ramai supaya memudahkan anda untuk mendapat komisyen dari jualan & 2-tier.

    Sekiranya ada soalan, boleh tinggalkan di ruang comment di bawah. Juga, saya minta bantuan mereka yang sudah familiar dengan “program affiliate” untuk bantu rakan2 yang tak berapa familiar dengan program affiliate. Takut saya tak terjawab semua soalan2 nanti ;)

    Pendapat Anda? [38] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • “Mentor Jutawan” akan datang…
  • Menjadi Mentor Jutawan
  • Mengapa ramai masih ragu-ragu membuat belian di Internet?
  • Mentor Jutawan: Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah

  • Sudah lama menunggu, tapi mana program affiliate Mentor Jutawan ni? 

     

    mentorlogo-small2.gif

     

    Kasi suspense sikit… dalam beberapa jam sahaja lagi laman web Mentor Jutawan + program affiliate akan online! So, bersedia ok… jangan lupa untuk daftar awal-awal!

    By the way, terima kasih atas pembeli2 awal Mentor Jutawan- ramai tak di sangka-sangka. Belum ada website lagi tu! Saya masih menunggu beberapa sahaja lagi testimonial. 2-3 je lagi dah kautim 

    ==========

    Sebelum tu, saya ingin buka satu perbincangan berkaitan dengan perniagaan Internet dan minta anda beri idea-idea yang bernas ok?

    Soalannya…

    Apa yang akan membuatkan seseorang itu takut untuk buat belian online? Mungkin anda mempunyai kenalan yang “tak percaya langsung” melakukan online transaction (atau tak tahu!). Bagaimana caranya untuk hilangkan keraguan orang beli online?

    Sedikit cerita…

    Ketika saya di UK 5 tahun dulu, saya dah tak pergi kedai runcit. Internet adalah lifestyle. nak beli barang2 runcit macam beras, telur, ikan, pisang, gula… semuanya  saya guna Internet je. Masuk laman web hypermarket, kemudian order segalanya. 3-4 jam kemudian, mereka akan hantar ke rumah.

    Kita di Malaysia bagaimana?

    Pendapat Anda? [29] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Perniagaan mail order yang dilupakan…
  • Keselamatan perniagaan Internet
  • Kupon Diskaun… Pelanggan Berulang!
  • Yakin dengan diri sendiri!

  • Ramai yang tertunggu-tunggu sejak awal minggu ini lagi tentang “Mentor Jutawan”, tak perlu tunggu lagi kerana kali ini, Mentor Jutawan boleh didapatkan sempena soft launch ;)

    Mengapa soft launch dan bukan full launch? Nanti saya cerita kan… sebelum tu, saya nak kongsikan kisah “Mentor Jutawan” terlebih dahulu…

    mentorlogo.gif

    Mentor Jutawan adalah produk digital, atau e-book. Ianya adalah koleksi transkripsi terpilih temubual saya dengan 8 ikon-ikon jutawan Malaysia.

    cwm.jpgIdea ini datang daripada sebuah buku yang pernah saya baca bertajuk “Conversation with Millionaires” oleh Mike Litman. “Conversation with Millionaires” telah menjadi buku best seller.

    Sedikit mengenai Mike Litman, beliau adalah pakar motivasi jutawan yang mempunyai rancangan radionya tersendiri bernama “The Mike Litman Show” di mana Mike menemubual ikon-ikon jutawan USA termasuk Robert Kiyosaki, Jack Canfield, Mark Victor Hanson, Robert Allen, Jim Rohn, Jim McCan, Jay Conrad Levinson dan ramai lagi.

    Sounds familiar? Ya betul… itu lah cetusan idea program radio saya “Jutawan Bersama Irfan Khairi” di Radio24 daripada tahun lepas sehingga beberapa bulan lepas yang kini tamat musim pertama (menunggu musim kedua sekiranya ada rezeki).

    Jadi, “Mentor Jutawan” adalah transkripsi temubual bersama 8 ikon jutawan Malaysia termasuk:

    1. Dato’ Dr Fadzilah Kamsah
    2. Azizi Ali (Jurulatih Jutawan)
    3. Chef Li (Jutawan Senyap)
    4. Dato’ Dr Azman Ching (Jutawan MLM)
    5. Billi Lim (Jutawan Berani Gagal)
    6. Dato’ Hussamuddin (Pengasas Kumpulan Karangkraf)
    7. Abang Abu (Usahawan/Motivator/Jutawan dari Singapore)
    8. IK (Jutawan Internet ) ditemubual oleh Nizal Mohammad

    Ebook ini memuatkan motivasi, inspirasi, strategi, yang terbukti untuk mempercepatkan anda menuju jalan kebebasan kewangan. Bayangkan hanya satu idea dan mutiara daripada mereka dapat melipat kali gandakan kewangan anda!

    Sejak awal minggu ini, ramai yang tertunggu-tunggu program affiliate, tetapi bagi saya, informasi yang dikongsikan oleh jutawan-jutawan ini nilainya jauh lebih tinggi daripada program affiliatenya! :)

    So, kini tiba masanya untuk “soft launch” dan anda boleh jadi antara yang pertama mendapatkan strategi ikon-ikon jutawan ini. Mengapa soft launch dan tak terus launch je?

    • Kami memerlukan testimonial untuk ebook ini. Sebab belum ada pembaca, maka, tiadalah testimonial. Pembeli terawal ketika soft launch akan diberi peluang untuk menulis testimonial. So, testimonial yang terpilih akan dimasukkan di muka surat jualan nanti. Saya expect “Mentor Jutawan’ akan jadi hot (maklumlah, nama-nama hebat terlibat), so, bagi yang memberi testimonial, dapat lah mempromosikan laman mereka melalui link di muka surat Mentor Jutawan. Testimonial terpilih sahaja!
      =
    • Kami memberi peluang kepada yang berminat untuk menyertai program affiliate terawal untuk mendapatkan ebook ini, dan baca terlebih dahulu. Untuk membuat “good review” memakan masa sedikit. Seperti saya sebutkan dalam posting sebelum ini, cara terbaik untuk promosikan program affiliate adalah melalui review. So, dengan memiliki ebook ini awal, anda boleh baca and review siap-siap dulu dan menyusun strategi untuk menjadi affiliate. Bila program affiliate ini launch 100% insyaallah hujung minggu ini, anda boleh terus promote dengan review yang dah siap! Maknanya, lepas beli, jangan promote lagi… sebab program affiliate hanya akan diaktifkan dalam 2-3 hari lagi.
      =
    • Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan ilmu daripada mentor-mentor jutawan ini, dan tidak berniat untuk menyertai program affiliate atau memberi testimonial, kami tak mahu melengahkan lagi keluarkan ebook ini. Time is money, jadi, sekiranya anda inginkan maklumat hebat secepat mungkin dan tak mahu menunggu program affiliate dan laman siap dibina, maka, anda boleh dapatkan sekarang!

     So, itulah 3 sebab soft launch ini.

    mentorlogo.gif

    Tanpa melengahkan masa lagi, pesanan untuk ebook “Mentor Jutawan” kini dibuka. Jadilah antara pembaca terawal mengetahui MINDA, STRATEGI dan RAHSIA MENTOR JUTAWAN anda! ;)  

    Updated: Dapatkan di sini (full launch)

     

    Pendapat Anda? [61] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Mentor Jutawan dilancarkan!
  • Dua langkah dalam pengiklanan perniagaan Internet
  • “Mentor Jutawan” akan datang…
  • Menjadi Mentor Jutawan

  • Melihat dari posting hari Jumaat, ramai juga yang berminat! Mana taknya… peluang buat duit, ye tak? :) Kami pun tak sabar nak lancarkan ni… cuma beberapa update terkini:

    1. Produk “Mentor Jutawan” sudah 100% siap!
    2. Program affiliate juga sudah 100% installed… kami menggunakan Post Affiliate Pro untuk memastikan semua affiliate akan menerima komisyen sepenuhnya.
    3. Laman web je belum siap lagi :)

    Insyaallah tak lama lagi… mungkin posting saya lepas ini, semua dah ready!

    Ada beberapa tip yang saya nak kongsikan hari ini:

    money.jpg1: Program affiliate “Mentor Jutawan” ini adalah “program affiliate 2-tier”. 2-tier maksudnya, katalah anda, signup sebagai affiliate secara percuma. Anda akan mendapat link. Contoh: www.irfankhairi.com/ID12345

    Apabila anda letakkan link tersebut di laman web anda, atau dalam email kepada kenalan anda, sekiranya link tersebut di klik… dan pelawat/rakan anda membeli produk “Mentor Jutawan”, anda akan dapat komisyen. Ini dipanggil 1st-tier.

    Sebagai tambahan, sekiranya pelawat/kenalan anda itu pula menyertai program affiliate Mentor Jutawan secara percuma, mereka juga akan mendapat link. Contoh www.irfankhairi.com/ID67890.

    Apabila mereka letakkan link tersebut di laman web mereka, atau dalam email kepada kenalan mereka, sekiranya link tersebut di klik… dan pelawat/rakan mereka pula membeli produk “Mentor Jutawan”, mereka akan mendapat dapat komisyen sebagai 1st-tier. Tetapi, yang bestnya… anda juga akan mendapat komisyen sebagai 2nd-tier!

    Ini baru goyang kaki dapat duit!

    2: Oleh sebab konsep 2-tier ini, sebab itulah siapa yang menyertai awal dan mendapat ramai rakan mereka juga signup sebagai affiliate “Mentor Jutawan”, mereka akan mendapat untung extra. So, take note… dan bersiap sedia untuk daftar as soon as kami lancarkan ok? :)

    3: Daripada pengalaman saya, untuk maksimakan pendapatan melalui affiliate, strategi yang paling berkesan sekali adalah dengan memberi review/recommendation ikhlas mengenai sesuatu produk. Meletakkan banner sahaja di laman anda, tidak berkesan.

    Sebaiknya, anda dapatkan sesuatu produk itu, dan beri pandangan dan review. Review/recommendation yang positif dan ikhlas dari anda akan menarik sesiapa sahaja membaca review anda untuk turut membeli produk tersebut.

    Dan anda akan mendapat komisyen daripada memberi pandangan yang ikhlas. Bukan sahaja dapat duit, dapat pahala lagi kerana membantu orang ;)

    So, in other words, sebaiknya, kena beli lah Mentor Jutawan :)

    Berapa harganya?

    Oleh kerana saya fikir ingin memudahkan lagi ramai pembaca Tip Satu Minit menjalankan perniagaan secara affiliate, boleh dikatakan “Mentor Jutawan” diletakkan pada harga yang agak rendah, berpatutan dan mampu dibeli oleh semua orang.

    Ini akan memudahkan anda mempromosi “Mentor Jutawan” untuk mendapatkan pulangan/komisyen. Tapi, content dia… memang umph. Mana taknya… ramai ikon jutawan terlibat! Oleh kerana itu juga, “Mentor Jutawan” mempunyai tarikannya tersendiri untuk memudahkan anda mendapat komisyen!

    Pertama kalinya ikon-ikon jutawan Malaysia digabungkan dalam satu produk…

    Ok… cukup lah teaser untuk hari ini. Mudahan, next posting saya adalah pelancaran “Mentor Jutawan”!

    =============== Pengumuman ===============

    Hari Selasa ini 15 hb July, saya & team GoMibo akan berada di Cititel, Midvalley untuk taklimat percuma MIBO. Mungkin Dato Dr Azman Ching pun akan turut serta. Saya & Dr Azman akan memberi tip dan strategy jutawan kepada anda. So, bagi anda yang belum lagi hadir taklimat percuma MIBO, sertai kami. Bawa kawan-kawan, saudaramara dan kenalan (FREE je):

    Selasa 15hb July 2008
    Cititel, Midvalley, Bangsar
    8.00malam-10.30malam

    Yang join berpeluang makan malam denagn saya & Azman Ching minggu depan :) . Untuk maklumat lanjut apa kemende MIBO ni, klik di sini… atau hubungi 014-6633311 atau 016-6966644

    Pendapat Anda? [56] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • “Mentor Jutawan” akan datang…
  • Mengapa ramai masih ragu-ragu membuat belian di Internet?
  • Mentor Jutawan: Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah
  • Mentor Jutawan dilancarkan!

  • Minggu depan agak exciting sikit kerana kami akan lancarkan sesuatu yang dinamakan “Mentor Jutawan”

    Apa yang bestnya, bukan sekadar product sahaja, tetapi juga sebuah program affiliate yang memberi komisyen 20% kepada anda :)

    So tunggu!

    Bagi yang tak familiar dengan program affiliate, ia adalah program di mana:

    1: Anda daftar secara percuma
    2: Anda akan dapat link ke halaman “Mentor Jutawan” ini…
    3: Sesiapa yang klik pada link anda dan mendapatkan “Mentor Jutawan”, anda akan dapat komisyen dalam bentuk RM

    Langkah 1-2-3 sahaja… so, ini kiranya heads up untuk anda oleh kerana selalunya, bila program affiliate, yang sertai awal akan mendapat pulangan yang lebih!

    Tunggu… Mentor Jutawan!

    ps: Hari Selasa ini 15 hb July, saya & team GoMibo akan berada di Cititel, Midvalley untuk taklimat percuma MIBO. Mungkin Dato Dr Azman Ching pun akan turut serta. Saya & Dr Azman akan memberi tip dan strategy jutawan kepada anda. So, bagi anda yang belum lagi hadir taklimat percuma MIBO, sertai kami. Bawa kawan-kawan, saudaramara dan kenalan (FREE je):

    Selasa 15hb July 2008
    Cititel, Midvalley, Bangsar
    8.00malam-10.30malam

    Yang join berpeluang makan malam denagn saya & Azman Ching minggu depan ;) Untuk maklumat lanjut apa kemende MIBO ni, klik di sini… atau hubungi 014-6633311 atau 016-6966644

    Pendapat Anda? [26] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Mentor Jutawan: Irfan Khairi
  • Mentor Jutawan: Azizi Ali, Jurulatih Jutawan
  • Menjadi Mentor Jutawan
  • Mengapa ramai masih ragu-ragu membuat belian di Internet?

  • konsep1.jpgBulan ini saya dipaparkan sebagai cover story majalah baru bernama “KONSEP”. Majalah ini baru masuk keluaran ke-3. Keluaran pertama, cover story Nurul Izzah & keluaran kedua pula Amy Search. Yang bestnya, saya keluar lepas Amy Search tu. Peee wit! :) Baru rock!

    Soalan di cover majalah Konsep: Kenapa IK tak gemar baca Akhbar?

    Apa yang saya nak kongsikan adalah, sekiranya minda kita dipenuhi dengan terlalu banyak perkara negatif, kita akan memupuk tabiat berfikiran negatif. Sehingga pemikiran negatif, menjadi dominan… itu yang bahaya.

    Contohnya, kalau kita terdengar kawan kita kata:

    “Eh, ko tau tak kat muzium ada si polan ni nak duduk dalam sangkar dengan 200 ular berbisa selama satu minggu”

    Selalunya apa yang kita fikirkan? Sering kali negatif:

    • Kerja gila si polan tu, kena patuk ular, terus gol… baru dia tau (dah gol, nak tau apa lagi ye tak?)
    • Takde kerja si polan tu, nak cari publisiti murah!
    • Buang masa je, baik buat benda lain yang berfaedah & tak bahaya!

    Betul kan? Ini kerana zaman ini, bila kita didedah dengan terlalu banyak perkara negatif, maka, negatif lah dalam pemikiran kita. Ini menjadikan berfikir negatif  itu mudah. Sebabkan berfikir negatif itu mudah, sebab itu banyak point-point yang negatif akan keluar dulu dengan pantas.

    Lawannya pula adalah berfikir positif. Kini, untuk berfikir positif anda perlu usaha lebih sikit. Sebab ia menjadi sukar berfikir positif. Mungkin anda fikir:

    • Wah, hebat si polan ni. Sudah tentu polan ni melalui latihan minda dan fizikal yang amat tinggi nilainya!
    • Bagus juga si polan ni, silap-silap dapat masuk dalam Book of World Records! Mari kita beri sokongan!
    • Kalau si polan boleh melakukan sesuatu yang luar biasa, aku pun boleh juga! Ini satu inspirasi!

    Setuju tak bahawa berfikir negatif adalah mudah dan berfikir positif adalah susah?

    Itu adalah antara sebab saya tak baca akhbar, untuk memastikan saya kurang terbaca berita-berita negatif dengan niat untuk mem-positifkan diri saya ;)

    Tapi, majalah saya baca… majalah yang beri informasi-informasi positif… atau kalau akhbar tu keluar cerita mengenai saya, baru saya beli :)

    So, kalau ke kedai, dapatkan majalah Konsep. Bagus juga majalah ni, size dia kecik, macam Reader’s Digest. Isi kandungan juga amat baik- banyak informasi ilmiah. Lebih kurang konsep Reader’s Digest boleh dikatakan, dan banyak menitik beratkan Islam. Tahniah kepada majalah “Konsep”!

    *Note: kalau anda jenis suka baca akhbar, jangan risau- takde salahnya. Boleh teruskan sahaja. Cuma, perlu latih diri supaya tak ter-influence dengan berita negatif yang dibaca dan tidak terbawa-bawa kepada diri sendiri :)

    Pendapat Anda? [33] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Bila berfikiran negatif adalah baik…
  • Cabaran Minggu Berfikir Positif : Hari ke-7
  • Bila kena kutuk, apa nak buat?
  • Cabaran Minggu Berfikir Positif : Hari ke-3

  • Bagi yang terlepas MHI di TV3 ketika Mazidol Sidek interview saya, berikut adalah interview tersebut sudah diuploadkan di YouTube. Interview kali ini ada tip-tip perniagaan Internet especially bagi mereka yang masih baru dalam perniagaan Internet.

    Selamat menonton!

    *Tip YouTube: tekan play, kemudian, tekan pause. Tunggu loading bar habis load (dalam 5 minit), kemudian baru tekan play balik untuk pastikan klip tak tersekat-sekat macam Astro bila hujan turun ;)

    Bahagian 1: 8 minit


    Bahagian 2: 9 minit


    Workshop Jutawan Internet terdekat akan dijalankan pada hari Sabtu 12hb July ini. Sekiranya anda ingin pelajari cara memulakan perniagaan Internet, dijemput sertai kami. Klik di sini… Atas permintaan ramai, kami juga akan ke Singapore hujung bulan ini (26/7/08)! dan Brunei (25/8/08)

    Pendapat Anda? [27] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • No related posts

  • Next Page »